Saya tetap bersama jemaah PAS...



Oleh pria_malaya08

"Ingat, pesan Tok Guru Nik Aziz, PAS akan menyertai umno atau PAS akan dbubarkan SEKIRANYA umno berminat mengubah dasarnya dan hendak melaksanakan hukum Allah dalam negara kita...makna disebaliknya, PAS tidak akan sesekali menggadai perinsip dengan menyertai umno sekiranya umno tetap dgn dasar sekularnya, tidak akan sesekali..itu point utama!

Percayalah...pertemuan atau yg dsebut muzakarah ini hanyalah utk membincang tentang hak ketuanan islam, bukan ketuanan melayu sperti mana yg digembar gemburkan...semuanya kerana islam...

Ingat, kita berjuang bukan krn parti, tetapi agama islam!!! aku yakin ada hikmah yang baik terutama kpd PAS khusunya dan ISLAM umumnya bila timbul isu ni..setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.. ya berkaitan dgn agama islam, masyarakat lain (bukan islam ) mula kan rasa gentar dgn 'kesatuan' umat islam (pas-umno) sekrang ni.. tidak kita parti dlm BN atau PR, sekurang2nya mereka akan berfikir dua kali apabila hendak mempersolkan hak ketuanan ISLAM.. yang berkaitan PAS, aku dapat merasakn mereka2 yg bukan dari kalangan ahli dan penyokong PAS akn merasakan PAS ikhlas dalam perjuangnnya, kerana Allah, bukan kerana kuasa..
Walaupun hakikatnya mereka jahil dengan realiti perjuangan PAS, tetapi PAS telah mendapat kredit dengan timbulnya isu ini.. aku tetapi percaya, Pas tidak akan sesekli menyertai umno pada waktu sekarang.. .aku selaku ahli akar umbi tidak teragak2 mengishtiharkan keluar dari PAS, jika keadaan itu berlaku.aku ada sebab..

TETAPI, aku yakin inya tidak akan berlaku dlm keadaan umno yg masih segar dgn matlamat dunianya.. aku yakin pemimpin tertinggi kita ada perhintungn masing2, tetapi semunay bukan kerana diri sendiri, tetapi kerna islam.. mereka ttp beristikharah dlm tindak tanduk mereka.. perbezaan pendapat itu rahmah.. so, aku yakin natijah yg baik akan diterima oleh PAS dlm isu ini.. ketepikan dan kejadahkan media ampu kerjaan dan juak2 provokatornya..terutamanya yg wujud dlm laman TKO ni.. aku tetap terharu diatas saranan dan pengorbanan pejuang2 PAS yang tetap sayang parti PAS, yg rindukan perjuangan PAS... yg tidak sanggup melihat PAS melacurkan dirinya mnyertai umno.. aku juga seperti kalian... aku nmpak kesatupadauan yg utuh bila timbul isu sebegini, teruskan doa dan tahajud anda demi islam.. tiada yg lain, hanya kerna islam.. hidup PAS!!! hidup ISLAM!!! Allahuakbar!!!

[Read More...]


RUNTUNAN HATI SEDIKIT LEGA APABILA MEMBACA KENYATAAN MAZLAN



Rujukan: Malaysiakini

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman menegaskan bahawa walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.

Kenyataan tegas beliau itu melegakan sedikit runtunan ahli-ahli, penyokong-penyokong dan simpatisan PAS yang terpinga-pinga dengan beberapa kenyataan akhbar pimpinan yang seolah-olah berlawanan antara satu sama lain.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'. Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.

Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:
- PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.
- PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.
- PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.
- Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.

Di harapkan kenyataan beliau ini akan menjadi panduan dan maklumat untuk semua ahli bagi menjawab segala pertanyaan dan tohmahan kawan dan lawan.

Banyak pihak yang mempertikaikan tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno sehingga memberikan peluang kepada Umno menangguk di air keruh dengan mengolah cerita seolah-olah PAS ingin bergabung dengan Umno. Akhirnya dengan tindakan ini PAS kehilangan ahli dan kepercayaan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat juga terhakis.

Ini terbukti apabila media menyiarkan berita untuk melaga-laga PAS dengan DAP apabila Berita Harian menyiarkan laporan di bawah :-

Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu pemimpin Pas memberi penjelasan kepada parti lain yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) mengenai tiga pertemuan secara senyap dengan pemimpin Umno.

"Semua parti dalam PR sepatutnya dimaklumkan mengenai pertemuan ini kerana ia membabitkan isu utama. "Semua parti dalam PR sepatutnya tahu apa yang mereka buat terutama membabitkan isu besar. Tindakan Pas ini tidak betul," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini, semalam.

Karpal berkata, beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membenarkan pertemuan itu sedangkan parti itu pernah mendakwa diketepikan ketika menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar 1970-an.

Harap dengan tulisan ringkas ini dapat merungkaikan sedikit runtunan hati sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang membacanya.

dari laman web pemudabukitkatil.blogspot.com
[Read More...]


PM mahu pecah belahkan PAS, sokong kenyataan Husam





Saya sangat bersetuju dengan pandagan Naib Presiden PAS bahawa Imam Hadhari Wal Badawi sememangnya mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS dengan membuat kenyataan bahawa ada pimpinan tertinggi PAS yang mengadakan pertemuan dengannya.


Husam dalam kenyataannya disiarkan oleh Malaysiakini menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.


"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?


"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.


Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Dalam keadaan Umno yang tersepit sekarang ini amat malang jika PAS terperangkap dengan permainan Umno yang sedang cuba mencari dahan untuk berpaut sebelum jatuh kedalam jurang yang lebih dalam setelah tewas teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.PAS dan pimpinannya perlu sedar bahawa Umno tidak pernah ikhlas dalam bab muzakarah ini kerana pada ketika mereka kuat bayang PAS pun mereka tidak pandang, jangankan hendak bermuzakarah.


Kini mereka 'dibuang' oleh rakyat bagaikan kucing kurap pada Pilihanraya lalu, maka sudah tentu mereka ingin mencari ubat mujarab supaya dapat diterima semula oleh rakyat.PAS dan pimpinannya mesti sedar bahawa hanya PAS dan Pakatan Rakyat sahaja yang sekarang yang menjadi tempat berpaut dan mengadu hal bagi rakyat.


Jadi jangan hancurkan harapan rakyat yang ingin mencari tempat berteduh baru. Kita bimbang rakyat akan kecewa dengan sikap PAS yang kelihatan lunak dengan Umno lebih-lebih lagi media massa memainkan peranan untuk yang licik dengan menggambarkan bahawa PAS yang mengajak Umno bermuzakarah. Malah PAS Terengganu kelihatan mendahului negeri lain apabila mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.


Walaupun ia perbincangan dengan kerajaan negeri namun rakyat melihat itu sebagai perbincangan PAS dan Umno di mana ianya tidak pernah diadakan sebelum ini.Bagi saya selagi Umno itu Umno mereka tidak akan berubah. Apakah mereka ikhlas untuk berubah sedangkan pada masa yang sama mereka terus menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan gadaikan cita-cita rakyat untuk mendapat kerajaan baru. Umno menjadi semakin terdesak untuk bertemu PAS sebagai satu usaha untuk melemahkan gagasan Pakatan Rakyat kerana Umno tahu bahawa PKR dan DAP sudah tentu tidak bersetuju dengan muzakarah ini.


Umno memang licik.Umno sebenarnya hanya mencari jalan untuk menangguk di air dengan mendapatkan semula sokongan majoriti orang Melayu dan pada masa yang sama cuba melemahkan PAS. Sudah ada cakapa-cakap di kalangan orang Bukan Melayu bahawa sokongan mereka kepada PAS mulai berkurangan kerana PAS dilihat tidak ikhlas memperjuang kepentingan semua bangsa dan melebihkan orang Melayu sebab itu PAS dilihat beriya-iya benar mahu bermuzakarah dengan Umno. Ini merupakan satu senario negatif sedangkan sebelum ini PAS telah diterima oleh Orang Bukan Melayu.


Saya bukannya mahu meminggirkan kepentingan Melayu tetapi kita mempunyai formula sendiri yang kita yakin lebih baik berbanding cara dan strategi Umno yang jelas gagal menjaga kedaulatan Melayu.Mengapa di saat kita kuat ada dikalangan pemimpin PAS (kalau benar dakwaan Pak Lah) sanggup terhegeh-hegeh bertemu Umno. Apakah pemimpin ini tidak belajar dari kebongkakan dan kebiadapan Umno sejak dulu, kini dan selamanya.


Kita perkuatkan dulu Pakatan Rakyat, kita bina kerajaan kita supaya ianya kukuh dan mampu merealisasikan apa yang kita 'manifesto'kan dan mungkin setelah kita kuat dan hebat, Umno akan dengan sendirinya terhegeh-hegeh ingin menumpang kita kerana Insya Allah ahli mereka sendiri nanti akan berbondong-bondong keluar dari Umno.


Pada masa barulah pemimpin Umno dan bongkak dan sombong ini tahu langit langit tinggi atau rendah.Saya mohon pemimpin tertinggi PAS hentikan sebarang usaha untuk bermuzakarah tumpukan masa kita untuk menguatkan parti; menyediakan parti untuk ahli-ahli baru yang semakin menyertai PAS; perkuatkan Pakatan Rakyat; kukuhkan kerajaan kita di lima negeri; realisasikan semua manifesto yang dijanjikan dan jangan abaikan rakyat.


[Read More...]


Muzakarah - Niat UMNO tak Jelas



Oleh CyberTaliban




"Sekali dalam keadaan terdesak UMNO memainkan isu muzakarah. Antara sedar atau tidak PAS sudah banyak kali terperangkap dengan agenda UMNO yang tidak jelas akan tujuan dan matlamat sebenar muzakarah tersebut.
Nampaknya isu ini ditimbulkan apabila keadaan UMNO yang terdesak sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Sebagaimana dizaman Mahathir dulu, kaedah yang dimainkan adalah sama, sekarang dizaman Paklah pula. Adakah PAS sudah bersedia untuk menangkis putarbelit yang akan ditimbulkan oleh UMNO dari agenda tersebut. Ini adalah salah satu cara yang akan digunakan oleh UMNO untuk meporakperandakan Pakatan Rakyat.
Kalau betul dilihat dari persidangan Parlimen baru ini dalam isu pemberian biasiswa contohnya, hanya Ibrahim Ali yang lantang mempertahankan hak orang melayu sebagaiman termaktub didalam perlembagaan. Mana perginya suara orang melayu dari UMNO atau PAS dalam hal ini. UMNO sememangnya telah kita ketahui akan berdiam diri kerana semuanya ”Ya, Tuan...”, PAS pula, adakah kerana isu ini dibangkang oleh wakil DAP. Sebagaimana dulu, ketika MCA status bumiputera di Malaysia, Ibrahim Ali adalah antara yang bangun menentang sentimen yang cuba dipanaskan oleh MCA.
Apabila Paklah menimbulkan isu pertemuan dengan pemimpin PAS untuk membincangkan nasib orang melayu dan Islam, maka telah jelas akan maksud tersirat Paklah. Mengapa pertemuan kali pertama dulu tidak dihebahkan, kenapa kali kertiga baru dihebahkan.
Kenapa? Hati-hati dengan putar pelit dan agenda jahat UMNO dalam menjamin kedudukan politiknya. Masyarakat sudah tau. Adakah telah ada persetujuan atau keputusan yang dipersetujui oleh PAS yang akan diputarbelitkan oleh Sabery yang kalah baru-baru ini di RTM. PAS harus mengkaji semula akan muzakarah ini.
Kalau betul untuk memperjuankan Islam dan orang melayu, keAdilan juga patut serta kerana majoriti ahlinya juga adalah melayu dan Islam. Mengapa hanya PAS. Jelas agenda tersirat UMNO akan merugikan PAS. PAS perlu teguh dalam perinsip perjuangan selama ini. UMNO tidak ikhlas dari awal lagi dan kalau betul UMNO ikhlas, UMNO perlu mengaku apa yang telah dilakukan didalam PRU12 untuk memenangi negeri-negeri yang majoritinya umat Islam dan melayu contohnya di Terengganu. Jangan hanya pendai bermuzakarah tetapi dosa-dosa dulu dilupakan. UMNO perlu iklas dan telus."
[Read More...]


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat





Lanjusoh, Mohd Yusri Amin Mon


Jul 21, 08 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.
Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _
[Read More...]


Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali



Salmah Mat Husain Mon Jul 21, 08 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.
"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.
Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.
"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.
Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.
"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,"ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.
Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj/mks. _
[Read More...]


Muzakkarah: Kalau Tuan Guru Nik Aziz Tak Berkenaan, Kita Harus Patuh



Oleh BuahBeluluk

Banyak sudah kita baca tentang muzakkarah yang rasanya tak payahlah saya nak ulas panjang. Bagi saya apa jua pendirian kita, kita harus lihat pada pendirian Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Beliau telah 18 tahun memerintah dan tahu sepak terajang UMNO. Beliau merupakan seorang harus dirujuk, kerana cara hidup beliau yang sentiasa bermunajat & memperbaiki hubungan dengan Allah, dan bagi saya beliau sentiasa diilhamkan oleh Allah apa yang baik apa yang buruk.
Kita sendiri sebagai orang yang berfikiran, lebih2x lagi beriman harus tahu buruk baik tindak tanduk kita terutama dalam survival parti. Ada banyak perkara perlu kita teliti tindak tanduk UMNO ini:-
a) Mengapa tidak pernah disebut tentang muzakkarah ini pada pilihanraya 2004 setelah PAS dikatakan kalah teruk, inilah merupakan masa paling sesuai, jika UMNO ikhlas dalam memperjuangkan survival Melayu dan Islam.
b) Mengapa apabila berdepan dengan PAS disebut2x muzakarah (begitu lembut sekali) tetapi apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tahanan ISA, UMNO begitu menggila dan bersifat tidak normal.
Saya umpamakan UMNO sekarang umpama berjiran, sebelah kanan PAS, sebelah kiri Saudara Anwar, didepan Tahanan ISA. Apabila jiran UMNO ini keluar dia akan memandang jiran PAS dengan senyuman kadangkala cuba menghulurkan salam.

Apabila berdepan dengan jiran Anwar, jiran UMNO ini akan menhentam, memaki, memfitnah dan mengelarkan berbagai kata nista. Apabila berdepan dengan jiran Tahanan ISA, mereka akan menyombongkan diri, mengatakan jiran ini jahat tanpa bukti kukuh. Maka kita sebagai orang yang waras harus berfikir tentang jiran UMNO, apakah tangan yang dihulur ini tidak mempunyai makna tersirat, atau mungkin satu hari nanti tangan ini akan ada benda2x kotor yang akan terpalit pada tangan kita.

c) Kita juga jangan lupa betapa double standard yang diamalkan oleh UMNO/BN ini dimana ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak diberi peruntukkan RM500,000 untuk diagihkan pada kawasan parlimen yang diwakili.Untuk kita bertandang ke rumah jiran, harus pastikan perangai hodoh jiran itu elok dahulu sebelum kita mula dekat padanya. Bagi saya PAS telah banyak kali memberitahu UMNO untuk membetulkan perbuatan hodoh mereka, jika mereka tidak berubah, saya rasa kita tidak perlulah layan mereka lagi.

Akhir sekali, janganlah kita berlagak pandai kononnya muzakarah ini sebagai satu Political Strategi, kerana kita harus ingat Rasul s.a.w yang pernah ditawarkan Jawatan, Harta, diawal dakwah baginda tidak pernah menerima ini semua sebagai Political Strategi meskipun beliau pada masa itu berada didalam keadaan belum lagi kuat.

Moga PAS terus diberkati Allah... dan musuh Allah akan hancur Allahuakhbar..
Sekian, Wassalam.
[Read More...]


Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad



Petikan Siasah
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).
Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.
“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid.
Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.
Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors