Nizar MB Perak sah, Zambry diminta berundur secara terhormat



[Read More...]


Apa maksud sebenar "patik mohon derhaka"



al-Bakri fil Muar
11 Feb 2009

Barulah ana faham apa maksud "Patik mohon derhaka". Itulah bahasa istana seperti Patik = saya, beta = saya(untuk raja). Pada kebiasaannya hanya para pemimpin yang selalu berjumpa dengan sultan-sultan menggunakan bahasa istana ini.

Contoh:
Gering = sakit
Murka = marah
Beradu = berehat

Teringat suatu masa dahulu Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah mengatakan Allah juga samseng, habis kecoh satu Malaysia, dalam surat khabar, TV dan radio mengutuk Tok Guru. Bila penjelasan diberi barulah semua faham.

Sekarang ini isu "Patik mohon derhaka" pula dijaja mungkin seminggu dan mungkin sebulan. Rupa-rupa itulah UMNO yang cetek ilmu. Dah tak pandai nak ajar sombong.
Seperti kata orang dulu-dulu, "bodoh sombong".

Sila baca petik artikel dibawah:

Artikel Oleh pulaubaru [Tranungkite.net]

Sahabat semua ...sedar tak sedar satu lagi kebodohan UMNO yg ramai x tahu..mereka tidak faham bahasa berkaitan makna ayat tersebut itu...risik merisik..hambe rakyat jelata dapat tahu maksud akan perkataan itu...patik mohon derhaka merupakan satu istilah khusus yg digunakan dalam istana dan mesti digunakan oleh rakyat jelata termasuk MB ( x termasuk najib) jika mereka ade pandangan lain diatas pandangan yg telah diberikan oleh tuanku
Contoh :
Raja bertitah : beta ingin sebuah lagi jambatan di kampung B makan wakil rakyat jelata iaitu MB setuju,
Makan akan berkata: titah tuanku dijungjung
tetapi jika MB merasai titah itu ade kelemahan atau ade cadangan lebih penting dari titah tersebut
seperti contoh:
MB mendapat maklumat kampung B tidak memerlukan jambatan lagi sebaliknya kampung C yg memerlukan jambatan terlebih dahulu maka
MB akan berkata: ampun tuanku patik mohon derhaka pada titah tuanku, dan patik selaku wakil ratyat jelata ingin mencadangkan kampung c patut di beri jambatan terlebih dahulu..
Itulah kehebatann raja-raja mana mana titah yang tidak dipersetujui kena menggunakan bahasa patik mohon derhaka...
Oleh itu terbukti nizar tidak sama sekali berniat untuk meruntuhkan institusi diraja tetapi telah menobatkan institusi diraja di kelasnya tersendiri dan mesti di hormati walaupun sudah tahu kalimah itu akan di gunakan oleh perompak BN untuk agenda politik kotor mereka..tahniah Nizar..........keberanianmu menjadi salah satu titik kebangkitan kuasa raja...
maka kalimah ini terus dijaja oleh UMNO untuk menghalalkan tindakan mereka...
UMNO : menggunakan ISU DERHAKA SULTAN untuk menutup kejahatan mereka merompak di PERAK..Marilah kita jatuhkan UMNO yg terbukti mempergunakan kuasa sultan demi politik mereka......jatuhkan UMNO dlam PRK nanti....allahu akhbar...

sumber: klik sini
[Read More...]


Sebelum ini telah ada MB yang enggang letak jawatan.



Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini - dari blog http://msomelayu.blogspot.com/...hayatilah ia....
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidmatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan RASUAH.Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

Sumber:Komen oleh pengunjung Kuda Kepang dan Mengenang sejarah
[Read More...]


Perak Story : MBs take popularity contest to Thaipusam



Petikan dari Malaysiakini. Malaysiakini.com

"I am the menteri besar for all," Zambry told a crowd of some 50 people gathered at a makeshift stage within the temple compound.

He hurriedly left the temple with little fanfare after his speech as he had to rush to Kuala Lumpur.

Nizar walks to temple Meanwhile, ousted Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin arrived at the temple at 10.30am. He walked with several of his supporters for about 1.5 kilometres to meet and greet Hindu devotees on route to the temple.

If this was a popularity contest, Mohd Nizar won it hands down as he was greeted with cheers, applauses and cries of "Hidup Pakatan". Unlike Zambry, Mohd Nizar not only visited individual stalls, but also made one round around the packed temple which saw him being mobbed by supporters.

After his walkabout, Mohd Nizar took to the same makeshift stage and told the crowd that Pakatan Rakyat was still the legitimate government of Perak."Thank you for your continued support. We will prevail!" said a highly charged Mohd Nizar, while urging his supporters to keep their emotions in check during the ongoing crisis.

Mohd Nizar then led the crowd in a round of loud chants of "Hidup Pakatan Rakyat" and "Valga Makkal Sakti", as drum-beats accompanying kavadi bearers played on below him.
[Read More...]


Artikel Pilihan: Lidah tak bertulang



FEB 7 — Dengan lompatan dua bekas exco Parti Keadilan Rakyat yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar masuk Umno dalam masa 10 hari dan seorang timbalan speaker yang keluar DAP kerana marah tidak diberi jawatan exco serta tidak mendapat kereta rasmi Toyota Camry 2.4, maka kerajaan negeri Barisan Nasional kini mengambil alih pentadbiran Perak tanpa mandat rakyat.
Kerajaan negeri yang 90 peratus dikuasai oleh Umno dengan dua wakil kaum Cina akan memerintah Perak dengan majoriti tiga kerusi yang diwakili "Adun bebas yang menyokong BN". Setakat ini BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN yang berjumlah 59 kerusi. Setakat ini juga Pakatan enggan mengiktiraf kerajaan negeri yang disifatkan sebagai "haram" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana merampas kuasa secara tidak demokratik.
Kes rasuah dua bekas exco PKR, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Jamaludin Mohd. Radzi akan didengar di Mahkamah Sesyen pada Selasa ini. Mereka dituduh terbabit dalam kes mempercepatkan kelulusan permohonan membangunkan tanah di Seri Iskandar, Ipoh di Perak.
Apabila kes rasuah itu dibongkar tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mendesak kerajaan negeri Pakatan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya menggantung kedua-dua exco itu.
Khairy yang juga salah seorang calon Ketua Pemuda Umno yang akan ditentukan dalam pemilihan di Perhimpunan Agung Umno bulan depan telah dipetik oleh media massa pada September tahun lalu sebagai berkata: "Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah. Saya telah mendesak agar dua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat itu digantung tugas setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan."
Tidak habis cerita rasuah pemimpin politik negeri Perak, timbul pula kisah lompat-melompat parti. Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim yang memulakan langkah pertama dengan meninggalkan Umno pada Januari lalu untuk melompat menyertai PKR (sebelum melompat semua kepada Umno 10 hari kemudian).
Maka teramat marah Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi yang menganggap lompat-melompat di kalangan wakil rakyat sebagai perbuatan khianat kepada pengundi yang akan mencemarkan imej negara.
"Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang (anti-lompat) di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya kepada salah sebuah akhbar milik Umno yang disiarkan pada 27 Januari lalu.
Beberapa hari kemudian beliau mengulangi pendiriannya yang turut menyifatkan pemimpin Umno yang melompat parti sebagai individu yang tidak ada nilai kemanusiaan, tidak bermaruah dan seperti seekor katak.
"Mereka juga seperti penjenayah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sedangkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu atas tiket BN," ujarnya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pula menyifatkan Nasarudin yang melompat menyertai PKR sebagai telah mencemarkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
"Kepercayaan orang yang mengundi dia, bukan kerana diri dia sendiri, tetapi kerana kapasiti dia dalam parti yang diwakilinya yang menyebabkan dia menang. Manusia bukan seperti barangan yang boleh dijual beli," katanya di Kota Kinabalu pada bulan lalu.
Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Luar mahu Nasarudin yang menang atas tiket BN meletak jawatan kerana ia melibatkan soal kepercayaan rakyat kepada calon pilihan mereka.
Pada masa itu beliau mendesak wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi yang dimenanginya.
Malah pemimpin parti yang mereka sayangi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun turut mengutuk pemimpin Umno yang melompat parti dengan menyifatkan mereka sebagai orang yang gagal dalam perjuangan parti dan bangsa.
"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan , dia akan menghadapi apa juga keadaan. Orang yang begini memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," katanya.
Tetapi tak sampai seminggu kemudian, suara-suara garang anti-lompat dalam Umno lenyap sama sekali. Mungkin bagi mereka, apa payahnya jika sekadar menggoyang lidah yang tak bertulang.
Perdana Menteri pun mengubah nada apabila Nasarudin dan Adun-Adun pihak lawan pula yang melompat menyertai Umno (walaupun sebagai "Adun bebas yang menyokong BN"). Kini Abdullah menasihatkan Pakatan Rakyat supaya, "Terima sajalah. Dulu semasa pilihan raya yang lepas parti pembangkang telah menang, (kita dapat terimanya)," katanya kepada pemberita di Slim River, Perak pada Khamis lalu.
Malah, beliau memberi tafsiran untuk menghalalkan lompat parti itu dengan menyatakan bahawa: "Saya percaya ini bukan sesuatu yang akan dibantah, yang penting kita mahu kerajaan yang akan dibentuk itu mengikut undang-undang dan menjalankan pentadbiran dengan penuh tanggung-jawab serta memberi khidmat kepada rakyat." Berpuluh ribu rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Kangsar, Perak semalam untuk membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar BN.
Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dengan bangga menyifatkan rampasan kuasa di Perak melalui lompatan itu sebagai kejayaan BN.
Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab mendidik kira-kira 6 juta pelajar sekolah di Malaysia menganggap kejayaan BN di Perak sebagai bukti "keyakinan anggota Umno terhadap perjuangan parti yang tidak pernah luntur walaupun tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini".
Datuk Seri Najib Razak pula sebagai bakal Perdana Menteri sememangnya bangga dengan kejayaan Umno itu kerana ia menebus kembali kekalahan dalam pertandingan secara sah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kejayaan ini mencerminkan betapa cemerlang, gemilang dan terbilangnya Umno dan BN dalam soal membeli wakil rakyat, menggunakan segala aparatus milik negara dan mengetepikan mandat rakyat semata-mata untuk menang.
Yang tidak kedengaran lagi ialah soal mahu mengharamkan lompat-melompat yang sebelum ini dikatakan oleh pemimpin BN sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan jenayah yang mencemari politik negara.
[Read More...]


Cerita MB Perak dan jurugambar....



IPOH: Sebenarnya saya tak berminat untuk menulis artikel ini terutama yang melibatkan hal ehwal kewartawanan, sementelah saya dah lebih 10 tahun meninggalkan dunia kewartawanan selepas menamatkan perkhdimatan 24 jam notis pada Bernama.

Sebenarnya terlalu banyak politik dan karenah dalam dunia kewartawanan ini. Mesti sebulu dengan kepala KANTOR. Kalau tIdak , anda dilempar ke cold storage.

Akhir-akhir ini, mau tak maupun saya kembali terlibat dan tempias dengan dunia kewartawanan yang sesetengah pihak menganggapnya ada aura glamour dan sesetengahnya pula melihat ia berfungsi multipurpose termasuk untuk diri sendiri. Itu terpulanglah pada pendirian wartawan itu sendiri.

Kadang-kala wartawan ada bersifat kepalanya sudah terisi dengan elemen tersendiri, yang sudah di aisbekukan. Merasakan bahawa mereka ada kuasa untuk menghentam apabila sesuatu itu tidak sebulu atau tidak sehaluan dengan mereka, atau apabila tidak memperolehi sesuatu yang dikehendaki.

Sedih saya melihat wartawan yang sudah tidak mempunyai fikrah diri sendiri tetapi lebih tergulung dalam kelompok manusia yang menjaga kepentingan dan kelompok tertentu kerana mungkin ganjaran atau habuan tertentu. Sesetengahnya sudah menjadi terlalu self censored sehingga tidak menjadi wartawan yang lebih terbuka sifatnya.. yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan masyarakat maupun agama Islam.

Cerita seterusnya klik sini dari Setiausaha akhbar MB
dan di sini dari blog Al Husseyn
[Read More...]


Konspirasi! - Ngeh Koo Ham



Oleh Topeng_Perak"

Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Kanan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pagi tadi menjelaskan bahawa kes penangkapan dua Exco Perak beserta tiga lagi merupakan satu konspirasi Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak menjelang 31 Ogos ini.

Dalam temuramah dengan wartawan selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman selama dua hari terhadap YB Jamaludin sebentar tadi, Ngeh memaklumkan tentang beberapa tindakan BPR yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan kepada media semalam.

Dalam kenyataan kepada media semalam, BPR menyatakan bahawa dua EXCO telah ditangkap, sedangkan YB Jamaludin sedang berada diPermatang Pauh pada masa itu. YB Jamaludin hanya kembali ke Ipoh malam tadi untuk memberikan bantuan tetapi telah ditahan.

Begitu juga dengan kenyataan BPR mengatakan bahawa mereka ditangkap dihotel adalah satu pembohongan, sebaliknya kedua-dua Kapt (B) Usaili Alias dan Kapt (B) Osman ditangkap ketika sedang minum di Kluang Cafe, Ipoh Raya.

Pagi tadi, ketika YB Jamaludin dibawa kemahkamah, BPR mendakwa YB Jamaludin meminta wang suapan berjumlah RM5,000 daripada seorang yang tidak dikenali. Amat jelas, tindakan yang dibuat oleh BPR ini merupakan satu perancangan untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat Perak.

Ngeh juga mempersoalkan tentang mengapa tiada tindakan diambil terhadap laporan yang dibuat terhadap Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, walaupun segala bukti telah diberi. BPR sepatutnya menunjukkan bahawa mereka bebas dari telunjuk BN dalam mengambil sesuatu tindakan.-

[Read More...]


MB Perak memandu kereta jam 3.00 pagi.....



Azamin Amin
Tue Aug 05, 08 12:43:31 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Demi bonda mertua dan isteri tercinta, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup memandu kereta jam 3.00 pagi menuju ke Hospital Tapah setelah mendapat panggilan kecemasan mengenai tahap kesihatan bonda mertuanya yang agak kritikal.

Biarpun baru tiba ke kediaman rasmi beliau di Ipoh jam 12.30 tengah malam daripada Kuala Lumpur atas tugas dan urusan rasmi, tanpa sebarang keluhan tiga jam kemudian Nizar memandu kenderaan membawa keluarga menziarahi ibu mertuanya.

Perkara itu diluahkan sendiri isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat dalam blognya; datinserifatimah.blogspot.com baru-baru ini tentang insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu.
Terkejut dengan panggilan kecemasan itu Fatimah dan Nizar bergegas pulang ke Tapah malah terpaksa meninggalkan anak-anak yang sedang nyenyak lena di rumah.

"Setengah jam suami memandu kami selamat tiba di wad perempuan Hospital Tapah. Saudara mara terdekat sudah memenuhi ruang wad pada ketika itu. Sayu melihat bonda yang menahan sakit dan seluruh tubuhnya bengkak. Ramai yang hadir membacakan Surah Yassin dan doa.

"Terima kasih yang teramat sangat kepada suami kerana dalam keadaan masa yang terlalu sibuk beliau masih sempat bersama saya. Dalam keadaan suami yang baru pulang dari K.L jam 12.30 malam terus ke Tapah jam 3.30 pagi manakala pulang semula ke Ipoh jam 3.00 petang Sabtu kerana ada program yang harus dihadiri jam 5.00 petang.

"Saya mengerti keadaan suami yang terlalu mengantuk dan penat tetapi demi tugas dan tanggungjawab kepada keluarga dan kepada rakyat beliau tidak langsung mengeluh," katanya yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu.

Kesibukan dan kepadatan program Menteri Besar Perak itu turut diakui dan disaksikan sendiri oleh krew Harakah yang membuat liputan sehari bersama beliau pada 31 Julai lalu namun disebalik itu, Nizar masih sudi meluangkan masa dengan mana-mana individu yang bertemu dengannya. - mks. _
[Read More...]


'Petugas' Ber'tshirt' Pagoda,Anugerah Allah Untuk Rakyat Perak



MB Perak yang aku tak kenali rupa-rupanya senior sekolah aku dahulu. Semasa beliau dilantik menjadi Menteri Besar Perak, kami pun belum mengenalinya sehinggalah web-web seperti harakahdaily, Tranungkite dan lain-lain meletak profil beliau. Antara pernah bersekolah di Sekolah Menengah Teknik, Ipoh.


Namun begitu masih ramai juga yang belum mengetahui siapakah sdr. Nizar (sekarang Dato'Seri), cikgu-cikgu, rakan-rakan beliau mahupun junior-juniornya. Biasalah dulu semasa tinggal di asrama boleh dikatakan kebanyakannya mempunyai nama gelaran. Bila sebut sahaja nama tersebut barulah rakan-rakannya tahu bahawa "schoolmate" mereka dah jadi Menteri Besar Perak. Dalam ucapan alumni sekolah, beliau amat bersederhana walaupun dah jadi menteri besar.
Aku sebagai junior beliau turut merasa bangga. Tahniah buat rakyat Perak.
Dibawah artikel dari Tranungkite, yang juga membuatkan hati ini terharu dengan kesederhanaan beliau.

Oleh fezuljengka
"tukulbesi.blogspot.com
Saya tidak mampu mengawal emosi hingga menitis air mata apabila membaca tulisan Tarmizi Mohd Jam kisah seorang petugas PAS bertshirt pagoda yang kini bergelar MB.


Bila melihat tajuk tersebut saya menyangka yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengenakan tshirt pagoda di rumahnya.Telahan saya ternyata meleset apabila tokoh yang dimaksudkan ialah MB baru bagi rakyat Perak daripada PAS.
MasyaAllah,itu saja ungkapan yang terbaik untuk saya ungkapkan,rupanya bukan Kelantan saja dianugerah Allah pemimpin seperti Umar Abdul Aziz tetapi anugerah yang sama kini dikurniakan Allah kepada rakyat Perak.Bersyukur dan bertahmidlah memuji Allah atas anugerah ini.Inilah hasil tarbiyyah yang ada dalam PAS walaupun sering diperlekeh oleh mereka yang tidak duduk di medan juang yang sebenar,namun ternyata PAS punyai tokoh-tokohnya yang layak untuk memimpin ummah ini ke jalan bahagia di dunia dan akhirat.

Saya juga punya cerita yang hampir sama,cuma menunggu masa untuk dianugerah Allah kepada rakyat negeri Pahang khususnya,tunggulah saatnya akan tiba.

Ikuti tulisan Tarmizi di bawah:Harakahdaily 2 Ogos 08

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB


Tarmizi Mohd Jam
Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "depa raya".Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.



Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji.


Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.


Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada.



Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah.


Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri."Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.


Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati.


"Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah."Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir."Ini kad ana.



Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.
[Read More...]


M.B Perak Imamkan Solat Jumaat



Oleh mihnaz

"Assalamu' alaikum.... Warahmatullah Wabarakatuh.Sebagai seorang makmum pada jumaat hari ini tanggal 21 Rejab 1429 bersamaan 25 Julai 2008. Penulis amat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman manis sebagai seorang makmum kepada seorang imam yang bergelar Menteri Besar.Tidak seperti biasa, pihak masjid telah mengaturkan program secara bijaksana untuk memanfaatkan peluang yang jarang-jarang sekali itu dengan sebaik mungkin. Selesai berdoa, MB diberi ruang untuk berucap dalam slot pemimpin bersama rakyat.


Slot yang memakan masa hampir 20 minit itu tenyata menarik minat sebahagian besar jemaah di Masjid Tanjong Malim yang mana rata-rata terdiri daripada golongan berpendidikan iaitu penduduk setempat, Profesor-profesor, Dr.-Dr, Pensyarah-pensyarah dan pelajar IPT berdekatan. Masa yang diperuntukkan ternyata digunakan dengan sebaik mungkin oleh MB.Apa yang ingin dikongsikan disini ialah isi dalam sessi slot yang disampaikan oleh MB begitu jelas dan dilihat sebagai bijaksana dimana beliau menekankan tentang pentingnya solat 5 waktu yang dianugerahkan sendiri oleh ALLAH ta'ala kepada Nabi kita MUHAMMAD SAW dalam proses Isra' dan Mi'raj dan ianya berbeza dengan amalan lain yang disampaikan melalui malaikatNYA.


Disini kita melihat betapa seorang MB yang sibuk dengan tugasan harian untuk memerintah negeri memberi peringatan bahawa menjaga solat 5 waktu merupakan amalan yang amat2 dituntut dalam kehidupan harian. SYABASSS kepada MB Perak, inilah pemimpin yang takut kepada ALLAH, dan inilah pemimpin yang ingin membawa rakyat bersamanya ke jalan diredhai ALLAH dan inilah contoh pemimpin yang perlu kita pilih sebagai pemimpin kepada rakyat ..... ALLAHU AKHBARRRRR
[Read More...]


SATU LAGI KISAH DIANIAYA MEDIA TERHADAP MB PERAK KITA



Satu pengajaran yang pahit tetapi sangat berguna bagi seorang Menteri Besar yang baru seperti YAB Datuk Seri Nizar; bahawa tidak semudah itu hendak membuang tunggul mati dan kacang hantu yang ada bersepah-sepah di Negeri Perak tu!

Walaupun Nizar, menurut katanya telah memberi tempoh 40 hari untuk Jamry berubah.Mengarah ‘bertukar’ kepada seseorang yang berkedudukan tinggi dan mempunyai hubungan istimewa dengan Sultan adalah perkara yang rumit.
Nizar baru saja belajar dan memahaminya pagi tadi apabila beliau dipanggil mengadap Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi tadi.Ya, pertukaran tersebut tidak semudah sebagaimana saya dan beberapa rakan guru lain yang telah diarahkan bertukar mengajar ke sekolah-sekolah orang asli dan di pendalaman yang begitu jauh dari rumah kami.Kami semua telah dituduh bergiat aktif dengan PAS sewaktu pilihan raya 2004 dahulu.
Apa yang lucunya kini ialah ,Pengarah Pelajaran Perak yang terlibat dengan arahan pertukaran kami itu,telah masuk PAS dan membuka sebuah cawangan dikampungnya baru-baru ini!Allahu Akbar!Kembali kepada persoalan tadi, sepatutnya setiap salah laku hantu kacang tu didedahkan kepada pengetahuan awam.Pendedahan tidak perlu secara resmi; bocorkanlah maklumat melalui internet supaya dapat di ketahui ramai dan perkara tersebut akan menjadi isu dan dari situ kita akan mendapat feedback dan melihat reaksi masyarakat secara amnya.Setiap tindakan mesti ada strateginya.
Cara Nizar memecat Jamry walaupun tidak menyalahi mana-mana peraturan am kakitangan kerajaan , Nizar dilihat agak terburu-buru dan tajuk berita media “ Pengarah JAIP Diarahkan bertukar 24 jam” sangat sensasi dan menagih simpati rakyat kepada Jamry dan Nizar dilihat sebagai seorang ‘witch hunter’ yang ganas!Masyarakat tidak mengetahui kedudukan sebenar. Mereka anggap Jamry JAIP itu seorang yang baik dan Nizar sengaja mahu menganiayanya.Walau bagaimana pun kita berharap, pihak kerajaan negeri akan dapat mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya.
Kiriman pembaca blog pasbkari.
[Read More...]




这些是图片受控制新闻纸不可能展示你的政府在他们的文件。爆炸在17发生了。在2008年三月杀


害3个体Lumut和在18在马来半岛面粉加工厂前提。 在三月,新的MB Ir.Nizar和DAP情况议员


Ngeh Koo火腿拜访了一个家庭受害者。 这将带来泪花为你的眼睛图片!



BN政府控制的我们的公开媒介不会显示这相片,新闻。


因此让它是我们负责任的,接受这邮件传播和分享这感人的故事的我们大家
与所有我们心爱的马来西亚人、汉语、印地安人和马来人朋友。

Please see picture below (last posting)
[Read More...]


Gambar MB Perak yang 'digelapkan' media








An explosion occurred on the 17th. March 2008 at the Malayan Flour Mills premises at Lumut killing 3 persons and on the 18th. March, the new MB Ir.Nizar and the DAP state assemblyman Ngeh Koo Ham visited the family of one of the victims. Here are the pictures that will bring tears to your eyes!



MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.



Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin.hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar dibawah tidak mungkin tersiar di media arus perdana).



touching photos,..


KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Biarpun ditohmah dengan pelbagai gelaran dan negeri menjadi 'ancaman' dan 'serangan' Umno, Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana namun Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sedia kala di samping bertemu masyarakat sekaligus menangkis dakwaan yang tidak tepat selama ini.


Berikut adalah gambar-gambar beliau yang 'menyentuh hati' tetapi kemungkinan 'digelapkan' atau tidak disiarkan oleh media sewaktu pertemuannya dengan keluarga mangsa tragedi, tanpa mengira latar belakang kaum.



Dalam gambar tersebut Nizar kelihatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu.



Kelihatan Nizar meluangkan masa di rumah seorang dari tiga mangsa yang terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan dan beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Cina turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya.


[Read More...]


Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak




Johari Jaafar Thu Mar 13, 08 12:46:32 pm MYT
Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. -->-->


Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).
Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.
Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors