Kes ambil tanah, MB Perak digesa campurtangan



Ekmal Yusof
Sat Aug 30, 08 8:05:08 am MYT
KUALA KANGSAR, 30 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin diminta campur tangan dalam kes pengambilan sepuluh ekar tanah rezab Melayu di Kampung Sayong Hulu dekat sini oleh Pejabat Tanah dan Daerah untuk didirikan sebuah Bangunan Wisma Persekutuan

Dalam perjumpaan khas semalam melibatkan 22 orang pewaris di atas rancangan kerajaan untuk mendirikan Bangunan Gunasama (Wisma Persekutuan) yang terletak dekat Jambatan Sayong, mereka yang terlibat itu mohon jasa baik Menteri Besar Perak menentukan hak penilaian ekonomi terkini dan nasib mereka selepas tanah itu diambil nanti.

Harakahdaily difahamkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil 10 ekar tanah rezab Melayu dilakukan setahun lalu semasa kerajaan negeri Perak dalam gengaman umno-BN.

Dalam perjumpaan semalam juga, Pengerusi bertindak pengambilan tanah tersebut, Fuad Abdullah menyatakan tuan tanah berkenaan telah dipanggil untuk notis siasat di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar pada 18 Ogos lalu untuk membincangkan beberapa perkara termasuk mengenai nilai pampasan mengikut kadar harga tanah semasa.

"Kalau sudah kami tiada diberi pilihan lain iaitu hanya mengikut perintah sahaja, tetapi kami bersetuju 'terima dengan bantahan'. Pertama harap mendapat pampasan yang sewajarnya masa kini termasuk dengan nilai harta di atasnya seperti pokok-pokok buah-buahan dan rumah,"jelasnya kepada Harakahdaily semalam.

Selain itu katanya, Menteri Besar diminta supaya menyediakan kawasan tanah perkampungan lain untuk membina rumah tempat tinggal mereka seterusnya.

"Kalau tidak di mana lagi kami hendak duduk, takkan nak tinggal di bawah Jambatan Sayong tebing Sungai Perak itu,"rungutnya.

"Kalau boleh, kami minta Menteri Besar datanglah sendiri dan melihat keadaan kami sekarang. Kalau tanah itu hendak diambil segera di mana pula kami hendak menghadapi bulan puasa dan seterusnya hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," keluhnya lagi.

Sementara itu, warga emas Hamsiah Alang Mat Yusof, 80, merayu agar sebelum hendak diambil tanahnya kerajaan haruslah gantikan tanah lain kerana sekarang pun beliau duduk menumpang tanah orang. - mks. _
[Read More...]


Pembangunan Membazir - Syak Wasangka Rakyat Terengganu Ada Asasnya






Saturday, March 29 @ 18:24:16 MYT by greenboc





Syak wasangka rakyat Terengganu yang memandang serong keatas pembangunan ‘Monsoon Cup’, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, kini cukup berasas.Demikian dinyatakan Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu apabila diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang menuduh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempengaruhi bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melakukan kesalahan dalam membelanjakan Wang Ehsan secara berlebih-lebihanBeliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Idris dan Perdana Menteri itulah yang menyebabkan Sultan Mizan Zainal Abidin enggan memberi perkenan pelantikan semula Idris sebagai Menteri Besar.





Beliau berkata Rosol hanya mengikut arahan daripada presiden (Abdullah), sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia Rabu lalu.




Sehubungan dengan itu, Rabu lalu, PAS Terengganu melalui kenyataan Pesuruhjayanya, menyeru rakyat menyokong keputusan istana kerana pihak istana maklum dan memahami kesalahan yang berlaku dalam kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.”Kita(PAS) Terengganu memang mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man, ”Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan,
“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,”kata Dato’ Abu Bakar Chik
Beliau yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri(IKPNT) berkata sehingga kini rakyat Terengganu tidak berpuas hati dan mengatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk Monsoon Cup, Pulau Duyong dan Pulau Wan Man adalah membazir dan tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat.





Beliau berkata tindakan memberikan projek-projek kepada kroni Perdana Menteri, Patrick Lim tidak menjadi rahsia lagi.


“Majalah Antarabangsa Asian Pacific Boating keluaran January-February 2008 telah melaporkan bahawa Patrick Lim mengawal RM 300 juta peruntukan bajet tahunan untuk menganjurkan dan mempromosikan Monsoon Cup,”Kita sedang mengumpulkan semua maklumat secara terperinci berkenaan salahlaku dan penyelewengan kerajaan dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh” kata Dato’ Abu Bakar.
Dr. Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi. Perkara itu pernah diulas oleh Raja Petra didalam Kolumnya ‘The Corridor of Power’ dan diulang tulis dibawah tajuk ‘Monsoon(Cup) Winds of Change’ berikutan isu pelantikan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors