Ucapan ketika usrah gabungan tempoh hari.
Kita (ahli dan pendokong Pas) perlu berubah dengan kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah. Tiada siapa yang menyangka kemenangan Pas di Dun Sg. Abong dengan majoriti melebihi 1000 undi tetapi Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Jika orang Melayu Islam tidak mahu memenangkan Islam, Allah buka pintu hati golongan bukan Islam untuk mengundi parti Islam. Banyak contoh-contoh yang boleh dibawa ikhtibar untuk golongan Islam.
Sesungguhnya Allah telah menguji Pas dengan berbagai-bagai ujian kekalahan demi kekalahan. Sekarang Pas telah diuji dengan kemenangan. Sesungguhnya ini adalah ujian yang paling hebat bagi Pas Bakri khas buat dun Sg. Abong.
Melayan aduan-aduan rakyat hinggakan orang yang nak bercerai pun merujuk pada Dr. Sheikh dan PA beliau.
Untuk makluman, parit dan longkang akan diuruskan oleh pihak majlis (MPM) dan Jabatan Parit & Saliran (JPS) untuk diluar kawasan pentadbiran MPM.
Sampah, satu isu yang telah lama wujud sebelum Pas menang. Masyarakat perlu mengamalkan sikap tidak membuang sampah dibahu-bahu jalan jika tidak masalah ini tidak akan selesai.
Akhir kata, sesungguhnya kemenangan Pas adalah anugerah dari Allah. Kami ahli Pas dan pendokongnya bersyukur kehadrat Allah s.w.t.
Ulasan admin:

Sewaktu puak Monggol menyerang Baghdad yang ketika itu telah jauh tersasar dan lalai mengamalkan Islam maka bala telah diturunkan, sebagaimana ucapan pemimpin tentera Monggol, " Aku adalah bala yang diturun untuk kamu (kaum muslimin Baghdad)".
Masjid Cordoba Sepanyol
Sejarah adalah pengajaran buat semua pemimpin dan orang Islam.
1. Kejatuhan kerajaan Islan di Andalus
2. Kejatuhan kerajaan Uthmaniah
3. Kejatuhan kerajaan Abbasiyah
4. Kejatuhan kerajaan Umaiyah
5. Kejatuhan kerajan Melaka
Alhambra Sepanyol
dan banyak lagi kejatuhan kerajaan Islam yang lain adalah berpunca dari sikap pemimpin Islam dan orang Islam itu sendiri.