Isu TPM: Media penghasut ??




Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarangsekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa *Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini*. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? ‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan
sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok
setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

*Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu?* Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 1 Disember 2010 / 24 Zulhijjah 1431
[Read More...]


Serangan media berterusan terhadap PR



Nampaknya TV3 sejak dari hari mulanya kempen pemilihan PKR, memaparkan kisah keburukan PKR. Kadang kala sampai naik muak...

Buat pembaca, perhatikan betul-betul, mereka (TV3) ini adalah agen Umno/TV3 sebab itulah MB Kedah tak beri mereka kebenaran untuk buat liputan sidang dun tempoh hari.

Mengapa tidak minta komen dari ulama-ulama tentang fesyen "Islam" dahulu? Takut?
[Read More...]


Sikap Buruk Media Massa Malaysia



rom mso melayu by mso.im

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) katanya akan berjumpa dengan MB Kedah Azizan Razak untuk mendapat penjelasan berhubungan larangan kerajaan Kedah kepada beberapa media massa dariapa membuat liputan sidang DUN Kedah dua hari lepas. Larangan itu kerana media massa berkenaan dianggap biadap dan tidak bertanggungjawab dalam laporan mereka.

Tujuan NUJ itu ialah untuk mendapat penjelasan lanjut. Apa yang dilakukan NUJ itu baik untuk mendapat gambaran sebenarnya apa yang berlaku. Kalau dilihat dari sudut media arus persana yang dipamerkan kesalahan ialah Azizan Razak semata-mata.

Ramai yang tidak tahu hujung pangkal kenapa Azizan menjadi perungus dengan media massa terutamanya arus perdana yang menyeleweng fakta mengenai bantuan bajir. Sebagai MB tentulah Azizan marah dan 'murih' kerana memberi laporan yang tidak bertanggungjawab dan beretika.

Dan adalah haknya juga kalau beliau mengarahkan supaya pintu pagar bangunan SUK Kedah atau pintu Dewan Undangan Negeri dari dicerobohi oleh penyangat berlesen itu. Siapa yang tidak marah kalau orang memfitnah dan memburukkan kita tanpa fakta. Bukan bermakna wartawan yang memiliki pas media atau pas dari syarikat dimana mereka bekerja boleh melaporkan mengikut kehendak tuan mereka. Mereka perlu berpegang kepada prinsip kebebasan dan kebenaran dalam penyiaran.

Hendaknya NUJ bukan saja berjumpa dengan Azizan Razak untuk mendapat penjelasan dan menyiasat siapa yang salah. Tetapi NUJ juga harus berjumpa dengan pihak media yang dikatakan menyeleweng fakta dan menimbulkan kemarahan Azizan Razak. Misalnya cara RTM menonjolkan sikap peringus Azizan dengan mengulangi kata-kata Azizah tidak profesional, kejam dan tidak adil.

Kenapa ia dipusing berulang kali? Apa yang hendak ditonjolkan? Apakah wartawan RTM yang diherdik ataupun dikesali itu tidak bersalah? Apakah wartawan berkenaan sama suci dengan Zaid Ibrahim?

Saya percaya NUJ akan bersikap adil dan tidak akan memihak. NUJ diharap memperkatakan kebenaran dan tidak akan cuba menjadi alat ataupun perkakas kepada mana-mana pihak. Antara lain tujuan penubuhan dan peranan NUJ ialah untuk memastikan wartawan beretika sepanjang masa di samping membela nasib wartawan yang tertindas.

Nampaknya sikap melampau wartawan yang menjadi hamba kepada pihak tertentu makin berleluasa dan bermahaja lela. Ia bukan saja berlaku dari kalangan wartawan akhbar yang dikenal pasti menjadi lidah rasmi Umno tetapi agensi berita nasional yang selama ini diperakui akan nilai berita dan laporannya juga mula menunjukkan sikap mabuk.

Tenguk apa yang dilaporkan mengenai Husam Musa semalam, kononnya Exco Kelantan berkenaan membuat kenyataan Pas membuka pintu kepada Zaid Ibrahim. Sebaik melihat tajuk berita itu saya sudah merasakan ia ganjil dan pelik. Saya tidak fikir Husam secepat itu membuat panggilan dan seruan 'haji' kepada Zaid sebelum Zaid masih lagi mengenakan ikhram atau mamasang niat.

Ternyata hari ini Husam menafikan laporan agensi berkenaan. Kata Husam laporan itu hanya rekaan semata-mata dan bukan lahir dari lidahnya. Husam kesal dan marah dengan laporan itu. Beliau meminta agensi itu membuat pembetulan. Kalau agensi itu enggan membuat penjelasan Husam perlu bertindak termasuk menyaman agensi berkenaan.

Laporan sebegitu sengaja untuk merosakkan imej Husam. Pada tilikan saya ada niat untuk memburukkan Husam dan sekaligus memecah belahkan perpaduan dalam Pas.

Apa yang berlaku itu tentulah sungguh dikesalkan kerana ia berlaku atau dilakukan oleh sebuah egensi nasional. Kalau agensi nasional juga sanggup membuat berita dari laptop berskrin syaitan apalah dengan akhbar atau media yang jelas menjadi lidah parti.

Celakaan saya ini bukan saja kepada media arus persana yang menjadi lidah kepada Umno. Tetapi media lain yang bebas dan pro pembangkang juga harus berhati-hati. Anda kena jaga etika dan prinsip kebebasan berakhbar. Apa yang penting ialah melaporkan atas kebenaran dan natijah kebaikan bukan memecah belahkan.

Saya bimbang kalau media massa tidak menjadi etika masing-masing menyebabkan media massa di negara ini tidak akan dipercayai lagi. Rakyat akan menerima akhbar atau media massa tidak lebih daripada bacaan untuk menghambat bosan saja tetapi bukan untuk mengambil apa-apa iktibar atas peranan itu kerana mereka diragui. [wm.kl. 2:15 pm 16/11/10]
[Read More...]


Tak percaya? Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!



Posted on Wednesday, November 10 @ 06:49:37 PST by paktam

Umnolah yaNg menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu Hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi kepada media.

PAS Cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya sendiri. Zahid Cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS Dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah Dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab "Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia", ujarnya lagi

Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri Dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.

Jelasnya, Umno Cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat.

"Zahid Cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

"Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal," tegas beliau.

Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.

"Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar," soal beliau.

Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, IA ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing.

"Sudah sampai masanya Umno berundur Dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak," pintanya.
[Read More...]


Banjir - nak tolong kerana Allah atau publisti politik...



Posted on Thursday, November 11 @ 00:40:49 PST by paktam

Oleh Syed Imran

Negeri Kedah Dan Perlis menghadapi bencana alam yang dikatakan antara yang paliNg buruk pernah dilalui oleh mereka yang bergelar warga emas apatah pula yang masih muda. Banjir yang berlaku kali ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk kedua-dua negeri, terutama Kedah.

Banjir kali ini juga menimbulkan bermacam tuduhan Dan fitnah di kalangan pihak tertentu terutama di negeri Kedah memandangkan pentadbiran negeri Dan persekutuan bukan datangnya dari satu pakatan atau gabungan parti politik. Tiada pula masalah di Perlis kerana parti yang sama berkuasa sedangkan masalah wujud



Soal kemanusiaan Dan keutamaan nampaknya diketepikan apabila satu pihak menuding jari kepada pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang berbaur politik. Nampaknya untung nasib rakyat yang menghadapi bencana Dan menderita akibatnya dijadikan bahan cemuhan politik.

Laporan media juga tidak membantu meredakan keadaan Dan menjurus kepada kerja sebenar, iaitu membantu mangsa banjir tetapi mengutarakan perkara negatif Dan tidak seimbang serta jauh daripada kebenaran.

Saya berada di Utara Semenanjung Dan dimaklumkan oleh banyak pihak tentang laporan yang lebih memihak kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang diberitahu Dan jika dilihat dari sudut laporan oleh media elektronik, Ada kebenaran mengenai perkara itu.

FOTO DARI BLOG SAUDARA MONIER MAT DIN YANG MENYERTAI NGO WARGAKILANG.COM TURUN PADANG MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KEDAH.


Saya tahu Dan sedar bahawa satu pihak turun membantu tanpa membawa rombongan media untuk membuat liputan manakala pihak lain sebaliknya. Mereka 'turun padang' dengan diikuti oleh media untuk memberi bantuan Dan ini tidak lebih daripada usaha menagih saham politik.

Saya tidak mempersalahkan MB Kedah yang marah kerana dituduh tidak turun padang sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya. Dia turun padang tanpa diiringi media.

Ada media elektronik tertentu yang sengaja mempertonton temuramah dengan pihak yang menyokong parti politik pendokong kerajaan persekutuan untuk memperlekeh pentadbiran negeri Kedah. Ulasan positif kepada satu pihak sahaja yang disiarkan.

Saya tidak menyangka mendengar Dan menonton seorang yang ditemuramah itu menuduh kerajaan negeri hanya memberi bantuan makanan kepada penyokong partinya. Itu fitnah namanya kerana saya tahu IA tidak benar. Janganlah sampai sanggup mengeluarkan kata-kata fitnah semata-Mata atas kepentingan politik.


FOTO DARI BLOG MUNIER MAT DIN YANG MERANDUK BANJIR UNTUK MEMBANTU MANGSA BANJIR TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK. MEREKA BERBUAT DEMIKIAN KERANA ALLAH BUKAN KERANA POLITIK.

Masalah yang Kita hadapi di Malaysia ialah semuanya memperalatkan politik. Menangani bencana alampun dijadikan modal politik. Di Kedah, sebuah jawatankuasa dibentuk dengan anggotanya dari kalangan parti gabungan BN. Ia dikatakan akan menyalur bantuan dari kerajaan Persekutuan. Jika mereka ikhlas Dan benar-benar nak Bantu, janganlah ketepikan pihak negeri Dan PAS. Ini adalah soal kemanusiaan bukan satu pertandingan atau satu peluang untuk mendapat sokongan politik. Musibah yang menimpa bukan kerana politik tetapi sesuatu yang diturunkan oleh Allah.


Pihak media pula Ada yang lupa akan etika kewartawanan apabila membuat liputan. Ke mana diletaknya kesaksamaan dalam membuat laporan, ke mana perginya soal kebenaran, Dan apa dah jadi dengan ketelusan...Saya tidak menuduh semua media tetapi Ada yang berbuat demikian atas sebab tertentu. Amat malang sekali jika media tidak berperanan adil Dan saksama dalam membuat liputan atau laporan
[Read More...]


Iklan Raya TV3....



Assalamualaikum,

Minggu ini kita dikejutkan dengan iklan raya TV3, adakah Iklan Raya Tv3 2010 @ Iklan Krismas?

Saya terkejut iklan tersebut yang tidak ada kaitan dengan suasana hari raya, apabila buka Facebook, ramai yang terkejut dengan konsep iklan raya tersebut. Rata-rata menyatakan rasa terkejut dan kesal dengan iklan tersebut.

Adakah ini perancangan halus untuk mengikis akidah umat Islam? Diharapkan pihak Jakim dapat bertindak supaya iklan ini tidak disiarkan seterusnya beri amaran kepada syarikat yang terlibat dengan iklan ini.


http://fastnote.wordpress.com/2010/09/04/kenapa-iklan-raya-tv3-macam-ni/

http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/09/iklan-raya-tv3-dikecam-hebat-kerana.html
[Read More...]


Peranan media arus perdan memporak perandakan negeri PR



al-Bakri fi Muar,

Assalamualaikum, berjumpa sekali lagi dialam maya. Kali ini mari kita selidiki serba sedikit kepayahan negeri dibawah Pakatan Rakyat dalam menghadapi laporan berat sebelah dari media arus perdana sama ada TV ataupun surat khabar.

Di awal kemenangan parti-parti selain BN, saya ada menulis tentang peranan media dalam mencari berita-berita yang negatif di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Yang paling teruk diserang suatu ketika dahulu ialah kerajaan negeri Kelantan. Berbagai-bagai cerita-cerita negatif untuk menggambarkan kelemahan kerajan negeri Kelantan.

Nah sekarang setelah negeri Selangor, Kedah, P.Pinang dan Perak jatuh, media-media ini sentiasa mencari berita yang boleh disensasikan. Lihat apa dah berlaku di negeri Perak? Mereka akan terus menerus sehinggalah PRU akan datang. Ingin saya selitkan sedikit tentang ayat al-Quran sebagai ingatan kepada mereka yang membawa cerita yang tidak benar bahawa semua manusia akan mati dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan ditanya dan diadili dimahkamah Allah.

Ingatlah, Kematian merupakan sesuatu yang pasti.
Surah Al-Mulk, Ayat 2: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Saya rasa ramai yang mungkin bersetuju dengan pendapat ini. Kebanyakan negeri PR, mereka kurang mendapat kerjasama yang baik dari beberapa jabatan-jabatan kerajaan. Tidak perlulah kita ulas jabatan yang mana satu tetapi kisah di Dun Perak menceritakan andaian diatas.

Kita (PR) tidak sahaja berdepan dengan Umno/BN tetapi juga dengan media-media perdana malah sesetengah jabatan kerajaan itu sendiri.
[Read More...]


PRK059: Bukit Gantang



al-Bakri fi Muar
31 Mac 2009


Sebaik sahaja selepas penamaan calon pada 29 Mac lepas, UMNO/BN terus berkempen di dalam radio. Saya sendiri yang dengar di dalam kereta semasa berhenti rehat di R&R di Sg. Perak.


Semalam dan hari ini UMNO/BN terus menerus menggunakan media elektronik (RTM dan rangkaian Media Prima spt TV3).


Pihak Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang media untuk menerangkan kepada rakyat terbanyak. Hanya dengan kempen dari setempat ke setempat dan juga melalui internet. Sudahlah akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitan, pihak BN/UMNO mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat terutama terhadap calon PR di Bukit Gantang iaitu Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin seperti artikel dibawah.



Sanggah 1:'Saya diundang berucap, menjadi imam' - Nizar


Harakahdaily Tue Mar 31, 09 9:10:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Laporan TV3 dan tuduhan pemimpin BN terhadap calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau merampas kuasa masjid sekaligus 'mencelah' ketika majlis membaca Yassin dan solat hajat di Masjid Simpang anjuran Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh Imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.


"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.


"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang baru-baru ini.


Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.


"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.


Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini. - azm/mks

Firman Allah dalam surah Al-Imran

ÙˆَÙ…َÚªَرُواْ ÙˆَÙ…َÚªَرَ ٱللَّÙ‡ُ‌ۖ ÙˆَٱللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠۡرُ ٱلۡÙ…َÙ€ٰÙƒِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Al-Imran 3.53
[Read More...]


Tugas TV3.......



Al Bakri fil Muar
20 Nov 2008

Seperti kebiasaan peranan TV3 meneruskan agenda-agenda. Boleh dikatakan semua kerajaan pimpinan PR mendapat laporan yang bersifat negatif.

Pasti anda ketahui suatu masa dahulu kerajaan negeri Kelantan diserang dari setiap sudut dan sekarang negeri-negeri PR yang lain pula diserang. Cuba perhatikan, awal penubuhan kerajaan negeri Perak dan Selangor, mereka sentiasa menyiarkan berita-berita yang negatif dan melaga-laga sesama parti-parti dalam PR dengan pelbagai isu.

Kemudian kerajaan negeri Pulau Pinang. Pada satu ketika kita lihat kerajaan negeri Kedah "kurang diserang" berbandingkan dengan negeri-negeri lain.

Bak kata pepatah, " orang mengantuk disorongkan bantal". Maksudnya, ada "sikit" sahaja cerita yang negatif yang boleh dibuat bahan cerita negatif terus disiarkan.

Cukup-cukuplah wahai TV3. Berikut diambil dari komen-komen dari forum TKO.

"Sabarlah jadilah macam kelantan yg dah lali dgn penipuan TV3 dan RTM.... selama 18 tahun...kena fitnah........... tapi tak jatuh jugak..makin kuat lg adalah... Sabarlah Wahai Kedahan semua........ "

"itu ari pun tv3 memfitnah pasal kapal terbang peribadi yg kununnya mb kedah naik..last skali kapal terbang tu bawak sultan kedah sendiri..teros senyap..nasib baik sultan kedah tak saman tv3..kalau tak tubuh tabung derma cam utusan meloya plak..wakakaka "

"Dalam soal ini, soal TV3 nak provokasi ke atau apa2 pun memang itu kerje dia. Yang penting apa yang diutarakan adalah antara persoalan2 yang dikemukakan oleh beberapa PAS Kawasan. Jadi PAS Kedah perlu beri perhatian dan perlu lebih berhati2 dengan ada segelintir org2 PAS / yang menyamar sbgai ahli PAS yang mula menjual maklumat untuk kepentingan diri atau pun utk mengkucar-kacirkan PAS Kedah. Paling penting, segelintir ahli PAS yang bersikap "Kita memerintah la" dgn tujuan untuk bermegah haruslah diperbetulkan. Sikap sebegitu menjauhkan PAS selaku Kerajaan Kedah drp kalangan bukan penyokong PAS. Lebih baik merendah diri dan mengatur aktiviti di kawasan yang boleh mendekatkan PAS dengan masyarakat. Barulah sesuai dengan PAS yang menjadi kerajaan."

"aku suka tengok orang komplen PAS, tak kira PAS KEDAH, PAS PERAK, PAS PENANG, PAS GANU, PAS SELANGOR, PAS KELANTAN. Itu tandanya PAS buat kerja betul. Bukan komplen pasal RASUAH. "
[Read More...]


Keep Pushing UMNO.. More U Push, More U Going Down!



Selepas tumbangnya BN di Kedah, Penang, Perak dan Selangor (termasuk KL), media-media balaci UMNO (yang paling jahat ialah TV3) sibuk mendedahkan masalah-masalah rakyat setempat bagi menunjukkan bahawa kononnya mereka (kerajaan Persekutuan) amat prihatin terhadap rakyat.



Kejahatan BN melalui TV3 suku terbukti apabila TV3 menyiarkan masalah-masalah yang sudah lama dan masih dihadapi rakyat Selangor sehingga kini. (rujuk Buletin 1.30 TV3, 02 April 2008)Perkara ini jelas menampakkan bahawa kerajaan BN yang menjadi wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan di negeri-negeri pembangkang sebelum ini adalah buta kayu lagi tak boleh diharap @ hampeh!!... Apa yang kalian buat selama ni? Tido, mengampu, menipu dan makan rasuah (sampai gelap mata hati!!!)"Empty promises from wakil rakyat since 12 years!!!" kata salah seorang wakil penduduk di Selangor..Apabila kerajaan gabungan Pakatan Rakyat PKR, DAP, PAS baru mula mengorak melangkah dalam pentadbiran Selangor, media arus perdana (kuda tunggangan UMNO) sibuk menekan Pakatan Rakyat dalam penyampaian berita dalam setiap isu yang di bawa. Sebenarnya mereka telah membuka pekung di dada sendiri apabila menjelaskan sesuatu isu kerana terbukti dengan sendirinya wakil-wakil rakyat mereka tidak bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.



Di Pulau Pinang pula, idea/cadangan (baru sekadar cadangan!) Lim Guan Eng untuk mewujudkan sistem pengangkutan bawah tanah turut diperlekeh dan diperleceh oleh media.
Mereka menggunakan segala cara dan kaedah untuk tujuan ini termasuklah menemuramah pensyarah di universiti tempatan untuk menjelaskan perkara tersebut kononnya dengan cara yang lebih "ilmiah". Bagi pendokong (gila babi) UMNO, mereka pastinya akan merasa ego (ayat biasa "padan muka korang Pakatan Rakyat, ingat korang terer sangat!"), yang sebenarnya berita-berita seperti ini hanyalah berita untuk menyedapkan hati penyokong-penyokong UMNO totoq...Hey!! Rakyat sudah tahu berfikir laaa... mereka yang masih berkepentingan dalam UMNO sahaja yang masih bersama kamu wahai BN.. Lagi banyak kamu dedah mengenai masalah-masalah, isu-isu rakyat setempat, lagi banyak sebenarnya kamu bongkar bahawa selama ni ADUN2 UMNO mmg kaki tido mcm PAK BODOHLAH..Segala berita dan hanyalah tidak lain untuk kepentingan mereka sahaja..Pencabulan bidang kewartawanan terus dilakukan oleh UMNO dan BN.. Tahniah!!Allah bersama kita.. InsyaAllah.. Semoga wakil-wakil rakyat dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat senantiasa berdoa dan bekerja dengan ikhlas ke arah Malaysia yang lebih adil dan harmoni..Rakyat bersama kalian... Takbir! Allahuakbar!!!



-anak reformis Malaya-http://fradzar.blogspot.com
[Read More...]


Kerajaan BR timbang boikot Utusan, TV3" Anwar Ibrahim




Oleh Mohamad Mukhreez
Khamis, 27 Mac 2008


KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa pakatan lima negeri yang dikuasai Barisan Rakyat, parti, NGO dan orang ramai diajak untuk memulaukan dua media arus perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3.

Anwar dalam kenyataannya berkata, Utusan Malaysia dan TV3 masih beranggapan pilihanraya belum selesai.

"Media milik Umno ini terus membelasah KeADILan, PAS dan DAP.
"Mereka meniupkan sentimen kaum dan puas mengalih perhatian khalayak dari krisis kepimpinan Umno, penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan krisis Terengganu," katanya.
Menurut beliau, orang ramai yang ditemuinya mengusulkan agar kerajaan negeri pakatan rakyat, parti, NGO dan rakyat amnya diajak memulau kedua media tersebut.
"Saya, pimpinan parti dan kerajaan negeri sedang menimbangkan saranan tersebut," ujarnya.



Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana. GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksklutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.Pada 29 November lalu, sebuah gabungan boikot media yang dikenali sebagai Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) ditubuhkan bagi menggerakan kembali kempen boikot media perdana. GASAK dipengerusikan oleh Pengarah Eksklutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar.


Khalid dalam kenyataan sebelum ini berkata, GASAK akan mengemukakan tiga tuntutan minima kepada media yang terbabit kerana memberikan laporan yang seimbang, dengan mengetepikan pandangan dan melaporkan daripada dua dimensi iaitu pimpinan kerajaan serta pihak yang menganjurkan sesuatu perhimpunan atau apa-apa acara."Industri media hendaklah bebas dalam editorial dan tidak bersandarkan kepada tekanan daripada pemerintah atau pemilik syarikat tersebut. Ia tidak seharusnya dipengaruhi oleh sesiapa yang boleh memutuskan mengenai berita atau maklumat itu melainkan Jabatan Pengarang media itu sendiri," ujarnya dalam sidang media pelancaran kempen "Boikot Media Pembohong" dalam sidang media yang sama.

[Read More...]


Media yang melaga-lagakan




Dalam posting yang lepas, kami ada menceritakan peranan media terutama TV3 untuk melaga-lagakan antara parti-parti dalam BA & DAP. Rakyat diminta memahami mengapa TV3 cuba mengambil cerita-cerita sebegini.

Selain dari isu tiket bola percuma, mereka cuba memaparkan kepincangan dan masalah di negeri terutama di Selangor. Cuma rakyat perlu tahu, kerajaan BA baru sahaja memerintah dan masalah yang dihadapi berpunca dari kerajaan BN dahulu.

Berikut cerite mengenai tiket percuma di Kedah.

TV3 'Dajal Eletronik No.1 Negara



'Posted on Tuesday, March 25 @ 02:55:08 MYT by greenboc Oleh su-kj"


Itulah gelaran yang patut diberi kepada TV3 pada masa ini. Mereka bertindak seperti 'dajal' yang suka mencari publisiti murahan untuk melaga-lagakan rakyat di negara ini.Saya sempat menonton mengenai isu tiket percuma untuk perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak malam ini. Pihak TV3 sengaja mencari isu murahan dengan menyatakan pemberian tiket percuma itu telah menyusahkan rakyat.


Rujuk: Buletin Utama(20:00)

Kita perlu faham dan rasional dalam perkara ini iaitu kapasiti stadium yang hanya boleh menampung 30 ribu sahaja, maka sudah tentu ia tidak dapat menampung ratusan ribu penonton.Saya rasa penonton yang ada akal tidak menghadapi masalah. Pertama mereka perlu datang awal. Kedua jika tidak dapat tiket percuma mereka kena fahami kerana stadium Darul Aman hanya boleh memuat 30 ribu penonton sahaja.Sebenarnya mereka datang beramai-ramai hanya untuk berseronok untuk menyambut kemenangan kerajaan BA baru-baru ini. Ini seperti mereka tunjukan dalam sambutan Maulidul Rasul di Stadium Sultan Abd Halim baru-baru ini. Hampir 100 ribu orang datang walhal stadium itu hanya boleh memuatkan berapa ribu sahaja.Rakyat Negeri Kedah bijak dan cerdik. Lihatlah macam 'su-kj' ini?


Cuma yang 'Bodoh Beruk' hanya TV3 sahaja. Lihatlah rakyat negeri mana yang mendapat 21A dalam SPM 2007 baru-baru ini? Dari Perlis ka...dari Johor ka...dari Pahang ka....dari Melaka dan Negeri Sembilan ka?Kemudian 'Dajal eletronik'(TV3) ini juga cuba memutar belitkan mengenai isu kemungkinan Bina Darul Aman Bhd(BDB) akan kehilangan nilai kontrak di Qatar berjumlah RM500 juta?Untuk pengetahuan rakyat Malaysia semua, pembatalan kontrak itu lebih baik daripada diteruskan kerana ia bukan memberi faedah kepada seluruh rakyat negeri tetapi hanya untuk kroni-kroni yang tertentu sahaja.Cukuplah, berhentilah dan cubalah serik dengan kerja 'dajal' anda selama ini. TV3 juga adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan teruk BN baru-baru ini. Jadi bila lagi anda mahu insaf?


'Rakyat Jujur....Pemimpin Jujur....Kerajaan Jujur'Saad Jaafar @ su-kj24 Mac 2008

[Read More...]


Peranan TV3 menghentam pembangkang




Untuk sekian kalinya, TV3 memainkan peranan untuk melemahkan parti pembangkang. Seperti yang diketahui ramai BN masih menguasai Parlimen tetapi dengan majoriti mudah. Negeri dimana pembangkang menguasai, mereka dapat membuat perubahan dalam peringkat negeri tetapi perubahan peringkat nasional perlu dilaksanakan diperingkat kerajaan pusat (Parlimen). Hanya peringkat pusat yang boleh membuat keputusan peringkat nasioanl.


Dalam Buliten TV3 hari ini 9 Mac, 2008, dengan niat cuba mengelirukan rakyat. Contohnya jika perlu menurunkan harga minyak, hanya kerajaan pusat / perdana menteri yang membuat keputusan. Ini TV3 tidak menjelaskan dengan betul. Kita mintalah kepada TV3 supaya lebih adil dalam menyampai maklumat dan jangan cuba mengelirukan rakyat. Apakata jika kerajaan negeri Johor cuba untuk turunkan harga minyak. Adakah boleh berbuat demikian?? Terengganu yang banyak hasil minyak, adakah mereka boleh menurunkan harga minyak??


Kami amat yakin selepas ini pihak TV3 akan memainkan peranan untuk memburukkan pakatan pembangkang terutama antara Pas dan Dap.


Jika anda menonton TV3, pastikan anda mengkaji dahulu sebelum membuat ulasan.


[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors