You are here: » Home » Posts filed under Unit Amal
Anggota Unit Amal kena belasah dengan Polis baju Biru
7:11 PG
Pas Bakri
Al-Bakri fil Muar
9 Mac 2009
Selamat menyambut Mualidur Rasul, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat.
Pagi ini saya menjelajahi web-web dan blog-blog, terjumpa satu video klip yang menunjukkan anggota Unit Amal kena belasah dengan polis. Semasa menonton video klip tersebut timbul perasaan yang benci sangat dengan anggota polis dan kasihan juga dengan anggota Unit Amat tersebut, beliau kelihatan tidak melawan tetapi pihak yang berkenaan terus sahaja membelasah beliau. Beginikah slogan polis Mesra, cekap... entah apa lagi.

Kami tahu ada ramai juga anggota polis yang baik-baik tetapi disebab segelintir rosak semua anggota berbaju biru.
Mengapa pihak polis sikap memilih jika pihak satu lagi berkumpul dan berdemo tidak ada tindakan sebegini dilakukan.
Marilah semua rakyat Malaysia terutama yang sayangkan bahasa Melayu berdoa agar kezaliman ini dapat dihentikan.

Klik disini Unit Amal dibelasah Polis

Bahasa menunjukkan bangsa
Klik disini Unit Amal dibelasah Polis
Unit Amal Kawasan: Meraikan ahli-ahli Unit Amal
11:06 PTG
Pas Bakri
Abdul Rahman Mohamad
Ketua Pemuda Pas Kawasan Bakri
Dewam Pemuda Pas Kawasan telah mengadakan satu majlis makan malam untuk semua Unit Amal Kawasan Bakri. Majlis ini dihadiri oleh Unit Amal cawangan-cawangan dan AJK DPPK Bakri. Saya selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan merakamkan jutaan terimakasih diatas kehadiran dan penglibatan di dalam Unit Amal.
Unit Amal adalah salah satu unit dibawah DPP sesuai dengan namanya, Unit Amal banyak menyumbang tenaga dan menjaga keselamatan serta lalu lintas semasa ceramah berjalan.
Tidak ketinggalan antara para jemputan yang hadir ialah dari pimpinan Dewan Harian Kawasan dan telah dirasmikan oleh YB Dr.Sheikh Ibrahim merangkap YDP Kawasan.
Taa'ruf
Ayam bakar, ikan bakar antara jamuan yang dihidangkan.
Antara ahli Unit Amal yang hadir.
'Jejak Musta'afin' Unit Amal sasar bantu 10 keluarga miskin
5:41 PG
Pas Bakri
Mohd Sabri Said
Wed Sep 10, 08 11:15:38 am MYT
PULAU PINANG, 10 Sept (Hrkh) - Unit Amal Negeri Pulau Pinang menyasarkan sepuluh keluarga paling miskin di Pulau Pinang untuk diberikan bantuan serta membantu keluarga berkenaan meningkatkan ekonomi seharian
"Unit Amal Pulau Pinang telah berjaya membantu tiga keluarga setakat ini iaitu di Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas. Mereka ini dalam pemerhatian Unit Amal," terangnya.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini Unit Amal yakin dapat membantu keluarga berkenaan serta menyumbangkan bantuan ke hospital, katanya.
Ujar beliau, Unit Amal hanya sebagai perantara antara masyarakat yang memerlukan bantuan dengan kerajaan yang berkuasa.
Sambungnya, bila Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Pulau Pinang ia menjadi lebih mudah berbanding dulu wujud sekatan politik oleh individu Umno.
"Kali ini mereka yang memerlukan akan dibawa ke pengetahuan Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh atau Adun daripada Pakatan Rakyat tidak kira ia dari PAS, KeADILan atau DAP," jelas Nor Azman.
Bila kerja kebajikan itu dilaksanakan, imej Unit Amal telah meningkat dan mendapat perhatian ramai termasuk diberikan pengiktirafan dalam pembarisan Hari Kebangsaan Ke-51 di perkarangan Queen Bay, Bayan Baru dan perarakan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya awal tahun ini.
Oleh itu beliau meminta semua peringkat organisasi PAS merangka berbagai strateji untuk meningkatkan angka Unit Amal Pulau Pinang untuk menyenangkan matlamat dan tujuan melakukan kebajikan yang berterusan. - mns
[Read More...]

Pengarahnya, Nor Azman Ishak ketika dihubungi menambah, semua program tersebut termaktub dalam program 'Jejak Musta'afin' yang sedang dilaksanakan khususnya kutipan wang ringgit.
"Unit Amal Pulau Pinang telah berjaya membantu tiga keluarga setakat ini iaitu di Balik Pulau, Bayan Lepas dan Kepala Batas. Mereka ini dalam pemerhatian Unit Amal," terangnya.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini Unit Amal yakin dapat membantu keluarga berkenaan serta menyumbangkan bantuan ke hospital, katanya.
Ujar beliau, Unit Amal hanya sebagai perantara antara masyarakat yang memerlukan bantuan dengan kerajaan yang berkuasa.
Sambungnya, bila Kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa di Pulau Pinang ia menjadi lebih mudah berbanding dulu wujud sekatan politik oleh individu Umno.
"Kali ini mereka yang memerlukan akan dibawa ke pengetahuan Exco Kebajikan, Kesihatan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh atau Adun daripada Pakatan Rakyat tidak kira ia dari PAS, KeADILan atau DAP," jelas Nor Azman.
Bila kerja kebajikan itu dilaksanakan, imej Unit Amal telah meningkat dan mendapat perhatian ramai termasuk diberikan pengiktirafan dalam pembarisan Hari Kebangsaan Ke-51 di perkarangan Queen Bay, Bayan Baru dan perarakan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya awal tahun ini.
Oleh itu beliau meminta semua peringkat organisasi PAS merangka berbagai strateji untuk meningkatkan angka Unit Amal Pulau Pinang untuk menyenangkan matlamat dan tujuan melakukan kebajikan yang berterusan. - mns
Pemuda Wilayah turun bantu mangsa ribut
5:13 PG
Pas Bakri
Oleh rusly_islamPemuda Wilayah menyertai beratus orang sukarelawan termasuk unit amal untuk turun membantu mangsa ribut di kawasan Selat Klang. Ketua Penerangan Pemuda Wilayah mengetuai kumpulan daripada pemuda Wilayah pada ahad semalam.
Rombongan Pemuda Wilayah bertolak seawal jam 7.45 pagi daripada Masjid Ar-Rahman kemudian sampai kira-kira jam 8.30 di Pejabat Dun Selat Klang. Berpuluh-puluh tentera merah (unit amal) juga sudah kelihatan menunggu di sana. Pasukan RELA dan Pasukan Polis Bantuan turut menyertai misi ini.Pemuda Wilayah ditugaskan membaiki kerosakan rumah Pakcik Ahmad Jais bersama-sama dengan unit amal Perak dan unit amal Shah Alam.
Rumah Pakcik Ahmad Jais rosak teruk akibat ribut tersebut. Banyak bumbung yang tercabut dan rumah di masuki air. Beliau juga rasa terharu dengan kehadiran para petugas, yang sanggup turun membantu beliau dan keluarga.Beberapa hari yang lepas, menjelangnya Ramadhan kira-kira pukul 5.00 petang kawasan DUN Selat Klang tiba-tiba dilanda ribut yang mengakibatkan beberapa buah rumah penduduk di situ mengalami kerosakan teruk.
Tempias ribut itu juga sampai ke DUN Meru.Seawal jam 8.30 pagi peserta sukarelawan berkumpul dan diberikan taklimat mengenai misi ini oleh En Jamaludin, Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Kemudian kumpulan dibahagikan mengikut rumah yg hendak dibaiki.Ketika Pemuda bertungkus-lumus bersama dengan Unit Amal dari Shah Alam dan Perak, Dr. Halimah, ADUN Klang dan Dr. Rani ADUN Meru sempat melawat mangsa dan para petugas.
Kedua-dua Adun ini berterima-kasih kepada para sukarelawan.Kerja-kerja membaik-pulih rumah tersebut habis lebih kurang jam 7.00 petang. Walaupun keletihan kerana berpuasa, itu tidak menghalang Petugas menyiapkan tugas yang diberikan. Kepuasan nyata tergambar di wajah para petugas selepas berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kegembiraan bertambah ketika sama-sama berbuka puasa.Untuk melihat gambar-gambar lain boleh lik di link ini http://www.pas.org.my/galeri/thumbnails.php?album=24
http://dppwp.wordpress.com/
http://dppwp.wordpress.com/
Pemuda PAS anjur ekspedisi dakwah, bantah Konsert Avril
2:43 PTG
Pas Bakri
Nyza Ayob Fri Aug 29, 08 11:17:39 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Ekspedisi Dakwah tiga hari berturut-turut sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-51 dan sebelum menjelangnya Ramadan.
Menurut Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen yang menghubungi Harakahdaily hari ini, ekspedisi dakwah tersebut akan bermula hari ini yang mana Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bersama Pemuda PAS Pusat akan mengadakan bantahan Konsert Avril Lavigne di hadapan Stadium Merdeka.
Semua peserta dan petugas-petugas unit Amal Pemuda akan berkumpul di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka pada pukul 7.00 petang. Solat Maghrib dan solat hajat akan diadakan secara berjemaah di hadapan pintu masuk Stadium Merdeka.
Sementara itu, ekspedisi kedua akan diadakan pada malam 30 Ogos, yang juga merupakan aktiviti tahunan Dewan Pemuda Wilayah. Semua peserta diminta berkumpul di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 10 malam untuk sesi taklimat.
Bagi Ekspedisi yang ketiga, akan diadakan pada 31 Ogos dengan anjuran bersama Ahli Parlimen Titiwangsa,Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali. Ekspedisi ketiga ini diadakan khusus bagi mengunjungi golongan pekerja seks dan mak nyah di sekitar Jalan Hj. Taib. Para peserta diminta berkumpul pada jam 4.30 petang di Surau Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Sehubungan itu beliau mengajak seluruh ahli Pas, Umat Islam dan NGO untuk turut bergabung dalam usaha dakwah ini. - mks._
Iklan Teks
Keistimewaan Jawi Translater dan Kamus 3 Bahasa : KLIK DI SINI !
Kuliah MP3 Tafsir Tn Guru Nik Aziz telah dilancarkan-kedaionlineanda.com
Mencari Ustaz Mengajar Al-Quran, Kuliah Agama, Imam Tarawikh
RAHSIA TERBONGKAR-BELAJAR BAGAIMANA MENJANA WANG DI INTERNET
Bekerja Sambilan di Rumah, Pendapatan Mingguan $5K-$10K. Daftar PERCUMA..!!
Macam Xpercayaje Cuti & Jimat Petrol Jana Pendapatan!!!!
Membeli & Menjual Secara ONLINE Layari www.shop2u.com.my
BAYAR RUMAH DENGAN KAD KREDIT?
Kad Ucapan Kreatif :: Kad Hari Raya :: Kad Hari Jadi
CEPAT Kursus Dua Hari, Terus Jadi Wakil Takaful
Unit Amal Kawasan Permatang Pauh, Saiful Anzani Rozi,20, meninggal dunia
1:08 PG
Pas Bakri
Seorang ahli Unit Amal Kawasan Permatang Pauh, Saiful Anzani Rozi,20, meninggal dunia pagi tadi di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan motosikal ketika menuju ke Sekolah Permatang Pasir untuk bertugas mengawal Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa.Allahyarham yang tinggal di Kampung Permatang Janggus, Permatang Pauh di bawa ke hospital oleh rakanya mengalami pendarahan teruk dalaman di bahagian dada. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Janggus selepas Zohor hari ini. Sebelum itu, semalam wakil Husam, Mohd Ali Akbar Yusuf menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada ibu bapa Allahyarham di luar bilik ICU hospital berkenaan.
Beliau diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Unit Amal Negeri, Mohd Aminudin Hashim dan Setiausaha Unit Amal Negeri Baharin Ahmad. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.20 tengahari apabila motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lagi motosikal. Allahyarham dikatakan terhumban dan terkena tiang elektrik yang berada di bahu jalan. Menurut Mohd Aminudin, Allahyarham memang seorang yang senang diajak berbincang dan sentiasa memberikan masa jika diarahkan.
Di malam terakhir Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, Allahyarham dan rakanya terlibat dengan tugas sebagai pengawal keselamatan pimpinan PAS yang berada di sepanjang masa berkempen. Semoga keluarga allahyarham bersabar dengan tragedi yang menimpa. Al-Fatihah.
Iklan Teks:
Indutri Berlian Melahirkan Beribu Jutawan , Malangnya Tidak Dibongkarkan.....
Rahsia Pendapatan Lulmayan .. Daftar PERCUMA .. Keuntungan Memberangsangkan
The Protection Sent By God!!!! ...Amin
RAHSIA TERBONGKAR-BELAJAR BAGAIMANA MENJANA WANG DI INTERNET
Bekerja Sambilan di Rumah, Pendapatan Mingguan $5K-$10K. Daftar PERCUMA..!!
Macam Xpercayaje Cuti & Jimat Petrol Jana Pendapatan!!!!
Flexi Reload - Bukan MLM, Tak perlu cari downline
BAYAR RUMAH DENGAN KAD KREDIT?
Kad Ucapan Kreatif :: Kad Hari Raya :: Kad Hari Jadi
WOW!!! Semakin HEBAT dan MANTAP!! Lagi MENGGEMPARKAN...
Anda Lenguh-lenguh? Sakit Urat? MagneticAura Minyak Ajaib Jawapannya!!!
JOM IKUT SAYA BUAT DUIT$$$ 0124743573 CIK ILA

Unit Amal Maran bantu mangsa ribut
12:37 PTG
Pas Bakri
Basiron Abdul WahabFri Jul 25, 08 12:22:31 pm MYT
MARAN, 25 Julai (Hrkh) - Empat mangsa ribut di kampung Awah dekat sini menerima bantuan daripada Pasukan Unit Amal PAS Kawasan Maran yang bergotong royong membersihkan kawasan rumah.
Dalam kejadian ribut petang kelmarin empat buah rumah penduduk di kampung itu hampir musnah dihempap pokok. Bagaimanapun tiada kemalangan dilaporakan selain daripada kerosakan harta benda.
Dalam kejadian ribut petang kelmarin empat buah rumah penduduk di kampung itu hampir musnah dihempap pokok. Bagaimanapun tiada kemalangan dilaporakan selain daripada kerosakan harta benda.
Empat mangsa ribut itu ialah, Nasyaruddin Mohamad 32, Zabinah Sulaiman 66, dan Abdul Rahman Ismail 73.
Anggota Amal dengan kekuatan 20 anggota turut disertai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman.
Mangsa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Amal di atas keprihatinan mereka membantu masyarakat yang ditimpa musibah.
Semasa banjir tahun lalu, pasukan Amal Maran adalah di antara pasukan yang aktif membantu mangsa banjir mendahului pasukan sukarelawan lain.
Ramli berkata, pasukan Amal mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan kerja-kerja kebajikan seperti ini.
"Pasukan Amal tidak mengambil kira anutan politik dalam menghulurkan bantuan, kita tidak seperti pihak tertentu yang bertanya anutan politik dahulu sebelum memberi bantuan," katanya. - mns _
Langgan:
Catatan (Atom)
For Palestine
WebTV
| WebTV (Auto Channel) |
|
|||||