Pengalaman berbincang tentang Islam dengan orang Jepun



al-Bakri fi Muar

Hari ini saya bawa para pembaca kisah dan cerita dari pelajar kita di negara matahari terbit, Jepun. Perbualan yang menarik dan membuka minda kaedah berdakwah. Syabas buat pelajar-pelajar Islam yang menerangkan tentang Islam.

Saya teringat sewaktu berada di Jepun dalam tahun1990, kumpulan kami ditegur oleh seseorang yang pasti dari rupa paras memang orang Jepun (Nihon jin). Tapi apa yang kami terkejut dia memberi salam dan berbual dengan kami, rupa-rupanya dia telah menganut Islam dan belajar di Universiti Madihah. Allahhu Akbar !!!

Sila ikuti artikel dibawah yang saya ambil dari web pelajar tersebut.

Owh jadi kamu semua tidak boleh minum arak?”
Kedengaran Mr Inoue bertanya kepada rakan-rakan yang sedang duduk berbincang, aku pun setelah mandi di kolah air panas dan setelah mengenakan pakaian segera turun ke tingkat bawah untuk membeli air di vending mechine. Kemudian aku pun menyertai mereka.
“Hait douzo (Silalah duduk)”“Sebelum ini pernah juga dengar pasal Hindu atau Kristian, tapi jarang sekali dengar pasal Islam. Saya pun sudah tidak minum arak lagi, selain itu apa lagi yang tak boleh?” Mr Inoue bertanya.
“Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuh” Salah seorang dari kami menjawab.“Hontou (Betul ke?), jadi kalau misalkata ada perempuan masa kita buat senaman tadi bagaimana?”“Kalau boleh, buat dalam kumpulan yang berbeza lelaki dan perempuan” Aku menjawab.“Sebenarnya dalam Islam, Perempuan dipandang mulia dan kalau lelaki nak pegang perempuan hanya selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin tak boleh” Salah seorang dari kami, Farhan menjelaskan.
Mr Inoue agak ingin sekali lagi mendapatkan kepastian
“Jadi permainan tadi boleh main la, jadi selain daripada permainan tadi, permainan apa lagi yang boleh main?”“Bola sepak, bowling semua boleh main kecuali kalau ada unsur judi dalam permainan itu”
“Baik, sebenarnya tidak banyak yang saya tahu mengenai Islam berbanding agama lain. Jadi saya nak mintak kamu semua untuk jawab semua pertanyaan saya mengenai Islam. Sebab saya lihat agama seperti Kristian hanya mengamalkan apa yang sepatutnya dilakukan hanya apabila Krismas dan hari-hari tertentu, tetapi lain pula dengan Islam seperti yang ditunjukkan oleh kamu semua. Kamu amalkan setiap hari berbanding dengan lain”
“Sebenarnya saya agak terkilan dengan orang muda Jepun, adat dan sopan santun makin mereka lupakan. Budi bahasa juga makin teruk, inilah realiti sekarang. Tiada erti kegembiraan”
Kemudian Farhan membalas
“………………………………….”
Inilah sebahagian diskusi aku dan beberapa rakan-rakan lain bersama Mr Inoue yang berlangsung semasa cuti Golden Week ketika mengikuti program Golden Week Gathering.
Agak menarik program kali ini, selain mendapat kenalan baru disamping berpeluang juga bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang rasanya sudah sebulan tidak berjumpa.
Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.Semoga persahabatan kami digambarkan seperti dalam hadis tersebut.
Dalam program kali ini juga, secara tidak langsung dapat berkenalan dengan Mr Inoue yang menjadi sensei senaman. Mungkin pertama kali membimbing gaijin(orang asing), sempat juga dia bertanya tentang Islam. Diskusi ini juga membuatkan aku dan rakan-rakan yang baru sebulan disini dapat menyelami fikiran dan perasaan orang Jepun dan pandangan mereka terhadap kehidupan, juga insyaallah berkesempatan untuk berdakwah kepada Mr Inoue.

Sambungan kepada perbincangan tadi adalah seperti berikut.
“Tujuan kami hidup ini adalah sebab kami percaya akan kehidupan selepas mati. Demi untuk kehidupan selepas mati itu kami berusaha untuk gembira dan menggembirakan orang lain. Kehidupan kami akan lebih gembira selepas mati apabila makin banyak kebaikan yang kami lakukan. Oleh itu kami kene ganbare(dalam kehidupan) demi untuk kehidupan selepas mati.”
Farhan menjelaskan“Jadi kamu semua hidup dengan tujuan untuk kehidupan selepas mati?, sebab ada kehidupan selepas mati itulah kamu cuba untuk menggembirakan orang-orang disekeliling kamu?. Saya tak sangka masih lagi ada orang-orang muda yang mempunyai tujuan hidup yang jelas. Tahniah untuk kamu, tapi bagi saya, saya masih belum boleh menerima yang ada kehidupan selepas mati dan itu merupakan satu culture shock untuk saya!”

Bersama dengan Mr Inoue
“Kalau begitu, apa tujuan Mr Inoue untuk terus hidup?” Aku bertanya“Tujuan saya untuk hidup ke? Hmmm…… Saya mahu orang yang berada di sekeliling saya gembira, tak kira apa juga masalah saya akan cuba menggembirakannya. Kalaupun masalah kewangan, walaupun saya tak boleh bagi duit, tapi seperti kata-kata semangat saya akan tolong. Dan mulai hari ini saya akan cuba menggembirakan orang-orang yang berada disekeliling saya.”
“Tapi bagus untuk kamu semua, apabila saya bertanya apa tujuan hidup kamu, kamu pasti akan cakap tujuan kamu adalah untuk kehidupan selepas mati. Sebenarnya sejak umur saya 20 tahun saya sudah mencari erti dan tujuan hidup seperti kamu semua. Kadang-kadang bila rasa risau atau sunyi, atau sedih, saya akan pergi tengok wayang atau banyak perkara lain, gembira memang gembira tapi tak kekal. Kadang-kadang rasa di hati itu macam ada ruang kosong. Tapi berbeza dengan kamu semua yang missal kata bersedih ada tuhan di hati.”
“Rupanya mereka kekosongan” aku berkata sendiri.
“Baiklah saya akan sampaikan apa yang saya dapat hari ini kepada orang Jepun khususnya orang muda sekarang. Arigatou ne (terima kasih), semua maklumat pasal Islam boleh didapati di internet kan? Al-Quran, tuhan Allah”
Kemudian aku sekali lagi memotong
“Kalau nak cari maklumat pasal Islam ini, ada beberapa perkara penting, Tuhan Allah, Al-Quran dan satu lagi Muhammad Sama (Sama adalah gelaran untuk menunjukkan kebesaran seseorang, dalam keadaan spontan aku tidak tahu sebutan Nabi atau Prophet dalam bahasa Jepun juga tidak tahu sallallah alaihi wassalam dalam Jepun)”
“Siapa tu?” Tanya Mr Inoue
Sebab aku tidak tahu sebutan nabi dalam bahasa Jepun, aku terdiam dan terus memandang Farhan, kemudian pandangan Farhan beralih ke Hud yang sudah tersenyum-senyum, kemudian
Aizuddin menjawab
“Sensei ni mitai (Macam seorang guru)”…………………………………..
Itulah serba sedikit perbincangan bersama Mr Inoue, memang tidak aku sangka juga, disebalik kemajuan dan kehebatan pembangunan Jepun ini, hati-hati mereka masih kosong seperti apa yang diperkatakan oleh Mr Inoue.
Bersyukurlah bagi orang Islam yang mempunyai tujuan hidup yang jelas, juga mempunyai tempat mengadu bila kita ditimpa masalah juga berada dalam kesedihan.

Juga adakah Islam ini hanya sekadar tempat mengadu masalah? Juga hanya apabila urusan kahwin atau penjagaan anak, Islam lebih daripada itu.

Tapi apa yang penting dalam Islam adalah tujuan hidup, untuk apa hidup ini dan kemana hala tuju? Bukan dalam Islam sahaja, bahkan memang manusia sendiri mencari tujuan hidup sehinggakan buku Man’s Search for Meaning karangan Viktor Frankl’s menjadi bestseller. Tujuan hidup manusia memang sudah jelas seperti tercatat dalam Al-Quran dan rajin-rajinlah mempelajarinya kerana ia bukan sekadar buku biasa.


Responses

0 Respones to "Pengalaman berbincang tentang Islam dengan orang Jepun"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors