Mengapa SPR enggan terima bantahan



AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat tehadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Lagi......

[Read More...]


Malaysian politician faints on hearing graft charges



ANN - Tuesday, February 8

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A politician from Malaysia's ruling party fainted suddenly in a Sessions Court here on Monday when a court interpreter read to him his amended bribery charges, shocking everyone in the court.

Abd Ghani Ismail, 45, division chief of United Malays National Organisation (Umno) - Pandan branch, fell sideways with a loud bang. His wife, a relative, the intepreter and two lawyers rushed to the dock to help him sit up.

Sessions Court judge Rozilah Salleh immediately adjourned the court proceedings briefly.

His lead counsel M. Athimulan asked him to lean down. His wife wiped the sweat off his face and asked him to remove his coat.

A court policeman asked Abd Ghani if he was diabetic but he responded that he had fainted because "he had walked far".

More please click below link

Source: Yahoo News
[Read More...]


Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?

“Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.

"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.

Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.

"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.

"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.

“Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.

Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.

Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'.


Sumber: Harakahdaily

[Read More...]


Utusan Malaysia merudum : Masih Tak Cerdik



Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika.

Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan.

“Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti,” ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.

Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

“Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk,” katanya.

Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.

Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut.

“Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno,” jelasnya lagi.

Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

Dari: http://penawarrinduku.blogspot.com/20...
[Read More...]


Apa BN dah buat: Dulu cakap lain... sekarang cakap lain




Fikir-fikirkan tuan-tuan dan puan-puan. Tak sampai seminggu, lepas tu naik juga RON95...

BN - Dulu kini dan selamanya kuat "kelentong"



[Read More...]


Apa BN dah buat: Ekonomi negara ke arah mana?



Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.


Bangunan Warisan 100 tingkat yang dijangka memakan belanja bilion Ringgit.
Andai kata wang ini digunakan untuk memantapkan sektor pendidikan, insya-Allah rakyat Malaysia bukan sahaja celik huruf malah boleh menjana pendapatan negara dengan kutipan cukai pendapatan.


Skandal PKFZ yang memakan wang rakyat hasil daru kutipan cukai hingga bilion Ringgit. Masih belum selesai. Kita tunggu keputusan mahkamah. Apa yang hendak rakyat perhatikan BN/Umno/MCA tidak pandai mengurus ekonomi negara.
Inikah yang dikatakan bijak mengurus ekonomi negara. Hutang luar negara pun dah ratusan bilion Ringgit.
RM200,000,000,000.000 [ambil rambang]. Banyak tu, gaji aku pun baru 4 digit nak sampai 5 digit mungkin kena buat kerja part time.

Ini belum lagi bab "claim" yang tidak munasabah contohnya harga skru driver sebatang sehingga puluhan ringgit, sarapan pagi exco-exco kerajaan negeri [merujuk ucapan MB Perak DS Nizar] dan sebagainya.

Kalau dibiarkan lagi mereka [Umno/BN] memerintah negara, alamat punahlah negara. Lihat apa sudah jadi dengan Zimbabwe hingga kadar inflasi mencecah ribuan peratus.

Pemerintah yang bijak dan bertanggungjawab harus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bukan menyusahkan. Kalau setakat slogan, budak sekolah pun boleh buat.

MASA UNTUK BERUBAH tolak Umno/BN
[Read More...]


Keratan akhbar: Harga munyak



Bacalah sendiri, dapat dari rakan FB.
[Read More...]


BN Barang Naik: Minyak naik lagi



Aku tak buka berita tadi, penat sangat balik dari kerja. Terbangung tgh malam buka FB, ada rakan posting tentang kenaikan harga minyak, gula dan gas.

Tapi aku boleh agak apa pak menteri tu nak kata.

"Harga minyak dan gula masih lagi murah berbanding negara-negara lain... ini tidak membebankan rakyat.."
Agak aku lah pak menteri cakap macam itu.

Lupa pulak aku nak tanya, harga kereta di Malaysia antara yang mahal berbanding dengan harga di Thailand. Tidak pulak pak menteri nak komen.

Itu belum lagi bab tol, gaji pak menteri, elaun pak menteri... kenapa tak nak potong elaun tu. Aku ni mana ada elaun, kerja pun dengan swasta. Ada elaun sikit dah kena bayar cukai.

Nampaknya rakyat bak kata orang Utara, tang mana pun dok kena.

Berkatalah Sadiq Sigaraga." Apa lagi bala nak datang"

Lepas ini apa lagi yang nak naik. Yang turun cuma hujan aje... yang lain Barang Naik a.k.a BN Umno

Kita tunggu aje lah... Pencapaian diutamakan Rakyat didahulukan
[Read More...]


Serangan media berterusan terhadap PR



Nampaknya TV3 sejak dari hari mulanya kempen pemilihan PKR, memaparkan kisah keburukan PKR. Kadang kala sampai naik muak...

Buat pembaca, perhatikan betul-betul, mereka (TV3) ini adalah agen Umno/TV3 sebab itulah MB Kedah tak beri mereka kebenaran untuk buat liputan sidang dun tempoh hari.

Mengapa tidak minta komen dari ulama-ulama tentang fesyen "Islam" dahulu? Takut?
[Read More...]


Kadar Tarif Air Johor... NAIK



Kalau dilihat sebelum ini, kecoh di media arus perdana milik kerajaan tentang isu kenaikkan tarif air di Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah disifatkan sebagai menekan rakyat, menyusahkan rakyat, malah para penyokong kerajaan ada yang berarak di jalanan untuk membantah kenaikkan tarif air negeri Kedah yang dikatakan menyusahkan rakyat.


Namun apabila Negeri Johor menaikkan tarif air, seorang pun tak bising. tak ada isu dibangkitkan di media arus perdana dan pembangkang. Mengapa jadi begini? Adakah rakyat Johor memang dah kaya semua sampai tarif air naik pun tidak menjadi beban kepada mereka? Berikut laporan berita tentang kenaikkan tarif air Johor yang dipetik dari Sinar Harian.

[b]JOHOR BAHRU[/b] - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.

“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya. [[url=http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp]Sinar[/url]]

Pelik tapi benar, Tarif Air Negeri Johor sebelum dinaikkan adalah tarif air paling tinggi di dalam Malaysia! Negeri yang mempunyai tarif air paling tinggi di Malaysia ini masih mahu menaikkan tarif airnya kerana rakyat Johor semuanya sudah terlebih duit maka mereka tidak tahu kemana duit-duit yang banyak itu mahu dibelanjakan!

Jadi dengan kenaikkan tarif air ini Rakyat Johor akan bersyukur, tidak seperti Negeri Kedah, meskipun memiliki tarif air antara yang terendah di dalam Malaysia, rakyat Kedah miskin, naik sikit pun akan ada yang berarak di jalanan dan menjadi topik utama media kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Berikut senarai tarif air yang diambil dari website rasmi Jabatan Bekalan Air malaysia.

sumber: http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-511707.html

adhil | November 5, 2010 8:29 PM

tarif air di johor naik ada disiarkan dlm berita tv3..tapi cuma berita sepintas lalu, tanpa ada ulasan rakyat atau lain2 pihak sebagaimana laporan semasa tarif air kedah dinaikkan.

rakyat yg buta dan tuli lagi bebal akan terus diperbodohkan kerajaan BN.



Source: Tarif air Johor naik senyap-senyap - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/tarif-air-johor-naik-senyap-senyap.html#ixzz15iOk2MaM


[Read More...]


SEJAK BILA UMNO PANDAI BERJIMAT



15 November 2010 by BLOGMASTERS ·
Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.


Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.


Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.

Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.

Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.

[Read More...]


Tak percaya? Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!



Posted on Wednesday, November 10 @ 06:49:37 PST by paktam

Umnolah yaNg menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu Hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi kepada media.

PAS Cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya sendiri. Zahid Cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS Dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah Dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab "Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia", ujarnya lagi

Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri Dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.

Jelasnya, Umno Cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat.

"Zahid Cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.

"Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal," tegas beliau.

Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.

"Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar," soal beliau.

Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, IA ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing.

"Sudah sampai masanya Umno berundur Dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak," pintanya.
[Read More...]


PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!





Oleh: Pria Malaya

Dengan kuasa Allah, akhirnya terpacul juga dari mulut pemimpin Umno sendiri bahawa Ummo adalah PUNCA tanah Melayu di Pulau Pinang telah terhakis tergadai!..

Sungguh aib, terhina lagi memalukan tatkala media ampu kerajaan saban Hari menuding jari ke arah DAP Dan Pakatan Rakyat...


Sesungguhnya, rakyat telah sedia maklum bagaimana keadaan Melayu ketika Umno Dan BN bermaharajalela di Pulau Pinang sebelum ini...bagaimana nasib Melayu Dan Islam di Pulau Pinang semasa Umno/BN berkuasa...ternyata, keadaan Melayu ketika itu amat sedih Dan memalukan..

Kerana itu Kita tidak pelik pemimpin Umno kerap kali menolak Dan tidak berani berdebat isu Melayu Pulau Pinang dengan pemimpin2 Pakatan hatta dengan pemimpin DAP, kerana mereka tahu, Umno adalah punca Melayu hina Dan 'kecundang' di bumi sendiri..

Akhir kalam, bagi sesiapa yg belum melihat mahligai2 pemimpin Umno Pulau Pinang..apa kata korang lihat kat SINI...kepada blogger fanatik Umno, sila jawab artikel penulis ini..penulis tunggu kalian...wallahua'lam...

Adun BN akui Umno punca tanah Melayu terhakis

JELUTONG, 11 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian Dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.


Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.


(Sekadar gambar hiasan..)

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa IA perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu Dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah IA jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa Dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel. - Harakdaily

[Read More...]


Hiburan Malam, Candu Supaya Rakyat Leka Kegagalan Umno.



Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan umno Bn berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

[Read More...]


Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000



KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.

Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.

Idris berkata, semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soalnya.

Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.

“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan.

“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” ujarnya.

Beliau menambah, pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.

Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.

“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya beliau.

Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.

Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.

“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,” katanya.

[Read More...]


Cerita Best Bekas Penyokong Tegar UMNO




Aku ke apartment kawan aku tadi di Cheras, ada urusan. Sewaktu hendak keluar dari apartment tersebut aku ternampak pak cik guard (lingkungan 60an) yang mengawal pintu keluar-masuk di situ bertugas sambil tangannya memegang Harakah.

"Pak cik baca Harakah?"

"Lama dah aih..sejak pilihanraya 2008 haritu"

"Dulu pakcik ameno ke?"

"Eheh! Yelee..dulu keroje gomen lagi memangle..ate caghi makan..tapi memang dulu pak cik bendahari."

"Habeh? Kenapa tukor ni?"

"Hisy! Tak kuase pak cik nyokong dah..yang bebenornye pak cik baru sebulan dua ni je keluor umno..tadi tu muhong je..pak cik tak boleh terime bile najib pangge apa ke nama tu? apko..apko..haa! tu zionis jahat tu bunoh orang islam je kerojenye..pak cik memang tak boleh tahan dah!"

"habeh selama ni pak cik percaya? kes anwar liwat tu camana?"

"tulee dulu bodo bebenor aku..nye bantai percaya..lepaih kes apko ni aku renong balik..isy! iyele nampak bebenor jahatnye ameno ni..hiiii..nyesal aku ngundi dari tahun 69 lagi.."

"ni nak buat judi halal ni cama...."

"ptuihhhh! kamu jangan sebut! memang cilake punye idea..tak berakei..bahalol!"

"bahalolisme pun pak cik tau?"

"amende tu?"

"hihi..takde.."

isteri dia datang. isterinya bekerja sebagai tukang sapu di apartment itu. aku bertanya mak cik tu keadaan politik dan aku terkejut dengan pengetahuan dia. yelah, walaupun pengetahuannya gitu je standardnya tapi dia hanya berhujah dari segi halal haram dalam agama aje. itu dah cukup. pak cik ni aku anggap berjaya mendidik isterinya, tak macam sesetengah ahli tegar pas atau pkr yang aku kenal..bini pun masih umno..sampai hari ni tak beranii tarbiyyah..bodoh penakut bini!

mak cik tu buat aku terkejut bila dia kata, "anak2 mak cik, mak cik pesan kalu ngundi penyokong judi halal -kamu bukan anak aku!"


..mak!sumber

[Read More...]


PRK094: Akhbar arus perdana tak buat kajian.........



al-Bakri fi Muar,

Nampaknya bersungguh-sungguh "mereka" ingin memburuk-burukkan calon PR di Hulu Selangor hingga sanggup memfitnah dengan menampal (superimpose) gambar asal calon dengan botol arak.
Surat khabar tersebut dengan bangganya letak dimuka hadapan.

Saya yang tidak mengenali Zaid Ibrahim pun hampir percaya. Hmmm.... terlupa kot mereka bahawa dosa memfitnah orang ini seumpama membunuh saudara sendiri.

Baru aku tahun akhbar ini bukan dalam kategori wartawan yang ada etika dalam ertikata lain berita yang ditulis tu "baca boleh tapi percaya jangan".

Di muka hadapan pilak tu tajuk kecil " Kami (Umno Kelantan) akan dedahkan siapa Zaid", lebih kurang begitulah tajuknya sebab akhbar ini aku tak berapa nak baca sangat mukadepan sebab banyak yang hampas.

Kalau betul Umno Kelantan nak dedahkan baguslah kita sokong cuma janganlah memilih dedahkanlah semua pimpinan Umno. ADA BRAN.


Gambar sebelum disuperimpose


Gambar selepas superimpose
Gambar diatas di ambil dari klik sini. (sumber: Tranungkite)

Saya rasa ramai yang ingat kes wang PPRT. Kalau begitulah kisahnya, rasa-rasa macam ramai lagi yang bermasalah dalam Umno ni, hanya yang dah bertaubat sahaja yang keluar Umno kot....

Jika calon PR sdr Zaid Ibrahim dah bertaubat tu baguslah.

Tambahan: Kalau baca blog tersebut, janganlah percaya. Kebanyakkannya hanya fitnah sahaja.

[Read More...]


Yahudi-Zionis




al-Bakri fil Muar

Jumaat, 02/04/2010 – Sebilangan warga haram Yahudi-Zionis telah menyerbu masuk ke masjid al-Aqsa. Zionis ini telah mendapat bantuan dari polis Zionis dan memasuki dari pelbagai pintu yang ada. Saat berita ini dilaporkan, keadaan amat kritikal. Warga haram Zionis sedaya upaya cuba memasuki kawasan suci umat Islam bagi meraikan harii “Paskah”.

http://palestinkini.info/?p=5677

Kalau kat Palestin, bantuan polis digunakan untuk rakyat Yahudi-Zionis memasuki Masjid al-Aqsa tapi kat sini digunakan untuk menyekat ceramah penerangan PR.

Apa cerita tentang APCO?
[Read More...]


Arak, Judi.... hmmmm



Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin. -EP

http://warkahdaily.blogspot.com/
[Read More...]


PAS Kutuk Penahanan Mazlan, Felda Talian Hayat Umno



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk penahanan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Penahanan beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang semalam merupakan penahanan politik.

PAS melihat bahawa beliau menjadi mangsa atas daya usahanya yang memimpin peneroka Felda dalam Persatuan Anak yang berjuang untuk mempertahankan hak para peneroka. Penahan ini juga dilihat sebagai usaha untuk menakut-nakutkan para peneroka lain agar tidak memberikan kerjasama atau menyertai Anak ini.

Felda-Talian Hayat Umno

Felda sebenarnya menjadi ‘anak emas’ Presiden Umno yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan mempunyai lebih dari 113,000 orang peneroka (Tidak termasuk keluarga mereka), Felda merupakan talian hayat terakhir bagi Umno dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihanraya lalu.

PAS berjaya menembusi Pahang di DUN Semantan dan Berserah, dimana kedua-duanya bukanlah kawasan Felda dan Umno masih boleh menang selesa di Pahang kerana bantuan pengurusan Felda yang menyekat masyarakat Felda menerima informasi yang betul.

Kezaliman Felda

Felda yang dulunya adalah satu projek perladangan untuk menjana ekonomi rakyat dibawah program DEB kini diuruskan oleh Syarikat milik Kerajaan iaitu FELDA Holdings yang memiliki lebih 60 buah anak syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Pada tahun 2008 jumlah hasil perniagaannya mencecah jumlah RM15.4 bilion.

Walaupun pendapatan Felda Holding begitu besar, namun peneroka menjadi mangsa bila mana Peneroka tidak dibenarkan menanam semula sendiri kelapa sawit. Mereka diberikan hutang untuk membayar semua kerja ini yang diswastakan kepada anak syarikat Felda Holding iaitu Technoplant.

Selain itu, Felda melakukan pelbagai strategi bagi memaksa peneroka menyerahkan tanah mereka. Felda Plantations menawarkan mereka untuk menjadi pemegang saham dengan kadar bayaran pulangan bulanan adalah RM 1,500-RM 2,100 tanpa perlu bersusah payah bekerja diladang seperti dahulu. Namun mereka yang bersetuju dipaksa membuat pinjaman kos menanam semula kebun dan membina rumah baru. Jumlah hutang ini sekitar RM70,000-RM 90,000 sedangkan mereka yang menolak masih mampu hidup tanpa hutang dengan hasil sekitar RM 4,000-RM 7,000 sebulan.

Itu adalah sebahagian kecil fakta yang menjadi rintihan peneroka Felda. Namun, usaha membongkar lebih banyak penindasan semakin cuba dihalang. Umno juga dilihat mempergunakan sentimen Melayu bagi menghasut peneroka menolak Anak, walhal Pengerusinya sanggup ke penjara untuk perjuangkan masa depan mereka.

PAS menyokong perjuangan Anak dan mahu hak peneroka Felda untuk bersuara tidak disekat. Peneroka Felda bukan banduan, mereka adalah rakyat yang merdeka dan berhak untuk bertemu sesiapa yang mereka suka. Jadi tidak ada salahnya jika Mazlan ingin bertemu mereka. Dan sebagai Pengerusi Anak, beliau berhak untuk meninjau ahli-ahlinya disemua kawasan kerana hak untuk berpersatuan dijamin oleh perlembagaan negara ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors