Protes di Selangor , orang Pas ke.???



Hmmm... orang Pas dah pakai topi ada lidah, musykil-musykil...


Siapalah agaknya saudara diatas ini??? Hanya Allah sahaja yang tahu niatnya.
Al-Bakri fi Muar

Gambar diatas diambil dari minaq-jinggo selepas lihat ada berita dalam FB saya.
Setahu saya setelah sekian lama bersama Pas, belum ada ahli-ahli Pas yang membuat tindak sedemikian sebelum berbincang pimpinan. Dan ini bukan cara Pas untuk mendesak pimpinan kerana kita lebih suka bermusyawarah.

Persoalannya kenapa tiba-tiba sahaja perkara ini timbul.
Pecahan kerusi dari 56 buah kerusi adun di Selangor

Pakatan Rakyat : 35 (PKR 14; DAP 13; Pas 8)
Barisan Nasional: 20
Bebas : 1 (adun P.Klang)

Dari segi jumlah kerusi kelebihan sebanyak 15 buah kerusi. Siapa tahu kejadian perampasan kuasa di Perak cuba dilakukan di Selangor tetapi mungkin cara yang berbeza. Sekarang Perak diperintah oleh MB kudeta (Coup d'état). Dulu tak tahu makna kudeta, rupa-rupanya bawa maksud rampasan kuasa. Wikipedia

Wallahualam.
[Read More...]


Pas Melaka: Pemuda Umno 'ganas'



Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga tercedera seorang ADUN Pakatan Rakyat, malam tadi.Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.
Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Jailani Khamis "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka hari ini."Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (Jailani) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," kata Sofi Wahab.
"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain."Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil."Ternyata mereka (Pemuda Umno) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang."Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.
"Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."Dihubungi petang Malaysiakini ini, Jailani bagaimanapun menafikan memaki Pemuda PAS dan polis. Beliau mengakui mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pemuda DAP.Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda Umno "bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat.""Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.
Tambahnya, pergelutan itu bagaimanapun dapat dileraikan dalam masa yang pantas apabila beberapa pegawai polis berpakaian biasa bertindak mengheret seorang ahli Pemuda Umno dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno tersebut.Sumber Malaysiakini dengan sedikit edit/-

Sumber: klik disini
[Read More...]


Pemilihan:Husam ingatkan penyokong jaga perpaduan parti



[Read More...]


Selesa 'main politik selamat'?



Basiron Abdul Wahab
Sat Nov 01, 08 7:35:45 am MYT

Dahulunya, nama beliau antara "pendakwah selebriti" yang popular di kaca TV. Tahun 1999, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dipilih sebagai Adun. PAS Pahang melakukan kejutan dalam pilihan raya ke-10 itu.

Ternyata negeri Pahang bukan lagi kubu Umno. Kini sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim merupakan ulama muda yang diperhatikan geraknya. Wartawan Harakah, BASIRON ABD WAHAB, baru-baru ini bertanyakan lima soalan kepadanya.

Dato' dikatakan sering ke luar negara, boleh dikongsi mengapa perlu agak kerap ke sana?
Saya keluar negara selalunya atas dua urusan. Pertama, jemputan pelajar atau petugas Malaysia di luar negara. Program ini biasanya bagi mengisi program mereka, yang melibatkan kursus kefahaman Islam dan bagi membincangkan isu-isu semasa.

Kedua, atas urusan syarikat. Selepas pilihan raya ke-12, saya bersama rakan membuka sebuah agensi menguruskan umrah dan ziarah. Ada di antara jamaah mengharapkan saya bersama mereka bagi membimbing ibadah tersebut. Biasanya dalam setahun saya akan mengikuti rombongan sekali atau dua kali.

Saya mempunyai tanggungan sendiri, dengan tiga orang anak di universiti, dua sekolah menengah dan tiga di sekolah rendah. Saya juga masih menanggung pinjaman semasa bertugas dengan UiTM.

Justeru, saya mesti ada sesuatu punca atau sumber pendapatan bagi menanggung keluarga, di samping tugas jamaah yang juga memerlukan sumber kewangan kukuh. Walaupun pendapatan daripada sumber berkenaan tidak seberapa, tetapi ia dapat meringankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.

PAS negeri Pahang di bawah kepimpinan Dato' dilihat seperti bermain "politik selamat", misalnya seperti ditunjukkan dalam isu-isu muzakarah dan muqabalah.

Sebenarnya tidak timbul soal "politik selamat".
Bagi saya, isu utamanya ada dua:
1. Isu yang melibatkan dasar parti; ia tidak boleh diputuskan oleh satu dua orang dalam parti. Ia mesti dibawa ke muktamar khas, tiada apa yang perlu dihebahkan sehingga boleh menjejaskan kesepakatan parti.
2. Saya diamanahkan sebagai AJK PAS Pusat dan ahli Majlis Syura bagi mewakili Jawatankuasa PAS Pusat. Kita mempunyai saluran parti bagi meluahkan kebimbangan, pandangan atau apa jua isu yang melibatkan persoalah dalaman parti.

Inilah saluran sebenar agar kita dan ahli-ahli di bawah tidak bercelaru bilamana wujud sesuatu isu penting.

Seluruh kepimpinan hendaklah membawa mandat parti dalam apa jua keadaan. Kita boleh ada pandangan peribadi, tetapi pandangan jamaah adalah keputusan dan dasar yang perlu didokong.
Dato' masih belum membebaskan diri dari gaya seorang pendakwah, benarkah begitu?

Saya akui bahawa kita adalah parti dakwah dan siasah. Manusia dicipta oleh Allah dengan watak dan gaya serta acuan yang dikehendaki-Nya. Ada orang melihat bahawa sebagai ahli politik kita mesti keras dalam hujjah, tegas dalam penyampaian dan sebagainya. Itu ada kebenarannya kerana kepimpinan memerlukan penegasan.

Tetapi ruang dakwah mengajar kita agar berlemah-lembut dalam penyampaian dan bertegas dalam dasar Islam. Terkadang ada yang terkeliru antara metod dakwah dengan prinsip dan dasar ini.

Saya beberapa kali diminta "bantai habis-habisan" dalam ceramah. Saya tertanya-tanya, nak bantai siapa? Kalau Umno itu sasaran dakwah kita, manusia tak akan menerima kebenaran yang dipaksakan. Mereka akan tunduk dengan kebenaran yang dapat menyelinap masuk ke hatinya, bukan jasadnya.

Lihat ingatan Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun apabila Allah memeritahkan mereka pergi kepada Firaun. Allah menyuruh berbicara dengan lemah lembut, agar ia ingat akan Allah dan takut pada kekuasaan Allah.

Jika Pakatan Rakyat dapat mentadbir Malaysia, apakah peranan PAS, khususnya di Pahang?
Pakatan Rakyat Pahang diterajui oleh PAS. Kita mempunyai sabuah badan induk Pakatan Rakyat di Pahang yang mengadakan pertemuan dwi-bulanan.

Dan apa jua isu berbangkit, kita akan keluarkan kenyataan bersama. Andai kata Pakatan Rakyat menguasai Malaysia, PAS Pahang mempunyai peranan besar dalam merealisasikan hasrat perubahan yang diimpikam rakyat.
Kita mempunyai rangkaian jentera parti yang besar dan kemampuan ketokohan yang dapat dibanggakan.
Sebagai parti yang utama, kita mempunyai kemampuan bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Pahang. Keakraban dalam hubungan Pakatan Rakyat Pahang menjadi nadi utama bagi mendokong hasrat ini.
Dato' sering didakwa oleh musuh politik di Pahang sebagai 'orang Kelantan', apa komen?
Nama pun musuh, apa saja yang dirasa dapat bagi sedikit keuntungan tentu akan ditimbulkan, walaupun tak benar. Saya fikir ada dua elemen yang menyebabkan dakwaan itu. Pertama nama saya Tuan, ini jarang ada selain orang asal dari Kelantan atau Terengganu. Kedua, latar belakang keluarga.
Ayah saya berhijrah ke Pahang tahun 1957 dan menetap di Kg Batu Balai. Bahkan kedua ibu bapa saya ada watikah daripada Sultan Abu Bakar yang mengesahkan bahawa kedua-dua ibu bapa saya diterima sebagai rakyat Sultan Pahang.
Watikah itu masih ada dalam simpanan. Dulu setiap rakyat dari luar Pahang yang menetap di Pahang, ia hanya diiktiraf sekiranya ada watikah dari Sultan Pahang, maka barulah jadi rakyat Pahang.
Sebab itu saya dan adik beradik berhak mendapat biasiswa dan apa-apa keistimewaan sebagai rakyat Pahang. Saya dilahirkan di Batu Balai tahun 1960 dan mendapat pendidikan di Pahang. Tapi kalau dah tak ada isu, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan isu digunakan, walaupun ia tak betul.

Dalam zaman era globalisasi, kalau isu seperti ini terus ditimbulkan, maka kita ternyata sudah ketinggalan jauh ke belakang.

Jangan pandang belakang
[Read More...]


Umno Pernah Tawarkan Jawatan Kepada ADUN PAS Kelantan yang bersedia melompat par



Oleh Perdana V6
Umno nampaknya kian resah dengan rancangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan yang dijangka berlaku pada 16 September 2008 apabila Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat ke PR.Ramai pemimpin-pemimpin Umno yang mengutuk tindakan PR khususnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kononnya melakukan sesuatu yang tidak demokratik, memerintah melalui pintu belakang dan sebagainya.

Tapi lupakah pemimpin-pemimpin Umno/BN siapa yang mengajar melakukan perkara-perkara ini? Lupakah Umno/BN atau buat-buat lupa tindakan mereka membeli ADUN-ADUN PAS semasa memerintah Negeri Terengganu tahun 1960-an sehingga tumbangnya kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar ketika itu, Daud Samad? Adakah itu satu tindakan yang demokratik pada pandangan pemimpin Umno?.

Lupakah pemimpin Umno semasa Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir Kelantan tahun 2005 yang lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Anuar Musa (sekarang Tan Sri) telah menawarkan secara terbuka kepada ADUN-ADUN PAS yang bersedia melompat parti dijanjikan dengan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker DUN Kelantan dan EXCO Kelantan.

Jika pemimpin umno sudah terlupa tawaran yang dibuat oleh umno, kita lihat laporan sebuah akhbar bertarikh 26 November 2005 yang menyiarkan tawaran yang dilakukan oleh Anuar Musa yang ketika itu sangat ghairah untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat :Umno tawar jawatan kepada Adun Pas PASIR MAS: Umno Kelantan bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat Pas yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir. Wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata BN berbuat demikian untuk faedah rakyat Kelantan, demi mengubah kehidupan mereka yang kini serba ketinggalan. Dengan seorang daripada wakil rakyat perlu dilantik menjadi Speaker katanya, kedudukan di dalam DUN Kelantan akan menjadi seri 22-22. “Selepas itu, siapa wakil rakyat Pas menjadi orang pertama hingga ke tujuh menyeberang kita tawarkan jawatan itu.“Tetapi rasanya ini tidak akan berlaku kerana Pas tidak akan berani mengambil risiko dan menunggu sehingga wakil rakyatnya menyeberang.
Lagipun jika ada wakil rakyat Pas yang uzur dan tidak boleh hadir sidang DUN, wakil rakyat BN boleh mengemukakan undi tidak percaya dan jatuhlah kerajaan negeri.

“Walaupun Datuk Nik Aziz kata ada kelebihan setengah kerusi pun beliau tidak akan bubar dewan, tapi saya percaya sebagai orang politik beliau tidak akan berani mengambil risiko,” katanya berucap pada majlis mesra rakyat bersama penduduk Banggol Ara di sini, semalam. Justeru, kata beliau, jika penduduk Kelantan mahukan perubahan, maka pilihan raya kecil kali ini adalah faktor penentu ke arah itu dan mereka perlu memastikan kemenangan calon BN. Annuar berkata, selepas 15 tahun pembangkang memerintah Kelantan keadaan taraf hidup penduduknya masih jauh dan sekarang ada 19,000 keluarga miskin dengan 13,000 daripadanya ditakrif golongan termiskin berpendapatan kurang RM250 sebulan, selain kadar pengangguran di kalangan siswazah seramai 25,000 orang.


Dengan terang-terang Anuar Musa menawarkan pelbagai jawatan kepada mana-mana ADUN PAS yang bersedia melompat parti, turut disiarkan ialah taktik kotor yang dirancang oleh Anuar Musa untuk menumbangkan kerajaan negeri Kelantan melalui undi tidak percaya di dalam siding DUN Kelantan.Bagaimana penilaian pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam hal ini? Kenapa tidak ada pemimpin-pemimpin umno yang mengkritik tindakan Anuar Musa itu?Kita imbas pula pengalaman yang dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz ketika berhadapan dengan suasana pemerintahan ketika itu yang hanya mempunyai kelebihan hanya 1 undi, ditambah pula dengan perancangan jahat daripada Umno/ BN yang dikepalai oleh Anuar Musa.

Adakah Tuan Guru Nik Aziz atau kelab penyokong Kerajaan Kelantan, membawa keluar Negara ADUN-ADUN PAS seperti yang dilakukan oleh BN BBC semata-mata untuk mengelakkan Ahli-ahli Parlimen mereka melompat kepada PR pada tarikh 16 September 2008?Kita boleh saksikan sekarang betapa penakutnya Umno dalam menghadapi suasana politik sekarang walaupun Pak Lah masih mendabik dada kononnya mendapat mandate yang besar dalam PRU yang lepas tetapi hakikatnya Pak Lah sangat gentar dengan Susana politik sekarang, berbeza dengan sikap PAS khusunya Tuan Guru Nik Aziz, walaupun mereka memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi ketika itu.Apa yang boleh disimpulkan sekarang ialah, Umno merupakan pemimpin yang hipokrit kerana bercakap tak serupa bikin dan pemimpin-pemimpinnya kini takut dengan bayang-bayang sendiri.

Perdana V6
[Read More...]


Pastikan PAS terus bergerak ikut landasan Islam



Roslan Shahir
Fri Sep 19, 08 3:55:14 pm MYT

Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias.

Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu, apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.

Hari ini kita merupakan antara parti yang memiliki kekuatan keahlian yang terbesar, dengan cawangan di merata pelosok tanah air, dan pimpinan yang berbagai kelayakan, pengalaman dan latar belakang.

Ia merupakan peningkatan berlipat kali ganda berbanding dengan PAS sewaktu awal penubuhannya dahulu. Hari ini kita merupakan parti di luar BN (saya tidak mahu sebut pembangkang) yang memiliki kerusi Parlimen dan Dun yang terbanyak yakni 107 kerusi. Iaitu 23 parlimen dan 84 Dun (termasuk Dun Sanglang yang terbaru).

Lantas kita sedar bahawa ini merupakan anugerah Allah SWT kepada kita yang perlu dipikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Apapun, asas dan prinsip kita tidak sekali-kali akan berubah, kita akan kekal mendaulatkan Islam sama ada dalam keadaan kita tinggal 1 kerusi parlimen dan beberapa kerat kerusi Dun atau kini dengan 107 kerusi.

Oleh itu apabila ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan memperingatkan kita darihal asas dan prinsip asal perjuangan kita, sepatutnya kita terima dan sama-sama akur. Biar kita beringat diwaktu senang jangan sebaliknya.

Semua kita bertanggungjawab memastikan kita tidak tergelincir apalagi berundur atas landasan yang telah ditetapkan, dan siapakah lagi yang terlebih berat tanggungjawabnya jika tidak pimpinan tertinggi.

PAS kita yakin akan terus teguh dan kukuh. Apa sahaja perbezaan pandangan di kalangan kita perlu kembali kepada panduan tertinggi kita. Perbezaan itu tidak wajar dibawa sehingga memecah-belahkan jemaah, kerana ini gerakan Islam, tiada siapa di antara kita yang mahu terlibat dan dipersalahkan dalam memecahkan kesatuan Islam yang telah sama-sama kita bentuk dengan darah dan air mata ini.

Sama-samalah kita bekerja untuk Islam, kita pertahankannya dan dalam waktu yang sama kita berkawan dan bertahaluf dengan sesiapa sahaja yang menghormati dan memahami dasar dan prinsip perjuangan kita itu.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS
[Read More...]


PAS jangan hantar isyarat salah



Abdul Shukur Harun
Fri Sep 12, 08 11:36:24 am MYT
Pilihan Raya Umum Ke-13 akan berlangsung lima tahun lagi, atau lebih cepat daripada itu. Pilihan raya adalah mekanisme rakyat menguji dan menilai imej, persepsi, keterampilan dan prestasi parti dan para calon.
Pada pilihan raya umum lalu PAS telah menang cemerlang di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Antara lain kerana sokongan besar daripada pengundi bukan Melayu, di samping sokongan sebahagian pengundi Melayu.

Ada yang mendakwa bahawa sokongan bukan Melayu ini hanya bersifat sementara, tetapi mesti ingat tidak ada benda pun di dunia ini yang tidak bersifat kekal.

Saya berkongsi pandangan dengan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkifli Ahmad mengenai ingatannya kepada pemimpin dan pendukung PAS seluruhnya supaya jangan mengulangi kesilapan PAS pasca-pilihan raya 1999 yang lalu hingga menyebabkan kekalahan teruk dalam PRU 2004.

Pandangannya ini dirakam dalam wawancara akhbar Siasah dengannya baru-baru ini. Pada saya ini pandangan objektif, melihatkan realiti politik yang ada di tanah air dan di dalam PAS itu sendiri.

Hujahnya berasaskan fakta, bukan emosi atau didorong oleh pandangan negatif yang lain.
Tentu sekali beliau bertanggungjawab penuh dengan kenyataannya ini, lebih-lebih lagi beliau adalah AJK PAS Pusat, Pengarah PPP dan ahli Parlimen Kuala Selangor, orang yang menekuni secara dekat perkembangan politik di dalam dan luar negara.

Beliau mengingatkan, PAS supaya jangan mengulangi kesilapan pasca-pilihan raya 1999 di mana, katanya, para pemimpin PAS gagal menguruskan kemenangan dengan baik menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya 2004.

Hakikat ini perlu diterima dengan fikiran terbuka dan bersedia memperbaiki serta menguruskan dengan baik kemenangan 2008 yang lalu.

Contoh yang diberi oleh Dr Dzul mengenai sikap bijaksana dan keterbukaan Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai peristiwa sangat relevan dan menarik yang wajar dicontohi.

Terutamanya contoh dalam peristiwa seperti riwayat yang dibawa Imam As-Shatibi dalam kes meletakkan semula Kaabah di tempat asal Nabi Ibrahim a.s. membinanya.

Kaabah itu telah berpindah dari tempat asal ketika banjir besar di Makkah akibat pecahnya Ampangan Maarib.

Rasulullah s.a.w. memang sangat berhajat memindahkan Kaabah itu, tetapi untuk mengelakkan fitnah besar dari kaum Quraisy, "Tengok Muhammad, berani dia membina semula Kaabah" maka Raulullah s.a.w. mengekalkannya di tempat yang sedia ada.

Lebih-lebih lagi baginda memikirkan bahawa kaum Quraisy baru saja memeluk Islam, khuatir mereka akan kembali kufur. Inilah contoh kebijaksanaan dan pandangan jauh Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi realiti masyarakat masa itu. Inilah politik yang penuh kebijaksanaan.

Dalam menguruskan kemenangan PAS ini, saya sekali lagi berkongsi kebimbangan dengan Dr Dzul bahawa kini sudah mula kelihatan menjelang dan semasa Muktamar PAS Ke-54 baru-baru ini.

Sekali lagi dingatkan bahawa PAS bersama komponen lain dalam Pakatan Rakyat telah menerima sokongan cukup besar daripada pengundi pelbagai kaum, lebih-lebih lagi dengan motto manifesto PAS yang sangat berkesan 'PAS Untuk Semua' atau Islam untuk semua.

Dengan usaha gigih berterusan, PAS telah berjaya mengikis prejudis kaum Cina dan India terhadap PAS, malah menyokong calon PAS dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Pengundi Cina dan India, bukan saja membawa bendera PAS, malah sesetengahnya menyelimut badan mereka dengan bendera bulan purnama.

Pandangan begini sesuatu yang tidak dapat dilihat pada masa lalu.

Ini adalah hasil usaha dan sikap terbuka serta keikhlasan pendukung PAS, di mana ia tidak bersifat perkauman, malah menekankan keadilan Islam kepada semua kaum dan agama.

Sokongan pengundi bukan Islam ini bukan semata-mata kerana kebencian mereka kepada Umno-BN disebabkan dasar perkauman, rasuah dan segalanya, tetapi lebih daripada itu, mereka yakin PAS mampu berlaku adil kepada semua kaum, bersih dan amanah. Ertinya bukan Melayu menerima hakikat keadilan Islam tetapi menolak perkauman yang sempit.

Ini persepsi umum pengundi bukan Melayu yang purata jumlahnya 40 peratus dan pengundi Melayu 60 peratus.

Daripada 60 peratus pengundi Melayu itu terbelah pula kepada pengundi Umno-BN dan PAS, belum lagi yang mengundi KeADILan dan DAP. Ini adalah tsunami politik, seperti kata Dr Dzul, kerana perubahan besar disebabkan, antara lain, isu Hindraf dan Bersih.

Kata Dr Dzul lagi, kita hanya akan dapat meraih kemenangan ini pada masa depan, ketika mereka percaya kepada PAS, seperti mereka mempercayai KeADILan dan DAP. Justeru, saya merumuskan di sini bahawa kita mestilah memelihara hati mereka, sensitiviti mereka.
Dengan makna yang mudah, tanpa mengorbankan dasar asas PAS, kita mestilah menghindarkan isu perkauman dan pemikiran seumpamanya.

Tetapi ketika saya mengikuti Muktamar Dewan Pemuda PAS di Perak baru-baru saya berasa cemas dan tidak selesa kerana suasana muktamar itu lebih banyak diselubungi suara dan udara perkauman, yang kadang-kadang seperti ke belakang serta menakutkan.

Mujurlah saya berasa dengan lega ucapan ketuanya, Salahuddin Ayub pada majlis perasmian dan penggulungan muktamar tersebut yang mencetuskan pemikiran cemerlangnya untuk menggarap cabaran berat masa depan.

Pemuda adalah sayap penting parti, pemimpin pelapis yang sewajarnya membuat persediaan secukupnya dari segi ilmu, kewibawaan, keterampilan, bacaan politik dan kebijaksanaan. Lebih daripada itu ia perlu memahami situasi terkini tanah air kita yang pelbagai kaum dan agama di mana, mereka adalah pengundi yang menilai kita tiap lima tahun sekali.

Al-marhum Dr Muhd Natsir, pemimpin ulung Indonesia, pernah mengingatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan di Jakarta dulu supaya Anwar menerima hakikat realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pada tahun 80-an, PAS berkempen menentang assabiyah, faham perkauman. Malangnya suku abad kemudian suara assabiyah itu semakin nyaring pula terdengar. Kira 'reverse' gear nampaknya. Ini tidak baik bagi sebuah parti politik kontemporari.

Memang PAS tidak pernah berkompromi dengan dasar Islamnya betapa pun terbuka dan toleransinya kita, justeru kerana syariat Islam yang menebarkan keadilan seluruh alam dapat diterima oleh rakyat pelbagai kaum.

Suasana di Malaysia berbeza dengan suasana di negara Arab, umpamanya, di mana demokrasi tidak diberi ruang untuk bernafas dan ia hanya didominasi oleh satu bangsa saja, iaitu bangsa Arab.

Justeru itu, para pemimpin Pemuda kita, yang kebanyakannya mendapat pendidikan dari negara Arab (ini adalah sesuatu yang sangat baik), sewajarnya memahami dan mendalami bacaan politik negara ini.

Saya terkesan ketika mendengar perbahasan Ucapan Dasar Presiden, di Muktamar Penuh PAS itu di mana ada pembahas yang seolah-olah tidak memahami realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Ada pula perwakilan yang begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat, di mana PAS menjadi salah satu komponennya.

Pada saya, sebarang masalah dalaman Pakatan Rakyat, yang baru berumur enam bulan itu, sewajarnya dibincangkan di peringkat dalaman oleh para pemimpin Pakatan dan masalah itu boleh diselesaikan di peringkat antara parti. Itu cara yang bijaksana, daripada 'meluahkannya' di muktamar yang demikian terbuka.

Dari semua yang berbangkit di muktamar itu, ditambah dengan isu muzakarah dan muqabalah, nampaknya kita menghantar mesej atau isyarat yang salah kepada rakyat pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

Ini mengingatkan saya kembali kepada pesan Dr Dzulkifly Ahmad tadi supaya kita jangan mengulangi kesilapan pasca pilihan raya 1999 dulu.

Dengan sokongan pelbagai kaum, PAS telah mencapai kemenangan pada pilihan raya umum ke-12. Justeru, sewajarnya kita menguruskan kemenangan ini dengan penuh bijaksana.

Sebarang sikap berselimut emosi, ego, sentimen, fanatik tidak menentu, menolak fakta dan kebenaran, bermakna kita tidak menguruskan kemenangan dengan bijaksana.

Ingatlah, PAS akan menemui pengundi kembali lima tahun lagi atau lebih cepat dari itu. Ketika itu pengundi akan melihat wajah dan watak PAS untuk dinilai kembali oleh mereka.

Sesungguhnya masa depan PAS bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan dan pendukung PAS sendiri. - mr _
[Read More...]


PAS Tanjung beri bantuan sahur kepada mangsa banjir



Mohd Sabri Said
Sun Sep 07, 08 4:30:32 pm MYT

PULAU PINANG, 7 Sept (Hrkh) - PAS Kawasan Tanjung menyumbangkan 500 bungkus nasi kepada mangsa banjir sebagai jamuan bersahur di sekitar Jalan P. Ramlee, Kampung Makam, Kampung Dodoi dan Darby Guard.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan berkenaan, Rasidi Salim memberitahu, PAS turut bersimpati terhadap dugaan yang mereka terima di saat-saat umat Islam sedang menyambut Ramadan al-Mubarak.

Ujarnya, lajnah menggunakan van untuk menggangkut bungkusan dan berjalan kaki dari rumah ke rumah bagi membantu mangsa yang bangun untuk bersahur.

"Ramai yang terkejut melihat kami datang untuk memberikan mereka sedikit makanan bersahur yang dibungkus kemas sebagai tanda simpati daripada PAS Tanjung," terangnya gembira dengan sambutan yang diberikan.

Katanya lagi, PAS Tanjung mengambil sikap menyediakan bekalan bersahur kerana mengelak daripada bertembung dengan jentera Umno yang menyediakan nasi bungkus pada waktu berbuka.

Malangnya, ada runggutan yang mengatakan nasi bungkus yang disediakan Umno semasa berbuka ada yang basi.

PAS Kawasan Tanjung juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugasnya yang sanggup mengharungi air menyumbangkan makanan kepada mangsa yang terlibat.

"Terima kasih pada petugas yang tidak tidur untuk melaksanakan tugasan parti terhadap dugaan Allah dan berhadap rakyat yang mengalami banjir kilat itu bersabar dan ingat kejadian itu ada hikmahnya yang tersendiri," jelas Rasidi lagi. - mns
[Read More...]


Politik ugut Abdullah untuk sekat kerajaan baru



Mahfuz Omar
Thu Sep 04, 08 12:00:35 pm MYT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN

PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.
Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.
Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu.
Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.
Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau.
PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini.
BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.
Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat.
Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan.
Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama.
Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik.
Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?
Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah.
Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.
PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN.
Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya.
Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang.
Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.
PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.
Ahli Parlimen Pokok Sena,Ketua Penerangan PAS Pusat. _
[Read More...]


Belanjawan 2009: PAS bimbang tiris dan bocor



Khairul Azlam Mohamad
Sun Aug 31, 08 6:47:26 am MYT
HULU TERENGGANU, 31 Ogos (Hrkh) - PAS melahirkan rasa kebimbangan akan terus berlaku 'ketirisan' dan 'kebocoran' dalam pengurusan serta pengagihan Belanjawan 2009 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kesangsian itu, dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang tidak yakin belanjawan yang dibentangkan itu memberi manfaat kepada rakyat umumnya.

Katanya, apa yang membimbangkan akan berlaku juga 'ketirisan' dan 'kebocoran' pengurusan daripada peruntukkan disediakan dalam Belanjawan 2009.

"Apa yang membimbangkan saya ialah 'ketirisan, kebocoran' daripada peruntukan-peruntukan yang sering kali berlaku. Saya masih tidak mempunyai suatu keyakinan.

"Pelaksanaan tidak sempurna selagi kerajaan tidak dapat membersihkan negara daripada amalan rasuah, daripada penyelewengan-penyelewengan dan penyusunan bajet yang tidak selaras dengan rakyat dan negara,"jelasnya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), di Dewan Utama KUDQI, Kubang Lembek, semalam.
Justeru itu, katanya PAS kominted mahu membenteraskan amalan rasuah serta penyelewengan yang berlaku dalam negara ini.
"Kita (PAS) mengharapkan akan berlaku perubahan dan kita (PAS) mahu langkah-langkah membersih negara dari rasuah dan penyelewengan diteruskan.
"Kita (PAS) mengharapkan Perdana Menteri yang ada ini dapat melihat kelemahan-kelemahan yang ada dan membaiki kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan itu,"tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpendapat penyediaan peruntukkan yang besar belum tentu lagi dapat menyelesaikan masalah rakyat kerana bergantung kepada pelaksanaanya.
"Peruntukan besar belum tentu lagi dapat menyelesaikan masalah, bergantung kepada pelaksanaannya. Saya harapkan tidak 'bocor', tidak 'tiris' dan jika bocor lagi jawabnya tidak selesai masalah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Belanjawan 2009 yang baru dibentangkan oleh Abdullah kelmarin.
Namun begitu, kata Presiden PAS itu kesalahan tersebut bukan hanya terletak di bahu Abdullah selaku Perdana Menteri sahaja.
Menurutnya, kesilapan tersebut adalah kerana perbuatan 'orang' (pemimpin) yang terdahulu dan beliau terpaksa memikulnya.
"Ini bukan kesalahan Abdullah sahaja tetapi beliau memikul kesilapan oleh mereka (pemimpin) yang lalu. Dalam tempoh lebih 50 tahun negara Merdeka, beliau terpaksa memikul tanggungjawab ini,"jelasnya.
Katanya, PAS mengharapkan akan berlaku perubahan yang bakal membawa kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara. - mks. _
[Read More...]


PAS yang sentiasa releven!



Oleh jinbukitridan"

Pilihanraya sudah, menangpun sudah. Tumpuan rakyat kini sudah tentu kepada Dato' Seri Anwar dengan agenda perubahannya. Dengan kepulangannya ke Parlimen yang direstui rakyat barangkali banyak isu reformasi yang diperjuangkan diperingkat awal kebangkitan rakyat dapat di ketengahkan kini.

Pas dengan lebih 3000 ahlinya yang terlibat secara langsung sudah tentu berpuashati dengan kemenangan rakyat ini. Cuma ramai yang bertanya dengan saya terutama ahli UMNO mengapa Pas begitu beria-ia berkempen dan berkampung bagi mengusahakan kemenangan kepada PKR ini.

Saya sebagai ahli biasa sudah tentu tidak layak untuk menjawab pertanyaan `sinis' sebegini cuma sebagai ahli menjawablah juga sedikit sebanyak persoalan sahabat-sahabat itu."Pas mengambil pendekatan mengeratkan lagi kerjasama dengan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat walaupun dalam muktamar baru-baru ini ada suara-suara `kecil' yang mengharap kerjasama ini dikaji semula kerana kurang menguntungkan Pas sendiri. Kerjasama dengan PKR dan DAP sebenarnya lebih baik daripada kita berbaik dengan pihak yang langsung tidak boleh berkompromi dengan dasar dan matlamat perjuangan kita.

Sebaliknya dengan Pakatan Rakyat masih kelihatan ada ruang untuk kita `bertahaluf siasi' dan mencari titik pertemuan yang serasi. Pas sekali lagi membuktikan yang mereka bukanlah parti ekstrim atau jumud dengan pendekatan yang tidak fleksibel.Selagi mana rakan-rakan PR menghormati dasar dan perjuangan kita selagi itulah gabungan ini wajar dipereratkan dan semangat solidariti itulah yang ditunjukkan dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu"..Sahabat saya itu mengangguk tanda faham dan bersetuju.

Ironisnya ramai orang di luar sana yang masih menganggap Pas itu sama seperti parti nasional yang lain. Akal mereka masih gagal menerima kenyataan yang ada parti yang benar-benar tulus dan ikhlas berjuang berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam memperjuangkan negara dan membela nasib rakyat!.Pimpinan Pas sama ada daripada Majlis Syura,Mursyidul Am,Presiden, pimpinan pusat hinggalah ke cawangan semuanya lahir dari proses tarbiyyah yang panjang dan berkesan.

Itulah uniknya Pas. Apabila matlamat parti dan jemaah menjadi keutamaan,kepentingan peribadi diketepikan. Tidak ada ruang untuk mana-mana pimpinan atau individu berjuang untuk kepentingan peribadi jika halal,haram,dosa dan pahala menjadi pedoman. Rakyat perlu terus dihidangkan dengan menu perjuangan yang sebegini agar iklim politik negara yang kian berjerubu dapat digantikan dengan sebuah kerajaan yang adil,amanah dan diberkati Allah.

Iklan teks:
[Read More...]


Kehebatan PAS kerana Al-Quran



Dilulus terbit
Monday, August 18 @ 22:41:23 MYT oleh SongkokPutih


"Buat Pertama kalinya penulis mengikuti Muktamar Tahunan PAS secara penuh. Di dalam muktamar ini melihat bagaimana kematangan para perwakilan yang berucap dan membahaskan ucapan dasar presiden. Setiap kritikan dan cadangan yang dikeluarkan secara lembut ataupun keras bersandarkan kepada sifat sayangkan parti Islam ini.Isu Muqabalah yang diwar-warkan oleh media arus perdana dapat diselesaikan dengan baik tanpa timbul sebarang ketidakpuasan hati dari semua perwakilan dan pemerhati. Walaupun sebelum ini, semacam terdapat pertelingkahan di kalangan pimpinan terhadap isu ini.
Tetapi selepas diberi penjelasan oleh Presiden dengan bersandar kepada Al-Quran dan sirah Nabi SAW, para perwakilan dan ahli dapat menerima dengan baik penjelasan tersebut.

Dalam isu ini, Majlis Syura Ulamak mengaitkan dengan apa yang berlaku di Perjanjian Hudaibiyyah dan Kisah antara Nabi Musa dan Firaun. Semua ini bersandarkan kepada Nas yang jelas.

Realiti kesatuan ahli PAS ini cukup berbeza dengan keadaan ahli dan pimpinan UMNO dan BN, bahkan DAP dan PKR. Apakah rahsianya PAS dapat bersatu bermula penubuhannya pada tahun 1951 sehingga sekarang.?
[Read More...]


Keikhlasan PAS tidak dihargai orang Melayu



Adnan Ibrahim
Mon Aug 18, 08 2:50:36 pm MYT

"Jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila wartawan bertanyakan pandangannya berhubungan muzakarah PAS dengan Umno.

"Tergamak Nik Aziz berkata begitu!" mungkin itu luahan spontan orang Umno terhadap kenyataan Mursyidul Am tersebut. Apakah Nik Abdul Aziz tidak melihat masjid, bank Islam dan amal makruf yang dijalankan kerajaan Umno?

Sekiranya dilihat sepintas lalu memang ada kebenaran juga hujah Umno tetapi Nik Abdul Aziz bukan orang baru dalam politik. Semasa PAS bersama Perikatan, beliau sudah bergelomang dalam siasah dan sudah masak dengan politik Umno.

Peristiwa yang paling besar dan sukar dilupakan dilakukan pemimpin Umno ialah menghantar surat menghalang Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Surat tersebut ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun dengan kuasa yang ada di Kelantan, Nik Abdul Aziz masih mampu melaksanakan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) yang gagal dibuat oleh pemerintah Umno.
Walaupun banyak perkara kebaikan yang dilakukan Nik Abdul Aziz tetapi kerana tidak ada kuasa pencegahan iaitu peraturan yang menghalang berlaku kecurian dan rompakan maka kerugian besar dialami oleh rakyat Kelantan apabila kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn dimasuki pencuri yang menyebabkan kehilangan barang emas bernilai jutaan ringgit.
Kerajaan Kelantan sedia membayar ganti rugi kepada penyimpan dengan nilai bersamaan emas yang disimpan. Kepada mereka yang menyukai bentuk antik barangan emas mereka sudah tentu kehampaan tetapi inilah hakikat yang patut diterima apabila peraturan Islam tidak dapat dilaksanakan.

Pemerintah Umno juga gagal mengharamkan judi dan penjualan arak secara berleluasa. Umno juga meneruskan muamalat riba. Keuntungan yang diperolehi daripada sumber haram itu menyebabkan Umno sanggup menghalalkan yang haram.

Perbuatan pemerintah Umno tersebut akhirnya memberi kesan besar ke atas umat Islam. Walaupun masih ramai yang mempercayai perkara itu haram tetapi mereka memandang mudah malah tanpa sedar berlaku amalan haram yang sebati dalam kehidupan mereka.

Tidak dinafikan Umno meningkatkan syiar Islam dengan pembinaan masjid tetapi Umno tidak ikhlas dalam mengimarahkan rumah Allah itu.

Kata Nik Abdul Aziz, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di masjid negeri itu. Namun apabila beliau sampai di Perak, diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.

"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama. Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama," ujarnya.

Jadi alasan Nik Abdul Aziz bahawa jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS memang sangat sesuai dan kenyataan yang patut menjadi iktibar kepada Umno kerana mereka sebenarnya tidak ikhlas dengan Islam.

Bagaimanapun dalam PAS terdapat dua aliran sama ada pendapat mengatakan tidak bersetuju dengan muzakarah dan yang bersetuju.
Namun begitu kedua pendapat tersebut bukan merupakan satu percanggahan apabila Mursyidul Am PAS, berkata muzakarah boleh dilakukan sekiranya Umno sedia menerima Islam.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu tidak bertentangan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain, malah mereka sealiran demi kepentingan Islam, masa depan negara serta dominasi Ahli Parlimen Islam dalam kerajaan.

Mursyidul Am, berkata PAS akan memberitahu pemimpin parti Umno mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.

"Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS.

"Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak," katanya.

Ternyata kedua pemimpin besar PAS begitu ikhlas dengan Islam dan orang Melayu tetapi orang Melayu tidak memahami kerana pemikiran mereka dijajah oleh Umno yang terlalu gila kuasa, pangkat dan harta kekayaan.

Malah penjajahan Umno terhadap pemikiran orang Melayu itu melalui media massa dan kuasa kerajaan memutar belitkan fakta dan propaganda memburukan PAS.

Walaupun begitu, betapa jahatnya Umno lakukan terhadap PAS tetapi PAS tetap tidak berdendam dengan Umno. Dalam hal ini PAS mempunyai pendirian yang konsisten. Umpamanya dalam masalah Iraq, sikap PAS mengecam kekejaman Presiden Iraq, Saddam Hussein terhadap rakyatnya.

PAS melahirkan pemusuhan dengan Saddam kerana pembunuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa malah Saddam tidak bersedia melaksanakan undang-undang Islam.

Sebaliknya pemusuhan PAS boleh berubah malah bersimpati dengan Saddam apabila beliau diserang oleh Amerika Syarikat pada 2003. PAS menyifatkan kekejaman tidak boleh dibalas dengan kekejaman.

Walaupun Saddam kejam tetapi tindakan Amerika itu lebih kejam. Amerika tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Iraq. Biarkan rakyat Iraq sendiri bertindak terhadap pemimpin mereka dan menentukan hala tuju politik negara itu.

Begitu juga PAS mengecam Umno kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rasuah, menaikkan harga minyak dan lain-lain tetapi PAS tidak dapat menerima orang bukan Islam mendominasi politik pemerintah negara.

Ia bukan berkauman tetapi keutamaan kepada kepentingan Islam serta melihat peristiwa dan sejarah lalu yang berlaku dalam negara. Dalam keadaan sekarang pun orang bukan Islam sudah berani menginjak dan mempertikaikan Islam apa lagi apabila mereka menguasai negara.

Bagaimanapun sekiranya Umno masih berniat jahat dengan Islam tetapi Allah SWT lebih mengetahui tipu daya mereka. Mungkin sudah masanya Umno akan pupus kerana tidak mustahil sekiranya Ahli Parlimen Umno pun turut berbondong-bondong menyertai PAS atau KeAdilan pada 16 September ini. - mns_
[Read More...]


PAS perlu perkukuh Pakatan Rakyat - Mursyidul Am PAS



Lanjusoh
Foto Nasir Sudin Sun Aug 17, 08 10:51:51 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat memandangkan Umno sudah jelas tidak mahu kepada Islam dan sekiranya dibiarkan Malaysia akan menjadi seperti Turki.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak perlu hendak bermuzakarah dengan Umno memandangkan parti itu sudah jelas tidak mahu menerima Islam.
"Kalau hendak muzakarah juga kita tanya mereka sebab apa tidak mahu menerima Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan budaya. Kita kena tanya mereka di mana tidak kena Islam sehingga Umno tidak mahu menerimanya.

"Hanya ini sahaja yang boleh.. kalau kita hendak muzakarah dengan Umno," katanya ketika berucap mengulas usul memperkukuh Pakatan Rakyat yang dibentang wakil Dewan Pemuda pada muktamar hari terakhir pagi ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di sini.
Namun katanya, setelah sampai di Perak diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.
"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama.
"Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama.
"Saya pun hairan, satu pihak hendak berunding dengan Umno dan satu pihak lagi hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat, macam mana boleh berlaku sedemikian. Ini menggelirukan orang ramai," tambahnya.

Beliau juga bimbang sekiranya dibiarkan Umno terus menguasai negara, tidak dapat ditolak kemungkinan pada masa akan datang al Quran juga akan dicetak dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan di Turki semasa di bawah Kamal Antartuk.

Menurutnya, penyakit itu akan berlaku di Malaysia kalau kita biarkan parti itu menguasai pentadbiran negara. Beliau juga berkata, PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan orang Melayu hidup sejahtera di lima negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.

"Kalau Umno tiada di muka dunia ini.. orang Melayu pun tidak rosak. Di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang orang Melayu pun boleh hidup juga," katanya.

Mursyidul Am juga menegaskan penerimaan orang bukan Islam kepada Islam itu menjadi perkara utama baginya. Kata beliau orang Cina, India dan orang Asli boleh menerima perjuangan PAS sehingga mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum lalu. Oleh beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan.

"Kalau kita sayangkan Umno kita keluarkan mereka daripada kegelapan, yang tua-tua itu biarlah.. sudah payah, begitu juga mereka yang mempunyai duit banyak.. biarlah.

"Seperti juga kita payah hendak tebang pokok besar, kecuali dengan cara kita buangkan dahulu ranting, dahannya dan lama-kelamaan pokok besar itu akan mati juga.

"Cuma kita tumpulah kepada golongan muda dengan mengajak mereka kepada Islam," ujarnya.
Sekali lagi beliau menegaskan kalau Umno merasakan mereka cukup kuat sehingga tidak mahu menerima Islam, lebih baik buat bumi sendiri dan jangan tinggal di bumi ciptaan Allah Taala.
Pada kesempatan itu juga beliau memberitahu muktamar PAS kali ini merupakan gerbang kepada kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi. - mj/tmj _
[Read More...]


Ahli baru PAS meningkat selepas pilihan raya






Sijil keahlian baru ahli Pas disampaikan oleh Tn Hj Mohammad Sabu.

Lanjusoh
Foto Wan Zahari Wan Salleh Fri
Aug 15, 08 5:31:28 pm MYT
IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Pertambahan ahli-ahli baru PAS meningkat dengan mendadak selepas pilihan raya umum lalu, kata Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar.
Tanpa memberitahu daripada jumlahnya beliau mengakui bertambah dengan banyak disebabkan minat orang ramai terhadap PAS meningkat.

"Saya tidak dapat hendak menjelaskan secara terperinci dalam pada muktamar hari ini kerana ia memerlukan masa," katanya sebagai menjawab persoalan diungkitkan perwakilan pada muktamar petang ini.

Mengenai pemilihan calon, kata beliau perkara itu dibuat melalui beberapa siri mesyuarat peringkat lajnah politik, dewan harian, Majlis Syura dan laporan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri.

Seramai 25 perwakilan memberi pandangan terhadap laporan dan penyata Muktamar PAS kali ke-54 selepas muktamar disambung pada sesi petang.

Menjawab soalan perwakilan dari Sabah dan Sarawak kata Kamaruddin, PAS Pusat akan membuat beberapa pendirian dan keputusan mengenai perkembangan PAS di kedua-dua negeri tersebut.

"Beberapa keputusan akan dibuat bagaimana hendak tingkatkan lagi parti di negeri terbabit," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, pasukan peguam PAS tidak memberi tumpuan kepada isu membabitkan kes dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim memandangkan sudah ramai peguam handalan yang terlibat.
Katanya buat masa ini lajnah tersebut lebih memberi tumpuan kepada pembelaan membabitkan pemimpin dan ahli PAS.

"Lagi pun peguam yang membela Ketua Umum KeADILan itu diketuai Haji Sulaiman Abdullah bersama lapan lagi peguam mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan PAS.

"Tidak semestinya kita berada di depan ketika di mahkamah semasa kes Anwar disebut. Sedangkan kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan peguam terbabit dari semasa ke semasa," katanya. - mj
[Read More...]


Kes umat Islam, hanya Mahkamah Syariah beri keadilan - Presiden



Mohd Zamirul Mohd Dzaki
Mon Aug 11, 08 12:53:58 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mahukan isu liwat yang dikait dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah syariah dan bukannya dibicarakan di mahkamah sivil.

Beliau berkata, kes liwat yang membabitkan orang Islam adalah perkara jenayah di dalam perundangan Islam sama seperti kes zina dan lain-lain maka ianya perlu dibawa ke mahkamah syariah.

"Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor perlu menggubal perundangan tersebut kerana melalui mahkamah syariah sahaja keadilan dapat diperolehi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan SEAMO, RECSAM semalam.

PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar.

"Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu" katanya.
Menurutnya lagi, pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar adalah satu kezaliman.

Ini kerana, ianya dilihat sebagai taktik Umno untuk memusnahkan masa depan politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

"Kita perlu bersimpati kepada mereka yang dizalimi walaupun kepada mereka bukan dari ahli parti kita," katanya.

Tambahnya lagi, menurut Islam seseorang itu tidak bersalah selagi dia belum didapati atau berjaya dibuktikan bersalah.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man; Penyelaras Pilihan raya PAS Pusat di Permatang Pauh, Wan Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemimpin PAS lain. - mks. _
[Read More...]


Keputusan JK PAS Pusat



Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNOTETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGANDEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH


PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri.


Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.


Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.


DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

PresidenParti Islam Se Malaysia (PAS)

31 Julai 2008
[Read More...]


Lebih baik UMNO Tumpukan Perhatian Atasi Masalahnya



Thursday, 24 July 2008 13:00


Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang tadi. Tan Sri Muhammad berkata akan ada lebih banyak mesyuarat di antara PAS dan UMNO.

Nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad ialah untuk menumpukan perhatian menyelamatkan partinya yang sedang menuju kehancuran tanpa cuba menggunakan Parti lain untuk membantunya. Kerajaan UMNO yang mereput tidak boleh diselamatkan dengan gimmick seperti itu.


Langkah seterusnya bagi Pakatan Rakyat ialah bagi Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat bertanding di dalam pilihanraya kecil dan dari situ, sikap UMNO boleh diukur nanti. Kemenangan Dato’ Seri Anwar boleh menggugat Abdullah dan UMNO. Untuk itu, lebih baik UMNO menguruskan kusut masai parti mereka tanpa melibatkan orang lain.



http://www.husammusa.com/
[Read More...]


PAS konsisten pertahankan prinsip



Roslan Shahir
Thu Jul 24, 08 5:49:39 pm MYT

Kebelakangan ini kita banyak melihat PAS khasnya melalui Dewan Pemudanya sering melakukan protes sama ada terhadap kerajaan negeri milik bersama Pakatan Rakyat mahupun kerajaan yang diterajui BN. Ianya bukan sesuatu yang baru tetapi lebih kerap kebelakangan ini.

Terbaru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah menyerahkan nota bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung konsert yang melibatkan artis Indonesia kontroversial, Inul, yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Sebelum itu Pejabat Daerah Johor Bharu telah membatalkan konsert yang sama yang sepatutnya diadakan di daerah tersebut 19 Julai lalu. Khabarnya Dewan Pemuda PAS Johor adalah antara yang terlibat membantah program itu.

Mengapa penting sangat kita membantah acara-acara ini, sebagaimana Dewan Pemuda Selangor merasakan penting membantah konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam baru-baru ini?

Sudah pastilah ianya kait-mengait dengan asas dan dasar perjuangan kita. PAS adalah sebuah gerakan Islam dan jelas terpahat kukuh Islam sebagai dasarnya dan Islamlah juga tujuan dan matlamat perjuangannya. Lantaran itu terpikullah atas kepala bahu setiap ahli dan pendukungnya, amanah untuk memastikan yang Islam dalam apa keadaan sekalipun diperjuang, dipertahan dan dipelihara.
Allah SWT berfirman:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. (ali Imran: 104)

Lalu dalam hal ini, PAS lah puak itu, dan tindakan PAS melalui Dewan Pemudanya itu merupakan manifestasi dari pegangan ahli-ahli PAS terhadap ayat ini malah seluruh yang dituntut dan diseru serta dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan oleh Rasul s.a.w. melalui sunnahnya.

Kerana itu PAS tidak boleh berdiam diri dalam isu-isu kemasyarakatan dan negara khasnya yang melibatkan Islam, nasib dan masa depannya. Isu-isu Islam sama ada yang kecil atau remeh sehinggalah yang besar dan yang berkaitan dengan kenegaraan, hukum dan perundangan akan terus diperjuangkan sebagaimana yang ternukil di dalam perlembagaan parti.

Mungkin ada sesetengah pihak merasakan tindakan PAS membuat bantahan terhadap konsert itu sesuatu yang tidak signifikan. Ternyata mereka ini tidak mengenali PAS. PAS sama ada dalam keadaan ia menang besar atau tinggal satu kerusi parlimen, tanpa satu negeri pun yang ditadbir, tetap konsisten dalam usaha-usahanya. Jika tidak ia seolah menggugurkan prinsip dan dasar perjuangannya yang didukung sejak lebih 50 tahun lalu.

Kerana itu sejarah telah membuktikan PAS, sama ada dalam keadaan bersendirian atau bertahaluf dengan pihak lain, tidak pernah sekali-kali bersetuju atau bersedia menggadaikan prinsipnya kerana kemahuan kawan atau tuntutan kuasa. Dalam apa keadaan pun redha Allah adalah lebih penting dari redha manusia dan populariti. Inilah dasar yang dipertahankan oleh para pengasas kita, membawa ke zaman Almarhum Dr Burhanuddin, Almarhum Prof Zulkifli, sehingga ada yang keluar masuk penjara, tercedera hatta syahid di Memali.

Kerana itu PAS akan terus berjalan sama ada bersendirian atau berkongsi kuasa bagi menerokai jalan untuk memungkinkan Islam mendapat ruang dan peluang untuk dilaksana dan dinobatkan. Sesiapa sahaja yang membuka ruang dan peluang itu akan menjadi rakan PAS dan sesiapa sahaja yang mengekang atau menghalangnya akan ditinggalkan oleh PAS.

Kita mahu melihat 50 tahun berikutnya, PAS menempuh era baru dimana dasar dan perjuangannya diberi pengiktirafan dan dihormati serta diterima oleh semua. Itulah perjuangan kita dahulu dan itulah perjuangan kita insya Allah sampai bila-bila. - tajdid

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS._
[Read More...]


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat





Lanjusoh, Mohd Yusri Amin Mon


Jul 21, 08 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.
Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors