You not see it in local media - Anda tak akan lihat dalam media tempatan







[Read More...]


Banjir - nak tolong kerana Allah atau publisti politik...



Posted on Thursday, November 11 @ 00:40:49 PST by paktam

Oleh Syed Imran

Negeri Kedah Dan Perlis menghadapi bencana alam yang dikatakan antara yang paliNg buruk pernah dilalui oleh mereka yang bergelar warga emas apatah pula yang masih muda. Banjir yang berlaku kali ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk kedua-dua negeri, terutama Kedah.

Banjir kali ini juga menimbulkan bermacam tuduhan Dan fitnah di kalangan pihak tertentu terutama di negeri Kedah memandangkan pentadbiran negeri Dan persekutuan bukan datangnya dari satu pakatan atau gabungan parti politik. Tiada pula masalah di Perlis kerana parti yang sama berkuasa sedangkan masalah wujud



Soal kemanusiaan Dan keutamaan nampaknya diketepikan apabila satu pihak menuding jari kepada pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang berbaur politik. Nampaknya untung nasib rakyat yang menghadapi bencana Dan menderita akibatnya dijadikan bahan cemuhan politik.

Laporan media juga tidak membantu meredakan keadaan Dan menjurus kepada kerja sebenar, iaitu membantu mangsa banjir tetapi mengutarakan perkara negatif Dan tidak seimbang serta jauh daripada kebenaran.

Saya berada di Utara Semenanjung Dan dimaklumkan oleh banyak pihak tentang laporan yang lebih memihak kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang diberitahu Dan jika dilihat dari sudut laporan oleh media elektronik, Ada kebenaran mengenai perkara itu.

FOTO DARI BLOG SAUDARA MONIER MAT DIN YANG MENYERTAI NGO WARGAKILANG.COM TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH.


Saya tahu Dan sedar bahawa satu pihak turun membantu tanpa membawa rombongan media untuk membuat liputan manakala pihak lain sebaliknya. Mereka 'turun padang' dengan diikuti oleh media untuk memberi bantuan Dan ini tidak lebih daripada usaha menagih saham politik.

Saya tidak mempersalahkan MB Kedah yang marah kerana dituduh tidak turun padang sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya. Dia turun padang tanpa diiringi media.

Ada media elektronik tertentu yang sengaja mempertonton temuramah dengan pihak yang menyokong parti politik pendokong kerajaan persekutuan untuk memperlekeh pentadbiran negeri Kedah. Ulasan positif kepada satu pihak sahaja yang disiarkan.

Saya tidak menyangka mendengar Dan menonton seorang yang ditemuramah itu menuduh kerajaan negeri hanya memberi bantuan makanan kepada penyokong partinya. Itu fitnah namanya kerana saya tahu IA tidak benar. Janganlah sampai sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah semata-Mata atas kepentingan politik.


FOTO DARI BLOG MUNIER MAT DIN YANG MERANDUK BANJIR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK. MEREKA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ALLAH BUKAN KERANA POLITIK.

Masalah yang Kita hadapi di Malaysia ialah semuanya memperalatkan politik. Menangani bencana alampun dijadikan modal politik. Di Kedah, sebuah jawatankuasa dibentuk dengan anggotanya dari kalangan parti gabungan BN. Ia dikatakan akan menyalur bantuan dari kerajaan Persekutuan. Jika mereka ikhlas Dan benar-benar nak Bantu, janganlah ketepikan pihak negeri Dan PAS. Ini adalah soal kemanusiaan bukan satu pertandingan atau satu peluang untuk mendapat sokongan politik. Musibah yang menimpa bukan kerana politik tetapi sesuatu yang diturunkan oleh Allah.


Pihak media pula Ada yang lupa akan etika kewartawanan apabila membuat liputan. Ke mana diletaknya kesaksamaan dalam membuat laporan, ke mana perginya soal kebenaran, Dan apa dah jadi dengan ketelusan...Saya tidak menuduh semua media tetapi Ada yang berbuat demikian atas sebab tertentu. Amat malang sekali jika media tidak berperanan adil Dan saksama dalam membuat liputan atau laporan
[Read More...]


Banjir: Kedah Bantu sampai pakaian dalam



Posted on Thursday, November 11 @ 00:13:48 PST by paktam

KUALA LUMPUR, : Dr. Hayati Othman (PAS-Pendang) menjelaskan, kerajaan negeri Kedah bukan sahaja menyediakan dapur gas, bantuan makan, malah juga keperluan-keperluan lain termasuk pakaian dalam kepada mangsa banjir negeri itu.

Beliau berkata demikian sebagai menambah celahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2011 di Dewan Rakyat pagi ini

"Kita bukan sahaja bagi gas, benda-benda lain pun Kita bagi, tuala wanita, kain batik, seluar dalam, baju dalam pun Kita bagi.

"Saya terlupa nak bawa Hari ini," katanya.

Mencelah sekali lagi, Mahfuz berkata, "nanti Kita bawa kat menteri sekeping".

Kedua-dua mereka membangkit perkara itu bagi menjawab tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Dan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa kerajaan PAS Kedah lepas tangan Dan lambat bertindak membantu mangsa banjir.

Mahfuz sewaktu mencelah sebelum itu berkata, tindakan Muhyiddin Dan Shahrizat itu bukan sahaja menghina kerajaan negeri Kedah, malah juga kakitangan awam negeri itu.

Katanya, pemimpin Umno di peringkat pusat seolah-olah langsung tidak menghargai kakitangan awam yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan yang disalur kerajaan negeri.

"Kita ucap terima kasih kerana tuduhan itu menyebabkan kemarahan kakitangan kerajaan negeri Kedah kepada Umno BN.

"Mereka pagi, malam berendam air bah tetapi dinafikan pimpinan Umno pusat," katanya.

Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jelasnya hanya membantu mangsa banjir tidak lebih dari beras, sardin Dan telur, namun tidak menyediakan dapur gas untuk memasak.

Kerajaan negeri bagaimanapun bertindak segera menyediakan kemudahan tersebut bagi memudahkan mangsa yang dipindahkan.

"Masalah dia, dapur tak bagi. Saya tak tahu la kerajaan masih fikir orang kampung masak pakai kayu api.

"Sedangkan kerajaan negeri sedia dapur gas" katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam memaklumkan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta membantu mangsa banjir.

[Read More...]


Banjir Kedah: BN macam langau asyik cari tempat kotor



Posted on Wednesday, November 10 Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Banjir yang Melanda Kedah baru-baru ini akan menambahkan satu lagi catatan sejarah di negeri Jelapang Padi ini. Ia adalah banjir terbesar sehingga kini yang telah meneggelamkan pusat Bandaraya Alor Setar. Tujuh buah daerah di Utara Kedah terbabit iaitu Padang Terap, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerlun, Alor Setar, Kuala Kedah Dan Pendang. Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan adalah seramai 55,836 orang, merupakan perpindahan terbesar paling besar untuk satu musim banjir di negeri ini.



Tidak semua berpindah ke pusat penempatan yang disediakan oleh kerajaan. Ada yang enggan berpindah, berpindah ke hotel, rumah saudara mara atau mereka tidak perlu berpindah kerana air sekadar memasuki rumah tetapi tidak membahayakan keselamatan. Jika dihitung semua terbabit, jumlahnya jauh lebih besar.

Kedah adalah negeri utama penanaman padi. Banjir melanda sewaktu padi mula menghijau. Jumlah kemusnahan sangatlah besar. Begitu juga dengan kemusnahan barang-barang perniagaan kerana banjir kali ini turut menyerang Bandar Dan pekan.

Ada orang menamakan ‘banjir VIP’ kerana kawasan kediaman orang kenamaan adalah antara yang terjejas teruk. Rumah Dato’ Seri Azizan Razak di Jalan Sultanah, kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Istana Kesoma, rumah Ketua Pembangkang DUN Datuk Seri Mahdzir Khalid, kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, pegawai-pegawai daerah, menteri Pusat, kerabat di raja adalah antara yang dimasuki air atau dikepungi air. Menteri Besar, seperti mangsa banjir yang lain tidak dapat bermalam di rumah, terpaksa menumpang di KMC.

Sebahagian besar taman-taman perumahan dalam Bandaraya Alor Setar ditenggelami air. Suasana yang tidak pernah berlaku sejak taman perumahan tersebut diwujudkan.


Jika banjir besar menghanyutkan segala sampah sarap Dan kekotoran maka IA turut menghamburkan kekotoran keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno. Mereka adalah jenis manusia yang sentiasa mengambil kesempatan politik, sekalipun di tengah-tengah penderitaan orang ramai.

Shahrizat Jalil, Khairy Abu Bakar, Chor Chee Heong, Johari Baharom Dan beberapa pemimpin BN Kedah menuduh kerajaan negeri sebagai lembab Dan tidak mampu menangani masalah banjir. Muhyidin Yasin yang datang menjengah selepas banjir sudah kering pun turut menyalak menyalahkan Kerajaan Negeri yang kononnya berlepas tangan.

Kerajaan Negeri telah bertindak sejak banjir melanda Padang Terap di Hari pertama lagi. Semua jabatan kerajaan negeri Dan pejabat daerah bertindak mengikut keperluan Dan keutamaan.

Sehingga banjir berada di kemuncak Dan menawan tujuh daerah, semua jentera negeri dikerahkan ‘all out’ sehingga peralatan yang Ada (terutamanya kenderaan) tidak mencukupi untuk menangani puluhan ribu mangsa banjir dalam satu masa serentak. Jika berlaku kelemahan dalam pengurusan banjir, IA bukan kerana pegawai Dan kakitangan kerajaan negeri lembab, tetapi kerana kemampuan terhad berbanding Pusat.

Bencana alam, apatah lagi banjir besar, bukan merupakan program tahunan Kerajaan Negeri. Ia datang secara tidak diminta, mendadak Dan di luar dugaan. Bagi program kerajaan yang dirancang bertahun-tahun pun terdapat kelemahan maka segelintir kelemahan jika terdapat pada pengurusan banjir ini bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan untuk memburukkan Kerajaan Negeri. Lebih baik mencari jalan membantu rakyat dari menyalahkan pihak lain.

BN macam langau yang asyik mencari tempat kotor untuk dihurungi sedangkan banyak lagi tempat bersih tapi tidak dipedulikan.

Negeri tidak menguasai tentera, bomba, kesihatan Dan polis. Semua itu di bawah Pusat. Sewaktu banjir melanda Kedah di kala BN mentadbir negeri dulu pun, semua jentera itu menjadi lebih penting dari jentera negeri. Kekuatan, kemampuan Dan duit ringgit mereka jauh mengatasi Negeri kerana hampir semua hasil negara dikutip oleh Pusat.

Sekarang pun semua jabatan-jabatan tersebut bekerja bertungkus lumus membantu mangsa banjir tetapi janganlah merasakan seolah-olah Pusat hanya ‘membantu’ Dan urusan banjir ‘sepatutnya adalah urusan Kerajaan Negeri’ seperti yang disebutkan oleh simulut celupar, Shahrizat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai agensi paling utama dalam menangani banjir adalah milik bersama Pusat Dan Negeri. Negeri menyalurkan RM1 juta khusus untuk isu banjir. Setiap bantuan makanan yang diedarkan di penempatan banjir adalah juga Wang Negeri, bukan seratus peratus Pusat. Tetapi mereka dengan angkuh memberitahu mangsa banjir bahawa ianya bantuan Pusat, sehingga Ada mangsa bercakap di media, “Kalau nak harap bantuan Kerajaan Negeri kebuluranlah kami.”

Satu lagi tohmahan yang dimainkan oleh media-media talibarut BN ialah kononnya YB Pakatan Rakyat tidak turun padang. Tuduhan ini sangat jahat kerana di semua DUN atau Parlimen yang diwakili Pakatan, YB ‘berendam’ sepenuh masa dalam banjir.

Cuma malangnya nasib YB Pakatan ialah bagaimana tinggi pun komitment mereka membantu rakyat, sekeping gambar pun tidak akan tersiar dalam media-media utama yang menjadi talibarut BN. Tapi pemimpin BN, cukup melawat dua, tiga pusat pemindahan tetapi laporan mereka tersiar seantero dunia.

Biarlah media-media mereka terus membohongi rakyat di tempat lain kerana rakyat setempat tahu apa YB Pakatan lakukan.
BN juga menuduh bantuan Kerajaan Negeri hanya untuk penyokong Pakatan. Ini juga satu tuduhan yang jahat. Walhal terdapat bukti bahawa merekalah yang melakukan kerja tersebut.

Di pusat pemindahan Sekolah Rendah Islam Burhanuddn Hilmi, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar yang terletak di pinggir jalan utama, tiada seorang pun pemimpin BN yang datang menjenguk, termasuk Chor Chee Heung selaku Ahli Parlimen. Gerombolan Pemuda Dan Puteri Umno pun tidak menjengah. Sebabnya ialah semua mangsa yang berpindah itu dikatakan penyokong PAS.

Walhal di kawasan yang sama, ADUN PAS Alor Mengkudu Dr. Ismail Salleh, Pemuda dan Muslimat sampai ke semua tempat termasuk di pusat pemindahan yang terdiri dari sebilangan besar penyokong Umno. Siapa yang utamakan penyokong sendiri?

Sekalipun, PAS mentadbir Kedah tapi parti tetap berperanan dalam isu banjir. Badan Perhubungan PAS Kedah, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menubuhkan sekretariat menangani isu banjir. Mereka menggerakkan tenaga dan bantuan dari dalam dan luar Kedah. Mereka bersengkang mata bekerja sepenuh masa.

Maka jika ada pihak yang menuduh Kerajaan Negeri, Pakatan Rakyat, PAS lembab membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir, maka ia berpunca dari lembabnya akal mereka berfungsi. Menuduh ikut sedap mulut tanpa berfikir terlebih dahulu.

Banjir besar yang melanda Kedah membawa kemusnahan dan kerugian yang bukan sedikit. Ia juga membawa seribu maksud dan pengertian mengikut perhitungan masing-masing. Pakar kaji cuaca, pecinta alam sekitar, ahli akademik, ahli politik, rakyat bawahan di kaki lima semuanya membuat andaian dan ulasan mengikut bidang masing-masing.
Bencana besar ini berlaku sewaktu PAS dipersada kuasa Kerajaan Negeri. Ia mungkin ujian dan mungkin juga bala. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hikmahnya.

[Read More...]


Pemimpin BN melancong dikala rakyat menghadapi banjir



Rakyat redah banjir, pemimpin BN seronok di luar negara

Mohd Nor Yahya
Mon Sep 08, 08 6:27:53 pm MYT

KOTA BHARU, 8 Sept (Hrkh) - Kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi - kerajaan baru 16 September mustahil, manakala Setiausaha Agung Barisan Nasional, Dato' Seri Tengku Adnan Mansor pula menyebut tiada Ahli Parlimen yang lompat parti.

Persoalannya apakah kenyataan itu sekadar menutup resah yang sudah berlubuk di hati.
Kalau benar sekali pun telahan Perdana Menteri mengapa pula dalam masa yang sama anggota parlimen BN seperti diheret ke luar negara 7 hingga 19 September ini kononnya mengadakan lawatan sambil belajar dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan.
Mengikut laporan, seramai 49 ahli parlimen BN akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini. Seramai 41 orang sudah berlepas manakala lapan orang lagi dijangka berbuat demikian esok.
Seorang tokoh akademik Dr Abdullah Sudin meluahkan rasa hairan mengapa Kelab Penyokong BN (BN BBC) menggunakan kesempatan sekarang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara.
"Adalah lebih baik ahli parlimen BN mengambil peluang untuk mendekati rakyat ketika tiada persidangan parlimen sekarang.
"Mereka sepatutnya mengambil peluang mendekati rakyat terutamanya di Kedah dan Pulau Pinang yang sedang meredah banjir sekarang," kata beliau yang juga bekas pensyarah kanan UiTM.
Selain itu katanya bagi ahli parlimen beragama Islam mereka boleh mengambil peluang bersama rakyat di masjid atau berqiamulai.
Oleh itu tindakan tergesa-gesa itu merupakan satu pembaziran besar duit rakyat mungkin mencecah jutaan ringgit, sedangkan ia sepatutnya diagih kepada rakyat miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Anggota parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, tindakan BN BBC mengadakan lawatan sambil belajar di luar negara dalam bidang pertanian amat tidak munasabah dan kurang rasional.
"Tindakan mereka itu seolah-olah mengakui akan berlaku perubahan tampuk pemerintah negara dalam masa terdekat ini.
"Saya merasa pelik kerana wakil rakyat kerajaan terpaksa lari daripada pembangkang.Ini secara jelas menggambarkan Pakatan Rakyat begitu digeruni mereka," katanya yang juga Pengerusi KeADILan Kelantan.
Menurutnya pemimpin utama Umno dan BN tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan takut kepada kebangkitan rakyat, seolah-olah mereka rimas dengan bayang-bayang sendiri.
"Kalaulah pemimpin BN menganggap hasrat Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan hanya propaganda atau gimik politik, tentunya tidak timbul isu melarikan diri sehingga ke luar negara dalam tempoh begitu lama.
"Sebenarnya pemimpin atasan BN kini sedang membilang hari kerana mereka tahu siapa yang akan meninggalkan parti itu untuk bersama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Bekas ahli Jawatankuasa Umno Kubang kerian, Ibrahim Mamat berkata, tradisi membela rakyat yang dicanangkan BN selama ini hancur kerana mereka menggunakan begitu besar peruntukan bagi mempertahankan kepentingan peribadi.
"Mereka sekarang seperti orang salah yang sedang menunggu hukuman, jadi mereka tidak dapat tidur lena kerana sering diganggu mimpi buruk," katanya. - mj/mks.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors