You are here: » Home » Posts filed under Perak
Apa Umno dah buat.? : AJK Masjid di Perak....
6:39 PG
Pas Bakri
al Bakri fi Muar
Assalamualaikum, berikut adalah petikan kenyataan media Salman Hj Salleh Naib KP DPPNPk
Dari blog Ajijoi:
"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.
Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini".Lagi disini
"Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini." Lagi disini
Hmmm..... nampaknya Umno ini memang gila kuasa tak sedar siapa Ketua Agama Islam. Kalau macam ni apa kita panggil...? Derhaka....???
[Read More...]
Assalamualaikum, berikut adalah petikan kenyataan media Salman Hj Salleh Naib KP DPPNPk
Dari blog Ajijoi:
"Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.
'Raja Nazrin arah guna senarai asal
Dari blog Cina Islam"Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini." Lagi disini
Hmmm..... nampaknya Umno ini memang gila kuasa tak sedar siapa Ketua Agama Islam. Kalau macam ni apa kita panggil...? Derhaka....???
Facebook palsu YB DS Mohammad Nizar Jamaludin - DS Nizar
9:07 PG
Pas Bakri
http://kamparinn.blogspot.com/
Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.
Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.
Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.
Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.
Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!
[Read More...]
Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.
Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.
Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.
Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.
Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!
Artikel Pendek: Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan
10:34 PTG
Pas Bakri
Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.
Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.
Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.
Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.
Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.
Sumber: Klik sini
Kenapa Umno/BN takut bubar dun Perak..?
1:49 PG
Pas Bakri
al-Bakri fi Muar 24 Mei, 2009
Sekarang jam menunjukkan pukul 1.50 pagi, tadi dah terlelap sekejap lepas tu terjaga terus segar sikit. Layar-punya layar terjumpalah blog dari negeri Perak DR. Anakposmenchemor.blogspot. Beliau telah membuat sedikit analisis yang mungkin menjawab mengapa BN/Umno tidak mahu pilihanraya diadakan di Perak.
"Ko gile ke yob, tumpo Umno kalau bubar dun...", mungkin macam tu ler apa yang berada dalam otak mereka.
"Yob, kome nengok ler sendiri dan pikio bebaik, kalau Pas menang byk kerusi hari tu, insya-Allah Perak tak le jadi macam sekarang. Teman PRU 1999, nama teman tercampak kat dun Manjoi sempat le mengundi Pas, parlimen Tambun PKR walaupun daftar mengundi di Johor. Janji teman dah dah usaha. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk memenangkan pejuang-pejuang agamaNya..."
Dari blog anak posmen Chemor.
Patut la selama nie BN/UMNO nie cakap pusing sana pusing sini.. sat SULTAN punya Kuasa sat Nak Buat Undi Tak Percaya Dalam DUN, Sat Ngaku Depa MAJORITY dalam DUN, sat kata RAKYAT dah PERKENAN… macam-macam la alasannya…
RUPA-RUPANYA pasal sebab ini,
RUPA-RUPANYA pasal sebab ini,
N05 Selama
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
….Majoriti 355
N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66
N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95
N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
….Majoriti 555
N23 Manjoi
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
….Majoriti 348
N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
….Majoriti 14
N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
….Majoriti 454
jadi pakat pakat Pikirrr Laa Sendiri….
Kredit kepada blogger anakposmenchemor, teruskan menulis.
Wasalam
Najib pencetus kepada ketidakstabilan politik di Perak
1:06 PG
Pas Bakri
al-Bakri fi Muar
23 Mei 2009
Assalamualaikum!, seperti yang telah rakyat semua telah ketahui mahkamah telah membuat keputusan. Cuma hari saya nak ketengahkan punca utama berlakunya KEGAWATAN politik di Perak.
DS Najib bertanggungjawab diatas yang berlaku di Perak. Percayalah Allah Maha Adil, disuatu hari nanti pembalasan yang setimpal akan berlaku pada beliau.
Kadang-kala ulasan yang diberi memang bukan "standard" seorang pemimpin.
Mari kita lihat apa komen pembaca diblog-blog yang saya lawati.

Shahir said...
Salam Apa punya manusia la yg taksub ssangat umno bole selamatkan org melayu konon...cammon ramai melayu yg dah jadi kafir tu tak pulak nak diselamatkan... berubah la melayu tak semuanya islam so tak payah la nak beriya2 sangat memperjuangkan melayu.. melayu2 umno ni juagk yg jadi alibaba, alibabu, ali ketam dan sebagainya.nak cerita pasal jasa pemimpin...tolong la..tu tanggungjawab bukan jasa... nanti mati antara org yg terawal masuk neraka pemimpin ..ada paham..UMNO MELAYU, ISLAM adahari? sudah2 la tu.... takde satu pun hadis/ayat quran cakap umno ni parti agung or satu2 nya parti (kononla..) yg bole mempertahan kan MELAYU.. grow up..For me bodoh sungguh org yg beranggapan UMNO je yg bole selamatkam MELAYU Layu ni hahaha idup zaman batu ke bang?

said...
Assalamualaikum Dato'Isu politik Perak mmg panas & mungkin tak akan selesai hingga Pru-13. Saya ingin mendengar pandangan Dato' berkenaan isu Jambatan ke3 M'sia-S'pura. Pada pendapat saya, projek ini hanya akan membazirkan wang pembayar cukai & menggadaikan tanah rakyat. Harap Dato' dapat menulis berkenaan perjanjian2 yg pernah dibuat oleh kerajaan bersama negara jiran ini.

Ganeson tak angkat sumpah depan Sultan
8:15 PTG
Pas Bakri

al-Bakri fi Muar
Pada 7 Mei, 2009, satu sejarah baru politik negara berlaku di mana Speaker Dun telah dibawa keluar secara paksa dan diganti pula dengan bekas adun yang kalah iaitu Ganeson. Mungkin pihak-pihak yang tahu tentang perlembagaan dapat memberikan penjelasan mengapa seorang yang bukan ahli dun dilantik menjadi speaker?
Seperti yang kita sedia maklum, media-media elektronik memainkan peranan untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan PR dan yang baik hanya pada UMNO/BN sahaja.
Dalang utama ialah DS Najib.
Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
4:12 PG
Pas Bakri
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.
Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)Menteri Besar KelantanMerangkapMursyidul Am PAS
Sumber: Blog Tok Guru
Sumber: Blog Tok Guru
PRK 059 Bkt Gantang: Ceramah dihalangan oleh pihak berkuasa
1:44 PG
Pas Bakri
al-Bakri fil Muar,
25 Mac, 2009
Nampaknya, UMNO/BN menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat Pas dan Pakatan Rakyat dari menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat. Semalam Harakah dan Suara Keadilan dah dibatalkan permit pernerbitan selama 3 bulan. 

Ikuti selanjutnya.....
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Pihak polis memberi arahan menghentikan ceramah ketika calon PAS-PR P.59, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang memberikan ucapan.Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan tiba di lokasi ceramah pada jam 9.45 malam, disyorkan oleh petugas keselamatan Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan perjalanan ke kampung Sungai Tinggi. Beliau hanya sempat sampai di pekan Trong ketika dimaklumkan bahawa pasukan polis dan FRU telah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Orang ramai yang hadir amat kecewa dengan tindakan tidak menasabah pasukan polis dan FRU. Majlis penerangan itu boleh berjalan dengan lancar kerana diadakan di bangunan markaz yang besar dan halaman yang luas. Kelancaran lalulintas berdekatan kawasan itu juga tidak terganggu disebabkan kawalan keselamatan jalanraya yang baik oleh pasukan Unit Amal.
[Read More...]
25 Mac, 2009
Nampaknya, UMNO/BN menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat Pas dan Pakatan Rakyat dari menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat. Semalam Harakah dan Suara Keadilan dah dibatalkan permit pernerbitan selama 3 bulan.
Ikuti selanjutnya.....
Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan PAS DUN Trong di kampung Sungai Tinggi kerana dihalang oleh pihak polis dan FRU. 15 buah trak FRU berserta trak water canon dengan pasukan kira-kira 200 anggota dikerah menghalang laluan ke lokasi ceramah.
Kisah dari Perak: Air Mata Pak Teh
9:26 PG
Pas Bakri
Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.
Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.
Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.
Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.

Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.
Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.
Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.
*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).
Sumber Perisik Rakyat
Sumber Perisik Rakyat
Banner menarik di Changkat Jering.
11:56 PTG
Pas Bakri
CHANGKAT JERING, 12 Feb.:-
Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner-banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering.
Pagi tadi semasa saya meninjau kawasan berkenaan sempat saya rakam kan banner istemewa itu untuk tatapan pengunjung blog cina islam.
Sumber: sini
Hampir RM 1 Juta setahun 'biayai' tiga penasihat Perak
11:44 PTG
Pas Bakri
KUALA LUMPUR, 13 Feb : -"Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api."
"Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut."Demikian dinyatakan Exco Kerajaan Negeri Perak , Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang dituduh menyalah guna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.
Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM240,000 setahun. "Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam. Beliau diiringi oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim masuk ke Pejabat SPRM.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak yangh juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham , ADUN Pakatan Rakyat dan para penyokong parti tersebut.Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.Mereka terdiri daripada Dato' Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato' Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato' S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato'Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan .
sumber: Klik disini
Perak demonstator
12:17 PTG
Pas Bakri
al-Bakri fil Muar
9 Jan 2009
Berikut ana ambil dari Yahoo News kenyataan dari Dato' Mufti Perak.
Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria said the demonstration, cursing and swearing and destroying public property were not Malay culture and were against Islamic teachings.
The Malays do not defy the Sultan. As Malays, they (demonstrators) should not be cursing and swearing and destroying other people's property as Malay culture is refined. How can we say we are struggling for Islam when we behave in such an unIslamic way?" he said.
Komen:
"Setuju dengan pandangan Mufti Perak, cuma diharapkan jangan memilih tajuk-tajuk tertentu sahaja untuk memberi komen. Dato' Mufti adalah seorang ulama tempat rujukan. Kami mengharapkan dapat mengeluarkan kenyataan yang tegas supaya pemerintah sekular BN dengar dan patuh.
Contoh: Meletakkan bunga dan tafakur di Tugu Negara, fatwa telah dikeluarkan. Walaupun jika tidak ada fatwa dikeluarkan sebagai orang Islam pasti mengetahui hukum bertafakur di Tugu Negara seumpama berhala."
Source : Yahoo News

BN kuat dengan 3 Adun lompat?
1:05 PTG
Pas Bakri

Johari Jaafar
Sun Feb 08, 09 12:43:29 pm MYT
"Saya menafikan kenyataan Zammry yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat, sebenarnya ia sangat lemah, cuma bergantung kepada tiga Adun yang melompat yang tidak bermaruah," tegasnya.
Menurut beliau,kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas secara kudeta oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya sebenarnya telah menghancurkan mandat rakyat yang telah ditentukan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Beliau cukup kesal tindakan 3 Adun yang berpaling tadah , secara peribadi beliau tidak menolak mereka yang melompat ini ada agenda tersendiri sebagai sifatnya manusia yang ingin cepat senang dan kaya.
Menurut beliau sebelum berakhir tahun 2008, konspirasi itu telah dimaklumkan kepada beliau dan ianya tidak ditolak kemungkinan perkara tersebut berlaku.
Kerajaan kudeta Perak katanya, tidaK ada kekuatan kecuali berselindung di sebalik istana dan putar belit media yang mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.
"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan," tegasnya. Menurutnya, jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar semalam pasti tidak akan berlaku. - mks. _
Sun Feb 08, 09 12:43:29 pm MYT
IPOH, 8 Feb (Hrkh) - Adun Titi Serong,Drs Idham Lim menafikan kenyataan Menteri BesaR yang baru dilantik secara haram, Dato' Dr Zamry Abdul Kadir yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat.
"Saya menafikan kenyataan Zammry yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat, sebenarnya ia sangat lemah, cuma bergantung kepada tiga Adun yang melompat yang tidak bermaruah," tegasnya.
Penegasan itu dibuat beliau sebagai mengulas kenyataan Zamry yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, yang sama sekali tidak diiktiraf oleh seluruh Adun Pakatan Rakyat.
Menurut beliau,kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas secara kudeta oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya sebenarnya telah menghancurkan mandat rakyat yang telah ditentukan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
"Adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak masih berpegang teguh kepada ikrar dan hasrat rakyat yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan yang didokong bersama,"katanya.
Beliau cukup kesal tindakan 3 Adun yang berpaling tadah , secara peribadi beliau tidak menolak mereka yang melompat ini ada agenda tersendiri sebagai sifatnya manusia yang ingin cepat senang dan kaya.
Menurut beliau sebelum berakhir tahun 2008, konspirasi itu telah dimaklumkan kepada beliau dan ianya tidak ditolak kemungkinan perkara tersebut berlaku.
Kerajaan kudeta Perak katanya, tidaK ada kekuatan kecuali berselindung di sebalik istana dan putar belit media yang mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.
"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan," tegasnya. Menurutnya, jika permohonan itu diperkenan oleh Sultan Perak suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar semalam pasti tidak akan berlaku. - mks. _
Sumber:Harakahdaily
Najiblah penyebab "rampasan" kuasa di Perak
8:50 PG
Pas Bakri
al-Bakri fil Muar7 Jan 2009
Assalamualaikum!
Setelah sekian lama tidak menghantar artikel, hari ini rasa membuak-buak untuk menulis tentang peristiwa yang berlaku di Perak.
Kita perlu lihat Tok Dalangnya ialah Tim Presiden UMNO Najib. Jangan lupa dosa-dosa beliau kepada rakyat terutama rakyat Perak. Selama ini kerajaan Perak dibawah Datok Seri Nizar berjalan dengan baik tanpa mengabaikan rakyat terbanyak.
Kepada rakyat Perak sama ada berada di Perak atau diluar Perak, sabarlah dan banyakkan solat hajat, dhuha serta berdoa kepada Allah Taal. Sesungguhnya ujian ini adalah untuk memantapkan lagi jiwa-jiwa pendokong-pendokong Islam.
Ingat selepas ini......
- Tiada lagi bekalan air percuma untuk golongan pendapat rendah
- Tiada lagi sumbangan untuk rakyat Perak yang melanjutkan pelajaran ke IPT
- Tiada lagi peruntukan untuk sekolah agama rakyat.
Bagi saya Najiblah yang bertanggungjawab keatas apa yang berlaku di negeri Perak. Sejarah akan tertulis rampasan kuasa di Perak angkara Najib Tun Razak, perancang utama dan pemusnah demokrasi.
Wallahualam.
"Ya Allah Ya Rabbi, sesungguh hanya kepada Engkaulah kami berserah dan kepada Engkaulah memohon".
Cerita Sebenar Isu Gerai PLB di Sungai Siput, Perak
9:02 PTG
Pas Bakri
Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.
Penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.
Penyewa tersebut juga sudah tertunggak bil air dan eletrik sebanyak RM 320.
Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.
Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri.
Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.
Sumber : Cina Islam
Peristiwa di Parlimen Parit sewaktu PRU 12
2:49 PG
Pas Bakri
Ana terjumpa video klip ni, terkejut juga sikap orang-orang UMNO. Kata orang Perak " Kome tengok ler sendiri yob..."
[Read More...]
Langgan:
Catatan (Atom)
For Palestine
WebTV
| WebTV (Auto Channel) |
|
|||||