Jika Umno bela Melayu kenapa perangi Kelantan



HAH ALAM, 19 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan serangan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak parti itu yang bimbang dengan pengaruh PAS terhadap rakyat.

Beliau mempersoal tindakan pemimpin Umno menyelar PAS yang berpakat dengan DAP demi kepentingan politik, sedangkan Umno sendiri memusuhi PAS sejak dahulu lagi.

Riak-riak kemenangan (PAS) sudah hampir tiba, justeru mereka (Umno BN) perhebatkan serangan melalui pelbagai cara.

"Kita dituduh berpakat dengan DAP hanya untuk menang pilihan raya. Soalnya PAS sudah dimusuhi sejak sekian lama oleh Umno, sebelum PAS berpakat dengan DAP dan PKR lagi.

"Umno berusaha menjatuhkan PAS di Kelantan sejak hari pertama saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS, di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Nik Aziz juga, tiada salahnya jika PAS bermatlamat untuk memenangi pilihan raya kerana Umno BN sendiri dilihat menggunakan pelbagai cara untuk matlamat yang sama.

"Saya juga dituduh hanya ingin menang pilihan raya. Jika demikian apa salahnya menang pilihan raya?

Lagi

[Read More...]


Kelantan






KOTA BAHARU, 4 April: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar kiri), hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

“Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

Mengenai majlis berkenaan, Nik Abdul Aziz menyifatkan konvoi bermotosikal bukan saja sebagai riadah tetapi boleh menyampaikan mesej perjuangan Islam kepada masyarakat umum.

Menurutnya, program jelajah atau konvoi bermotosikal berkuasa tinggi ini bukan saja boleh memberi kebaikan dari segi kesihatan dan kegiatan pelancongan, tetapi mampu menyampaikan mesej bahawa Islam bukan seperti mana yang dimomokkan oleh pihak tertentu. -Bernama
[Read More...]


Kenyataan mohon maaf



[Read More...]


Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz



Mohd Nor Yahya
Thu Dec 11, 08 7:55:24 am MYT

KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.
[Read More...]


Berita Harian dilarang buat liputan sidang Dun Kelantan



Lanjusoh, Mohd Nor Yahya
Wed Oct 22, 08 12:00:19 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Okt (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menarik balik kebenaran kepada wakil akhbar Berita Harian membuat liputan sepanjang persidangan Dun yang berlangsung sekarang.

Ketika persidangan bermula jam 9 pagi tadi, Ustaz Nusuruddin Daud berkata, selepas meneliti tiada permohonan maaf atau menarik balik berita yang disiarkan semalam, maka wakil akhbar itu tidak lagi dibenarkan membuat liputan sepanjang persidangan berlangsung sehingga 29 Oktober ini.

"Oleh itu saya meminta wakil akhbar berkenaan yang hadir pada pagi ini mengundurkan diri," katanya.

Semalam beliau meminta akhbar berkenaan menarik balik berita yang menggambarkan Sultan Kelantan murka seperti disiarkan di halaman depan akhbar terbabit semalam (21 Oktober).

Beliau memberi peluang sehingga hari ini kepada akhbar terbabit untuk menarik balik berita berkenaan yang disifatnya tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapat desakan demi desakan daripada penyokong kerajaan yang menganggap laporan tersebut mencemarkan istana dan kerajaan negeri.

"Saya memberi peluang sehingga esok (hari ini) untuk membolehkan akhbar berkenaan menarik balik berita yang disiarkan kerana tidak tepat dengan apa sebenar berlaku," katanya.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada Perkara 14, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan.

Perkara itu menyebut 'Dengan tertakluk kepada syarat di dalam Perkara 13, maka bolehlah Speaker memberi kebenaran kepada mana-mana wakil akhbar hadir pada persidangan Dun dengan syarat jika akhbar itu menyiarkan berita perjalanan dewan yang pada padangan Speaker tiada patut, bolehlah kebenaran ia ditarik balik.'

Cadangan menggunakan peraturan tersebut dibuat Wan Ismail Wan Jusoh (PAS - Melor).

Sebelum itu, Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS - Limbongan) ketika membahas ucapan menjunjung kasih mendesak tindakan dikenakan terhadap akhbar berkenaan yang dianggap menyimpang dari etika kewartawanan.

Berita Harian dalam laporan di bahagian muka depan menyebut 'Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan'.

Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) sebelum itu ingin mendapat penjelasan berdasarkan kepada wajah Tuanku ketika berucap kelmarin, adakah dapat digambarkan dengan nada murka atau biasa.

Sedangkan katanya, tiada pun pada ucapan itu digambarkan nada-nada marah seperti dilaporkan Berita Harian.

Mengulas isu yang sama, Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit) penggunaan istilah murka sebenarnya turut mencemarkan nama baik Sultan kerana ia tidak mencerminkan keadan sebenar yang berlaku kelmarin.

Oleh itu beliau mencadangkan tindakan undang-undang diambil wartawan yang terlibat dan akhbar terbabit menarik balik kebenaran membuat liputan pada persidangan dewan.

Abdul Fatah merakam ucapan tahniah kepada Speaker kerana tindakan yang diambil hari ini adalah langkah terbaik bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

"Speaker telah menunaikan janjinya semalam bagi menarik balik kebenaran diberi setelah akhbar terbabit tidak memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan.

Ustaz Abdullah Ya'kub (PAS - Air Lanas) turut menyokong tindakan Speaker kerana ada perbezaan yang jelas di antara teguran dan murka.
[Read More...]


Kelantan peruntuk RM2.2 juta bantu penduduk miskin menjelang raya



Mohd Nor Yahya
Mon Sep 29, 08 5:44:35 pm MYT

KOTA BHARU, 29 Sept (Hrkh) - Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM2.2 juta yang diagih kepada warga emas, armalah dan anak yatim sepanjang Ramadan ini.

Pengarah JKM Kelantan, Md Noor Chik berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan terbabit membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beliau berkata sedemikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 1,000 penduduk miskin di Dun Kijang baru-baru ini. Sumbangan tersebut disampaikan Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar.

Beliau juga berkata, semua penerima bantuan bulanan daripada JKM akan menerima bantuan mereka melalui bank atau tunai sebelum 5 haribulan pada setiap bulan bermula Ogos lalu. Menurutnya terdapat tujuh skim bantuan yang disediakan JKM iaitu skim bantuan armalah, warga emas, pekerja cacat (OKU), pesakit terlantar, OKU terlantar dan ibu bapa peliharaan. "Kesemua penerima skim bantuan ini akan dapat menerima sumbangan setiap awal bulan, tidak seperti berlaku sebelum ini," ujar beliau.

Beliau juga berkata, JKM negeri sedang menjalankan Projek Cari iaitu mencari di segenap pelusuk negeri melalui pemimpin peringkat kampung untuk mengenal pasti mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kerajaan.

Menurutnya setakat ini terdapat seramai 11,000 penduduk dhaif di negeri ini yang dikenal pasti layak diberi bantuan hasil maklumat awal yang diperolehi dari badan-badan berkaitan.

Oleh itu katanya bagi mempercepatkan proses bantuan kepada golongan terbabit JKM melantik seramai 58 kakitangan sementara yang turun ke bawah bagi mengenalpasti mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.

"JKM sentiasa bekerjasama dengan wakil rakyat di peringkat Parlimen dan Dun di negeri ini bagi mengenal mereka yang layak mendapat bantuan kerajaan," ujarnya.
[Read More...]


Ustazah Siti Zailah : Hanya Allah Jua Yang Dapat Membalasnya..



Oleh BekokCobbong

Sungguh terharu membaca wawancara dengan Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusoff di dalam ruangan Fikrah Harakah Bil. 1376 (19-21 September ).

Terharu membaca kesungguhan dan pengorbanannya dalam memartabatkan Islam.Beliau yang bermula sebagai Senator merupakan Ahli Parlimen wanita tunggal di Kelantan dan juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ketua Muslimat Pas Kelantan.

Membaca jadual dan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan beliau sebagai wakil rakyat dan pendakwah sangat mengujakan. Padat dan mengesankan. Malah sewaktu Harakah menghubungi beliau untuk sesi wawancara ini pun beliau sedang menziarahi rakyat di kawasan kebun getah di kawasannya di Rantau Panjang.
Berikut aku senaraikan serba sedikit aktiviti dan program beliau;
1) Memberi ceramah dan kuliah subuh di surau-surau di cawangan-cawangan
2) Berdialog dengan rakyat
3) Turun padang sendiri walaupun ada menerima laporan dari penghulu. Kata beliau,”Saya lebih berpuas hati mendengar dan melihat sendiri apa yang berlaku”.
4) Di bulan Ramadhan menemui rakyat selepas solat Subuh
5) Menerima jemputan memberi ceramah di jabatan-jabatan kerajaan
6) Memandu sendiri melawat ceruk-ceruk kampung
7) Mengambil tahu masalah rakyat walaupun berbeza ideologi politik
8) Walaupun baru 6 bulan menjadi Ahli Parlimen sudah menziarah 44 cawangan dan lebih 1,000 buah rumah
9) Program selepas Ramadhan untuk mendekati remaja bagi menangani gejala sosial. Menurut beliau, beliau akan bekerjasama dengan pihak polis, Agensi Dadah Kebangsaan, juga pakar motivasi untuk mendekati mereka.
10) Dan lain-lain lagi yang sudah tentu tidak dapat disenaraikan semua dalam wawancara tersebut.
Aku lebih terharu bila membaca beliau melakukannya dalam keadaan mempunyai anak yang ramai iaitu seramai 12 orang. Malah seorang anak beliau yang masih kecil mengalami sakit buah pinggang.Suami beliau yang memahami, telah bersara awal dari profesion perguruan.Tidak dapat saya hendak menggambarkan pengorbanan beliau sebaliknya bacalah sendiri kata-kata beliau; “Biasanya saya akan bawa anak yang kecil itu setiap kali saya melawat rakyat. Sekiranya dia dimasukkan ke hospital, saya juga bergilir-glir dengan suami serta anak yang sulung menjaganya.
Biasanya saya akan menjaganya pada sebelah malam.Jika sebelah siang, komitmen saya dengan rakyat, sebelah malam pula saya bersama keluarga. Dalam cabaran menghadapi situasi begini, saya mesti tabah menghadapinya. Saya harus banyak berdoa dan bersabar”.
Tidak cukup dengan pengorbanan tersebut, beliau juga sehingga kini menggunakan 80% elaun beliau untuk rakyat.(setakat saya dengar wakili rakyat lelaki potong 10% je elaun untuk rakyat..paling banyak pun 30%) Beliau juga teguh menjalankan amanah beliau walaupun dalam masa yang sama menghadapi ‘halangan’ dari Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat menyekat semua peruntukan untuk semua wakil rakyat Pas sehingga mereka kekurangan dana, sedangkan Ketua Bahagian BN mendapat peruntukan Pusat.
Tidak cukup dengan itu, Kementerian Pelancongan baru-baru ini menarik peruntukan sebanyak RM8 juta bagi pembinaan pasar baru di Bandar Rantau panjang dalam RMK8 baru-baru ini. Di sini suka aku petik beberapa kata-kata beliau yang menarik; “Jadi saya melihat dalam pemerintahan Islam ini sebenarnya wanita tidak dipinggirkan dan kita boleh memainkan peranan.
Muslimat seharusnya mempersiap serta memantapkan diri supaya boleh memainkan peranan mengikut bidang tugas masing-masing.” “Syukurlah Allah mempermudahkan saya dalam melaksanakan tugas ini. Sebab saya yakin apabila sesuatu itu kita tidak minta, Allah akan memberikan pertolongan kepada hambaNya.Ini merupakan amanah daripadaNya dan saya juga menerrima amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran.Walaupun penat tetapi kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa Islam ini lebih dari sekular. Saya ingin melihat bukan sahaja selamat di dunia dan tetapi juga di akhirat.”
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Bagi aku inilah beza antara wakil rakyat yang memegang jawatan untuk pangkat, harta dan status berbanding mereka yang memegangnya sebagai amanah, sebagai satu jalan dakwah dan tanggungjawab seorang Muslim yang akan dipersoalkan oleh Allah dihari pembalasan nanti.
Ini yang buat aku bangga jadi ahli Pas dan bangga berpemimpinkan pemimpin Pas. Lebih bangga kerana berjuang di atas dasar Islam. Jarang aku mendengar wakil rakyat lelaki yang komited dan berkorban macam ni. Jarang juga aku mendengar wakil rakyat lelaki yang begitu padat aktiviti dan program beliau seperti Ustazah ini.
Mungkin wakil-wakil rakyat lelaki boleh mencontohi Ustazah Siti Zailah dalam hal ini.Tidak rugi mencontohi benda baik walaupun daripada kaum perempuan kan. Kepada Ustazah Siti Zailah pula, janganlah kembang pula dengan pujian-pujian ini. Jadikanlah ia sebagai suatu motivasi dan momentum untuk lebih komited dan cemerlang dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat, pendakwah dan hamba Allah.
Hanya Allah jua yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan Ustazah..Takbir!!
[Read More...]


Umno Pernah Tawarkan Jawatan Kepada ADUN PAS Kelantan yang bersedia melompat par



Oleh Perdana V6
Umno nampaknya kian resah dengan rancangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan yang dijangka berlaku pada 16 September 2008 apabila Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat ke PR.Ramai pemimpin-pemimpin Umno yang mengutuk tindakan PR khususnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kononnya melakukan sesuatu yang tidak demokratik, memerintah melalui pintu belakang dan sebagainya.

Tapi lupakah pemimpin-pemimpin Umno/BN siapa yang mengajar melakukan perkara-perkara ini? Lupakah Umno/BN atau buat-buat lupa tindakan mereka membeli ADUN-ADUN PAS semasa memerintah Negeri Terengganu tahun 1960-an sehingga tumbangnya kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar ketika itu, Daud Samad? Adakah itu satu tindakan yang demokratik pada pandangan pemimpin Umno?.

Lupakah pemimpin Umno semasa Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir Kelantan tahun 2005 yang lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Anuar Musa (sekarang Tan Sri) telah menawarkan secara terbuka kepada ADUN-ADUN PAS yang bersedia melompat parti dijanjikan dengan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker DUN Kelantan dan EXCO Kelantan.

Jika pemimpin umno sudah terlupa tawaran yang dibuat oleh umno, kita lihat laporan sebuah akhbar bertarikh 26 November 2005 yang menyiarkan tawaran yang dilakukan oleh Anuar Musa yang ketika itu sangat ghairah untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat :Umno tawar jawatan kepada Adun Pas PASIR MAS: Umno Kelantan bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat Pas yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir. Wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata BN berbuat demikian untuk faedah rakyat Kelantan, demi mengubah kehidupan mereka yang kini serba ketinggalan. Dengan seorang daripada wakil rakyat perlu dilantik menjadi Speaker katanya, kedudukan di dalam DUN Kelantan akan menjadi seri 22-22. “Selepas itu, siapa wakil rakyat Pas menjadi orang pertama hingga ke tujuh menyeberang kita tawarkan jawatan itu.“Tetapi rasanya ini tidak akan berlaku kerana Pas tidak akan berani mengambil risiko dan menunggu sehingga wakil rakyatnya menyeberang.
Lagipun jika ada wakil rakyat Pas yang uzur dan tidak boleh hadir sidang DUN, wakil rakyat BN boleh mengemukakan undi tidak percaya dan jatuhlah kerajaan negeri.

“Walaupun Datuk Nik Aziz kata ada kelebihan setengah kerusi pun beliau tidak akan bubar dewan, tapi saya percaya sebagai orang politik beliau tidak akan berani mengambil risiko,” katanya berucap pada majlis mesra rakyat bersama penduduk Banggol Ara di sini, semalam. Justeru, kata beliau, jika penduduk Kelantan mahukan perubahan, maka pilihan raya kecil kali ini adalah faktor penentu ke arah itu dan mereka perlu memastikan kemenangan calon BN. Annuar berkata, selepas 15 tahun pembangkang memerintah Kelantan keadaan taraf hidup penduduknya masih jauh dan sekarang ada 19,000 keluarga miskin dengan 13,000 daripadanya ditakrif golongan termiskin berpendapatan kurang RM250 sebulan, selain kadar pengangguran di kalangan siswazah seramai 25,000 orang.


Dengan terang-terang Anuar Musa menawarkan pelbagai jawatan kepada mana-mana ADUN PAS yang bersedia melompat parti, turut disiarkan ialah taktik kotor yang dirancang oleh Anuar Musa untuk menumbangkan kerajaan negeri Kelantan melalui undi tidak percaya di dalam siding DUN Kelantan.Bagaimana penilaian pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam hal ini? Kenapa tidak ada pemimpin-pemimpin umno yang mengkritik tindakan Anuar Musa itu?Kita imbas pula pengalaman yang dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz ketika berhadapan dengan suasana pemerintahan ketika itu yang hanya mempunyai kelebihan hanya 1 undi, ditambah pula dengan perancangan jahat daripada Umno/ BN yang dikepalai oleh Anuar Musa.

Adakah Tuan Guru Nik Aziz atau kelab penyokong Kerajaan Kelantan, membawa keluar Negara ADUN-ADUN PAS seperti yang dilakukan oleh BN BBC semata-mata untuk mengelakkan Ahli-ahli Parlimen mereka melompat kepada PR pada tarikh 16 September 2008?Kita boleh saksikan sekarang betapa penakutnya Umno dalam menghadapi suasana politik sekarang walaupun Pak Lah masih mendabik dada kononnya mendapat mandate yang besar dalam PRU yang lepas tetapi hakikatnya Pak Lah sangat gentar dengan Susana politik sekarang, berbeza dengan sikap PAS khusunya Tuan Guru Nik Aziz, walaupun mereka memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi ketika itu.Apa yang boleh disimpulkan sekarang ialah, Umno merupakan pemimpin yang hipokrit kerana bercakap tak serupa bikin dan pemimpin-pemimpinnya kini takut dengan bayang-bayang sendiri.

Perdana V6
[Read More...]


BN tiru banyak langkah Kelantan



Jumaat 11 Januari 2008 2 Muharam 1429 Hijrah

BN tiru banyak langkah Kelantan, rakyat wajar kekalkan Kerajaan PAS
Mat Zain Mat Isa Fri Jan 11, 08 9:14:38 am MYT


'Tak dak sebab demo nak lawe kawe' akan sentiasa diingati sebagai antara ungkapan paling berbisa yang pernah diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia sekaligus menjadi cabaran dan amaran kepada musuh-musuh politik kerajaan pimpinannya.

Suatu ketika dulu bait itu seakan dijadikan tagline kepada segala program penerangan dan penerbitan PAS Kelantan.

Pendirian tegas Mursyidul Am PAS itu malah turut dijadikan inspirasi dan pendorong oleh ahli dan pendokong parti itu di seluruh negara.
Bertitik-tolak daripada hujah dan penghuraian diberikan Tok Guru dan para pemimpin PAS Kelantan ketika itu, para penceramah dan tenaga penerangan PAS di seluruh negara merasionalkan hujah mereka terhadap parti lawan dalam konteks negeri masing-masing pula.
Hujah dan huraian di atas ungkapan tadi sangat kukuh dan meyakinkan. Ia berkisar di atas segala bentuk perubahan dan pembaharuan diperkenalkan kerajaan Kelantan sejak diambilalih oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bermula 1990 lalu.
Sudah barang tentu segala perubahan itu dibuat agar selari dan menepati kehendak Islam.
Apabila sesuatu telah diubah kepada yang menepati Islam, ia telah membuktikan sekurang-kurangnya dua perkara. Pertama, bahawa perkara yang diubah itu diwarisi dalam bentuk atau keadaan asalnya yang tidak menepati kehendak Islam.


Kedua, apabila ia telah diubah untuk bertepatan dengan Islam, maka di mana lagi kewajaran dan kewarasan untuk mana-mana pihak yang beragama Islam menentang dan melawannya?

'Tak dak sebab demo (BN) nak lawe kawe', sebab 'kawe' (PAS) telah melaksanakan perubahan dan pembaharuan menurut apa yang dikehendaki agama.


PAS telah membangunkan Kelantan menurut Islam setelah pemerintahan Barisan Nasional selama 12 tahun gagal melaksanakannya.


Selain perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan menurut tuntutan Islam, ada juga antara perubahan diperkenalkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu kemudiannya menjadi ikutan dan tiruan kerajaan negeri-negeri lain dipimpin BN.

Hakikat itu lebih menguatkan lagi hujah Tok Guru mengapa 'tak dak sebab demo nak lawe kawe', sedangkan apa yang 'kawe' buat 'demo' tiru.

Analogi simplistik Najib kepada rakyat Kelantan
Dalam keadaan yang ada kini, barangkali ada perlunya beberapa perubahan yang dimaksudkan itu diulangsebut kembali. Mudah-mudahan ia mampu mengingatkan kembali para pemimpin BN Kelantan agar jangan terlalu ghairah menentang kerajaan yang ada sehingga mengenepikan segala kebaikan yang telah dilaksanakan itu.


Keghairahan BN itu jelas tergambar menerusi keyakinan palsu yang cuba ditanam Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak minggu lalu. Dalam kunjungannya ke Kelantan pada 3 dan 4 Januari lalu, beliau dilaporkan menyeru rakyat negeri itu menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah Kelantan.

Sifir politik dikemukakan Najib sangat simplistik. Kononnya oleh kerana tahun ini akan genap 18 tahun usia kerajaan PAS Kelantan, maka Najib menganggap ia suatu pengulangan sejarah jika ia tumbang sebagaimana kerajaan PAS dahulu juga tumbang selepas berusia 18 tahun.
"Jadi tahun ini, rakyat Kelantan mesti berani dan bersedia untuk menjadikan tahun 2008 sebagai tahun menukar kerajaan negeri," katanya, cuba meyakinkan para penyokongnya.
Najib malah menegaskan perubahan kerajaan amat perlu di Kelantan sekiranya ingin mencapai perubahan yang bersifatkan lonjakan berganda.


Kita tidak tahu dan kurang faham apa yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri tentang perubahan bersifat lonjakan berganda itu. Cuma agak mengelirukan apabila pemerintahan PAS yang dikatakan tidak berupaya membawa perubahan kepada Kelantan, tiba-tiba beberapa program pemerintahannya menjadi ikutan negeri-negeri lain diperintah BN.
Allah Ta'ala Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Tidak terfikir oleh mana-mana pihak bagaimana Dia mentakdirkan ketika Najib begitu beriya-iya memperlekehkan kerajaan Kelantan, di hari sama juga kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan khairat kematian untuk semua kaum.


Tapi, apa kaitannya dengan Kelantan? Ya, cuba perhatikan betul-betul. Menurut Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dana yang dinamakan Tabung Jasamu itu bertujuan memboleh waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia, mendapat bantuan RM2,000 bagi membiayai urusan pengebumian.
Kata Khir lagi, tabung itu terbuka kepada semua kaum dan agama untuk meringankan beban waris menguruskan pengebumian jenazah anggota keluarga mereka. Nah! Bukankah itu persis apa yang dilaksanakan di Kelantan sejak awal 2007 lalu?


Apakah anda sudah lupa bahawa Kelantan menjadi negeri pertama memperkenalkan skim insurans percuma sebegitu untuk warga emas? Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta setiap tahun bagi caruman percuma kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas menerusi insurans Takaful Kafaalah.

Di bawah skim itu pewaris warga emas yang dicarumkan kerajaan akan menerima pampasan RM2,000 jika warga emas berkenaan meninggal dunia tanpa mengira sebab, termasuk kematian semula jadi. Skim berkenaan diberikan kepada warga emas semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Siam dan sebagainya selagi mereka adalah rakyat Kelantan.

Sekalung tahniah buat rakyat Kelantan. Nampaknya usaha BN menggambarkan kerajaan PAS sebagai tidak berkemampuan telah dibayar secara 'tunai' oleh Allah Ta�ala. Hari itu (4 Januari) Najib memperlekeh Kelantan, hari itu juga Selangor isytihar tiru program kerajaan Kelantan.

Memang, jika ditanya MB Selangor adakah dia meniru program dibuat kerajaan Kelantan, sudah barang tentu dia tidak akan mengaku. Dalam hal ini, penulis teringat kepada al-marhum Ustaz Bunyamin Yaakub, bekas Ahli Parlimen Bachok.

Dalam salah satu ceramahnya, beliau mengulas beberapa perubahan yang dibuat kerajaan Kelantan dan ditiru kerajaan lain. Tetapi ada pemimpin negeri terbabit menafikan apabila dikatakan mereka telah meniru kerajaan PAS Kelantan.

Katanya, 'tak mengaku pun tak apa. Tapi bila kawe buat dulu, demo buat getek (selepas itu) serupo denge hak kawe buat, (maknanya) demo tiru kawe lah tu!' Semoga Allah merahmati roh Ustaz Bunyamin.

Demi Allah, hujah beliau itu masih relevan dengan apa yang sedang berlaku kini. Tidak cukup dengan kes takaful warga emas itu, Allah Ta'ala datangkan pula kes pokok gaharu. Hanya selang dua hari selepas itu (6 Januari), kerajaan Perak pula mengumumkan akan menanam pokok-pokok gaharu di lereng-lereng tanah tinggi negeri itu sebagai satu lagi sumber pendapatan lumayan kepada rakyat dan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pelancongan Perak, Dato' Mohd Radzi Manan ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaannya telah mengenalpasti beberapa kawasan berpotensi untuk tanaman gaharu kerana mempunyai kesesuaian iklim dan bentuk muka bumi untuk tujuan penanamannya secara komersial.

Nah! Bukan kah itu satu lagi tamparan buat Najib dan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh Kelantan? Sebagaimana yang telah dimaklumi, beberapa bulan lalu kerajaan Kelantan telah melancarkan projek Koridor Depu, iaitu penanaman pokok depu atau gaharu secara komersial.

Mengikut pasaran semasa, setiap 12 mililiter resin gaharu yang siap diproses, harganya sekitar RM300 hingga lebih RM1,200 mengikut grednya. Potensi besar tanaman ini telah lama disedari kerajaan Kelantan. Penanaman pokok ini digalakkan dengan perancangan mengagih anak pokok secara percuma di samping membuka ladang di pedalaman Kelantan melalui penglibatan Perbadanan Menteri Besar.

Usaha menjadikannya suatu industri telah dirintis sebuah syarikat bumiputera tempatan sejak Mei lalu dengan menggunakan kepakaran dari Thailand. Kini usaha itu cuba ditiru kerajaan BN Perak. Sepertimana kata Ustaz Bunyamin, 'tak mengaku pun tak apa!'

Wajar disebut semula beberapa perubahan oleh kerajaan Kelantan yang sebelum ini telah ditiru kerajaan BN.

Langkah PAS yang ditiru Kerajaan BN
Antaranya ialah:
1. Pajak Gadai Islam ar-Rahn yang dimulakan di Kelantan di awal 90-an kemudian diterima pakai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM).
2. Cuti bersalin kakitangan wanita dilanjutkan daripada 42 hari kepada 60 hari kemudiannya turut diterima pakai kerajaan Pusat.
3. Konsep kerja lima hari seminggu yang kemudiannya dimulai kerajaan Pusat dengan cuti Sabtu pertama setiap bulan bermula Januari 1999. Konsep itu kemudiannya dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana sekarang.
4. Konsep Hotel Islam ditiru oleh negeri Pahang.
5. Amalan tidak memberikan cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri diikuti oleh sektor perkhidmatan awam menerusi arahan Ketua Pengarahnya pada Ogos 1998.
6. Konsep rumah mampu milik dengan tiga bilik bagi memupuk kerukunan keluarga dijadikan model oleh pemaju dan kerajaan negeri seluruh negara.
7. Ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai hiasan di tepi jalan raya, diambil ideanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1997 untuk digunakan di tepi lebuh raya.
Apa yang disenaraikan ini hanyalah yang besar-besar saja. Namun yang pastinya, idea pemerintahan PAS tidak koman, malah jauh mendahului kerajaan BN.
Mengambilkira realiti itu, para pendokong kerajaan Kelantan wajar bersepakatan menutup mulut mana-mana pihak yang cuba menggugat kedudukan kerajaan yang ada. Biar pun orang itu adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Ingatkan kembali mereka itu kepada ungkapan keramat Tok Guru, 'tak dak sebab demo nak lawe kawe.' - mr


www.harakahdaily.net

[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors