You are here: »
Home » Posts filed under Sekatan Peruntukan
Assalamualaikum!
Dalam artikel yang lepas, kami menceritakan perihal pemimpin UMNO/BN ketika berucap di mesyuarat PIBG di sebuah sekolah.
Kali ini kami akan memaparkan lagi kisah sekatan peruntukan kepada wakil rakyat telah memenangi pilhanraya yang lepas.
Memang benarlah sangkaan rakyat betapa BN yang ditunjangi oleh UMNO menafikan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang. Untuk rekod, terdapat 6 dun yang dimenangi oleh pembangkang. Mereka semua dinafikan peruntukan-peruntukan wajib untuk setiap dun.
Persoalannya mengapa UMNO bersikap sedemikian walaupun wakil rakyat pembangkang telah dipilih secara sah oleh rakyat.
Jawapannya mudah sahaja, supaya rakyat akan lihat tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang. Maka senanglah UMNO/BN berkempen dipilihanraya yang akan datang.
Untuk pengetahuan rakyat sekelian, khasnya buat rakyat Johor, semua peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada wakil rakyat pembangkang akan sisalurkan kepada UMNO.
Inilah UMNO, tradisinya menyekat segala peruntukan supaya wakil rakyat pembangkang dipandang buruk oleh rakyat.
Sekian wasalam.
[Read More...]
Antara sumbangan kerajaan BN dengan sumbangan rakyat.
Ada di antara wakil rakyat UMNO yang menyalahkan pengundi/rakyat di atas keputusan PRU 12. Beliau mengatakan tidak ada peruntukan akan diberi kepada sekolah-sekolah di Johor di DUN yang dimenangi oleh pembangkang. Itulah kata-kata wakil rakyat UMNO dimesyuarat PIBG di sebuah sekolah dalam daerah Muar, Johor. Jelas sekali tahap kematangan wakil rakyat UMNO ni masih ditahap era zaman penjajah.Diharapkan ibubapa faham bahawa kesemua peruntukan adalah dari cukai-cukai yang disumbangan oleh rakyat jelata bukannya dari poket UMNO semata-mata.
Siapakah yang untung dari peruntukan ini? Pastinya kebanyakan peruntukan ini (projek-projek) lebih banyak menguntungkan kroni-kroni.Adakah ini yang dinamakan tradisi membela rakyat? Dengan mengugut rakyat tidak ada peruntukan akan disalurkan ke kawasan Pakatan Rakyat.
Kita masih ingat "kununnya" UMNOlah membela orang Melayu tetapi lihat apa yang telah UMNO lakukan pada kerajaan negeri Kelantan yang lebih 90% orang Melayu. Berbagai-bagai sekatan dikenakan hinggakan gran tahunan dilewat-lewatkan. Dalam tahun 1999-2004, kerajaan negeri Terengganu pula dinafikan royalti. Angkara siapakah kalau tidak pemimpin UMNO. Mengapa puak UMNO ni tak serik-serik.
Mungkin orang-orang kampung mereka boleh pengaruhi tetapi INGAT generasi sekarang dapat menilai suasana.
Dari keputusan PRU 12, rakyat berjaya menyekat kenaikan harga minyak. Manakah yang lebih penting, peruntukan (yang sepatutnya menjadi tanggungjawab pemerintah) dengan kawalan kenaikan harga barang (contoh harga minyak)?
Soalan objektif:
1. Siapa yang mendapat faedah dari "peruntukan" (Projek)?
(a) Pembekal & kontraktor
(b) Rakyat
(c) Semua diatas.
2. Siapa yang mendapat LEBIH faedah dari "peruntukan" (Projek)?
(a) Pembekal & kontraktor
(b) Rakyat
(c) Semua diatas
3. Dari mana kerajaan pusat dapat duit?.
(a) Dari poket BN
(b) Dari cukai yang dibayar oleh rakyat
(c) Dari poket kroni ? (Yang ni tak mungkin)
4. Mengapa wakil rakyat BN/UMNO ugut tidak ada peruntukan akan diberi ke kawasan Pakatan Rakyat?
(a) Nanti tidak ada projek untuk mereka dan kroni-kroni mereka
(b) Nak ugut rakyat supaya sokong BN
(c) Semua di atas
Tolak politik mengugut.
Pas Bakri
http://pasbakri.blogspot.com/
[Read More...]