Jual Pasir lagi......



al-Bakri fi Muar,

Bila melayari blog al-Husseyn terbaca kisah berkenaan penjualan pasir ke negara jiran selatan Tanah Air. Apa lagi pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan. Banyak pihak kena tanya ni. Rasa-rasa kalau buat aduan ini dilayan atau tidak?

Sila baca artikel dibawah:
Kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Shaziman mengenai lori pasir 500 buah (atau lebih) yg penuh dengan muatan pasir dibawa ke Singapura diakui oleh PTG bahawa memang benar berlaku

Pasir silika tidak sampai 10% pasir manakala selebihnya adalah sumber daripada beberapa buah sungai dalam negeri Johor yang dijual ke Singapura setiap hari. Pihak PTG berkata jika ianya benar silika sepatutnya pihak yang buat kenyatan atau perakuan adalah Jabatan Mineral dan Galian.
Baca lagi disini
[Read More...]


Penduduk setinggan di Stulang, Johor buat laporan polis



al-Bakri fi Muar

Penduduk setinggan di kawasan Stulang, Johor rasa tertipu dengan kerajaan yang selama ini berjanji untuk memberi hak milik tanah yang diterokai oleh mereka puluhan tahun dahulu yang asalnya tanah berpaya di sepanjang tepian lembaran Sungai Tebrau yang telah dibangunkan oleh penduduk kini tanah yang mereka duduki sekarang bernilai komersial yang sangat tinggi akhirnya diambilalih oleh kerajaan atas nama penswastaan.
[Read More...]


LAGI TANAH ORANG MELAYU DI JUAL



al-Bakri fi Muar
Dua tiga hari kebelakangan ini media pro Umno/BN (UBN) mencanangkan kisah Kg.Pala. Bagaimana pula jika berlaku pengambilan tanah dinegeri-negari dibawah Umno/BN, saya pasti perkara ini mungkin tidak mendapat tempat dimedia-media elektronik.
Hmmm...... Bagi saya etika media elektronik di Malaysia bukannya berkencerungan membela atau melaporkan berita tapi lebih menulis cerita yang pro Umno/BN.
Ikuti artikel dibawah:
Dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari penduduk Kampung Bukit Tempurung di kawasan Gelang Patah berkenaan dengan kampung yang telah mereka teroka pada tahun 1978 tetapi kini tanah tersebut akan di ambil oleh Pemaju. Saya hadir bersama Tuan Hj. Zul selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusa Jaya.
Kampung Bukit Tempurung yang terletak di Gelang Patah, keluasannya 240 Hektar dan berstatus tanah pertanian.Dalam pertemuan pada sebelah petang tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sdr. Abd.Aziz kesal kerana mereka bakal di pindahkan tanpa sebarang pampasan.Dan pihak kerajaan berjanji akan beri penempatan baru pun tanpa pampasan dan apa yang kami kesalkan di sini rumah-rumah yang kami bina hampir 32 tahun ini bakal di robohkan bagi tujuan pembangunan.
Bagi pihak Pusat Aduan Rakyat kami akan membuat satu sidang media bagi membantu penduduk kampung yang terlibat pada Jumaat ini iaitu 3hb Julai, 2009 jam 10.00 pagi bertenpat di Kampung Melayu Gelang Patah.GAMBAR ATAS SDR AZIZ,PENGERUSI BERTINDAK
Sumber: Klik disini
[Read More...]


Panas: Peserta program realiti asing tak pakai baju



al-Bakri fi Muar

Malam tadi saya sempat layar internet. Layar punya layar saya terjumpalah cerita dibawah ini tapi saya tak postkan dalam blog kerana kekurangan maklumat sehinggalah pagi ini saya buka blog Cina Islam, DrFikrah ada menceritakan tajuk diatas.

Sebagai warga Malaysia, rasa amat malu dan kecewa kerana tidak ada pemantauan dari pihak berkuasa dan mereka yang meluluskan program ini dibuat di Johor Darul Takzim.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari blog diakhir artikel ini.

Dari blog drfikrah

Hari ini saya dikejutkan dengan berita yang cukup mengaibkan Malaysia. Isu tentang program reality TV, Suvivor Robinson yang diadakan di Mersing, Johor. Berita ini turut didedahkan oleh media Denmark sepertimana yang disebut di dalam Metro semalam. Apakah yang terjadi? Program Realiti TV tersebut telah mengadakan satu aktiviti berlari dalam keadaan bertelanjang bulat!
Sila lihat pada keratan akhbar Metro di atas.. (klik link dibawah sekali)
Di dalam isu ini, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab? Adakah hendak menyalahkan pihak penganjur? Atau kita salahkan kerajaan? Apa kata kerajaan dalam masalah ini? Mereka menjawab bahawa pihak penganjur telah melanggar etika yang ditetapkan. Mereka menyalahkan pihak penganjur sedangkan apa yang dilakukan setakat ini hanya “bising” di akhbar sahaja!
Saya mempersilakan kepada kerajaan untuk menyaman pihak penganjur, kemudian dedahkan satu dunia tentang saman tersebut, Mereka telah melempar najis ke muka Malaysia! Malaysia akan terkenal sebagai negara telanjang. Sekiranya kerajaan hanya ingin menjaga telur sendiri, lebih baik berambus dari Malaysia! Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang menjaga telur sendiri.
Siapa tahu, kenapakah mereka berani untuk melanggar etika? Ini kerana mereka tahu bahawa kerajaan di Malaysia adalah kerajaan yang pondan. Di manakah kepondanan tersebut? Antara kepondanan tersebut ialah Najib tidak berani membersihkan nama baiknya di mata dunia tentang kes Altantuya. Ia menjadi buah mulut satu dunia.
Seteruskan kes BN Perak yang tidak berani dibubarkan Dun. Juga menjadi bualan sedunia. Dan banyak lagi kes-kes pondan di Malaysia yang cukup banyak diamalkan oleh BN. Hari ini, BN sekali lagi menyerlahkan kepondanannya sekiranya tidak berani untuk menyaman penganjur tersebut yang jelas melanggar etika!

Sumber: Sini dan Sini
[Read More...]


Penduduk Kg Baru Plentong Tengah Bantah




Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah telah membantah perobohan rumah mereka yang dijangka akan diadakan pada 14hb Ogos 2008 ini.
Pihak pemilik tanah telah mendapat perintah mahkamah untuk mengusir penduduk yang menjoritinya orang-orang melayu. Penduduk telah mengeluarkan duit yang banyak untuk mendapatkan tanah tersebut.
Malangnya tanah tersebut telah menjadi milik orang. Wakil penduduk menyerahkan dokumen berkaitan tanah mereka kepada Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas Sdr. Syed Othman dan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas Sdr. Suhaizan - [sumber]
[Read More...]


Penduduk setinggan dilupai oleh pemimpin yang dipilih



Salman Hussin
Wed Aug 06, 08 12:44:56 pm MYT

JOHOR BAHRU, 6 Ogos (Hrkh) - "Setelah pemimpin-pemimpin Umno dan wakil rakyat gagal membela nasib tuan-tuan semua, sebagai langkah terakhir, ayuh kita beramai-ramai berjumpa Menteri Besar (MB) Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi menghalang tindakan meroboh rumah penduduk.

"Ini kerana hanya MB sahaja yang mempunyai kuasa penuh terhadap urusan tanah di negeri ini, oleh kerana itu hanya beliau sahaja yang berkuasa untuk menangguh atau membatalkan tindakan meroboh penempatan tuan-tuan, tegas Pengerusi Lajnah Pembangunan dan Luar Bandar PAS Johor, Syed Othman Abdullah, di sini, semalam.

Beliau juga berkata,"sekiranya MB pun gagal membela nasib tuan-tuan semua dan rumah penduduk dirobohkan juga maka sia-sialah sokongan padu yang telah tuan-tuan semua berikan kepada pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional selama ini kerana mereka semua jelas tidak menyebelahi rakyat sebaliknya memihak kepada pemaju semata-mata."
Syed Othman berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah Masai, yang menerima notis untuk mengosongkan penempatan mereka sebelum 14 Ogos ini, difahamkan tindakan meroboh rumah penduduk akan dilakukan pada tarikh tersebut.

Hadir sama pada pertemuan itu Ketua Umno Cawangan Kampung tersebut, Sahari Mohd Sham; Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk, Haji Jamian Abdullah serta lebih 200 penduduk kampung tersebut.

Menurut Syed Othman, dalam situasi yang sangat kritikal ini penduduk sudah tidak ada pilihan lain kecuali berjumpa terus dengan MB bagi merayu simpati beliau pula.

"Penduduk sudah lebih 20 tahun mendiami penempatan ini, semuanya orang melayu dan penyokong setia Umno pula, bahkan kita difahamkan setiap penduduk juga sudah mengeluarkan wang lebih RM10,000 bagi mendapatkan hak milik tanah ini tetapi segala usaha ini gagal.

"Lebih malang lagi apabila tanah seluas lebih 100 ekar yang diduduki penduduk sejak lebih 20 tahun lalu ini tiba-tiba sahaja menjadi milik pihak lain, ini sesuatu yang amat malang bagi penduduk.

"Oleh kerana itu seluruh penduduk kampung ini hendaklah bersatu hati dan berani memperjuangkanq hak yang sepatutnya dimiliki penduduk," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Permas pada pilihan raya umum lalu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kaiat, pula berkata, rakyat negara ini perlu sedar hanya ada dua cara bagi mendapatkan hak kita, iaitu melalui mahkamah dan politik.

"Bagaimanapun biasanya apabila proses untuk mendapakan hak oleh rakyat dibuat di mahkamah, ianya jarang sekali memihak kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila pihak yang kita lawan itu berpengaruh dan mempunyai wang, selalunya mereka ini yang akan menang.

"Namun begitu rakyat masih ada satu lagi pilihan, yang mana saluran ini dilihat lebih berkesan, iaitu melalui saluran politik," katanya.

Menurutnya, rakyat perlu berani menggunakan kuasa yang mereka ada iaitu kuasa politik melalui undi setiap lima tahun sekali.

"Rakyat perlu berani memberi kata dua kepada pemimpin, jika kamu tidak membela nasib kami, tunggu pilihanraya nanti, kami akan jatuhkan kamu, ini yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat supaya pemimpin menjalankan tanggungjawabnya untuk membela rakyat, bukan menindas dan menzalimi rakyat,"katanya lagi.

Sebagai contoh katanya, dalam isu babi, orang Cina bersatu hati dan mereka sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak mereka dan kerajaan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak mereka tetapi kenapa orang Melayu tidak mahu mencontohi sikap mereka ini sedangkan apa yang kita tuntut dan pertahankan ini adalah hak kita, kenapa perlu takut.

"Oleh kerana dalam isu ini penduduk sudah gagal mendapatkan hak di mahkamah, kemenangan telah memihak kepada sebelah pihak lagi maka satu-satunya jalan terakhir yang ada hanyalah melalui saluran politik,"katanya.

Apa yang penting katanya, penduduk mestilah bersatu hati dan jangan sekali-kali mendengar hasutan pihak-pihak lain yang cuba melaga-lagakan sesama penduduk yang akhirnya nanti akan menggagalkan segala usaha ini.

"Penduduk hanya boleh mendengar dan bertindak mengikut apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa bertindak yang telah ditubuhkan, hasutan pihak-pihak lain atau orang luar yang tidak diyakini hendaklah dihindari, seringkali berlaku dalam kes-kes begini akan ada individu-individu yang diupah pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama penduduk sehingga akhirnya penduduk akan berpecah dan bercakaran sesama sendiri,jelasnya lagi.

Sementara itu Ketua Umno Cawangan Kampung tersebut, Sahari Mohd Sham, terkilan dengan sikap pimpinan Umno Bahagian Pasir Gudang yang langsung tidak mengambil tahu masalah dihadapi penduduk.

"Dalam keadaan penduduk sedang menghadapi saat-saat yang kritikal ini, tidak ada seorang pun pemimpin Umno Bahagian menjenguk dan bertanya khabar kepada kami walau pun kita memang amat-amat memerlukan campurtangan mereka bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kami bukan penceroboh sebaliknya kami adalah pihak yang pertama membeli tanah ini secara sah daripada pihak-pihak tertentu tetapi penduduk telah ditipu oleh pihak-pihak berkenaan apabila tanah ini dijual kepada pihak lain tanpa pengetahuan kami, akhirnya kami semua menjadi mangsa keadaan,"ulasnya.

Sehubungan itu, beliau yang turut merasa simpati dengan nasib dihadapi penduduk yang rata-ratanya golongan orang susah, berjanji akan bersama penduduk mempertahankan hak mereka.
"Selaku Ketua Umno Cawangan ini, saya berjanji akan bersama dengan penduduk dalam apa keadaan sekali pun dalam usaha untuk mendapatkan hak kita dan saya juga amat mengalu-alukan usaha mana-mana pihak sama ada parti politik atau NGO yang berhasrat untuk membela nasib kami," ujarnya. - mks. _
[Read More...]


Iskandar Malaysia - Shahrir cetus masalah kepada Ghani Othman?



Ibrahim Othman
Wed Aug 06, 08 1:44:23 pm MYT

Suatu ketika dahulu, nama Dato' Shahrir Abd Samad cukup dikagumi, dalam Umno. Macam-macam sejarah diciptanya. Pernah menjadi Setiausaha Politik kepada dua Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dan Allahyarhan Tun Hussein Onn.

Pernah menjadi menteri kabinet yang termuda. Memperkenalkan jogathon dan marathon, sebagai usahanya mengamalkan kehidupan sihat, ketika dia menjadi menteri kabinet.


Tidak sehaluan dengan Perdana Menteri (PM), Dr Tun Mahathir Mohamad dan menampakkan sokongan kepada mentornya, Tun Musa Hitam.


Dia pernah digugurkan dari jawatan menteri oleh Dr Mahathir. Dia juga pernah 'dihalang' dari menganggotai Umno baru yang menyebabkan dia memilih untuk menentang Umno baru dalam satu pilihan raya kecil. Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi pada 24 Ogos 1988.


Hari ini, sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna, tiba-tiba Shahrir mengeluarkan kenyataan dia terkilan dengan projek pembangunan Iskandar Malaysia yang didakwanya masih tidak memberi keutamaan kepada penduduk Johor Bahru.


Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru dilihat 'memperjuangkan' nasib pengundinya di kawasan itu, tetapi dia seolah-olah mahu menimbulkan masalah dengan Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman.


Tentunya, ini satu lagi 'masalah baru' dalam Umno. Mengapa Shahrir memilih untuk bercakap dalam media sedangkan dia adalah Ketua Umno Bahagian Johor Bahru yang secara otomatis duduk dalam Badan Perhubungan Umno Johor, yang dipengerusikan Abd Ghani.


Tidak bolehkah Shahrir bercakap dalam mesyuarat perhubungan? Jika Abd Ghani tidak membenarkan Shahrir bercakap dalam mesyuarat badan perhubungan, Shahrir boleh meluahkan pandangannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di mana Shahrir dan Abd Ghani, masing-masing merupakan anggot MT.


Bila Shahrir mendakwa Iskandar Malaysia hingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga-peniaga kecil di kawasan pembangunan baru seluas 2,217 kilometer persegi itu, tentunya dia 'menyerang Abd Ghani' walaupun mungkin bukan niatnya.


Menurut Shahrir, keadaan itu menyebabkan masyarakat tempatan dan peniaga tidak menerima dengan baik program pembangunan tersebut.


"Kalau masyarakat tempatan dan peniaga di Iskandar Malaysia tidak merasakan ia satu konsep yang membantu mereka, pembangunan itu tidak dapat membawa kejayaan.


"Dan kalau Berjaya pula, ia bukan milik kita," katanya yang mencadangkan diwujudkan konsep pemilikan bersama di kalangan penduduk tempatan di wilayah Iskandar Malaysia.


Shahrir berkata demikian pada siding akhbar selepas majlis dialog bersama Persatuan Peniaga dan Penyewa Terminat Awam Larkin di Johor Bahru.


Walaupun komen Shahrir ini tidak memungkinkan dia akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru seperti yang pernah dilakukannya dalam tahun 1988 dahulu dan kemudiannya bertanding semula dengan menggunakan tiket Bebas, namun kenyataan Shahrir itu menyebabkan Menteri Besar Johor terpaksa menjawabnya.


Menurut Abd Ghani, Iskandar Malaysia tetap menyediakan peluang pelaburan yang kompetitif bagi menarik pelaburan tempatan meskipun nilai hartanah di wilayah pembangunan itu dijangka meningkat berbanding dahulu.


Menteri Besar Johor berharap pelabur tempatan dapat memainkan peranan dalam projek pembangunan itu dan mengubah persepsi yang mengatakan nilai hartanah di kawasan itu masih murah.


"Pelabur tempatan perlu tampil ke hadapan, namun kita perlu menerima hakikat bahawa hartanah di Iskandar Malaysia bukan lagi seperti dahulu iaitu RM8 kaki persegi," katanya.


Abd Ghani berkata demikian selepas majlis pecah tanah bangunan Mutiara Motor Sdn. Bhd. berharga RM20 juta di Larkin, dekat Johor Bahru.


Menurut Abd Ghani, nilai hartanah di kawasan Iskandar Malaysia sememangnya kompetitif berbanding negara jiran dan ia bakal menyaksikan kepelbagaian pelaburan yang menjamin pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.


Beberapa pihak hairan, mengapa Shahrir tidak membawa perkara ini mengikut saluran, supaya dapat disampaikan kepada Abd Ghani secara lebih berkesan daripada memilih untuk mendedahkan perbezaan pendapat antara seorang Menteri dari Johor dengan Menteri Besar Johor.


"Mungkin juga Shahrir sudah menyuarakan pandangannya di dalam mesyuarat-mesyuarat badan perhubungan tetapi tidak mendapat reaksi positif dari Menteri Besar, barangkali," dakwa seorang ahli perniagaan dari Batu Pahat.


Namun ada juga yang menduga, Shahrir memang suka mencari populariti dengan membuat kenyataan di luar mesyuarat supaya menampakkan dia seorang wakil rakyat yang bekerja dan membela para pengundinya! - mr_
[Read More...]


PAS pertikai kewibawaan pemimpin negara tangani isu Pulau Batu Puteh



Salman Hussin Sun May 25, 08 1:03:02 pm MYT

MUAR, 25 Mei (Hrkh) - PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

"Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

"Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang diumumkan di Haque Belanda, Jumaat lalu,
Katanya, selain Syed Hamid, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, juga tidak menunjukkan usaha bersungguh-sungguh berhubung Pulau Batu Puteh ini.

"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Ghani sepatutnya peka serta mengambil berat segala hal ehwal yang berlaku di negeri yang beliau terajui, pulau ini berada di wilayah Johor, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab beliau untuk mempertahankannya," katanya.
Katanya, Ghani Patail pula sebelum ini begitu sibuk dan mengambil berat kes di Batu Buruk Terengganu, ini kerana kes tersebut membabitkan pembangkang sebab itu beliau begitu pantas bertindak.

"Tetapi kenapa dalam isu Pulau Batu Puteh ini beliau seolah-olah langsung tidak mengambil berat untuk menyediakan fakta sejarah yang lengkap serta hujah yang mantap bagi menyakinkan ICJ bahawa pulau ini adalah milik Malaysia?

"Kita mempertikaikan kewibawaan serta kredibiliti pihak-pihak terbabit serta pemimpin negara ini di atas kegagalan mempertahankan kedaulatan pulau ini, sesungguhnya apa yang berlaku ini sangat mengaibkan maruah negara ini di mata dunia," sambungnya.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak sekali-kali mempertikaikan keputusan ICJ menyerahkan pulau ini kepada Singapura, mereka mengambil masa enam bulan sebelum membuat keputusan ini, sudah tentu banyak faktor yang diambil kira sebelum keputusan muktamad diambil.

"Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab terhadap negara ini, mereka sepatutnya bersungguh-sungguh menangani isu yang sangat sensitif selain turut membabitkan maruah negara dan rakyat ini.

"Jika dilihat dari sudut fakta berkaitan dengan pertikaian ini, banyak fakta serta bukti yang menyebelahi kita, tetapi malangnya penghujahan kita gagal mematahkan hujah pihak lawan," katanya.

Katanya, insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh ini sewajarnya dijadikan iktibar oleh pemimpin negara ini supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,

"Apa yang menjadi kebimbangan kita, sekarang ini terdapat satu lagi pulau di Johor yang menempatkan rumah api milik Singapura, iaitu Pulau Pisang di Pontian, setelah berjaya merampas Pulau Batu Puteh, berkemungkinan besar mereka akan membuat tuntutan yang sama ke atas pulau ini.

"Kita mengingatkan kerajaan supaya menyediakan segala dokumen serta fakta yang lengkap mulai sekarang seandainya isu Pulau Pisang ini dibawa ke ICJ suatu masa nanti.
"Kalau Pulau Batu Puteh hanya seluas sebuah padang bola, tetapi Pulau Pisang luasnya lebih kurang 30 ekar, selain itu terdapat juga beberapa buah pulau berhampiran pulau ini.
"Sementara itu di Serkat pula terdapat sebuah lagi pulau yang begitu hampir dengan Singapura iaitu Pulau Merambung, kedudukan kesemua pulau-pulau ini begitu strategik, tidak mustahil pulau-pulau ini turut diintai negara jiran kita, ini yang pemimpin negara perlu fikirkan.
"Oleh kerana itu kita mendesak kerajaan supaya bertegas menyatakan pendirian bahawa Pulau Pisang ini adalah hak mutlak Malaysia, dengan apa cara sekali pun Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera bagi menyelamatkan pulau ini sebelum terlambat, cukuplah sekali maruah rakyat dan negara ini diaibkan sebegitu rupa," tegasnya.

Katanya, jika pemimpin negara ini terus lalai dan leka serta tidak bertindak segera bagi menyelamatkan Pulau Pisang ini, PAS sangat bimbang insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh tidak mustahil akan berlaku ke atas Pulau Pisang pula. - mns
[Read More...]


Warga emas rayu simpati orang ramai









KOTA TINGGI, 17 April (Hrkh)


Salman Hussin Fri Apr 18, 08 2:29:02 pm MYT




Sepasang suami-isteri warga emas, Abu Bakar Yusof, 67, dan isteri, Fatimah Embong, 63, di Kampung Tanjung Sedili, dekat sini, merayu simpati orang ramai bagi membantu meringankan bebanan mereka setelah gagal mendapatkan pembelaan daripada pihak berwajib.



Mereka berhasrat menggantikan atap zing rumah mereka yang sudah bocor tetapi tidak berkemampuan disebabkan kedhaifan hidup.



Abu Bakar, yang cacat penglihatan sejak beberapa tahun lalu, sudah tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan, isterinya pula terpaksa menjaga tiga anak mereka yang mengalami kecacatan mental sejak kecil selain turut menjaga lima cucu mereka yang kematian ibu sejak 10 tahun lalu.



Mereka sekeluarga hanya mendapat bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pun begitu, kadang-kadang berlaku bantuan yang diterima lewat dan ada kalanya jumlahnya pula tidak cukup daripada jumlah yang sepatutnya diterima, semua ini semakin menambahkan beban kehidupan mereka.



Dengan wang sebanyak itu mereka gunakan untuk makan, membayar bil air dan elektrik serta keperluan lainnya.




Dalam kunjungan Harakah bersama YDP PAS Kota Tinggi, Haji Kamaldin Haji Tahir ke rumah mereka baru-baru ini, mendapati atap zing rumah mereka mengalami kebocoran hampir di semua ruang rumah ini, sementara kayunya juga sudah kelihatan begitu uzur, keadaan ini amat tidak menyelesakan selain turut membimbangkan keselamatan mereka.



Abu Bakar yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan memberitahu, beberapa tahun lalu mereka pernah memohon bantuan dari Baitulmal, tetapi sehingga kini langsung tidak mendapat sebarang jawapan.




Selain itu katanya: "Ketua Kampung dan Penghulu pula tidak boleh diharap, mereka langsung tidak mengambil tahu nasib penduduk, apatah lagi untuk membantu kami, wakil rakyat pula cuma datang semasa kempen pilihan raya, lepas itu hilang, batang hidung pun tidak nampak lagi, jadi, kepada siapa lagi kami mahu mengadu nasib".



"Sebab itulah kami sekeluarga terpaksa merayu simpati orang ramai untuk membantu kami, bantuan serta sumbangan orang ramai sangat-sangat kami harapkan," katanya lagi




Dianggarkan kos bagi mengganti zing dan kayu rumah warga emas ini sekitar RM5000, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Faridah Abu Bakar di talian 019-7099176. - mns
[Read More...]


Johor: Pendapatan 600 keluarga nelayan terjelas akibat projek ternak udang



Salman Hussin Fri Apr 04, 08 8:29:51 am MYT





PONTIAN, 4 April (Hrkh) ? Lebih 600 keluarga nelayan di persisiran pantai Sanglang-Benut, dekat sini, kehilangan punca pendapatan berikutan pembinaan kolam ternakan udang di hutan paya bakau sepanjang persisiran pantai tersebut, sejak beberapa tahun lalu.




Projek ternakan udang yang bermula sejak 2004 ini telah memusnahkan beratus-ratus ekar hutan paya bakau di persisiran pantai terbabit yang selama ini menjadi tempat pembiakan hidupan laut seperti ikan, udang, ketam termasuk juga siput dan lokan, yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan ketika musim tengkujuh.





Bagaimanapun sejak projek ternakan udang ini bermula, pendapatan nelayan terjejas teruk,"kalau sebelum adanya kolam udang ini pendapatan kami RM80 hingga RM90 sehari, tetapi sekarang ini nak dapat RM30 pun payah,"kata Mohd Amin Latif, 46, salah seorang nelayan yang ditemui.




Mohd Amin yang mewakili nelayan masyarakat orang asli Sanglang, memberitahu, sekarang ini kebanyakan nelayan telah meninggalkan pekerjaan yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang mereka disebabkan pendapatan dari sumber laut terjejas teruk sejak adanya kolam udang ini.




"Kami terpaksa mencari kerja lain untuk menyara keluarga, ada yang bekerja di kilang, kerja kontrak atau mengambil upah memetik buah kelapa sawit," katanya.





"Apa yang lebih menyedihkan kami masyarakat orang asli, kami telah memohon tanah rizab hutan paya bakau ini sejak 1992 tetapi tidak diluluskan, berbagai-bagai alasan diberi Pejabat Tanah Pontian untuk menolak permohonan kami, sedangkan surat kelulusan dari Menteri Besar, sudah pun kami diperolehi tetapi pihak terbabit tetap juga tidak meluluskan permohonan kami, tiba-tiba pada 2004 satu demi satu kolam udang dibina di atas tapak yang kami mohon sebelum ini.




"Sehingga hari ini kira-kira 130 ekar tanah rizab hutan paya bakau ini sudah pun berubah menjadi kolam ternakan udang, beratus-ratus ekar lagi sedang dalam proses pembinaan, bagaimana pun projek ini terbantut setelah kami melakukan bantahan keras apabila mendapati projek ini sudah menghampiri perkampungan kami,"jelasnya.





Katanya, "persoalan yang timbul sekarang ini, bagaimana tanah rizab hutan paya bakau milik kerajaan ini boleh terlepas ke tangan pengusaha ternakan udang ini, kita juga ingin tahu apakah projek ini dijalankan secara ceroboh atau dengan kebenaran kerajaan."





Seorang lagi nelayan yang ditemui, Abdul Rahman Dalik, 49, memberitahu, kawasan hutan paya bakau ini, selain menjadi tempat pembiakan hidupan laut, ianya juga merupakan sumber alternatif bagi nelayan mencari rezeki semasa musim tengkujuh.





"Ketika laut bergelora pada musim tengkujuh, nelayan tidak dapat turun ke laut, apatah lagi bagi nelayan bot kecil macam kami, maka pada musim ini kami mencari sumber rezeki dengan mencari lokan, siput dan ketam yang terdapat di hutan paya bakau ini, malangnya bila kawasan ini musnah, sumber kami pun ikut musnah sama,"katanya.





Selain itu menurut Abdul Rahman, sisa-sisa dari kolam ternakan udang yang dilepaskan ke laut juga boleh menyebabkan pencemaran terhadap air laut yang sekaligus akan menjejaskan hidupan laut yang menjadi sumber utama pendapatan nelayan selama ini.





"Secara jelasnya kewujudan kolam ternakan udang ini sama ada secara langsung atau tidak, selain menjejaskan pendapatan nelayan, ianya juga turut menimbulkan pencemaran alam yang membabitkan hidupan laut.




"Jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan tegas diambil, dikhuatiri satu ketika nanti hidupan laut ini akan pupus dan musnah sama sekali,"tegasnya.





Katanya, apa yang lebih dikesalkan penduduk, sebelum projek ini dimulakan beberapa tahun lalu, tiada sebarang perbincangan dengan nelayan dan penduduk diadakan, tiba-tiba saja projek dimulakan tanpa pengetahuan mereka.





Sehubungan itu mereka yang mewakili golongan nelayan Sanglang-Benut, sependapat mendesak kerajaan supaya menghentikan projek ternakan udang ini, "apa ertinya projek ini jika tidak menguntungkan rakyat, bukan saja keuntungan dikaut oleh tauke-tauke terbabit, bahkan tenaga kerja di kolam udang ini pun 100 peratus rakyat asing, rakyat tempatan langsung tidak diberi peluang," tegas mereka lagi. - mks
[Read More...]


Ahli Umno kecewa permohonan rumah PPRT tidak dilayan








Salman Hussin Fri Apr 04, 08 7:34:04 am MYT
TANJUNG PIAI, 4 April (Hrkh) ? Tujuh tahun lalu, Zulkifli Arifin, 42, yang juga ahli Umno di Serkat, dekat sini, memohon untuk mendapatkan rumah PPRT melalui Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan, tetapi malang permohonannya terus tidak dilayan sehingga hari ini.









Harapan beliau bersama isteri serta empat anak mereka untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa masih tidak kesampaian, berikutan itu beliau sekeluarga terpaksa terus menumpang di rumah orang tua isterinya, sehingga hari ini.
"Sudahlah menumpang rumah orang tua, bekalan elektrik dan air pula terpaksa mengharap ikhsan jiran sebelah," keluhnya yang ditemui semasa kunjungan pimpinan PAS Tanjung Piai, di rumahnya, baru-baru ini.



Kunjungan yang diketuai YDP PAS Tanjung Piai, Ustaz Ahmad Sani Kemat dan Timbalannya, Ghazaly Ayub, turut disertai Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Atan Gombang.



Ustaz Atan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga berkenaan.



Zulkifli, yang bekerja mengambil upah kerja-kerja kampung selain membantu adiknya mencari barang lusuh untuk dijual, tidak mampu untuk membina rumah sendiri, bahkan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air yang kosnya dianggarkan sekitar RM1000 itu pun beliau tidak mampu, apatah lagi untuk membina rumah sendiri yang kosnya sudah tentu jauh lebih tinggi lagi.
"Memang saya bercadang untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air sendiri, tetapi disebabkan pendapatan yang tidak menentu serta kos untuk mendapatkan bekalan ini yang agak tinggi, ianya di luar kemampuan saya.



"Dengan pendapatan lebih kurang RM400 sebulan ini dapatlah kami gunakan untuk belanja makan kami sekeluarga termasuk perbelanjaan tiga anak kami yang masih bersekolah di tingkatan dua, darjah empat dan tadika, yang memerlukan kos sekitar RM10.00, setiap hari, itu pun kadang-kadang tidak mencukupi," katanya.
"Sehingga hari ini kami sekeluarga tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, terutama kerajaan, oleh kerana itu saya amat mengharapkan agar ada pihak-pihak lain atau mana-mana individu yang bersimpati dengan penderitaan hidup saya untuk tampil menghulurkan bantuan," ujarnya lagi


Kepada sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan kepada Zulkifli, bolehlah menghubungi Timbalan YDP PAS Tanjung Piai, Ghazaly Ayub, di talian 013-7474600. - mks.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors