Apa Umno dah buat: GST



al-Bakri fi Muar,

Sejak dua menjak ini kerisauan dikalangan rakyat tentang ekonomi negara menjadi ketara ditambah lagi dengan pelaksanaan sistem percukaian GST (Good and Service Tax) , penstrukturan semula subsidi petrol, pengurangan peruntukan Kementerian Pelajaran dan sebagainya.

Dari http://www.smidec.gov.my/node/377
The GST is a broad-based tax on consumption of goods and services, and in simplest form, it means people will pay tax each time they purchase a good or service.

GST adalah cukai penggunaan yang mempunyai asas yang luas. Dengan kata lain rakyat dikenakan cukai setiap kali mereka membeli produk atau perkhidmatan. Cukai bentuk ini adalah "biased" terhadap pengguna berbanding dengan pengeluar yang memiliki modaldan sekaligus kekayaan.

GST = cukai berbentuk regresif dan tidak progresif. Cukai yang progresif ialah lagi tinggi pendapatan seseorang lebih tinggi kadar cukainya.

Dalam cukai bersifat regresif bermakna secara purata mereka yang relatifnya miskin memikul beban yang lebih berat/tinggi berbanding mereka yang kaya.

Lebih teruk lagi keperluan asasi seperti beras, air, elektrik dan sebagainya dikenakan cukai "GST".

Sebagai rakyat biasa, kami tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengharapkan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat membantah perlaksanaan GST.

Semua golongan rakyat akan merasa beban tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Kesemua akan dikenakan cukai ini.


[Read More...]


Persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat???



al-Bakri fil Muar

Seperti yang telah kita sedia maklum, kerajaan BN akan melaksanakan sistem percukaian mengantikan "Sales and Service Tax" iaitu GST atau "Goods and Services Tax".

"Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Husni said the GST implementation would be a win-win situation for all, as the Government would receive an additional RM1bil in revenue for the first year while the business and export sectors would save RM4.1bil and RM1.4bil, respectively" . The Star 17 December, 2009
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/17/nation/5322074&sec=nation

Semalam berita TV, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan untuk mengurangkan pegangan dalam syarikat berkait kerajaan (GLC).

Persoalannya: Kerajaan dapat menjimatkan wang rakyat, tapi mengapa sekarang? Masih adakah wang dalam kantung?

Minggu lepas pihak LHDN membuat taklimat disebuah syarikat swasta. Antara pertanyaan yang ditimbulkan pekerja ialah PCB atau Potongan Cukai Berjadual. Mengikut pegawai tersebut keadah baru telah dilaksankan iaitu setiap bulan cukai akan "diambil" mengikut gaji masing-masing.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah setiap bulan potongan berasaskan kepada gaji tanpa mengambil kira jika ada pembelian-pembelian boleh mendapat rebet seperti beli buku, perubatan ibubapa, insurans dan sebagainya. Cukai diambil tanpa mengira perkara-perkara diatas.

Persoalan: pihak LHDN(Kerajaan) dapat mengutip cukai lebih awal/cepat. Adakah Kerajaan
kekurangan dana??

TNB; dengar cerita tarif elektrik dicadang untuk dinaikkan. Memang benarlah rakyat didahulukan.... didahulukan membayar cukai... jika benar ada berlaku kenaikan.

Kenaikan yuran makan diasrama untuk keluarga yang melebihi RM4999 sebulan. Rakan saya berpendpatan melebihi RM5000 isteri tidak bekerja, anak 8 orang {semua masih belajar). Rasa-rasa adalah beliau jatuh dalam kategori diatas?
[Read More...]


Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua



19 Disember 2009
Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua

2 Muharram 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-GST (Anti-GST Task Force) hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-GST Tony Pua berkata, pengenalan GST akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Seorang lagi Ahlijawatankuasanya, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

"kalaulah golongan berpendapatan rendah buat simpanan, golongan pendapatan tinggi pun buat simpanan, kelompok pengeksport pun buat simpanan akhirnya macammana datangnya pendapatan lebihan daripada cukai ini. Rakyat yang manjadi mangsa kerana terpaksa membayar cukai," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga berkata, rancangan Kerajaan melaksanakanGST disebabkan mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan terpaksa mencari sumber ain untuk menampung hutang Kerajaan.

"Menteri cuba yakinkan rakyat cukai ini baik untuk rakyat tapi sebearnya Kerajaan sudah banyak berhutang sehingga terpaksa mencari sumber lain,"tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, pasukan Anti-GST akan meningkatkan usaha memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kesan buruk yang akan ditangggung rakyat jika GST dilaksanakan.

Ini termasuk perbincangan meja bulat parlimen melibatkan ahli parlimen dan pakar industri bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada golongan ini.

"Untuk tempoh Januari hingga MAC, Pasukan Anti GST akan meningkatkan tindakan membantah pelaksanaan cukai ini.

Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat parlimen dengan 'industry ekspert' untuk dapatkan pandangan dan maklumbalas daripada kelompok ini.

"Kami juga akan adakan kaukus parlimen melibatkan Ahli Parlimen tentang GST," katanya lagi.

Selain itu, pasukan ini akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara melibatkan program berbentuk forum, pengedaran risalah penerangan mengenai GST.

Rakyat juga boleh memberi maklum balas mengenai GST melalui emai NOtoGST@gmail .com

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin serta berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Ahmad Husni berkata, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

HarakahDaily.Net/-
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors