Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini



Mohd Sabri Said

Tue Sep 02, 08 9:13:21 am MYT
PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini.

Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya.
"16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
"Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri.
Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali.
"Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau.
Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan.
Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan.
"Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_
[Read More...]


KeADILan akan siasat individu yang memukul wartawan



Mohd Zamirul Mohd Dzaki
Sun Aug 17, 08 2:40:28 pm MYT

PERMATANG PAUH, 17 Ogos (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan menyiasat pihak yang didakwa ahli parti tersebut memukul wartawan pada hari penamaan calon semalam.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di Yayasan Aman sebentar tadi."

"Kita tidak akan bertolak ansur dalam hal ini, dan saya tegaskan baik ahli KeADILan, PAS atau DAP mereka tidak akan terlepas jika mereka membuat salah," katanya.

Di masa sama beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut dilakukan oleh bukan ahli Parti KeADILan Rakyat.

Ini kerana katanya, baju berlambang KeADILan yang dipakai individu tersebut tidak semestinya melambangkan dia ahli parti kerana ia boleh didapati di mana-mana.

"Seperti mana kejadian di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang lalu, setelah siasatan dijalankan kami mendapati pihak yang terlibat bukan dari kalangan ahli parti," katanya.

Dato' Seri Anwar juga mengingatkan wartawan terutamanya dari media arus perdana seperti Utusan dan TV3 agar melaporkan hal ini dengan adil.

"Mengapa budaya samseng hanya dikaitkan dengan KeADILan, di Ijok Khairi bersama pemuda Umno bertindak membaling botol tapi mengapa ia tidak dilabel sebagai samseng," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri Presiden Parti KeADILan Rakyat Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dr Mansor Othman. - mns_
[Read More...]


DS Azizah Letak Jawatan!



Oleh ciklee

Tu dia, baru orang panggil gempar namanya. Kali ini sudah tentu satu Malaysia akan bergoncang dan bergegar. Ini barulah gegak-gempita kali ini. Acah-acah Anwar menjadi kali ini. Aku pun dah confuse. Betul lah orang politik ini, dia punya catur ada 14-15 step ke depan. Macam kita orang biasa ini, boleh fikir 2-3 langkah ke depan sahaja. Patut lah aku tak boleh masuk politik.

Politik pejabat pun asyik kena buli sahaja.Mula-mula Anwar announce nak bertanding dekat Kulim. Dah tentu geng-geng Umno sibuk buat persiapan ke sini. Tiba-tiba pusing balik ke Permatang Pauh. Mengancam itu. Strategi yang sarat dengan tipu muslihat yang memeningkan pihak kawan dan lawan. Sama juga macam strategi Tok Guru Haji Hadi. Buat announcement kat depan orang ramai. Tapi for sure tak ramai yang cakap Anwar tipu.

Tapi giliran Haji Hadi pasti orang cakap tok guru menipu. Betul tak??Tindakan yang sama, strategi berbeza dari orang yang berbeza menghasilkan result yang berbeza juga. Kedua-duanya tindakan strategi. Tapi mengapa hasil dia berbeza? Pasal satu tindakan orang akan nampak memang bijak, satu lagi orang nampak kurang bijak.

Bukan saya cakap tok guru Haji Hadi kurang bijak. Namun, impak maksima dari tindakan itu sekarang ini menghasilkan pecah-belah dan muha'balah' sesama ahli Pas sendiri. Kita dah terkena racun dan duri yang sendiri dicari.Tanpa berniat mengecilkan tok guru Haji Hadi, sudah pasti kena lebih berhati-hati. Kena belajar dari Anwar Ibrahim mungkin. Bagaimana mengurangkan impak maksima. Saya yakin dan percaya apa yang tok guru Haji Hadi buat pun strategi juga. Tak faham dek saya orang biasa.

Kerana biasanya strategi hanya nampak berhasil bila sampai di hujungnya.Tapi bila saya baca shadow government yang Kula cerita dan impikan, maka nampaklah apa strateginya. Boleh baca juga apa saudara RoslanSMS, tulis di sini. Kalau rupa begini bayangan kabinet yang disusun, masalah besar dan bala yang akan menimpa. Tak terbayang dek kepala. Jadi kepada penyokong Pas di luar sana, saya menyeru lagi supaya berlapang dada.

Jangan cepat sangat kita melatah dan terlompat tak tentu hala. Yang ruginya kita juga.Jadi rakyat Malaysia, nak mengundi pun tak boleh pasal bukan tempat kita Permatang Pauh tu. Marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah berikan yang terbaik kepada kita. Tak kira menang atau kalah, dah kalau itu yang terbaik untuk kita - kita terima sahaja. Lumrahnya manusia dan senang dan menang senantiasa, walhal tuhanlah yang lebih mengetahuinya.

Peace.
[Read More...]


Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa



Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon

Jul 21, 08 5:31:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.
Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.
Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.
Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.
"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.
Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.
Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.
"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.
Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mks._
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors