Wang Judi belum dipulangkan ke kerajaan P.Pinang



Kata 1000 orang pulangkan Wang Judi tuu.. Tapi apasal bawak mai RM20k sahaja..Mana pie lagik RM80k..??

Pecah amanah jika tidak pulang wang


GEORGETOWN – UMNO dianggap cuba pecah amanah sekiranya tidak memulangkan wang warga emas seperti yang dikatakan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan yang dianggap hanya bersikap seperti omong kosong dan sehingga kini masih tiada wang yang dipulangkan kepada pihaknya.

“Ke mana wang itu? Dia (Norman) ada kata dalam surat khabar dan mengatakan ada kira-kira 1,000 warga emas yang akan pulangkan wang yang dikatakan mereka adalah wang judi, jika jumlah 1,000 itu didarabkan dengan RM100, pasti menjadi RM100,000.

“Jadi mana duit RM100,000 itu pergi, sekarang dia kata ada RM20,000 dan saya musykil dari mana duit itu datang,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu melalui laporan media, Norman berkata, seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ihsan RM100 yang diterima dari Kerajaan Negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Menurutnya, kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang yang diperoleh itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

Norman juga berkata, UMNO tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ihsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Beliau juga semalam cuba menyerahkan wang berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Namun Wei Aik meragui sumber wang berkenaan berikutan tidak disertakan dengan senarai nama pemberi wang.

Wei Aik berkata, sekiranya UMNO masih belum memulangkan wang tersebut beliau menasihatkan supaya semua warga emas yang telah menghantar wang kepada UMNO segera membuat laporan polis.

Menurutnya, ia kerana mereka hanya pandai mengutip wang tetapi tidak memulangkannya kembali.

“Ini adalah di bawah kesalahan pecah amanah dan tidak ada akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata sekiranya masih terdapat warga emas yang mahu memulangkan wang tersebut boleh berbuat demikian secara individu di Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah tanpa didalangi mana-mana pihak.

“Mereka perlu isi borang dan nyatakan sebab kenapa mereka serahkan semula wang berkenaan,” katanya.

Sumber:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/kata-1000-orang-pulangkan-wang-judi-tuu.html
[Read More...]


Anti Judi: Bantahan Judi di mana-mana







[Read More...]


Judi Bola : Di Mana Kamu Sahabat Lamaku?





Oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku???
Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,


Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

http://tuanibrahim.blogspot.com

[Read More...]


Anti Judi Bolasepak:.... Umno luluskan lesen judi bolasepak



Nyatakan bantahan anda lesen judi bolasepak.


Tak takut ke azab api Neraka
[Read More...]


Apa Umno dah buat: Mempertahankan Judi




al-Bakri fil Muar

Assalamualaikum, kali ini kita ulas pula isu APA UMNO DAH BUAT.

Dulu meluluskan buat kila arak, sekarang dah meluluskan LAGI judi. Walau apa pun alasan yang di beri oleh puak-puak munafik UMNO ni, haram tetap haram. Nak lawan arahan Allah? Berani sungguh orang-orang UMNO ni. Ingat hidup di dunia ini sementara sahaja. Dahlah tak berapa nak buat program-program Islam, pulak tu menyekat pula orang lepas tu nak tambah lagi dosa dengan mewujudkan lagi judi berlesen.

Kalau Umno tu tetap Umno sebab itu jangan marah bila orang sebut
Bila ingat Umno teringat Judi
Bila ingat Umno teringat Yahudi Apco

Jadi orang-orang Umno dan penyokongnya awak fikirlah sendiri. Ada akal dikurniakan Allah gunakan sebaik-baiknya. Tapi kalau hati tu dah ada titik-titik hitam.... didoakan agar sedar sebelum dijemput oleh Malaikat Maut...

WAHAI UMNO!!
JUDI DAN ARAK ITU HARAM NYATA DAN JELAS DI DALAM AL-QURAN

[Read More...]


Apa itu Umno......: Kenali Umno




Astgafirullahalazim, macam inikah tahap pemikiran pemimpin Umno? Tak takutkah kemurkaan Allah Taala hingga sanggup mencetuskan idea gila ni.

Undi Umno/BN ada potensi dapat "saham" judi untuk dibawa ke Hari Pembalasan.
[Read More...]


Apa Umno nak buat: Jadikan Malaysia serambi Las Vegas



Macam inikah Umno nak bela Islam? Mana perginya ustaz-ustaz Umno? Memang sah nak mencari bala dan kemurkaan Allah Taala.

Wahai pendokong Umno dan
penyokong setia setiap sokongan anda, ada "saham" . Fikirkan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama’ dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

[Read More...]


Arak, Judi.... hmmmm



Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin. -EP

http://warkahdaily.blogspot.com/
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors