Batalkan konsesi air....



Tarif Air Johor adalah yang tertinggi di Malaysia

Jika negeri Selangor boleh beri 20 liter air percuma sebaliknya Johor menaikkan tarif air. Itulah konsep Rakyat Didahulukan untuk dikenakan..



Batalkan konsesi Syabas - Khalid Ibrahim

Shah ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini bahawa kerajaan Persekutuan harus membatalkan konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), mendakwa syarikat telah melanggar perjanjian konsesi.
Bercakap kepada wartawan di sini hari ini, katanya petugas bahagian perkhidmatan air di negari itu, Datuk Nordin Sulaiman, yang juga pengarah perancangan unit ekonomi negari, telah menulis secara rasmi kepada kerajaan persekutuan tentang ini dan bahawa kerajaan negeri sedang menunggu jawapan.

Beliau mendakwa bahawa syarikat (Syabas) telah melanggar perjanjian konsesi melalui penubuhan dana amal (Tabung Budi), yang dikumpul daripada subsidi pelanggan yang disediakan oleh kerajaan negari untuk 20 meter padu pertama air yang digunakan setiap bulan.

Ketika ditanya apa akan dilakukan jika kerajaan Persekutuan belum meluluskan permintaan (membatalkan konsesi Syabas '), Abdul Khalid berkata: "Kami akan pergi ke mahkamah."

Beliau juga mengatakan bahawa Syabas telah mengemukakan tuntutan terhadapnya dan Tony Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara atas laporan yang mereka buat mengenai Tabung Budi.

"Namun, tuntutan ini tidak akan membuat kita mengubah pendirian kami. Syabas tidak ada hak untuk mengumpul wang (subsidi diberikan oleh kerajaan negara bahagian) untuk Tabung Budi," katanya.

Pua, yang juga hadir, berkata tuntutan diajukan di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur kelmarin.

Abdul Khalid lebih lanjut menyatakan bahawa perjanjian konsesi air dengan empat syarikat - Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Sdn Bhd dan ABBAS Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) - harus diakhiri sehingga industri air di Selangor dapat diambil alih oleh kerajaan negeri.

Terhadap keengganan empat syarikat tersebut bagi menamatkan konsesi kerana tawaran pembelian terhadap syarikat tidak cukup menarik, kerajaan negeri berkata mereka boleh membawa masalah ini ke timbangtara.

Beliau mengatakan kerajaan Selangor telah meminta kerajaan Persekutuan untuk memutuskan masalah seperti di bawah Perkhidmatan Air Industri Act 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hal unggul untuk menentukan harga pengambilalihan aset air, yang tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau menambah bahawa kerajaan negeri berharap bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan pada akhir bulan ini.

Sumber: Al-Husseyn
[Read More...]


SEJAK BILA UMNO PANDAI BERJIMAT



15 November 2010 by BLOGMASTERS ·
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.


Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.


Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.

Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.

Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.

[Read More...]


Apa Umno dah buat: `joli' dengan wang peneroka Sungai Buaya



Al-Bakri fi Muar

Hari aku layar portal berita Tranungkite terjumpalah artikel dari blogger eraadin (http://eraaddin.blogspot.com), seperti tajuk diatas cuma untuk memudahkan blogger lain atau pembaca lain untuk mencari dalam engin pencarian, saya letak dihadapan tajuk "Apa Umno dah buat". Pada label pun elok diletakkan.

Balik pada kisah diatas, yang diinaya peneroka Felda berbangsa Melayu di dalam negeri bermenteri besarkan Melayu.

Ini saya cuba ambil sebahagian dari artikel Eraaddins:
Felda tersebut yang sudah bertukar Kampung Sungai Buaya apabila ladang mereka diarah jual kepada syarikat pemaju yang ditandatangani pada 23 Disember 1994 dengan janji menjadi jutawan kerana ditawarkan hampir RM1.2 juta seorang.

"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?



kalau nak tahu lebih lanjut klik disini

[Read More...]


Protes di Selangor , orang Pas ke.???



Hmmm... orang Pas dah pakai topi ada lidah, musykil-musykil...


Siapalah agaknya saudara diatas ini??? Hanya Allah sahaja yang tahu niatnya.
Al-Bakri fi Muar

Gambar diatas diambil dari minaq-jinggo selepas lihat ada berita dalam FB saya.
Setahu saya setelah sekian lama bersama Pas, belum ada ahli-ahli Pas yang membuat tindak sedemikian sebelum berbincang pimpinan. Dan ini bukan cara Pas untuk mendesak pimpinan kerana kita lebih suka bermusyawarah.

Persoalannya kenapa tiba-tiba sahaja perkara ini timbul.
Pecahan kerusi dari 56 buah kerusi adun di Selangor

Pakatan Rakyat : 35 (PKR 14; DAP 13; Pas 8)
Barisan Nasional: 20
Bebas : 1 (adun P.Klang)

Dari segi jumlah kerusi kelebihan sebanyak 15 buah kerusi. Siapa tahu kejadian perampasan kuasa di Perak cuba dilakukan di Selangor tetapi mungkin cara yang berbeza. Sekarang Perak diperintah oleh MB kudeta (Coup d'état). Dulu tak tahu makna kudeta, rupa-rupanya bawa maksud rampasan kuasa. Wikipedia

Wallahualam.
[Read More...]


Bukit Antarabangsa: Jangan biarkan Pusat bersembunyi di belakang OSA



SHAH ALAM, 30 Nov:

Kerajaan Negeri Selangor tidak bersedia untuk membenarkan Kerajaan Pusat bersembunyi di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan terus menafikan hak penghuni Bukit Antarabangsa dan orang ramai bagi mendapatkan maklumat sebenar berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan bagi memboleh maklumat itu didedahkan sepenuh."Pada masa sama, pihak perundangan Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumentersebut sekiranya Kerajaan Pusat terus menafikan permohonan Kerajaan Negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Khalid memaklumkan, kerajaan negeri telah mengeluarkan laporan mengenai kejadian tanah runtuh itu dari dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Namun, pihak kerajaan pusat membantahnya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka bukannya kerajaan negeri.Sehingga kini, laporan akhir kajian tentang punca kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa belum pun didedahkan kepada umum. Ekoran itu Kerajaan Selangor berasa sangat kecewa kerana hasratnya untuk mengubah status laporan tersebut (to declassify) tidak mendapat sokongan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri dan agensinya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudahpun menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya dan Kabinet Kerajaan Pusat memohon kebenaran untuk mengeluarkan laporan kepada umum tetapi sehingga hari ini, belum menerima jawapan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menegaskan pendiriannya sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat mesti mendedahkan laporan tersebut demi kepentingan umum, terutamanya kepada penghuni Bukit Antarabangsa.Laporan tersebut yang disediakan oleh Jabatan Cerun Bukit Kementerian Kerja Raya, dilaporkan sudahpun diserahkan kepada Majlis Perbandara n Ampang Jaya pada September lalu tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Hanya pada November ini Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai laporan tersebut.
Oleh sebab laporan itu menyentuh isu tanah, iaitu dalam kuasa undang-undang Kerajaan Negeri, maka Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 November 2009, bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar menurut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen tersebut (to declassify the document)."Dengan ini diberi penegasan di sini bahawa Ahli-Ali MMKN (EXCO) bersetuju mengambil tanggungjawab penuh terhadap keputusan pengubahan status laporan tersebut.
"Pegawai-pegawai lain Kerajaan Negeri pula tidak dilibatkan dalam usahamembuat keputusan tersebut, dan dengan yang demikian, mereka tidak bolehdikenakan tindakan undang-undang. Maka dalam hal ini, Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang- undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini," kata Khalid dalam kenyataannya.Kerajaan Negeri, katanya, sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai.
Sumber: Harakahdaily
Kata kambeng, "Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin"
[Read More...]


Bantuan golongan miskin, Pakatan Rakyat tidak pilih kasih



Intan Abdullah
Sun Aug 31, 08 6:50:38 am MYT
GOMBAK SETIA, 31 Ogos (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak pernah mengamalkan dasar diskriminasi dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berkata ia merupakan perbezaan antara kerajaan sebelum ini iaitu BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan dasar pilih parti bagi mengagihkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat," ujarnya dalam majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk Gombak Setia di Dewan Orang Ramai, Jalan 2, Taman Gombak semalam.

Jelasnya, tanpa meneliti sokongan yang diberikan dalam pilihan raya lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap akan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
"Berbeza dengan kerajaan BN, kita Pakatan Rakyat tidak mengira parti, kaum dan agama anda kerana sekarang kita adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri selangor untuk berkhidmat dan membantu anda," katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan bahawa usaha yang dijalankan itu adalah sebagai melaksanakan misi membebaskan Gombak setia daripada belenggu kemiskinan selain ianya menjadi tanda hati sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Kira-kira 200 individu daripada 15 zon dalam daerah tersebut menerima bantuan berupa beras sebanyak 5 kilogram, gula dan susu terdiri daripada kategori fakir miskin, ibu tunggal serta warga emas.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, beliau sempat mendengar aduan dan keluhan beberapa penduduk di kawasan tersebut yang datang merujuk masalah mereka untuk perhatian pihak kerajaan negeri.

Ia merupakan rutin atau kebiasaan beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor setiap kali turun ke kawasannya. - mks._
[Read More...]


Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia



Saidah Hairan
Thu Aug 21, 08 6:43:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos, melaporkan; "Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

"Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya."

Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.

Katanya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut.
"Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah," tegasnya.
Tambah beliau, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah kerana itu merupakan hak peribadi beliau.
Beliau mempersoalkan suatu perkara yang menimbulkan persepsi buruk apabila sumpah Saiful itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil di Permatang Pauh.
Menurut beliau jika kes itu diselesaikan di mahkamah syariah terdapat dua cara sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.
Bagaimanapun katanya, kes tuduhan liwat itu telah dijadikan isu untuk mengaibkan Anwar.
Sehubungan itu, beliau terkilan dan kesal dengan pihak akhbar tersebut yang membuat laporan bercanggah dengan kenyataan sebenar.
"Ini suatu yang tidak bermoral, adakah akhbar tersebut terdesak untuk mencari isu yang boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya di Permatang Pauh?" soalnya.
Menurut beliau,Utusan Malaysia dan akhbar lain wajar bersikap profesional dan melaporkan berita yang tepat dan berfakta.
Katanya, pihak Utusan perlu sedar dalam keadaan pasaran yang menurun sepatutnya laporan mereka lebih telus sebab rakyat sekarang sudah muak dengan akhbar yang sering memutarbelitkan fakta.
"Saya sedang berbincang dengan pihak peguam untuk membuat saman terhadap pihak akhbar Utusan Malaysia," tegasnya. - lanh _
[Read More...]


Al Kisah babi di Selangor



Babi yang sebenar?!

Oleh Roslan SMS

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.




Dr Lee Chong Meng

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!
Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.



Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.





ADUN (Umno) Tg Sepat

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!



Apa yang ditunjuk tu Wak Tarmudi....



(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)



Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)


Menurut akhbar The Sun lagi:
At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi
Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.



Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!



Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!


Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.
Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.


[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors