Misi 'Aidiladha' bantu 600,000 pelarian perang Mindanao



Harakahdaily
Thu Dec 04, 08 9:44:32 am MYT

Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina. Iklan

Misi 'Aidiladha' bantu 600,000 pelarian perang

Rumah dibakar, tanah dirampas manakala kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan orang tersayang akibat peperangan yang sedang berlaku di Wilayah Islam Mindanao, Filipina.

Angka pelarian perang di Cotabato, Marawi dan beberapa bandar lain di Mindanao sudah menjangkau 600,000 umat Islam dan kehidupan mereka sangat daif dan memerlukan kepedulian masyarakat antarabangsa.

Atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan untuk menghulur bantuan, sepasukan rombongan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) akan berangkat ke Mindanao yang dianggotai 13 orang, terdiri daripada dua orang doktor, mahasiswa termasuk wakil daripada Harakah dan Harakahdaily Azamin Amin.

Mereka dijangka berada di wilayah tersebut bermula sehari sebelum Hari Raya Aidiladha pada 7 Disember sehingga 12 Disember depan.

Menurut ketua rombongan yang juga Presiden AMAL Husin Ismail 'Misi Kemanusiaan Qurban dan Perubatan' di Mindanao ini adalah bertujuan membantu dan meringankan beban saudara se-islam yang terdiri daripada kalangan warga tua dan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu kerana ibu bapa menjadi mangsa korban perang.

Katanya peperangan kerap kali meletus berikutan perjanjian damai yang terbatal sejak 5 Ogos lalu untuk memberi kuasa autonomi dan wilayah kepada umat Islam di Mindanao.

"Hidup mereka sangat daif. Kita datang untuk melakukan Qurban untuk diagihkan kepada mangsa peperangan itu di samping mengadakan jamuan makan, memasak, program perubatan dan rumah anak yatim untuk mereka.

"Setakat ini dana yang dikumpul mencukupi untuk melakukan Korban sejumlah 37 ekor lembu dan 39 ekor kambing selain bantuan ubat-ubatan yang lain," katanya ketika dihubungi.

Husin berkata program rawatan kesihatan dan perubatan tersebut akan dikendali oleh dua orang doktor daripada pasukan AMAL, Dr Faizul Fazli dan Dr Shah Jehan dengan kerjasama doktor-doktor tempatan di sana dan akan turut dibantu oleh NGO utama iaitu Bangsamoro Development Agency (BDA)

"Masyarakat Islam Bangsamoro memerlukan bantuan doa, pakaian, ubat-ubatan dan makanan untuk meneruskan perjuangan menuntut hak mereka yang telah di rampas oleh Kerajaan Filipina.

"AMAL berharap lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan derma dan membuat Aqiqah untuk masyarakat di sana. Program kita tidak terhad untuk Aidiladha sahaja bahkan akan terus ada aktiviti susulan," katanya.

Untuk menderma atau maklumat lanjut boleh mengubungi Pegawai AMAL Muhammad Faiz Mohd Nor di talian 017-2488130 atau layarai laman web AMAL di www.amalmalaysia.net.
[Read More...]


Penindasan ke atas Mindanao, Asean patut campurtangan



Salahuddin Ayub
Thu Sep 18, 08 8:58:25 am MYT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini.

Tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila.

Rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia. Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan ?senjata di kepala? mereka.

Sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam.

DPP Pusat mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadhan ini.

SALAHUDDIN HAJI AYUB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors