Kisah diakhir zaman



al-Bakri fi Muar

Assalamualaikum!

Sedang melayari internet, searching punya searching jumpalah klip video malah sudah ada link dalam beberapa blog. Setelah melihat klip video tersebut, wajah lelaki tersebut saya kenal semasa saya bekerja di Shah Alam.

Sahabat satu pejabat beritahu saya yang dia (lelaki dalam video klip) itu adalah adik kepada isteri DS Najib. Saya pun terkejut, "wah macam itu boleh senang..." , tapi adik dia masih kerja macam kebanyakan pekerja lain. Masuk kerja punch card, balik kerja punch out.... tidak nampak seperti adik kepada seorang yang berpengaruh.
Umur kita hanya seketika sahaja bila-bila masa sahaja "dijemput pulang". Namun itulah manusia yang mungkin tidak mahu kisah-kisah lama diceritakan dan mungkin.....
Sesungguhnya, syaitan pun takut kepada Allah tetapi manusia bukan sahaja tidak takut dengan Allah malah lawan kekuasaanNya dan mengaku tuhan seperti Firaun dan di negara kita sendiri ayah pin.
Semoga kita semua diberi hidayah dan bertaubat seperti insan bernama Malek Noor.
[Read More...]


Cerita: Al-kisah FRU Pencen



al-Bakri fi Muar,
13 Mei, 2009

Hari saya buka mail, dah lama juga tak buka email tu. Sekali buka, mail box dah penuh. Satu per satu buka terjumpalah satu email. Ceritanya menarik juga...

Mari kita ikut ceritanya.... (Tidak ada kena mengena dgn yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)

Berikut adalah ceritera seorang FRU yang telah pencen...

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh …aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam. Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!! Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia? Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.
Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi. .tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”
“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“ Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!
“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.
“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.
“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”
“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!
“Abang ni masih kerja polis ka?”
“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.
“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.
“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.
“Nak ambik kat mana?” aku tanya.
Dia diam…
“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.
“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”
” Dulu dia jaga orang demo…main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang..dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.
“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal..tapi dia tak pakai. Dulu…bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang…dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata..jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!” Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”
[Read More...]


Bila Pak Pak Pandir Jadi Raja, Abu Nawas Jadi Penasihatnya



Posted on Wednesday, January 09 @ 22:52:01 MYT by SongkokPutih
Oleh HermanSamsudeen

Alkisah disebuah negara yang aman tak damai, bersemayamlah seorang baginda Raja yang tiada Daulat. Pak Pandir namanya. Pak Pandir ini mempunyai seorang isteri, seorang anak perempuan dan seorang menantunya yang diberi nama Abu Nawas.
Negara Malangsia begitulah nama negerinya. Entah macam mana, Pak Pandir yang bodoh-bodoh alang ini bisa menjadi Raja, tiada sebarang catatan pun yang melakarkan detik-detik permahsyuran Pak Pandir sebagai Raja Malangsia.
Maka dilantiknya juga Abu Nawas menantu kesayangannya menjadi penasihat peribadinya. Abu Nawas memang terkenal dengan sikap putar alamnya. Baginya peluang yang diberikan oleh Pak Pandir itu umpama menyorongkan bantal kepada orang yang nak tidur.
Dasar Tak Pandang Rakyat
Pada suatu hari, atas nasihat Abu Nawas Pak Pandir mengumumkan perlaksanaan Dasar Tak Pandang Rakyat yang turut menyebabkan Cukai Keluar Rumah naik sebanyak 100%. Sebelum itu, rakyat hanya membayar 1 ringgit, kini mana-mana rakyat yang ingin keluar rumah dikehendaki membayar cukai sebanyak 2 ringgit.
Maka, marahlah sekalian rakyat dengan Dasar Tak Pandang Rakyat yang diumumkan oleh Pak Pandir ini.
“Pedulik apa dengan kata-kata rakyat. Aku Raja, akulah yang menentukan segalanya.” ujarnya sebelum melelapkan mata dan terus berdengkur. Itulah aktiviti kegemarannya setiap hari.
Abu Nawas yang punya idea tersenyum kering melihatkan kemarahan rakyat. Walaupun mereka marah Namun tidak ada lagi yang berani menyatakannya dihadapan Pak Pandir secara terbuka.
Lebai Pa Pimpin Rakyat
Disebuah kampung bernama Kampung Lindungan Bulan, bangkitlah seorang tua bernama Lebai Pa. Beliau Amat kasihan melihat rakyat yang tak boleh keluar rumah untuk mencari rezeki dengan sewenang-wenangnya lantaran dari cukai yang dinaikkan oleh Pak Pandir. Maka dia pun mencari akal dan mengumpulkan penyokong-penyokongnya.
Mereka pun bermesyuarat dan membincangkan cara-cara untuk menjatuhkan Pak Pandir. Pelbagai cadangan yang diberi, ada yang mahu Pak Pandir ditangkap dan disula, ada yang geram dan mahu agar Pak Pandir diikat dan dilontar ditengah-tengah jalan, biar semua kaki memijaknya, biar semua kereta melanggarnya. Abu Nawas pula, biar digergaji kemaluannya untuk diberi makan pada khinzir belaan si Ah Long.
Lebai Pa meminta semua penyokongnya bersabar dan jangan bertindak ikut nafsu. Lebai Pa pun mengusulkan agar suatu kertas rayuan dikeluarkan bagi mengingatkan Pak Pandir agar tidak mengikut kata-kata menantunya yang suka menindas rakyat.
Maka sampailah surat itu ke tangan Pak Pandir. Surat itu pun dipusing-pusingnya, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Akhirnya ditanyanya Abu Nawas,
“Apasal banyak sangat tahi cicak atas kertas nie, ada yang panjang ada yang pendek”.
Lalu Abu Nawas pun mengambil kertas itu, dilihatnya tiada sebarang tahi cicak disitu, maka tahulah dia bahawa Pak Pandir ini juga tak reti membaca. Peluang itu akhirnya diambil oleh Abu Nawas untuk membakar kemarahan Pak Pandir.
“Wahai bapak mertuaku, yang dikatakan olehmu sebagai tahi cicak itu adalah dakwat hitam yang dituliskan oleh rakyat sebenarnya. Adapun yang tertulis disitu adalah satu angkara durja yang bakal dilakukan oleh rakyat pimpinan Lebai Pa. Beliau meminta bapak meletakan Jawatan sebagai raja dinegeri ini kerana beliau sendiri ingin menjadi raja”
Terkejutlah Pak Pandir dengan apa yang diperkatakan oleh Abu Nawas. Ingat lagi dia, Lebai Pa dulu adalah teman sekampungnya. Selalu sahaja mendapat nombor satu dalam kelasnya, semua aktiviti Kokurilum dikuasai oleh Lebai Pa. Kini jawatannya pun ingin dirampas oleh Lebai Pa.
“Mana boleh! ini jawatan aku punya. Dari dulu kini dan selamanya jawatan ini tetap milik aku. Apa pandangan kau wahai anakku Abu Nawas” tanya Pak Pandir.
“Oh….itu senang sahaja, kita suruh sahaja Pak Berahim Dogol yang jadi Ketua Keselamatan istana menangkap Lebai Pa dan pengikutnya. Penjarakan mereka semua, kita siksa mereka, biar semua rakyat tahu bahawa sesiapa yang melawan akan menerima nasib seperti mereka” jawap Abu Nawas.
“Uh! Ganasnya, kesian pulak aku pada Lebai Pa….nantilah dulu, aku nak tidur sat, lepas nie la aku bagi keputusan” ujar Pak Pandir yang kemudiannya terus berdengkur lagi..
Dalam tak sedar, seorang kakitangan Istana telah terdengar perbualan mereka.
Lebai Pa Menghimpunkan Rakyat
Abu Seman yang bekerja sebagai tukang potong rumput istana yang terdengar perbualan Pak Pandir dan Abu Nawas itu terus sahaja bertempiaran lari ke pondok Lebai Pa untuk menyampaikan maklumat.
Diceritakan segalanya kepada Lebai Pa dan para penyokongnya. Maka marahlah sekalian yang ada.
“Busuk sungguh hati Abu Nawas ini, sanggup dia menipu Pak Pandir. Kita hanya merayu agar Pak Pandir turunkan Cukai Keluar Rumah bukannya nak jatuhkan dia” getus Leman, pengikut Pak Pandir.
“Itulah Pak Pandir, dari kecik lagi dia malas baca buku. Kerjanya sehari-hari adalah tidur dan tidur sahaja. Malang pula nasibnya bermenantukan Abu Nawas yang suka putar alam. Surat yang kita hantar langsung tidak berguna. Kita harus melakukan sesuatu sebelum Pak Pandir terjaga, apa cadangan Kalian” tanya Lebai Pa.
“Pak Lebai, apa kata kita gerakkan semua rakyat berhimpun dihadapan Istana Pak Pandir. Kita buat demontrasi, tanpa permit pun tak apa. Kita bawa banner, placard dan sebagainya. Kita tuntut untuk berjumpa dengannya, biar kita sendiri terangkan apa yang dimaksudkan oleh rakyat dalam surat itu” cadang Bujal, orang kanan Lebai Pa.
“Nampak bagus juga cadangan itu, pandai juga kau fikirkannya Bujal. Apa kata yang lain” tanya Lebai Pa sekali lagi.
“Ok boss! Kami no hal, tak da problem dengan cadangan tu. Itu lebih baik dari kita hantar surat yang tak boleh dibaca oleh Pak Pandir yang tak reti membaca tu” jawap para penyokongnya.
Maka petang itu, berhimpunlah seluruh rakyat dihadapan Istana Pak Pandir. Mereka semua melaung-laung meminta Pak Pandir keluar berjumpa mereka. Mereka mahu bersemuka dengan Pak Pandir.
Didalam Istana, Pak Berahim Dogol yang jadi Ketua Keselamatan istana terus sahaja dengan kelam kabutnya pergi bertemu dengan Abu Nawas, dan diceritakannya apa yang terjadi dihadapan Istana.
Lantas Abu Nawas pun mengejutkan Pak Pandir.
“Bapak..o…bapak, bangunlah, dah pagi nie. Lebai Pa dan seluruh rakyat sedang berhimpun dihadapan Istana nak gulingkan bapak nie…”
“Apa?” tanya Pak Pandir yang bangun secara mengejut.
“Berani mereka datang ke Mari ganggu aku tidur. Abu Nawas, sekarang ini arahkan Pak Berahim Dogol gerakan balaci-balacinya. Tangkap Lebai Pa dan semua pengikutnya. Tahan mereka bawah Akta Ikut Suka Aku!…..pergi cepat, aku nak sambung tidur ni” kata Pak Pandir memberikan arahan dan kemudiannya terus menyambung tidurnya.
Maka, Abu Nawas pun mengarahkan Pak Berahim Dogol seperti yang disuruh oleh Pak Pandir.
Bergeraklah segala balaci-balaci Pak Pandir ke hadapan Istana dengan beberapa bijik Water Canon. Semua yang berhimpun itu terus sahaja ditembak dengan Water Canon dan gas pemedih mata.
Melihatkan para pengikut Lebai Pa kepedihan mata, Balaci-balaci itu pun terus sahaja menyerang, memukul dan menangkap mereka.
Beribu-ribu ditangkap di Bawah Akta Ikut Suka Aku termasuklah Lebai Pa.
Maka, negara pun kembalilah aman tapi tak damai selepas tragedi itu. Teruslah bersemayam Pak Pandir bersama anak menantu kesayangannya Abu Nawas. Rakyat juga yang terus susah.
Didalam penjara, Lebai Pa disiksa dan didera dengan pelbagai deraan. Namun, itu semua langsung tidak melunturkan semangat beliau dan para pengikutnya. Baginya perjuangan membela nasib rakyat adalah suatu jihad. Jika dia mati, matinya itu adalah mati syahid kerana melawan pemimpin yang zalim.

Dari http://www.tranungkite.net
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors