Ezam yang aku tak kenal



Assalamualaikum buat semua pembaca.

Dalam tempoh seminggu ini dan mungkin sebulan media-media sibuk dengan kisah sdr Ezam telah masuk UMNO semula.

Kita hormati pilihan beliau tapi alasan beliau macam susah untuk diterima.

“Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut,” kata Ezam.

Apakah dasar UMNO yang telah berubah?

Bagaimana dengan ISA, OSA, akta mesin cetak, AUKU dan seumpamanya ? Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menahan tanpa perlu dibicarakan. Apakah dasar ini telah berubah?

Apakah dasar UMNO yang kini telah berubah?

Komen anda bagaimana ?
[Read More...]


PAS pertikai kewibawaan pemimpin negara tangani isu Pulau Batu Puteh



Salman Hussin Sun May 25, 08 1:03:02 pm MYT

MUAR, 25 Mei (Hrkh) - PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

"Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

"Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang diumumkan di Haque Belanda, Jumaat lalu,
Katanya, selain Syed Hamid, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, juga tidak menunjukkan usaha bersungguh-sungguh berhubung Pulau Batu Puteh ini.

"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Ghani sepatutnya peka serta mengambil berat segala hal ehwal yang berlaku di negeri yang beliau terajui, pulau ini berada di wilayah Johor, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab beliau untuk mempertahankannya," katanya.
Katanya, Ghani Patail pula sebelum ini begitu sibuk dan mengambil berat kes di Batu Buruk Terengganu, ini kerana kes tersebut membabitkan pembangkang sebab itu beliau begitu pantas bertindak.

"Tetapi kenapa dalam isu Pulau Batu Puteh ini beliau seolah-olah langsung tidak mengambil berat untuk menyediakan fakta sejarah yang lengkap serta hujah yang mantap bagi menyakinkan ICJ bahawa pulau ini adalah milik Malaysia?

"Kita mempertikaikan kewibawaan serta kredibiliti pihak-pihak terbabit serta pemimpin negara ini di atas kegagalan mempertahankan kedaulatan pulau ini, sesungguhnya apa yang berlaku ini sangat mengaibkan maruah negara ini di mata dunia," sambungnya.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak sekali-kali mempertikaikan keputusan ICJ menyerahkan pulau ini kepada Singapura, mereka mengambil masa enam bulan sebelum membuat keputusan ini, sudah tentu banyak faktor yang diambil kira sebelum keputusan muktamad diambil.

"Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab terhadap negara ini, mereka sepatutnya bersungguh-sungguh menangani isu yang sangat sensitif selain turut membabitkan maruah negara dan rakyat ini.

"Jika dilihat dari sudut fakta berkaitan dengan pertikaian ini, banyak fakta serta bukti yang menyebelahi kita, tetapi malangnya penghujahan kita gagal mematahkan hujah pihak lawan," katanya.

Katanya, insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh ini sewajarnya dijadikan iktibar oleh pemimpin negara ini supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,

"Apa yang menjadi kebimbangan kita, sekarang ini terdapat satu lagi pulau di Johor yang menempatkan rumah api milik Singapura, iaitu Pulau Pisang di Pontian, setelah berjaya merampas Pulau Batu Puteh, berkemungkinan besar mereka akan membuat tuntutan yang sama ke atas pulau ini.

"Kita mengingatkan kerajaan supaya menyediakan segala dokumen serta fakta yang lengkap mulai sekarang seandainya isu Pulau Pisang ini dibawa ke ICJ suatu masa nanti.
"Kalau Pulau Batu Puteh hanya seluas sebuah padang bola, tetapi Pulau Pisang luasnya lebih kurang 30 ekar, selain itu terdapat juga beberapa buah pulau berhampiran pulau ini.
"Sementara itu di Serkat pula terdapat sebuah lagi pulau yang begitu hampir dengan Singapura iaitu Pulau Merambung, kedudukan kesemua pulau-pulau ini begitu strategik, tidak mustahil pulau-pulau ini turut diintai negara jiran kita, ini yang pemimpin negara perlu fikirkan.
"Oleh kerana itu kita mendesak kerajaan supaya bertegas menyatakan pendirian bahawa Pulau Pisang ini adalah hak mutlak Malaysia, dengan apa cara sekali pun Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera bagi menyelamatkan pulau ini sebelum terlambat, cukuplah sekali maruah rakyat dan negara ini diaibkan sebegitu rupa," tegasnya.

Katanya, jika pemimpin negara ini terus lalai dan leka serta tidak bertindak segera bagi menyelamatkan Pulau Pisang ini, PAS sangat bimbang insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh tidak mustahil akan berlaku ke atas Pulau Pisang pula. - mns
[Read More...]


Kisah penjual Ayor (Air) yang berijazah



Tiga orang pegawai tinggi Majlis Perbandaran Ipoh sedang sibuk menemuramah beberapa orang yang melamar kerja sebagai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ipoh.

Lalu tibalah giliran seorang hamba Allah datang mengadap mereka untuk ditemu ramah.Ketua penemuramah itu mengamati beliau atas dan bawah.Dia rasa amat mengenali orang yang sedang berada dihadapannya itu lalu dia bertanya:

- Saya rasa , macam biasa tengok awak…err..bukankah awak yang berniaga di dataran tu?( maksudnya Dataran Ipoh)

Ya, betul tuan, sayalah orang itu…

-Awak yang jual air pakai roda tiga yang selalu kami saman itu kan?

Ya, tuan , saya lah orang itu…

- Tapi …mengikut permohonan awak disini awak ini seorang siswazah..!

Ya, betul tuan, saya junia tuan lebih kurang dua tahun sewaktu di UM dahulu. Tapi saya tidak suka makan gaji.Saya suka dengan cara hidup saya sekarang ini.

- Awak yang selalu pihak kami hambat dan selalu kena saman; tapi kini mahukan jawatan Penguatkuasa pula? Cuba bagi tahu kami , apakah tindakan yang akan kamu ambil jika kamu jadi seorang penguat kuasa.

Ya tuan, sebelum itu saya minta maaflah kepada tuan.Mula-mula sekali saya nak beri tahu tuan-tuan, setiap kali, apabila saya lihat muka tuan-tuan ini, muka-muka penguat kuasa , pada saya tak ubah seperti barua!Tersentak beruk ketiga-tiga pegawai yang menemuramah itu ; tapai nak buat macam mana.Mereka semua tergamam ditkerusi masing-masing!Sememangnya kawan yang melamar pekerjaan tersebut bukan bertujuan mahu menjawat kerja tersebut, tetapi hanya mahu berdepan dengan mereka untuk meluahkan perasaan yang lama terbuku dan terpendam dalam hatinya selama ini. Dia terus meluahkan peluru-peluru tepat mengenai sasaran tujunya.Lalu dia mengulangi lagi perkataan ‘barua’ itu dengan menambah kata:+ Saya kata, muka tuan-tuan semua ni macam ‘barua’ sebab, kalau orang Melayu berniaga burger , nasi lemak ditepi-tepi jalan , pihak tuan ganggu – habis diangkut , tapi kalau orang lain, pihak tuan biarkan begitu sahaja.Tengoklah di pasar Gunung Rapat tu dan mana-mana pasar sekalipun…Tuan ada berkira-kirakah dengan mereka tu? Kami peniaga-peniaga kecil Melayu sering diganggu oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran.Kami dilayan seperti kucing kurap…

..Begitulah , kawan itu melepaskan geramnya.Kerja tak dapat ; tapi dia rasa sangat berpuas hati.Kejadian tersebut benar-benar berlaku dua tahun yang lepas dan dia masih dengan cara hidupnya menjual air minuman dengan motor roda tiganya sambil menjerit ‘Ayor! Ayor! Ayor! untuk menarik pelanggannya.Dialah satu-satunya penjaja jalanan yang punyai ijazah!

Petikan dari blog Al-Husseyn.
[Read More...]


Angkuhnya Khairy pertahan ISA



Norlaila Othman (Keluarga Tahanan ISA 6 tahun) Fri May 02, 08 12:16:51 pm MYT

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'?. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA?, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo? Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni ? lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

Dalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.
Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.


Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.


Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.
Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.


Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan ?hukuman? yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.
Mungkin mereka akan sedar jika Umno sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

[Read More...]


Bantuan Zakat untuk pendidikan






Assalamualaikum!

Hari ini saya telah pergi ke Pusat Zakat Johor cawangan Muar untuk bertanyakan tentang bantuan untuk pelajar yang telah melanjutkan pendidikan ke IPT.

Untuk makluman pembaca, Pusat Zakat Johor hanya memberi sumbangan untuk yuran kemasukan (tak pasti berapa peratusannya).

Pelajar yang belajar luar negara hanya Universiti Al-Azhar Mesir sahaja yang layak. Walaubagaimanapun saya merayu supaya dapat juga diberikan kepada pelajar-pelajar selain dari Al-Azhar. Saya katakan ingin mencuba. Akhirnya kerani tersebut memberi alamat untuk pelajar selain dari Al-Azhar mendapat bantuan zakat.

Untuk pelajar Al-Azhar dari Johor, anda boleh bertanya dengan persatuan pelajar Johor di sana.

Jika ada pelajar luar negara ingin alamat sila mailkan kepada bakriblog@gmail.com.
Saya minta maaf kerana tak dapat letakkan alamatnya disini.

Link ke Majlis Agama Johor: http://www.maij.gov.my/utama.htm
[Read More...]


Post title



[Read More...]


SATU LAGI KISAH DIANIAYA MEDIA TERHADAP MB PERAK KITA



Satu pengajaran yang pahit tetapi sangat berguna bagi seorang Menteri Besar yang baru seperti YAB Datuk Seri Nizar; bahawa tidak semudah itu hendak membuang tunggul mati dan kacang hantu yang ada bersepah-sepah di Negeri Perak tu!

Walaupun Nizar, menurut katanya telah memberi tempoh 40 hari untuk Jamry berubah.Mengarah ‘bertukar’ kepada seseorang yang berkedudukan tinggi dan mempunyai hubungan istimewa dengan Sultan adalah perkara yang rumit.
Nizar baru saja belajar dan memahaminya pagi tadi apabila beliau dipanggil mengadap Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Raja Muda Perak pada pukul 11 pagi tadi.Ya, pertukaran tersebut tidak semudah sebagaimana saya dan beberapa rakan guru lain yang telah diarahkan bertukar mengajar ke sekolah-sekolah orang asli dan di pendalaman yang begitu jauh dari rumah kami.Kami semua telah dituduh bergiat aktif dengan PAS sewaktu pilihan raya 2004 dahulu.
Apa yang lucunya kini ialah ,Pengarah Pelajaran Perak yang terlibat dengan arahan pertukaran kami itu,telah masuk PAS dan membuka sebuah cawangan dikampungnya baru-baru ini!Allahu Akbar!Kembali kepada persoalan tadi, sepatutnya setiap salah laku hantu kacang tu didedahkan kepada pengetahuan awam.Pendedahan tidak perlu secara resmi; bocorkanlah maklumat melalui internet supaya dapat di ketahui ramai dan perkara tersebut akan menjadi isu dan dari situ kita akan mendapat feedback dan melihat reaksi masyarakat secara amnya.Setiap tindakan mesti ada strateginya.
Cara Nizar memecat Jamry walaupun tidak menyalahi mana-mana peraturan am kakitangan kerajaan , Nizar dilihat agak terburu-buru dan tajuk berita media “ Pengarah JAIP Diarahkan bertukar 24 jam” sangat sensasi dan menagih simpati rakyat kepada Jamry dan Nizar dilihat sebagai seorang ‘witch hunter’ yang ganas!Masyarakat tidak mengetahui kedudukan sebenar. Mereka anggap Jamry JAIP itu seorang yang baik dan Nizar sengaja mahu menganiayanya.Walau bagaimana pun kita berharap, pihak kerajaan negeri akan dapat mempersembahkan secara rasmi kepada Sultan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan kesalahan oleh Jamry terhadap pentadbiran kerajaan negeri untuk Baginda menitahkan proses undang-undang selanjutnya.
Kiriman pembaca blog pasbkari.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors