Ulasan dari rakyat jelata



Pas Bakri
8 April 2009

Assalamualaikum!!
Dikesibukan kerja masa untuk mengemaskini blog juga kadang-kala tergendala. Tapi tak mengapa hari ini saya bawa kepada pembaca komen-komen yang saya dapat dari blog-blog lain. Komen-komen tentang kemenangan dan kekalahan calon dan parti yang bertanding.

Komen dari pembaca blog Kadir Jasin:
Semoga Dato' sejahtera selalu.
Dalam ruangan khas di TV semalam seorang penganalisa politik menyebut lebih kurangnya bermaksud "kemenangan PAS dengan majoriti yang diperolehi tidak sepadan dengan populariti calon. Siapalah dia jika dibandingkan dengan calon BN".
Kenyataan ini dapat diterjemahkan bahawa beliau telah menjangkakan kekalahan di Bukit Gantang bila diletakkan calon tidak terkenal di situ.
Sesungguhnya Dato' penasihat begini yang boleh diibaratkan sebagai sokong membawa rebah. Jika dah tahu tidak membawa kemenangan kenapa perlu diletakkan beliau di situ. Kenapa tidak diletakkan calon yang menyakinkan yang lebih popular dari calon lawan. Beliau juga semacam menyalahkan(?) warga Kedah kerana memilih Pakatan Rakyat yang tidak berkemampuan membuat pembangunan. Saya tinggal di Kedah sejak lahir lebih lima dekad. Selama itulah ditadbir oleh parti yang sama. Pembangunan memang ada (maklumlah dalam masa lima dekad). Kerajaan PR baru mentadbir satu tahun (bukan satu dekad).
...komen yang ini agak menarik dari orang yang sama...
Macam mana seorang penganalisa boleh menganalisa dengan membuat perbandingan dua keadaan yang jauh berbeza. Kalau nak membezakan kesedapan rasa buah buatlah bandingan buah durian Bukit Selambau dengan buah durian Bukit Gantang. Jangan bandingkan durian dengan epal. Nampaknya penganalisa politik pun sama ...... hendak mengambil hati ketua baru.
Ulasan saya: Sejak dari dahulu lagi ramai manusia pencacai dan pembodek. Sebelum posting ini, saya juga telah menghantar artikel pendek berkenaan dengan panel penganalisis (RTM).....
lagi komen dari blog Kadir Jasin....
Datuk, (Kadir Jasin)
Pada pengamatan sayalah sebagai rakyat biasa mengenai keadaan politik semasa:
1. Kekalahan BN merupakan tamparan hebat kepada Tun Mahathir. Ini kerana selama ini Tun menganggap faktor kelemahan Pak Lah yang membuatkan orang UMNO berpaling arah di dalam PRU12. Namun anggapan Tun meleset kerana golongan2 ini sebenarnya sudah keluar dari UMNO tetapi biasalah manalah nak hantar surat keluar parti. Cuba check nama mereka dalam parti PKR dan PAS, mereka dah menjadi ahli. Bukan saja di Bkt Gantang tetapi di mana-mana sahaja. Ternyata faktor Tun M adalah faktor kekalahan utama. Bayangkan Pak Lah menang bergaya dan terbesar dalam sejarah pilihanraya BN pada tahun 2004. Ini kerana ramai yakin dengan BN kerana Tun M dah pencen pada waktu itu. Jika diikutkan trend berikut, sewajarnya Najib mendapat kemenangan besar dalam PR kecil ini kerana baru diberi tugas menjadi PM. Tetapi disebabkan rakyat nampak sebenarnya team Najib ini reflection Team Tun Mahathir, sebab itulah rakyat marah sangat2. Lebih2 lagi Najib masih tidak mempertahankan nama baik beliau dengan melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Ku Li untuk menyaman akhbar2 antarabangsa di negara masing2. Malah, sebenarnya semua kena faham bahawa UMNO secara tidak nampaknya telah berpecah kepada 2..iaitu orang2 Najib yang didalangi Tun M dan juga kumpulan yang menyokong Pak Lah. Rakyat sekarang dah pandai menilai dan membuat keputusan.
2. Parti kerajaan masih menggunakan media massa tempatan untuk menyerang parti lawan. Rakyat dah meluat untuk melihat berita TV3 kerana melampaunya usaha kerajaan melalui TV3 untuk menjatuhkan parti lawan. Dah berkali-kali BN gunakan strategi ini, tak serik-serik lagikah gunakan strategi yang telah lama memakan semula diri? Rakyat takan simpati dengan BN lagi.. Ini cerita dah lama mengenai ucapan DS Anwar sewaktu dalam BN di Sarawak mengenai DAP pun nak dimuatkan dalam berita TV1 dan TV3. Itu cerita lama.Rakyat pun tahu benda mcm ni tak de kesan pun pada pendirian mereka. Siapa penasihat media BN ni? Bodoh sangat mereka itu.
3. Ternyata saluran maklumat alternatif iaitu Internet masih menjadi raja di dalam penentu kemenangan calon2 PKR dan PAS di Semenanjung Malaysia. Rakyat boleh membaca dan menimbang sendiri apa2 isu yang berlaku.
4. Kekukuhan PAS, PKR dan DAp sebagai satu pakatan amat jelas sekali menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh bekerjasama. Meskipun ada ramai pemimpin PKR dan PAS yang kononnya mengambil rasuah, namun kerajaan PR tidak kisah mereka ini disiasat oleh SPRM. Ini kerana PR telus dan ketelusan ini dinilai tinggi oleh rakyat. Tidak seperti BN pulak apabila ada pemimpin2 mereka yang ada skandal, mereka akan mati2 mempertahankan bahawa mereka ni tidak bersalah malah sampai PM sejak Tun M jadi PM lagi pun akan pertahankan mereka ini dengan mengarahkan SPRM tutup fail ataupun melengahkan siasatan. Bagi parti-parti di bawah PR..dah sampai masanya mereka betul2 bersepakat dan mendaftar nama Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan mempunyai logo sendiri untuk bertanding.
5. Kali ini, UMNO jgn lagi claim bahawa masih lagi menjadi pilihan orang UMNO manakala parti2 PR memperolehi undi kaum Cina dan India. Tolonglah..buatlah analisa sikit ikut peti2 undi. Malah banyak peti2 undi kawasan Melayu dah banyak beralih kepada PAS di Bkt Gantang. Namun tak dinafikan, undi2 melayu di Bkt Selambau berpecah sikit kerana ada calon bebas melayu mendapat sejumlah undi yang besar juga dari orang Melayu. Namun, adanya pertambahan pengundi Melayu kepada calon PKR yang tidak boleh dinafikan.6. Jentera kempen BN teramat lemah. Di Bkt Gantang, kebanyakannya dari UMNO sahaja. Tak dinafikan parti komponen lain pun ada mcm Gerakan, MCA,PPP dan MIC tetapi gerakan jentera ini tidak mendapat sambutan sgt dari parti2 komponen ini. Apa dah jadi? Di Bt Selambau pun, UMNO dan MIC kuat berkempen tetapi MCA dan Gerakan pula mcm biskut Oreo je. Nampaknya BN pun dah mcm berpecah. Hati2 dengan Gerakan kerana jika keadaan sentimen rakyat kepada UMNO dan BN masih memburuk, Gerakan bakal membuat keputusan penting berhubung masa depannya dalam BN. Dahlah MCA pun tak sepakat sesama mereka, Presiden dan Tim.Presiden tak sebulu dan mcm mana nak tadbir parti. MIC pulak masih dipimpin orang yang dah lama patut dihantar ke Arkib Negara.BN kena perbetulkan diri sendiri dulu dan bukannya dengan memberikan BN yang sedia ada yang goyah untuk rakyat memilih di dalam pilihanraya. Betul tak?
Ada banyak lagi sebab musabab yang boleh diketengahkan. Tetapi bagi saya, inilah faktor utama yang menyumbang kepada usaha berterusan untuk menguburkan UMNO.
Ulasan: Ada satu lagi.... UMNO menolak hukum Allah...
Sdr. A Kadir Jasin,
I am still very angry and annoyed with UMNO/BN leaders and members. I was hoping that UMNO/BN would lose all three by-elections but I guess I am quite happy that they lost in two. I would love to give Najib a chance but only 6 months! The first test would be his cabinet formation.
Why am I so angry that every single problem (whether real or perceived) I lay my blame on UMNO/BN?
Why am I brainwashing my children's minds to hating UMNO/BN?It is because:
(1) UMNO/BN members have got little or no conscience!- They have no qualm in voting for corrupted members to lead them!
(2) UMNO/BN members think too highly of themselves!- Mere mortals (the rakyat) are judged based on different standards. The rakyat are stupid fools...
(3) UMNO/BN members take almost everything and gives very little back!- Projects are awarded at huge mark-ups (exorbitantly inflated) using tax payers money!
(4) Wifes of UMNO/BN leaders and members act and behave like leaches!- They expect to be treated like the rakyat owe them a living and we must accord them demigod status!
(5) UMNO/BN-link companies expect people to work for them without compensations!- Service providers should feel honoured to be given a chance to work for them! No compensation required.
During the course of my work, I have worked for UMNO/BN-linked companies. Linked either through the party or individuals (members). These companies expect services to be provided for free! We can invoice them but don't hold ones breath for payment!
Man-hours and man-days spent means nothing to these jokers!
To them, we should be proud to be given a chance to serve an UMNO member! Contracts signed mean nothing as their attitude is "sue me if you dare"!
Why do I say these things? It is because they:
(1) Could afford to change expensive cars like changing shirts;
(2) Could afford live lavishly building bungalows fit for Kings;
(3) Could afford to "sponsor" decision-makers to give "special considerations" to their proposals even though they are not qualified or have no capacity to undertake certain jobs; and
(4) Could afford to pay only those that has direct link to decision-makers.
At the end of the day, I am "screwed" when:
(1) taxes that I pay are misused; and
(2) services provided are not compensated as per agreement/contract.
I would like to refer to TheStar 08 April 2009 (front-page):"Maybe the people are still undecided, so we will have to work harder to convince them"- UMNO Deputy President, Tan Sri Muhyiddin Yassin
For Sdr. Muhyiddin, the people have decided, not undecided. UMNO/BN needs drastic transformation. Don't engage Etos to do the post-mortem on your defeat! They would provide you with answers that you want to hear, not the whole truth! Sekian.
Komen pembaca dari Blog Cina Islam....
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Lagi komen pembaca...
- 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin
UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat
Highway!
- 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa
dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas
182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah
dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Ulasan: Isu tentang tanah, telah diketahui umum bahawa banyak tanah rezab Melayu tergadai dengan alasan pembangunan.... akta Kanun Tanah Negara digunakan untuk mengambil tanah jika tuan tanah tidak bersetuju. Contoh di Kerpan Kedah, Tangga Batu, Melaka, ....
Yang ini orang Johor jangan lupa kisah Kg. Plentong Tengah.... banyak klip video dalam youtube..
Demikianlah antara komen-komen dari blog pilihan hari ini dari blog Kadir Jasin dan Cina Islam.
[Read More...]


Dari blog sahabat



al-Bakri fi Muar
5 April 2009

Berikut saya ambil dari blog aduka taruna. Posting yang ringkas.

ISA: Najib bidas pembangkang
PUTRAJAYA 4 April - ''Kalau tidak bebaskan, kata kerajaan menindas tetapi apabila dibebaskan, cakap kita ini nak popular."

Deyy bodoh! Lu yang tangkap, lu yang bebaskan. Lepas tu nak suruh gua puji dan sembah lu? Bebaskan tak semua pulak tu.Lu dera anak2 tahanan ISA, lu maki hamun, lu caci dan hina, then lu lepaskan dan suruh semua sanjung lu? Macam haram!

Difikir oleh AdukaTaruna

4 maklum balas:
Anonymous said...
nampak sangat la najib sdang berlakon tu..... semalam pegi lepak KL..... selama jadi pemimpin tak pernah pu turun padang..... dapat jadi PM esoknya trus jer jumpa rakyat....... apa.... kalau tak jadi PM tak bleh ke turun padang jenguk rakyat..... nampak sangat la lakonan... -abanghensem
Sunday, April 5, 2009 12:50:00 PM MYT
kembara putih said...
Kes bebaskan tahanan ISA ni memang mengejutkan. Najib dah bertindak di luar kebiasaan, luar kebiasaaan diri dia yang terkenal jahat itu, orang tua kata dah buang tabiat.Menarik untuk dilihat selama mana dia boleh berlawan dengan dalaman diri dia yang sebenarnya (jahat). Mungkin sebulan, setahun @ sehingga PRU13 berlangsung.

Sunday, April 5, 2009 2:28:00 PM MYT
PIC said...
harap yang lain pun dibebaskan jugak

Sunday, April 5, 2009 7:52:00 PM MYT
Anonymous said...
Hapus je ISA tu kalau betul2 nak kembalikan demokrasi.
[Read More...]


Artikel Pilihan: Warna sebenar pemuda (UMNO)



al-Bakri fil Muar
28 Februari 2009

Pagi ini, saya baca satu artikel menarik dari blog Ahmad Zawawi. Tulisan yang ringkas dan mudah untuk difahami.

Beliau memulakan dengan skrip dalam cerita Madu Tiga. "Key point" adalah "... dah terlambat.."

Apa yang boleh disimpulkan adalah tindakan yang dibuat oleh UMNO sekarang untuk memperbetulkan keadaan sudah terlambat.

Sila baca artikel pilihan minggu ini. Baca lagi... klik disini
[Read More...]


Mahfuz kecam penahanan pengendali blog Penarik Beca



Wan Nordin Wan Yaacob
Thu Aug 07, 08 9:15:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mengecam tindakan polis menahan pengendali blog Penarik Beca sejak semalam, dan remannya disambung untuk sehari lagi.

Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Tindakan ini kata Mahfuz menunjukkan betapa tidak cekap dan tidak profesionalnya polis dalam mengendalikan kes-kes seperti ini.

"Tindakan polis menahannya di rumah satu perkara yang tidak profesional, kerana polis boleh menghubungi Penarik Beca dan meminta beliau ke balai, ini pernah dilakukan ke atas pengendali web, Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, dalam kes Penarik Beca polis sepatutnya bertindak seperti kes Raja Petra," ujarnya sebentar tadi ketika menghubungi Harakahdaily.
Mahfuz percaya pengendali blog tersebut adalah seorang yang berani justeru jPenarik Beca boleh datang ke balai untuk disiasat tanpa perlu penahanan dibuat.
Mahfuz juga kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan isteri mangsa sebab-sebab penahanan dan siasatan.

Mengulas lanjut penahanan itu Mahfuz mempersoal kewajaran polis melanjutkan penahanan Penarik Beca sedangkan sepatutnya pasukan itu boleh menyelesaikan sesi siasatan dalam masa sehari.

"Inikah yang dikatakan polis bersih cekap dan amanah, sedangkan dalam kes ini mereka tidak mampu menyelesaikan siasatan dalam tempoh sehari," katanya.
Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa penahanan tersebut adalah satu tindakan yang dilihat hanya untuk menutup kes tertentu yang akhirnya memangsakan pihak yang melaporkan.

Amat malang sekali jika penahanan sedemikian adalah bersifat untuk melindungi kepentingan pihak tertentu, katanya lagi.

Justeru beliau mendesak polis membebaskan segera tanpa sebarang pendakwaan ke atas pengendali blog terbabit.

Terdahulu, isteri pengendali blog terbabit, Salwa Abdul Samad mengesahkan kepada Harakahdaily suaminya ditahan untuk sehari lagi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam Rabu, 6 Ogos di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa. - mks. _
[Read More...]


Orang buka blog, mereka pun nak buat blog.



Assalamualaikum buat semua blogger muslim dan salam sejahtera kepada blogger bukan Islam.



Tajuk mungkin tak berapa menarik tetapi itulah realitinya. Kita terpaksa menggunakan saluran alternatif untuk menyampaikan maklumat ataupun menangkis tuduhan pihak UMNO/BN.


Sebaik sahaja pembubaran parlimen, media-media pro BN secara berterusan menyerang parti-parti lawan sampai naik bosan. Puji melangit buat pemimpin BN, tapi rakyat telah faham propaganda UMNO/BN.


Kami blogger tanpa diupah atau dibayar menyalurkan maklumat-maklumat alternatif buat rakyat. Rakyat amat tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang. Bila harga petrol naik, pemimpin BN minta rakyat ubah cara kehidupan.


Mengapakah baru sekarang pemimpin BN selepas PRU-12 "kepingin" membuat laman blog? Tidakkah pemimpin BN juga mengatakan kami blogger memberi maklumat salah. Sekarang ni dah jadi macam terbalik pula.


Ada satu blog seorang pemimpin UMNO, punyalah semangat nak buat tapi isi hampeh... Pulak tu dok hentam lagi Pakatan Rakyat... Tak serik-serik pemimpin UMNO ni...
[Read More...]


Jangan sekat 'bloggers' dengan undang-undang yang tak wajar



Intan Abdullah Wed Apr 02, 08 1:10:04 pm MYT


KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Kebanjiran media alternatif di Malaysia khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan kepada keputusan pilihan raya tersebut sekaligus mengejutkan semua pihak yang sebelum ini memperkecilkannya. -->-->
Salah seorang pemilik blog, Faisal Mustaffa menyambut baik mengenai usaha kerajaan bertemu dengan bloggers dan pengendali laman web.


Ujarnya, tiada masalah jika pihak kerajaan mahu mengadakan perjumpaan dengan semua pemilik blog termasuk pengendali laman web dengan tujuan mengadakan perbincangan serta menyelaraskan maklumat yang diterima.


Bimbang pertemuan jadi landasan sekatan. Namun beliau bimbang samada pertemuan itu akhirnya ianya menjadi sekatan atau memberikan ancaman kepada hak asasi manusia yang digariskan oleh perlembagaan.

"Kalau boleh, jangan wujudkan sekatan yang tidak sewajarnya kepada pemilik web dan blog.
"Jangan berikan ancaman seperti tindakan undang-undang yang tidak munasabah,sekaligus bercangggah dengan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia," katanya.


"Sekiranya seseorang pemilik blog atau web tersebut dikenakan tindakan undang-undang atau apa jua isu yang dikenakan ke atasnya, maka ia hendaklah diberikan peluang untuk menjelaskan situasi tersebut bagi membela diri," ujarnya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa setakat ini kerajaan masih tidak mempunyai sebarang polisi untuk mengekang kebebasan penulis blog dan pengendali laman web.
Beri bloggers ruang dapatkan maklumat sahih

Selain itu beliau turut mencadangkan supaya pengendali laman web dan blog perlu diberikan maklumat yang sahih bagi memastikan ulasan yang disampaikan menerusi laman web yang dimiliki itu benar.


"Mereka hendaklah diberikan maklumat yang betul dan tepat bagi memastikan ulasan dan pandangan yang dilontarkan menerusi blog masing-masing tidak tersasar daripada kebenaran atau fakta yang asalnya," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.


Tegasnya, penulis blog perlu diberi peluang untuk mendapat maklumat yang betul kerana apa yang disampaikan dalam karya mereka sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pembaca yakni pengguna internet.


Sementara itu, seorang pengendali laman web alternatif yang enggan dikenali berkata kerajaan tidak mampu menyekat kemaraan perkembangan maklumat dalam kecanggihan era teknologi maklumat pada hari ini.

"Mungkin mereka boleh kenakan tindakan undang-undang, tetapi pengaruh globalisasi sukar untuk disekat daripada terus berkembang," katanya lagi.

Ujarnya, kebanjiran laman web dan blog pada pilihan raya umum yang lalu diakui berperanan sebagai ancaman kepada media arus perdana yang sudah kehilangan 'taringnya' kerana rakyat pada saat ini 'dahagakan' maklumat yang cepat, tepat dan betul.


"Rakyat kini mahukan maklumat yang cepat dan betul," tambahnya.
Lutfi kata kebobrokan kerajaan ubah lanskap politik negara
Sementara Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula berpandangan media alternatif yang berteraskan internet bukanlah menjadi faktor utama kepada perubahan landskap politik tanah air.

"Bukan faktor blog tetapi kebobrokan kerajaan yang memerintah adalah menjadi faktor utama kepada apa yang berlaku," katanya.

Jelasnya, ia adalah disebabkan hanya sebilangan laman blog sahaja yang memberi kesan kepada pergolakan politik pilihan raya baru-baru ini.

"Selain amarah rakyat yang memuncak kepada Perdana Menteri, sikap media perdana yang memperbodohkan rakyat juga menyebabkan undi banyak beralih daripada BN. Lagi pun strategi kempen Umno-BN sudah ketinggalan zaman, tengok sajalah tema manifesto Selamat, Amam dan Makmur yang basi itu."


"Internet hanya medium perantara bagi menyampaikan maklumat dan analisis. Isu sebenar adalah kebobrokan kerajaan pimpinan Abdullah yang cukup lemah dan tidak berwibawa," ujarnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir pula menegaskan bahawa penggunaan blog dan laman web sebagai sumber maklumat pada pilihan raya umum baru-baru ini telah pun giat digunakan oleh pelbagai pihak.

"Namun, ia tidak mendapat pengiktirafan oleh mana-mana pihak sebelum ini sehinggalah keputusan pilihan raya diumumkan," katanya.

Menurutnya, keputusan yang mengejutkan banyak pihak itu sekaligus menjawab segala keraguan yang wujud di kalangan pemimpin parti-parti politik untuk menerima penggunaannya sebagai suatu medium yang tidak sewajarnya dinafikan keberkesanannya.
Blog semakin aktif bukti pengaruh besar
Dalam perkembangan lain, Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah dalam laporan kepada akhbar arus perdana berkata, Malaysia yang memiliki hampir 500,000 blog yang aktif menjadi bukti penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.


"Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog," katanya.
Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.
Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Johan Jaafar yang turut menyertai forum tersebut pula berpendapat, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

"Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta," katanya./wann
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors