Pesan Nabi Muhammad s.a.w.



Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)
[Read More...]


Apa Umno nak buat: Maklumat terbaharu mengenai YBK



Ingatkah anda cerita Kg Plentong Tengah di Johor? Sebelum PRU12 banyak rumah-rumah orang Melayu telah di Selangor dah dirobohkan....

Lihat apa Dato' Zainal Sakom sebut ..... sila klik link dibawah sekali.

Umno gadai Melayu/Islam.

Ikuti link ini untuk pergi ke Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=aqRSzPgvJIU

Pemodalan Yayasan Basmi kemiskinan (PYBK) telah melantik dua pemaju untuk memajukan tanah seluas 2,165 ekar yang diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd.

Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) YBK menunjukkan YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Data juga menunjukkan Pengarah PYBK adalah Kamarudin Ahmad, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Mohd Tamin Mohd Yusof.


Lagi....
[Read More...]


Umno buat ape: Pulau Pinang



Bahagian akhir..

[Read More...]


Hujah TV9: Pulau Pinang



al-Bakri fi Muar

Hmmm.... patutlah mereka ini TAK NAK berdebat. Takde fakta, mengulas merujuk kepada apa?...

Kemudian tersilap ulas orang Melayu dah terpinggir dari dulu sejak Gerakan/Umno/BN memerintah.

".... ini yang membimbangkan....". Apa yang membimbang Dato' ??

Ahli nujum negara sila kemuka soalannya.

Di manakah kebimbangan itu...?

Adakah tak dapat projek...?

Adakah projek tak dapat..?

Adakah tidak ada projek yang dapat...?

Adakah projek-projek itu dapat pada orang lain...?


Belit, membelit dan terbelit.....






Ulasan dari Youtube:
meerkat0078 (4 days ago) Show Hide
+5
Marked as spam
Reply
Dalam permulaan rancangan Dato'Jamilah Abu Bakar(Exco Wanita Umno) berkata dia ada gerai di Kuala Lumpur/Selangor..perempuan ini mungkin sudah "out of touch" dengan hal ehwal di PP. Patutkah dia memberi "opinion" sendiri jika dia sudah berpindah dari PP? Kenapa tak panggil penduduk Melayu dari PP dalam rancangan ini?
milas72 (4 days ago) Show Hide
-2
Marked as spam
Reply
masalah org melayu PP aku dah dengar puluhan tahun dulu sejak gerakan/BN, perintah, apa penyelesaian? DAP/Pakatan baru je. Umngok paling sibuk. Umngok cermin dirilah.
[Read More...]


Apa Rasulullah s.a.w. suruh buat: Jatuh hukuman tanpa mengira darjat



Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:

Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri.

Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullh s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w.

Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah?

Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.

p/s:
Suatu masa dahulu apa pemimpin Umno memperlekehkan hukuman potong tangan....
Rasanya apa pulak kenyataan SIS...


[Read More...]


Sister in Islam lagi......



al-Bakri fi Muar

Semalam terbaca surat khabar The Sun kemudian cuba "search" dalam internet.... hmmm jumpalah pautan (link).

Berikut adalah antara kenyataan mereka tentang hukuman sebat.



Apa yang sedihnya ialah mereka mengaku Islam namun kenyataan mereka tidak mencerminkan nya.

Adakah patut mereka mengatakan hukuman sebatan bercanggah dengan undang-undang sivil... Apa hak mereka menolak hukum Allah?

Dari web mereka:
http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=986&Itemid=1

Sin Chew:
http://www.mysinchew.com/node/35333?tid=14

The Star:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/19/nation/20100219142900&sec=nation

Ulasan dari blog terpilih:
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/sister-in-islam-patut-dinyahkan.html
http://hambali1.blogspot.com/2010/02/ngo-islam-bantah-hukum-syarak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FYGbI+%28Rakyat+Malaysia%29
[Read More...]


Imej blog: PAS K'tan buat laporan polis



PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog.

Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pukul 12 tengah hari.

Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.

Sumber: Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/124118)

Mengulas tentang cerita diatas, saya pun ada menerima gambar yang tidak ada sopan TG Dato'Nik Aziz dan DS Anwar Ibrahim. Malah kalau anda masuk dalam FB tertentu akan jumpa juga gambar yang bukan budaya orang Islam.

Inikah pendidikan yang diterapkan ? Inikah bakal-bakal penganti generasi sekarang? Mereka hanya tahu membaca RUKUN NEGARA tapi tidak mempraktikkan.... KESOPANAN & KESUSILAAN. Kalau bahasa jangan cakaplah, bahasa yang kasar lagi lucah... semoga mereka ini diberi petunjuk dari Allah.
[Read More...]


Peranan media arus perdan memporak perandakan negeri PR



al-Bakri fi Muar,

Assalamualaikum, berjumpa sekali lagi dialam maya. Kali ini mari kita selidiki serba sedikit kepayahan negeri dibawah Pakatan Rakyat dalam menghadapi laporan berat sebelah dari media arus perdana sama ada TV ataupun surat khabar.

Di awal kemenangan parti-parti selain BN, saya ada menulis tentang peranan media dalam mencari berita-berita yang negatif di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang paling teruk diserang suatu ketika dahulu ialah kerajaan negeri Kelantan. Berbagai-bagai cerita-cerita negatif untuk menggambarkan kelemahan kerajan negeri Kelantan.

Nah sekarang setelah negeri Selangor, Kedah, P.Pinang dan Perak jatuh, media-media ini sentiasa mencari berita yang boleh disensasikan. Lihat apa dah berlaku di negeri Perak? Mereka akan terus menerus sehinggalah PRU akan datang. Ingin saya selitkan sedikit tentang ayat al-Quran sebagai ingatan kepada mereka yang membawa cerita yang tidak benar bahawa semua manusia akan mati dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan ditanya dan diadili dimahkamah Allah.

Ingatlah, Kematian merupakan sesuatu yang pasti.
Surah Al-Mulk, Ayat 2: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Saya rasa ramai yang mungkin bersetuju dengan pendapat ini. Kebanyakan negeri PR, mereka kurang mendapat kerjasama yang baik dari beberapa jabatan-jabatan kerajaan. Tidak perlulah kita ulas jabatan yang mana satu tetapi kisah di Dun Perak menceritakan andaian diatas.

Kita (PR) tidak sahaja berdepan dengan Umno/BN tetapi juga dengan media-media perdana malah sesetengah jabatan kerajaan itu sendiri.
[Read More...]


20 Pengkhianatan Umno Terhadap Orang Melayu



al-Bakri fil Muar






  • Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu dengan mengurangkan kuasa raja-raja melalui pindaan perlembagaan pada tahun 1987.
  • Melemahkan sistem kehakiman Negara dengan mengugurkan hakim yang berwibawa semata-mata ingin menutup kelemahan kerajaan pimpinan UMNO sendiri.
  • Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yg majoriti orang Melayu pada tahun 1999 ketika Terengganu diperintah oleh PAS
  • Memperkenalkan PPSMI; dan menidakkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam proses pengajaran sains dan matematik.
  • Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu Islam.
  • Memperkenalkan sistem meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  • Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa untuk anak-anak Melayu.
  • Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
  • Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoritinya orang Melayu.
  • Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu dengan konsep Islam yang sebenar iaitu Hadharah Islamiyah
  • Menyenarai awamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
  • Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekali gus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
  • Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani , 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
  • Mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
  • Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
  • Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan kepada usahawan-usahawan Melayu.
  • Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekali gus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputera.
  • Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika dulu dalam syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang pernah didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa
  • Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004
  • Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara tidak bermoral pada Februari 2009.

sabaydaily.com

[Read More...]


Pasti Felda Umas diarah keluar.



al-Bakri fi Muar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hmm....

SabahDaily

Isu kali ini adalah berkaitan dengan PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS yang diarah keluar oleh Pengerusi Surau tempat PASTI beroperasi sekarang. Samada ianya benar-benar akan berlaku atau tidak,sama-samalah kita lihat nanti. Namun itulah maklumat yang dapat di perolehi dari sahabat yang berada di Felda Umas, Ust Yusri,iaitu mudir PASTI Nurul Ikhwan.


http://passembrong.blogspot.com/2010/01/pasti-felda-umas-diarah-keluar.html
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors