Facebook palsu YB DS Mohammad Nizar Jamaludin - DS Nizar



http://kamparinn.blogspot.com/

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!
[Read More...]


Antara kata-kata aluan DS Nizar



al-Bakri fi Muar
30 Jun 2009

Syukur alhamdulillah ceramah semalam berjalan dengan selamat dan aman seperti kebiasaan. Cuma disini saya ingin merakam ucapan terimakasih buat DS Nizar yang memberi penghargaan kepada para bloggers. Ini menunjukkan beliau tidak lupa kepada peranan para blogger.
Walaupun para blogger hampir 90% bekerja secara sukarela dan sambilan tapi saya pasti hasrat para blogger ialah untuk memberi penerangan, menegur dan mungkin dapat memberi pandangan dari sudut luar dari kepimpinan.
Semalam, saya ingat tak berkesempatan bersalaman dengan beliau kerana ramai yang ingin ambil peluang bersalaman tapi sangkaan saya meleset. Dah 2 kali aku bersalaman dia Dato Seri Nizar, mula-mula semasa berada di Ipoh sewaktu majlis makan malam Sekolah Teknik Ipoh.
Akhir kalam, harap Dun Perak dapat dibubarkan dengan segera biar rakyat yang menentukan.
[Read More...]


Ceramah Umum Pakatan Rakyat



Oleh: Softsolder (Unit Media & Berita)
30.6.09

Walaupun saban hari media arus perdana cuba memperlihatkan kegoyahan ikatan pakatan rakyat melalui isu-isu yang kabur seperti kerajaan perpaduan, namun mereka ternyata gagal merubah aliran pemikiran rakyat yang masih menolak kerajaan UMNO barisan nasional. Jangkaan rakyat akan benci kepada YB Dato Nizar Jamaluddin melalui penonjolan isu laungan Bubar Dun Perak semasa beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen bukit gantang ternyata meleset sama sekali.

Bahkan propaganda ini telah menambah kredit dan populariti Nizar di mata rakyat. Rakyat semakin muak dengan telatah BN, menjadikan kepercayaan mereka terhadap laporan media arus perdana terhakis sama sekali sepertimana sewaktu PRU12 yang lepas. Antara bukti yang jelas adalah kehadiran segenap lapisan masyarakat dalam ceramah Pakatan Rakyat pada malam lepas di Markaz PAS Bakri. Kehadiran ikon politik, YB Dato Nizar Jamuluddin telah mendorong penduduk setempat dan luar untuk hadir bagi mendapatkan maklumat yang jelas lagi tepat.
Turut di tampilkan dalam ceramah tersebut, YB Dr Sheikh Ibrahim (Adun Sg Abong), YB Dr Boo (Adun Skudai), Pengerusi Keadilan Johor En. Hj Anuar Salleh serta Ybg Dato’ Dr Mahfuz Mohammad (PJ Pas Johor). Juga hadir ialah YB Muhammad Taslim.

Sebelum ceramah bermula saya telah sempat menemua bual beberapa orang hadirin dikalangan kaum Cina dan India. Hasrat menemubual mereka disebabkan sebelum daripada ini jarang sekali ceramah umum di markaz PAS di hadiri oleh golongan tersebut.
Menurut Mr Lim yang tinggal di kawasan Sg Abong, beliau begitu yakin dengan Pakatan Rakyat. Kehadiran beliau bersama isterinya atas dorongan untuk mendengar sendiri penjelasan isu-isu semasa oleh pimpinan pakatan rakyat terutamanya oleh Dato’ Sri Nizar. Beliau turut memberikan komen positif terhadap Adun Sg Abong yang diihat begitu mesra dan mudah mendekati rakyat. Beliau begitu mengharap agar PRU13, kerajaan BN dapat di tumbangkan.

Pemikiran yang sama di luahkan oleh seorang anak muda India yang bernama Vellu. Beliau hadir bukan keseorangan tetapi bersama beberapa rakannya untuk mendapatkan maklumat yang jelas rentetan terhakisnya kepercayaan kepada laporan media arus perdana. Beliau juga sangat bersetuju supaya diwujudkan kelab penyokong PAS di kawasan bakri. Ini kerana masyarakat India secara umumnya masih kekal menolak MIC dan BN, maka kewujudan kelab ini dapat menjadi platform kepada mereka untuk membantu kerja-kerja penerangan PAS kepada masyarakat India sepertimana pada pilihanraya yang lepas.

Turut di temuramah, Mr Lim yang hadir dari Skudai Johor. Beliau begitu ceria dan gembira hadir bersama rakan-rakanya. Hal ini dapat penulis lihat dari riak wajahnya yang sentiasa senyum tetapi bersemangat ketika di temu bual. Apabila di tanya mengenai propaganda BN untuk memecah belahkan pakatan rakyat dan menghilangkan pengaruh di kalalangan rakyat, pantas beliau mengatakan “ini hali rakyat tidak bole ditipu ooo.... meleka makin bijak .sikalang ah, itu internet punya lapolan lagi banyak bagus”

Selain itu, saya turut dimaklumkan bahawa Dato’ Nizar sangat disenangi oleh masyarakt Cina. Dari sudut ranking populariti, Mr Lim menyatakan dikalangan orang cina yang beliau temui, Dato Nizar berada di tempat pertama dikalangan pimpinan pakatan rakyat. Contoh-contoh ini menunjukkan nyawa kerajaan UMNO & BN sudah sampai ke penghujung. Kita mengucapkan terima kasih kepada surat-surat khabar dan TV/Radio mereka yang masih mengekalkan standard lama dalam memberikan liputan media yang berat sebelah. Semakin banyak laporan-laporan seperti ini, semakin meluat rakyat terhadap mereka dan semakin ramailah yang akan mengikuti ceramah–ceramah PAS dan pakatan rakyat.

Alhamdulillah kehadiran ceramah semalam begitu mengalakkan. Ribuan hadirin membanjiri perkarangan dalam dan luar markaz. Ramainya boleh ditamsilkan sekira-kira ada daun yang jatuh, tidak dapat mencecah tanah kerana begitu rapatnya susunan duduk hadirin. Ada yang kata enam ribu orang, ada kata 10 ribu orang dan ada juga kata semacam himpunan Bersih. Bagi saya semua tekaan itu boleh jadi betul kerana tiada siapa yang hadir membilang jumlah sebenar.

Apa yang penting, kepada ahli-ahli UMNO yang hadir semalam atau yang tidak hadir, marilah berhijrah kepada PAS yang menjadi wadah perjuang Islam sebenar. Umur yang masih ada perlu dihiasi dengan amalan hidup yang Tuhan redha supaya kita di ampuniNya serta diRahmati dunia wal akhirat. Wassalam....
[Read More...]


Nizar MB Perak sah, Zambry diminta berundur secara terhormat



[Read More...]


Temuramah dengan MB Perak DS Nizar







[Read More...]


JELAJAH DATO' SERI NIZAR KE SELURUH SEMENANJUNG



Bermula 1-31 Mei ini, Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar b. Jamaluddin akan mengadakan program bersama seluruh rakyat Malaysia dengan berkunjung ke semua negeri di semenanjung Malaysia bagi meraikan kemenangan mempertahankan kerusi PAS di Parlimen Bukit Gantang 7 April yang lalu. Penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli UMNO-BN dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Badan Perhubungan PAS Negeri dan iklan-iklan pengumuman yang akan disebarluaskan.

Penyokong Pakatan Rakyat dan ahli-ahli UMNO-BN dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Badan Perhubungan PAS Negeri dan iklan-iklan pengumuman yang akan disebarluaskan.





TARIKH

NEGERI

TEMPAT

MASA

01.05.09 (JUMAAT)

KELANTAN

STADIUM K.BHARU

09.00 MLM

08.05.09 (JUMAAT)

TERENGGANU

MASJID RUSILA

09.00 MLM

09.05.09 (SABTU)

PAHANG

KG. EMBUN, MARAN

09.00 MLM

13.05.09

(RABU)

KEDAH

BALING

09.00 MLM

16.05.09

(SABTU)

SELANGOR

STADIUM MELAWATI

09.00 MLM

17.05.09

(AHAD)

PULAU PINANG



09.00 MLM

20.05.09

(RABU)

NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN

09.00 MLM

22.05.09

(JUMAAT)

WILAYAH

K. LUMPUR

09.00 MLM

30.05.09

(SABTU)

JOHOR

MUAR

09.00 MLM

31.05.09

(AHAD)

MELAKA

MELAKA

09.00 MLM

Sumber: Klik Sini
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors