Kisah dari Perak: Air Mata Pak Teh





Selalunya, aku tak tulis tentang program Jelajah Perak yang dihadiri oleh MB Nizar..yang tu member lain yang tulis sebab kerja aku ambik gambar video. Tapi apa yang berlaku dalam Markas Pas Kg. Kerunai malam tu, sikit sebanyak menyentuh perasaan.


Siang tu, Utusan Malaysia mengapikan isu DAP hina Islam. Semua fakta salah, sebab Presiden Maipp tu ADUN Umno, jadi dia cuma nak cari salah. Dia kata Guan Eng tubuh IRCC (Inter Religous Consultative Council) tapi apa yang ditubuhkan ialah Inter Religous Goodwill Council. Bukan untuk membincangkan ugama mana yang baik, tapi macam mana nak mewujudkan keharmonian. Tapi Umno dah memang macam tu…aku nak kata bangsat mungkin lebih sangat, nak kata barua…sikit sangat.


Malam tu, penceramah pertama ialah Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai. Dia mulakan ceramahnya dengan bagi salam, ditengah-tengah ceramah, dia petik hadith Nabi S.A.W, dan diakhir ceramah dia sebut..wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikumwarah matullahi waba rakatuh.


Pak Cik kat sebelah aku tunduk..pelan-pelan dia bagi tau…”Ini lah hikmahnya…kalau tidak aku tak tau, dah ramai orang Cina menghormati Islam..cuma Umno yang tak henti-henti ngutuk Islam.”Bila Nizar berucap, bercerita tentang Pondok Pak Teh, aku tengok orang tua tu meleleh air mata.


Pondok Pak Teh memang ramai orang tau, terutama yang duduk kat Gerik. Pak Teh merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri, dan dia bina pondok tanpa bantuan kerajaan negeri semasa BN. Bila Umno menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pak Teh terkapai-kapai, tapi dia teruskan juga pondok tu dengan belas ihsan orang ramai.


Yang lebih menyedihkan, Menteri Besar Tajol Rosli dari Gerik, balak dari hutan Belum, Tajol Rosli sapu…tapi nak bagi bantuan kat Pondok tempat budak-budak belajar ugama…Tajol Rosli tak mahu bantu.Pada tahun 2006, Pak Teh minta kepada kerajaan negeri BN tanah seluas 45 ekar berdekatan pondok tersebut untuk diusahakan supaya boleh menampung perbelanjaan sekolah tersebut. Semua jabatan kerajaan yang berkaitan memberikan sokongan untuk meluluskan permohonan tersebut, tapi terperap dimeja Tajol Rosli.Untuk hidup, setiap kali bulan Ramadan…pondok Pak Teh ditutup untuk membolehkan pelajar dan pengajar cari duit untuk menampung perbelanjaan. Dalam bulan Ramadan, ramai yang menjemput pelajar dan pengajar dari Pondok Pak Teh untuk memberikan tazkirah dan juga menjadi Imam sembahyang Terawih. Selalunya mereka mendapat sumbangan diatas usaha ini…dan dengan duit itulah mereka membiayai perbelanjaan Pondok Pak Teh.


Bila Pakatan Rakyat mengambil alih, Pak Teh sekali lagi membuat permohonan. Dan tak sampai setahun, Nizar meluluskan permohonan tersebut.Pada 24/2,…orang tua tersebut melelehkan airmata sebanyak empat kali.Pertama kali ketika Nizar berucap di Pondok Pak Teh, kali kedua ketika Chan Ming Kai berucap, kali ketiga ketika Nizar berucap di Kg. Kerunai dan kali keempat bila dia bercerita tentang Umno yang selama ini dia percaya menolong orang Melayu dan membela Islam, tapi sebenarnya mempermainkan orang melayu dan menggunakan Islam hanya untuk kepentingan politik mereka.Rampasan kuasa ini banyak hikmahnya…rakyat semakin sedar bahawa Umno semakin tidak diperlukan. Umno hanya boleh berkuasa melalui rampasan kuasa. Kalau diadakan pilihanraya…tok sah harap Umno boleh menang lagi.


*Pak Teh...berjaket biru sambil memegang akhbar : (Gambar ihsan Sham. Terima kasih).


Sumber Perisik Rakyat
[Read More...]


Sejak Bila Pondok / Sekolah Agama Menjadi Agenda Perjuangan UMNO?



Oleh muhammadhanif

"Membaca serangan UMNO kepada kerajaan pakatan rakyat di Perak sejak akhir-akhir ini membuatkan kita pening dan terpingga-pingga dengan perubahan sikap mendadak UMNO. Apakah perubahan sikap ini menunjukkan keinsafan yang mula bertapak ataukah ia hanya sekadar tanda-tanda sakaratul maut? Kerana kadang-kadang apabila tibanya saat ajal seseorang, boleh jadi dia akan menunjukkan perubahan sikap yang ketara. Kalau dinisbahkan kepada perubahan sikap UMNO sejak kebelakangan ini, adakah ia menunjukkan kepada semakin hampir saat kehancuran parti sekular yang berusia lebih 50 tahun itu?

Isunya apabila kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin membuat keputusan utuk memberikan sejumlah tanah kepada sekolah-sekolah beraliran cina di negeri tersebut dengan harapan agar mereka dapat menjadikan tanah tersebut sebagai punca pendapatan untuk menambahkan dana.

Lantas, gegak gempita kuncu-kuncu UMNO khususnya di Perak kononnya pentadbiran negeri sudah mengenepikan sekolah-sekolah agama dan pondok. Inilah sebenarnya wajah UMNO, jika tidak menggunakan senjata bernama perkauman sempit, maka bukanlah namanya UMNO. Bahkan salah satu rukun wajib UMNO ialah menyerang dengan menggunakan senjata perkauman. Kalau tidak, masakan seorang pemimpin UMNO boleh mengatakan secara terbuka bahawa kaum Cina hanyalah menumpang? Tidakkah ucapan itu persis sahaja dengan tindakan seorang pemimpin UMNO yang seringkali menjulang kerisnya di perhimpunan agung dengan ucapan hidup Melayu…!

Sejak bilakah pula UMNO menjadi pejuang sekolah pondok dan sekolah agama? Tidakkan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dinafikan oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir dahulu? Ketika itu, di manakah suara perkasa pemuda UMNO Perak?

Kini timbullah cerita kedaifan sekolah-sekolah agama dan pondok khususnya di Perak. Pendedahan ini sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah jasa UMNO kepada pendidikan agama. Ingatlah, UMNO telah menjadi kerajaan di Perak selama 50 tahun berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya baru 5 bulan. 50 tahun dan 5 bulan, dua angka yang benar-benar berbeza. Mana mungkin dalam masa 50 tahun sekolah agama dibela dengan hebatnya oleh UMNO tiba-tiba menjadi dhaif dalam masa 5 bulan? UMNO ooh UMNO.

Justeru itu, kenyataan Menteri Besar Perak untuk mengembalikan semula bantuan perkapita berjumlah RM1.3 juta kepada sekolah-sekolah agama di samping bantuan-bantuan lain sepatutnya menutup mulut UMNO. Tetapi itulah dia UMNO…
Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas
[Read More...]


BN/UMNO sekat bantuan SAR, kerajaan negeri Perak kembalikan semula




Kerajaan Negeri Perak kembalikan bantuan RM1.3 Juta kepada SAR
Al-Husseyn dan Johari Jaafar

Wed Sep 03, 08 11:03:45 am MYT

IPOH, 3 Sep (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.


"Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.
"Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki
Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.
Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.
"Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat," jelas Misbah.
Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.
Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.
Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.
Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan," katanya.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.
Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.
"Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana," katanya
"Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat," ujarnya.
Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi. - mr_
[Read More...]


Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan



Oleh rozmal

"Kecoh pasal pelajar UiTM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html "
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors