Tahanan ISA paling lama - Kamarulzaman Teh




Kamarulzaman Teh (15 Januari 1920 - 5 November 2002) yang ditahan di penjara Persekutuan Tanah Melayu selama 22 tahun ialah orang tahanan politik yang paling lama di Malaysia

Ketika Darurat diisytiharkan pada tahun 1948, pihak British menangkap Kamarulzaman di stesen bas Temerloh tanpa sebarang waran dan beliau dituduh dengan pemilikan senjata api.
Anak mangsa tahanan ISA:
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Dipetik daripada blog merdekareview - azm
[Read More...]


Kenyataan Naib Presiden Pas - YB Salehuddin Ayub



[Read More...]


Perkembangan Gerakan Mansuh ISA




Sehingga malam tadi beberapa jalan memasuki bandaraya telah diadakan sekatan jalanraya bagi menghalang perhimpunan tersebut.
Gambar diatas diambil dari blog http://pulakdah.blogspot.com/.
[Read More...]


Tun Razak beri jaminanISA hanya untuk komunis



0oleh Ahmad Tajdid

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960:

"Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu. Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif. "- http://www.lanailestari.blogspot.com/
[Read More...]


Di palang ini - akan ku humban ke neraka kamu !



Laungan itu tidak lagi sedap didengar,ia menjadi racun bisa yg mampu membunuh,dan di palang ini, akan ku humban kamu ke neraka..BEBASKAN TAHANAN I.S.A !!

Saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu



Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca.
Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa.
Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan. Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.


[..] Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam. (*)kredit kepada merdekareview
[Read More...]


Mansuh ISA



Email Oleh : Topeng Perak® Unmasked
by pemudawilayah
Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan.
Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.
Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.
Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan.
Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya.
Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.
Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!
[Read More...]


ISA: 7 tahun menunggu suami bebas ISA tetapi hampa




BUKIT GANTANG, 5 April:

“Isteri mana yang tidak sedih bila suami tidak dibebaskan…” itulah kata-kata pertama Puan Norlaila Othman ketika diminta menyatakan perasaannya selepas suaminya tidak tersenarai dalam senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan, baru- baru ini.(Gambar atas: Saat-saat manis Norlaila bersama suaminya Mat Sah. Namun selepas tujuh tahun dipisahkan mereka tetap menunggu.)

Namun begitu, Norlaila, isteri tahanan ISA selama lebih tujuh tahun, Mat Sah Satray yang sehingga kini gagal dibuktikan kesalahannya, beliau tetap bersabar dan berdoa agar terus tabah menjalani kehidupan ini.

Norlaila berkata demikian dalam satu temubual ringkas dengannya setelah mendapati tiada nama suaminya di dalam kalangan 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Najib pada 3 April lalu.
Beliau menambah, oleh kerana sudah biasa di mana nama suami tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan, beliau dan anak lelaki tunggalnya, Suhaib, 15, tetap dapat menghadapi situasi berkaitan.

Bila ditanya adakah beliau menangis, jawabnya, mestilah tapi sikit sahaja kerana orang tidak sahlah jika orang perempuan tidak menangis untuk meredakan perasaannya.

Tentang anaknya, Suhaib, Norlaila berkata, kelihatan anaknya itu seperti bapanya juga, bersikap tenang sepertimana bapanya juga namun ada juga masa-masanya dia tidak tahan seperti terpaksa menghempaskan beg bila mendapat tahu bapanya tidak juga dibebaskan.
Sebenarnya, ujar beliau, terdapat tiga orang lagi yang ditahan selama tujuh tahun seperti Dr Abdullah Daud dari Johor, Shamsuddin Sulaiman (Kuala Lumpur) dan seorang dari Sabah, Ustaz Zainun Rashid yang isterinya, Hapipah Manji sedang menderita sakit jantung sejak empat tahun lalu.

Bercakap lebih lanjut tentang perasaannya, beliau amat berkata, jika diikutkan memang telah habis air mata menangisi cabaran yang mendatangi keluarga mereka selama ini.
“Peringkat awal dulu, memang saya sering ikutkan perasaan, namun bila difikirkan semula rasanya tidak perlu terus-terusan berbuat demikian, apa yang lebih penting adalah berusaha membebaskan suami dan kawan-kawannya dengan melibatkan diri dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

“Kini telah banyak usaha yang GMI lakukan ke arah membebas dan memansuhkan ISA,” katanya dalam satu pertemuan sebelum ini. IBH
Sumber: Siasahdaily
[Read More...]


GMI kesal ada tahanan ISA ditahan lebih tujuh tahun



Nyza Ayob
Wed Nov 12, 08 5:17:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) - Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) melahirkan kekesalan kerana sehingga hari ini masih ramai yang ditahan di bawah ISA sehingga hampir tujuh tahun tetapi sebahagian mereka yang didakwa dengan tuduhan sama telah dibebaskan.
Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh sewaktu sidang akhbar di lobi Parlimen tengah hari ini.

Beliau juga turut kesal sehingga kini terdapat 64 orang tahanan ISA yang mana seramai 11 orang telah ditahan lebih daripada lima tahun, tujuh orang selama lebih empat tahun, 12 orang selama lebih tiga tahun, 19 orang selama lebih dua tahun, lima orang selama hampir satu tahun dan lima orang ditahan kurang daripada setahun.

"GMI sudah acap kali mendengar kenyataan-kenyataan sama ada yang dibuat oleh Abdullah sendiri atau oleh menteri berkenaan tentang penggunaan dan penahanan ISA yang dibuat secara teliti, berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya. Namun sebenarnya kenyataan itu ternyata berbeza daripada realiti.

"Beberapa kes penahanan dan pembebasan terkini membuktikannya iaiti kes terhadap wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin," katanya.

Tambahnya, dalam kes Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok, penahanan dibuat dahulu sebelum kes diteliti. Manakala dalam kes Raja Petra, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar tidak mengikut prosedur yang betul di bawah Seksyen 8 ISA dalam mengeluarkan perintah tahanan.

Sementara itu, isteri kepada tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, Norlaila Othman yang turut serta dalam sidang akhbar itu melahirkan kekecewaan terhadap Menteri Dalam Negeri kerana suaminya masih ditahan hampir lapan tahun.

"Jika Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ingin menutup Kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup Kem Tahanan Kemunting," katanya.

Antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai sidang akhbar tersebut ialah Ketua Whip PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad. Turut serta, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom.

Selain Syed Ibrahim dan Norlaila, GMI turut diwakili beberapa orang aktivisnya. Antaranya Aliza Jaafar, dan Nashitah Md Nor. Turut serta Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh.

Dalam pada itu, sebagai tanda bantahan yang berterusan terhadap akta zalim itu, GMI turut menyerahkan memorandum serta 50,000 poskad bantahan rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menandatangani 'mock up' poskad bantahan tersebut.

Selain itu, poskad berkenaan antara lain GMI mendesak pemberhentian kezaliman yang ke atas tahanan dan keluarga tahanan, ISA dimansuhkan serta Kem Tahanan Kemunting ditutup.
[Read More...]


Deepavali yang tiada erti buat keluarga ISA



Anis Nazri
Sat Nov 01, 08 7:27:40 am MYT

Ditemani Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan jurugambar Wan Zahari Salleh, misi bantuan kepada keluarga ISA diteruskan ke Tanjung Malim dan Cheras, 23 Oktober lalu.

Bersempena Deepavali yang bakal menjelang, keluarga India pula menjadi tumpuan.
Destinasi pertama kami menuju rumah bekas tahanan ISA, Sanjeev Kumar, di Taman Bernam, Tanjung Malim yang berkerusi roda ketika menyambut kedatangan kami.

Walaupun beliau sudah dibebaskan September lalu, namun nasibnya yang terpaksa bergantung harap kepada isterinya, Sharmila begitu menyentuh hati kami.
Seperti pertemuan sebelum ini, Sharmila tetap tersenyum manis bercerita tentang suaminya,lebih-lebih lagi selepas suaminya dibebaskan September lalu. Namun, kami agak terkilan apabila dimaklumkan Sanjeev tidak dibenarkan bercakap dengan media serta tidak boleh diambil gambarnya.

Menghormati pendirian mereka serta memahami syarat-syarat yang terpaksa dipatuhi Sanjeev yang ditahan selama setahun satu bulan di bawah ISA, kami hanya bertanya khabar dan merakam perbualan dengan Sharmila.

Keperitan Sanjeev yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat diseksa teruk ketika dalam tahanan polis dikongsi bersama Lutfi, yang turut bercerita tentang pusat rawatan fisioterapi yang kerap dikunjungi Lutfi kebelakangan ini. Sambil mengurut-urut bahagian kaki Sanjeev, Lutfi menyatakan berhasrat mahu membawa Sanjeev 'berubat' bersamanya di pusat fisioterapi itu.

Sharmila turut bercerita kesukaran mereka untuk menyambut Deepavali di kediaman ibu bapa mereka, di Kalumpang, Hulu Selangor.

"Sudah sebulan kami menghantar surat untuk memohon pulang ke Kalumpang pada Deepavali ini kerana Sanjeev tidak dibenarkan keluar dari Tanjung Malim. Sedangkan kampung kami bersebelahan sahaja, tetapi kerana ia sudah masuk negeri Selangor, ia menyukarkan kami," cerita Sharmila. Malah, hendak mendapatkan rawatan untuk suaminya di luar kawasan pun sukar.


Menghabiskan masa bertanya khabar kira-kira satu jam bersama, kami menyampaikan sumbangan kepada Sharmila sebanyak RM 1,000 hasil sumbangan pembaca Harakah yang prihatin dengan nasib keluarga ISA.


Kami kemudiannya memasuki lebuh raya untuk ke pejabat. Namun, di pertengahan jalan Lutfi meminta Wan Zahari yang memandu agar ke kawasan rumah panjang di Cheras, mengunjungi sebuah lagi keluarga ISA.


Kebetulan, wakil GMI, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashitah Md Noor turut berkunjung ke rumah M. Leela untuk memberi bantuan kepadanya. Bapa Leela yang uzur menyambut kami.


Suami Leela, Sundaraj Vijay telah ditahan selama setahun di Kamunting, kerana dikatakan memiliki beberapa passport dan kad pengenalan palsu.


Leela, yang bekerja mencuci tong pemadam api menghadapi kesukaran membesarkan anaknya yang disahkan menghidapi penyakit autisme.

Cerita beliau, ada ketikanya anaknya yang berusia tiga setengah tahun akan berkelakuan ganjil dan menguji kesabarannya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bersendirian tanpa suami di sisi.
Wajahnya mula mendung apabila bercerita tentang anaknya. Apatah lagi apabila menceritakan bahawa tiada sesiapa yang menyanggupi untuk menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja.
"Ayah saya pun tak larat nak jaga. Kalau dia mengamuk, tiada siapa yang boleh membantu. Sebab itu saya tertekan. Nak bekerja lagi, jaga anak lagi," keluh beliau.

Namun, di sebalik kedukaan itu, Leela sentiasa menunjukkan keriangannya ketika bercerita kepada kami. Malah, beliau sering memujuk hatinya dengan menganggap suaminya kini bekerja di luar negara, dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Menyedari masa yang semakin rembang dan 'deadline' yang menanti, kami kemudiannya mengundur diri. Wakil GMI, kemudiannya menyerahkan sumbangan pembaca Harakah sebanyak RM1,000 kepada Leela bagi persiapan keluarga itu menyambut Deepavali akan datang. Lutfi turut menyampaikan 'duit raya' kepada bapa Leela dan empat orang cucunya.
"Sedih betul tengok nasib Sanjeev tadi. Walaupun dia tak boleh bercerita lanjut tentang penyeksaan dalam tahanan polis kerana syarat-syarat ketat pembebasannya, Harakah mesti melakukan sesuatu. Mana boleh dibiarkan kezaliman bertindan-timpa ini berlaku," Lutfi meluahkan amarahnya sambil meminta saya konsisten menulis tentang isu ISA ini. - mks
[Read More...]


Menziarahi keluarga malang ISA Sandakan















Anis Nazri
Thu Oct 09, 08 2:02:09 pm MYT
Jika sebelum ini keluarga mangsa tahanan ISA di Semenanjung, khususnya di Kuala Lumpur, sering menjadi perhatian Harakah, kali ini Sabah menjadi destinasi kami untuk meninjau sendiri kehidupan penuh getir mereka yang teraniaya itu.

Bermula 23 Sept hingga 24 Sept lalu, warga Harakah diketuai sendiri oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman; jurugambar, Wan Zahari Salleh; wartawan, Anis Nazri; dan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Norlaila Othman bergerak seawal jam tujuh pagi untuk meneruskan misi 'Rayuan Akhir Ramadan'.
Mengambil masa dua setengah jam, kami tiba di Lapangan Terbang Sandakan, jam 10 pagi. Ketibaan kami disambut Suhaida, Penyelaras GMI Sabah yang juga aktivis muda PAS Sabah.

Sejurus check-in di hotel, kami diminta untuk meneruskan perjalanan ke sebuah rumah keluarga tahanan di Batu 17, Sandakan. Melihatkan sahaja rumahnya yang uzur dan usang, cukup membuatkan kami terdiam seketika.

Norhatta Paraji, tidak banyak bercakap ketika menyambut kedatangan kami. Beliau lebih suka tersenyum membalas soalan kami. Hanya kami yang bertanya itu dan ini. Ternyata suaranya bagaikan emas, terkunci untuk berkongsi kepayahan yang dihadapinya.

Kehidupan bersama tujuh anaknya, yang semuanya tidak bersekolah cukup menggambarkan keperitan dan kesusahan yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu apabila suaminya dicekup ISA.
Kepayahan hidup bersendirian menguruskan anak-anak menyebabkan beliau tidak menghantar anak-anak ke sekolah, lantaran perjalanan ke sekolah yang jauh, anak kecil yang tiada penjaga serta terpaksa menunggu kedai runcit warisan suaminya.

Kira-kira dua jam di sana, selesai menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada Norhatta dan RM50 untuk setiap anaknya, warga Harakah bergerak ke sebuah perkampungan lain, iaitu Kampung Tinosan Dua, untuk menemui seorang lagi isteri tahanan ISA, Hapipah Majid bersama dua anaknya.

Perjalanan agak mencabar kali ini apabila kereta yang kami naiki terpaksa melalui jalan yang berliku, berlopak dan penuh kedaifan. Sepanjang perjalanan, Suhaida petah bercerita tentang kepayahan penduduk kampung itu memohon bantuan jalan kampung.

Kami tiba di perkampungan atas air, meniti jambatan kecil lagi uzur untuk ke rumah Hapipah. Kami berasa lega seketika apabila anak-anak Hapipah yang kehilangan kasih-sayang seorang bapa sejak enam tahun lalu dihantar ke sekolah. Mujurlah anak kecil itu bersekolah, mengurangkan sedikit kesedihan kami mengenang nasib anak-anak Norhatta sebentar tadi.
Wanita tabah yang ditinggalkan suami ketika hamil sembilan bulan itu, mengambil langkah untuk mencari peluang pekerjaan bagi menyempurnakan hak anaknya untuk mendapat pendidikan.

Seusai memberikan sumbangan kepada Hapipah, perjalanan diteruskan untuk kembali ke hotel, sebelum ke majlis berbuka puasa yang diadakan khusus buat keluarga tahanan ISA.
Di pejabat CNI, majlis berbuka puasa diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Jika siangnya kami berpeluang berjumpa dengan dua keluarga ISA, petang itu kami berpeluang bertemu tiga lagi isteri dan anak-anak kecil mereka.

Suasana agak memilukan dan terasa sebak apabila Norlaila berbicara mengenai surat yang dikirimkan suaminya dari Kem Tahanan Kamunting. Bicaranya mengenai respon anaknya apabila membaca warkah dari tirai besi itu cukup menyentuh hati nurani mereka yang hadir malam itu.

Ketika itu, kelihatan beberapa isteri tahanan menahan air mata, malah sudah ada yang menitis. Saya yang ketika itu berada si sebelah salah seorang isteri yang menitiskan airmata turut terasa sebaknya.

Namun, kesedihan mereka itu tidak lama. Sumbangan yang diberikan Harakah, hasil derma pembaca, mengurangkan sedikit keresahan dan kepiluan mereka untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.

Malah, malam itu, Norlaila mendapat banyak sistem pesanan ringkas dari isteri-isteri tahanan yang menyatakan rasa gembira anak-anak apabila mendapat 'duit raya' dari pihak Harakah.

Melihat mereka berbuka puasa bersama dengan keluarga-keluarga tahanan ISA lain, menimbulkan kesayuan di hati kami. Sebelum ini mungkin mereka berbuka puasa sekadarnya, namun petang itu mereka kelihatan teruja dengan pelbagai hidangan yang disediakan.

Selesai berbuka puasa dan solat maghrib, kami mengambil peluang untuk menemuramah beberapa orang isteri ISA lain, yang tidak sempat ditemui pada siangnya.

Jobaida Jamil, ibu muda berusia 27 tahun, bersendirian mendidik anak-anaknya seramai lima orang sejak dua tahun lalu apabila suaminya, Francais Indannan ditahan atas tuduhan terlibat dengan pertubuhan Darul Islam.

Sejurus selepas suaminya ditahan, Jobaidah terpaksa bekerja bagi menyara anak-anak yang masih bersekolah. Menjadi suri rumah sepenuh masa sebelum itu, menjadikan Jobaidah agak tertekan. Apatah lagi beliau hamil dua bulan ketika suaminya ditahan.
Namun, ketabahannya dibalas dengan peluang kerja yang membolehkannya meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Kini, bertugas sebagai guru KAFA, Jobaidah dapat menyara limaorang anaknya yang sedang membesar.

Seketika pandangan kami tertumpu kepada dua kanak-kanak perempuan yang begitu khusyuk menatap kad ucapan raya. Ketika kami menyapa, dengan riang mereka menunjukkan kad ucapanraya dari ayah mereka.

Tiada raut duka di wajah mereka, sebaliknya asyik bertanya tentang ayah, A Artas A Burhanuddin syang ering mengutus surat bertanya khabar dan memberi mereka teka-teki. Sambil tersenyum ceria, anak-anak kecil itu bercerita tentang teka-teki yang sering diajukan ayah mereka.

Ibu mereka, Siti Hajar Ibrahim kelihatan begitu tenang. Namun, ketika diaju soalan tentang hidupnya, wajah tenang itu bertukar muram. Jelas air mata bergenang di tubir matanya.

"Sehingga kini, semangat saya belum pulih. Jika isteri lain sudah dapat bangkit selepas dua minggu, tiga bulan atau setahun, saya masih begini. Setiap saat semangat saya bagai diracik-racik untuk menghadapi cabaran mendidik anak-anak," kata beliau, dalam nada tersekat-sekat.

Beliau yang merupakan seorang suri rumah, kini menetap di rumah mentuanya di Kampung Sim Sim, Sandakan. Walaupun berasal dari Selangor, beliau menetap bersama mentuanya demi memelihara sebuah hubungan kekeluargaan.

Sebelum kami melabuhkan tirai misi kami pada malam itu, satu pertemuan antara ahli PAS Sabah diadakan bagi membuka ruang perkenalan dan perbincangan mengenai Harakah dan isu semasa. Ahmad Lutfi dihujani pelbagai soalan.
Dalam keterbatasan masa tersebut, ternyata rakyat di Sabah mendambakan maklumat-maklumat yang lebih meluas mengenai permasalahan politik negara, selain kefahaman tentang dunia persuratkhabaran.

Keesokannya, kami memulakan perjalanan ke Kampung Cahaya Baru untuk menemui beberapa ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin untuk menyampaikan bantuan Harakah.
Jika sebelum ini titi kecil di Tinosan sudah mengharukan, suasana di kampung ini jauh lebih sengsara.
Rombongan kami yang turut diserta Ketua Penerangan PAS Sabah, Imran Ibrahim terpaksa melalui jambatan kecil yang begitu genting sekali. Apatah lagi bagi kami yang tiada pengalaman berumah di kawasan seperti itu. Jambatan nampak cukup usang dan boleh membahayakan bagi mereka yang baru ke sini.
Berjalan kira-kira 200 meter dengan penuh hati-hati, menjadikan separuh dari semangat kami hilang. Bukan bimbang terjatuh, namun dada terasa sesak melihat penduduk kampung yang terpaksa mengharungi keadaan tersebut bertahun lamanya. Begitu juga anak-anak kecil yang terpaksa berulang-alik dari rumah ke sekolah dengan melalui jambatan uzur tersebut.
Sekiranya ada kanak-kanak yang berselisih jalan dengan kami, kami akan berhenti memberi laluan. Gayat rasanya melihat mereka berlari-lari di jambatan tersebut tanpa rasa takut. Manakan tidak, apabila mereka berlari, jambatan tersebut terasa bergerak-gerak dan bergoyang.

Setelah melalui perjalanan berliku itu, kami tiba di sebuah rumah. Tuan rumahnya, Ahmad Salahuddin menyambut kami penuh mesra. Beliau bermurah hati menyediakan rumahnya untuk mengumpulkan beberapa ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin untuk bertemu kami.
Mendengar keluh-kesah, keperitan yang dialami mereka, serta-merta kesulitan kami ketika ingin sampai ke rumah tersebut terhapus sama sekali. Apalah sangat kesukaran dan kesusahan yang terpaksa kami lalui untuk menemui mereka, sedangkan mereka lebih susah dan jauh lebih menderita daripada kami.

Kami bertemu lima orang ibu tunggal, seorang anak yatim dan dua fakir miskin. Rata-rata kehidupan mereka begitu sukar. Bagi Shamie Aza, beliau menjadi ibu tunggal sejak empat tahun lalu.

Beliau menitiskan air mata ketika saya bertanya tentang keluarganya. Beberapa kali beliau kelihatan mengesat air mata kesedihan. Beliau yang terpaksa berpisah dengan suami kerana masalah keluarga, membuatkan hatinya begitu terseksa.

"Kami berpisah bukan kerana masalah kami. Tetapi masalah keluarga yang menyelubungi rumah tangga kami. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami kerana itulahyang terbaik untuk anak-anak saya," kata beliau yang memiliki dua anak.

Beliau menyara hidupnya sekeluarga dengan menjual barang-barang CNI. Alhamdulillah, berkatkesabaran dan pengorbanan yang dilakukannya, beliau mampu menyara anak-anaknya bersekolah. Namun, ada ketikanya Aza terputus bekalan untuk anak-anaknya.

Bagi Amisah Salim, 62 tahun beliau mengharungi kepayahan hidup sejak lima tahun lalu setelah suaminya meninggal dunia. Menghidapi pelbagai penyakit seperti darah tinggi, dan gastrik, Amisah mengharungi kehidupannya bersendirian dengan dua orang anaknya yang menetap sama.

Setelah menyampaikan sumbangan, kami bergerak ke sebuah perkampungan lagi. Sekali lagi kami teruji apabila melalui jambatan uzur itu sekali lagi untuk menuju ke kereta kami. Namun, kali ini ia tidak terasa begitu panjang seperti mula-mula melaluinya.

Perjalanan kami kali ini merupakan misi terakhir di Sabah. Ketika ini juga kepenatan mula terasa. Apatah lagi dengan cuaca yang begitu terik. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira setengah jam.

Kampung Karamunting, merupakan sebuah perkampungan berdekatan Pelabuhan Sandakan. Di kampung tersebut kami mengunjungi sebuah keluarga fakir, iaitu Jaliha Abidin.

Mendiami rumah kecil yang begitu sempit, Jaliha bersama lapan orang anaknya menetap di situ bagi menumpang berteduh dari panas dan hujan. Hati kami sebak membayangkan anak-anaknya yang masih kecil tidur di ruang sempit beramai-ramai.

Kesempitan hidup yang dialaminya membuatkan anak-anaknya tidak bersekolah. Hanya anaknya yang keempat bersekolah, manakala anak pertamanya hingga yang ketiga tidak bersekolah kerana Jaliha dan suami tidak mampu.

Kerja suaminya sebagai pekerja kontrak tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Apatah lagi, beliau turut menyara ibu mertuanya yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

Meninjau keadaan rumahnya, kami berasa cukup sebak apabila melihat ruang memasak berkongsi dengan ruang mandi. Namun, dalam kepayahan tersebut rumah mereka masih teratur kemas dan dipenuhi bunga-bungaan di laman rumah.

Dengan kunjungan itu, misi kami di Sabah berakhir di situ untuk kali ini. Namun melihat keciciran anak-anak Sabah ini, membuatkan kami terus terpanggil untuk menyalurkan bantuankepada mereka, khususnya bagi dana pendidikan mereka. Mungkin misi seterusnya menziarahi enam keluarga malang tahanan ISA di Tawau pula.

Misi dua hari kami begitu berbaloi. Kami berpuas hati dengan misi ini kerana dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan di hari-hari terakhir Ramadan. Biarpun kepenatan,kami puas dapat menjalankan amanah tersebut.

Kepulangan kami ke Semenanjung petang itu, turut diiringi Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan isteri, Suhaida dan suami, wartawan sambilan Harakah di Sabah, Sahar Abdul Majid dan isteri serta beberapa pemimpin lain.


Pertemuan kami selama dua hari ini sudah cukup membuahkan silaturrahim yang begitu erat, menjadikan hati kami menjadi begitu dekat dengan mereka walaupun kali pertama berjumpa.
Namun, misi ini bukan berakhir untuk selamanya. Kami akan terus merangka hubungan baik bagi memastikan keluarga tahanan ISA dan anak-anak Sabah terbela, sekurang-kurangnya mendapat pendidikan sewajarnya.

[Read More...]


Keluarga tahanan ISA: Terimakasih kerana perihatin terhadap kami.





Kak!!! Banyaknya duit Raya!!! Saya tak pernah nampak duit sebanyak ini...." kata Puan Jo dari Sabah (gambar atas) sambil menangis terharu sebaik menerima sumbangan RM1k yang disampaikan oleh En Lutfi, dari HARAKAH, penyumbang terbesar kepada GMI untuk mendapatkan bantuan Raya pada keluarga Tahanan ISA di seluruh Malaysia.Kemudian diikuti oleh NGO Jamaah Islah Malaysia (JIM),Kerajaan Negeri Selangor dan PAS kawasan yang datangnya dari PEMUDA dan Muslimat.

Puan Zulaiha, isteri pada Tahanan ISA Murad Sudin,satu-satunya keluarga ISA di Perak, siap dibawa membeli belah di pekan Teluk Intan dan mendapat sumbangan duit dari Kerajaan Negeri Perak.Terimakasih pada YB Lih Kang, bekas s/u GMI yang banyak membantu memudahkan urusan kami.

Sumbangan kerajaan Selangor tidak dihadkan pada penganut Islam saja, tetapi diberikan sekali kepada isteri tahanan ISA Hindraf dan beberapa tahanan non-muslim yang nama mereka ada dalam simpanan kami.Terimakasih pada YB Gan dan YB Rodziah yang memudahkan urusan ini.

Semakin lama tahanan ISA di tahan di kem, semakin tinggi pula sokongan untuk semua mereka yang sedang dianiaya oleh Menteri Dalam Negeri dan SB2 nya.Inilah yang telah dizahirkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,tanpa ada batas bangsa atau kepercayaan, ramai yang yang telah menyahut permintaan yang saya luahkan melalui blog MerahHitam ini.
"Sasaran RM20k hampir tercapai ,Alhamdulillah" kata Nashita dalam perjalanan mengambil cek dari Datuk Ambiga dari Bar Council.Sumbangan itu sebahagiannya telah diserahkan pada mereka dan selebihnya akan diberikan menjelang musim buka sekolah nanti.

Pada sesiapa yang masih ingin menyumbang, boleh berhubung dengan Pn Nashita di hp 0132096373.

"Terima kasih pada semua yang sangat perihatin pada nasib kami" kata Puan Nolmin juga dari Sabah (gambar bawah) yang mengesat air mata ketia menerima sumbangan dari kami semasa kunjungan saya saya dan team HARAKAH ke Sabah minggu lepas. Wang tersebut tidak dapat menggantikan suami mereka, namun, sekurang-kurannya, isteri dan anak yang di tinggalkan, tidak akan peing kepala memikirkan wang untuk membuat persiapan menyambut Lebaran yang datangnya setahun hanya sekali.
[Read More...]


ISA : Makan Makanan Anjing VS makan tahi dan air kencing




Wednesday, October 8, 2008

Semua org gempar bila YB Teresa Kok mendakwa di beri makanan anjing... Bila di siasat dakwaan itu tak benar.. akhirnya teresa mohon maaf. Kenapa isu makanan anjing ini besar..? kerana Teresa Kok bertaraf VVIP.
Pimpinan tertinggi mana-mana parti samaada parti pemerintah atau parti pembangkang kalau ditahan dibawah ISA ianya menjadi isu besar sebab VVIP dianggap rakyat kelas pertama
Saya sangat tak bersetuju kalau perjuang hanya untuk membebaskan dua tiga org sahaja dalam ISA. Kita boleh menceritakan penderitaan dua tiga orang tahahan secara terpilih tetapi apabila kita berjuang untuk pembebasan mangsa ISA, tak seharusnya dibuat secara terpilih. Seharusnya kita perjuangkan semua insan tanpa mengira agama dan latar belakang pemikiran mereka. Tak kira apa sahaja salah yg menyebabkan mereka di tahan... Kalau betul mereka bersalah bawa ke muka pengadilan
Tapi bila rakyat marhein dalam tananan ISA diberi minum air kencing dan diberi makan tahi. sapa yang nak ambil kisah... Akhbar mana sudi melaporkan.. timbalan menteri mana yg bersedia siasat. Kenapa jadi begitu... Kerana mereka rakyat kelas ke 2 pada pandangan kita.
Gambaran masa soal siasat dan soal siat-siat.
Ilistrasi salah seorang tahanan ISA. Untuk Baca dengan jelas sila klik pada gambar.


YB Teresa hanya ditahan 7 hari. Mungkin belum sempat beliau diperlakukan oleh SB @ penyiasat sepertimana tahanan ISA lain yang ditahan sebelum itu. Namun, bagaimana dengan nasib tahanan ISA yang didakwa ahli Jemaah Islamiyyah (JI) yang ditahan pada tahun 2002?
Semua orang tidak tahu, apakah yang dilakukan oleh SB @ pegawai penyiasat kepada tahanan ketika itu. Tahanan dan keluarga juga tidak tahu, apakah nasib mereka. Lebih memburukkan keadaan, tahanan serta keluarga juga tidak tahu hak-hak mereka, tidak mendapat kemudahan berhubung dengan peguam dsb. Mereka dan keluarga dalam kegelapan.

Menurut Abah Suhaib, jika YB Teresa diberi makanan yang beliau dakwa teruk dan menjemukan, tahanan ISA "JI" dulu diberi makanan yang lebih dahsyat lagi teruknya. Abah kata, beliau pernah diberi nasi goreng yang sudah basi untuk sarapan pagi, air teh yang sudah berbau, lauk kari basi yang disiramkan keatas nasi dan ikan goreng yang disimpan beberapa hari untuk dijadikan makanan tengahari.

Ini belum lagi kisah nasi di siram dengan air kencing, yang dipaksa dimakan oleh tahanan dihadapan beberapa pegawai Penyisat @ SB . Tidak dinafikan, mungkin deraan dan penghinaan yang dilakukan keatas mereka terlalu dahsyat, hingga mereka tidak sanggup mengingati saat-saat hitam itu lagi.

Siapakah yang melakukan semua ini? Siapa yang memberi arahan kepada semua perlakuan jahat ini? Siapa yang masih meneruskan kerja-kerja jahat yang mendera dan menghina sesama manusia ini?

Untuk maklumat selanjutnya sila:-
Klik di sini
[Read More...]


7 tahun abah tak pernah belikan baju raya, kasut baru untuk Suhaib....



Norlaila Othman
Foto Wan Zahari Wan Salleh

Thu Sep 25, 08 2:20:24 pm MYT

Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih 'disimpan' oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib.

Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam.
"Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..," kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut.

Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas.

"Bacalah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.

Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard.
Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang.

"Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu.
Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.

Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri.

Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.
Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit.

Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu.

Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula.

"Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka.

"Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....."

Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta.

Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami
[Read More...]


Pemuda PAS Pahang sumbang RM5 ribu kepada tabung ISA



Anis Nazri
Fri Sep 26, 08 11:42:07 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Hrkh) - Dewan pemuda PAS Pahang menyampaikan sumbangan berjumlah RM 5000 sebagai bantuan meringankan beban keluarga tahanan ISA, khususnya menjelang Syawal akan datang.
Pemangku Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Md Saad, dalam kunjungan ke pejabat Harakah, hari ini menyampaikan sumbangan tersebut kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melalui Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, pagi tadi.
Menurut Suhaimi, sumbangan tersebut menunjukkan kebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami dan menyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.
Dalam pada itu, aktivis GMI, Norlaila Othman, yang turut hadir, menyatakan bahawa Suhaimi dan Pemuda PAS Pahang sentiasa komited dalam isu kebajikan keluarga tahanan ISA.
"Bukan baru sekarang, ustaz dan Pemuda Pahang membantu GMI. Tetapi dari dahulu lagi. Malah, ustaz juga yang berjaya menjual buku 'Dunia Tanpa Suami' tulisan saya dan beberapa rakan lain dengan bilangan yang banyak," kata beliau.
Sementara itu, Ahmad Lutfi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang atas sumbangan ikhlas yang diberikan kepada GMI untuk meringankan beban keluarga ISA.
Beliau turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pembaca Harakah yang tidak putus-putus menyalurkan bantuan ke tabung yang diwujudkan Harakah bagi tujuan tersebut.
"Pada awalnya, kami di Harakah tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang begitu baik dari seluruh masyarakat. Sehingga hari ini, tabung kami telah mencecah hampir RM 100 ribu dan sebahagiannya sudah disampaikan kepada GMI dan keluarga tahanan sendiri," kata beliau.
Dalam majlis sama, Harakah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 30 000 kepada GMI.
Sebelum ini, dalam rangka misi Harakah ke Sabah bagi menemui keluarga tahanan ISA, sebanyak RM15 000 berjaya disampaikan kepada sepuluh keluarga, termasuk anak-anak kecil tahanan ISA.
Tinjauan Harakah selama dua hari bermula 23 Sept hingga 24 Sept lalu turut menyaksikan kebanyakan anak-anak Sabah tidak berpeluang bersekolah kerana kesempitan hidup.
Atas kesedaran tentang kepentingan ilmu, Harakah sekali lagi berusaha untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak Sabah dapat meneruskan kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain untuk mendapat hak pendidikan sewajarnya.
Bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA dan anak-anak Sabah yang keciciran ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336
[Read More...]


ISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz



Muhammad Yusri Amin
Wed Sep 24, 08 3:15:27 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan.

"Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil.

"Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah ISA dan Akta Hasutan.

Mereka yang ditahan iaitu Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Raja Petra dilanjutkan tahanan sehingga dua tahun dan dipindah ke Kem Tahanan Kemunting.
Manakala minggu lepas seorang lagi bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdeffela) ditahan di bawah Akta Hasutan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pertukaran jawatan Menteri Kewangan daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya baru-baru dilihatnya berlaku dalam keadaan sugul.
[Read More...]


Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan



Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat Sep 13, 08 2:36:18 pm MYT

PAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.


Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutnya pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.

Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan lagi rekod kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

PAS merasakan sekiranya Raja Petra didapati telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang maka tindakan yang sewajarnya terhadap beliau adalah mendakwanya di mahkamah yang terbuka bagi mana-mana kesalahan yang dilakukannya dan tidak dengan menggunakan ISA.

Dalam waktu yang sama PAS turut mengutuk mana-mana pihak samada dari kerajaan atau pembangkang yang mengambil kesempatan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan sehingga mencetuskan keresahan dan pecah-belah di kalangan masyarakat.

Mereka ini seharusnya diambil tindakan berdasarkan mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada dan diberikan peluang membela diri di mahkamah.

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan kekeruhan dikalangan masyarakat. PAS turut ingin menasihatkan pihak polis dan kerajaan agar memastikan yang kestabilan negara dan keharmonian masyarakat terus kekal dalam negara kita yang tercinta ini.

PAS turut merakamkan simpati kepada keluarga Raja Putra, wartawan Sin Chew Daily News Cik Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen Seputeh/ ahli EXCO Selangor YB Teresa Kok, semoga mereka dan ahli keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini./wann

Presiden PAS
Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
(13 September 2008)_
[Read More...]


Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA



Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA
Anis Nazri
Fri Sep 12, 08 5:50:42 pm MYT

KLANG, 12 Sept (Hrkh) - Setelah hampir dua jam tersesat di sekitar bandar Klang, krew Harakah akhirnya tiba ke destinasi yang dihajatkan. Ketibaan kami disambut tuan rumah, Dayang Hamid, 35 tahun yang memegang status 'ibu tertinggal' angkara ISA sejak dua tahun lalu.
Biarpun pertama kali bersua, sifat ramah mesranya menjadikan pertemuan itu sungguh harmoni. Tanpa sebarang perabot indah, apatah lagi mewah, Dayang kelihatan cukup tabah dan tenang membesarkan lima anaknya di rumah kecil yang disewanya RM 400 sebulan.
Menangis dua minggu
"Saya menangis dua minggu pertama suami ditahan. Selepas dari itu, demi anak-anak saya terpaksa bangkit untuk membekalkan ketabahan dan kecekalan saya kepada anak-anak. Saya tidak mahu melihat anak-anak lihat saya bersedih," kata beliau membuka bicara.
Suaminya, Idris Lanama, ditahan Mac 2006 lalu atas tuduhan terbabit dengan Darul Islam, yang dikatakan kumpulan anak didik Jemaah Islamiyah (JI). Sejak ditahan, Dayang hilang tempat bergantung memandangkan beliau hanyalah seorang suri rumah.
Namun, kelukaan itu terubat dengan pelbagai bantuan yang tidak putus-putus untuk dirinya sekeluarga. Beliau menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, yang bersedia memberi kursus menjahit kepadanya, selain membekalkan mesin jahit kepada beliau.
Dengan kemahiran tersebut, Dayang dapat menambahkan pendapatannya dengan mengambil tempahan menjahit daripada rakan-rakan dan jiran-jirannya. Beliau turut membuat pelbagai kerja bagi menampung hidupnya sekeluarga, termasuk membuat jualan langsung seperti menjual kopi dan makanan tambahan.
Jual kopi Rabbani
Berkat kesabaran dan kecekalan Dayang, jualannya boleh dikatakan laris dalam tempoh seminggu hingga menimbulkan kehairanan dan kekaguman pembekalnya.
"Saya bawa ke mana-mana sahaja kopi ini apabila keluar dari rumah. Saya juga suka bertegur sapa membuatkan saya terus mempromosikan kopi yang saya jual ini," kata beliau yang menjual produk kopi Rabbani.
Ternyata kesabarannya dan kecekalannya akhirnya membuka ruang kepadanya untuk terus memajukan diri. Kini, beliau diterima untuk mengajar di sebuah tadika swasta bagi kelangsungan hidupnya sekeluarga.
Tidak mahu menjadikan kehilangan suaminya sebagai sebab anak-anak tidak maju dalam pelajaran, Dayang berusaha mendidik anak-anaknya sebaik mungkin dan bekerja membanting tulang demi masa depan anak-anak.
Tidak hairanlah, dua daripada lima anaknya merupakan pelajar bijak di sekolah mereka. Malah, mereka - masing-masing berusia 9 dan 8 tahun kini bersekolah di Sekolah Integrasi Kampung Batu Belah, Kelang.
Harakah hulur sumbangan
Memahami kesulitan dan keperitan yang dialami Dayang, Harakah terpanggil untuk menyampaikan sumbangan kepada beliau sempena Ramadan ini. Sumbangan sebanyak RM 1000, hasil derma orang ramai ini disampaikan wakil Harakah, 11 Sept lalu./wann
[Read More...]


Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA



Dayang bangkit dengan berbekal ketabahan selepas suami ditahan ISA
Anis Nazri
Fri Sep 12, 08 5:50:42 pm MYT

KLANG, 12 Sept (Hrkh) - Setelah hampir dua jam tersesat di sekitar bandar Klang, krew Harakah akhirnya tiba ke destinasi yang dihajatkan. Ketibaan kami disambut tuan rumah, Dayang Hamid, 35 tahun yang memegang status 'ibu tertinggal' angkara ISA sejak dua tahun lalu.
Biarpun pertama kali bersua, sifat ramah mesranya menjadikan pertemuan itu sungguh harmoni. Tanpa sebarang perabot indah, apatah lagi mewah, Dayang kelihatan cukup tabah dan tenang membesarkan lima anaknya di rumah kecil yang disewanya RM 400 sebulan.
Menangis dua minggu
"Saya menangis dua minggu pertama suami ditahan. Selepas dari itu, demi anak-anak saya terpaksa bangkit untuk membekalkan ketabahan dan kecekalan saya kepada anak-anak. Saya tidak mahu melihat anak-anak lihat saya bersedih," kata beliau membuka bicara.
Suaminya, Idris Lanama, ditahan Mac 2006 lalu atas tuduhan terbabit dengan Darul Islam, yang dikatakan kumpulan anak didik Jemaah Islamiyah (JI). Sejak ditahan, Dayang hilang tempat bergantung memandangkan beliau hanyalah seorang suri rumah.
Namun, kelukaan itu terubat dengan pelbagai bantuan yang tidak putus-putus untuk dirinya sekeluarga. Beliau menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, yang bersedia memberi kursus menjahit kepadanya, selain membekalkan mesin jahit kepada beliau.
Dengan kemahiran tersebut, Dayang dapat menambahkan pendapatannya dengan mengambil tempahan menjahit daripada rakan-rakan dan jiran-jirannya. Beliau turut membuat pelbagai kerja bagi menampung hidupnya sekeluarga, termasuk membuat jualan langsung seperti menjual kopi dan makanan tambahan.
Jual kopi Rabbani
Berkat kesabaran dan kecekalan Dayang, jualannya boleh dikatakan laris dalam tempoh seminggu hingga menimbulkan kehairanan dan kekaguman pembekalnya.
"Saya bawa ke mana-mana sahaja kopi ini apabila keluar dari rumah. Saya juga suka bertegur sapa membuatkan saya terus mempromosikan kopi yang saya jual ini," kata beliau yang menjual produk kopi Rabbani.
Ternyata kesabarannya dan kecekalannya akhirnya membuka ruang kepadanya untuk terus memajukan diri. Kini, beliau diterima untuk mengajar di sebuah tadika swasta bagi kelangsungan hidupnya sekeluarga.
Tidak mahu menjadikan kehilangan suaminya sebagai sebab anak-anak tidak maju dalam pelajaran, Dayang berusaha mendidik anak-anaknya sebaik mungkin dan bekerja membanting tulang demi masa depan anak-anak.
Tidak hairanlah, dua daripada lima anaknya merupakan pelajar bijak di sekolah mereka. Malah, mereka - masing-masing berusia 9 dan 8 tahun kini bersekolah di Sekolah Integrasi Kampung Batu Belah, Kelang.
Harakah hulur sumbangan
Memahami kesulitan dan keperitan yang dialami Dayang, Harakah terpanggil untuk menyampaikan sumbangan kepada beliau sempena Ramadan ini. Sumbangan sebanyak RM 1000, hasil derma orang ramai ini disampaikan wakil Harakah, 11 Sept lalu./wann
[Read More...]


Harakahdaily hulur bantuan lebih RM50,000 pada keluarga mangsa ISA



Anis Nazri & Nuha Rahim
Foto Nasir Sudin Wed

Jul 30, 08 4:39:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Sejumlah RM53,000.00 berjaya disumbangkan kepada GMI bagi meringankan beban keluarga tahanan ISA melalui derma yang disumbangkan pembaca Harakahdaily setakat ini.

Tabung bagi membantu keluarga tahanan ISA ini ditubuhkan sejak April lalu atas inisiatif pihak editorial Harakahdaily yang sentiasa prihatin dengan kebajikan keluarga tahanan ISA, sekaligus menjayakan gerak kerja kempen-kempen GMI.
Hari ini, sejumlah RM30,000.00 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, di pejabat Harakah, pagi tadi.
Turut hadir Bendahari GMI, Nashitah Mohamad dan AJK GMI, yang juga isteri tahanan ISA, Norlaila Othman.
Harakah konsisten dalam isu ISA


Lutfi, dalam ucapannya berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian kecil daripada penyumbang-penyumbang yang bermurah hati untuk menderma kepada GMI.


"Sejak tabung ini diwujudkan April lalu, sambutan yang diterima agak membanggakan, dan ini hanyalah sebahagian kecil dari sumbangan tersebut. Bakinya, kita akan bagi lagi secara berperingkat-peringkat agar boleh selalu bertemu," kata beliau.


Sementara itu, Syed Ibrahim dalam ucapannya merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Harakah yang disifatkannya sebagai konsisten dalam isu-isu ISA.
"Sejak dulu lagi, Harakah sentiasa konsisten dengan isu ISA. Bukan sahaja soal kebajikan keluarga tahanan, tapi juga dalam usaha membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai kezaliman ISA," kata beliau.


Beliau turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan usaha Harakah mewujudkan tabung ini, di samping mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca Harakah yang banyak menyumbang kepada tabung ini bagi tujuan kebajikan keluarga tahanan.
"Kepada mereka yang berderma, saya mewakili GMI mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas ini akan dihitung di akhirat nanti, insya-Allah," kata beliau lagi.
GMI anjur 'Malam Seni Tanpa Bicara'


GMI, jelasnya, amat menghargai seterusnya berharap agar penyumbang-penyumbang terus istiqomah menghulurkan bantuan.


Bercakap mengenai program-program GMI selepas ini, Syed Ibrahim meuar-uarkan tentang 'Malam Seni Tanpa Bicara' yang menjadi aktiviti terdekat badan itu.
Program tersebut dijangka berlangsung pada 2 Ogos, bermula jam 9.00 sehingga 11.30 malam itu bakal diwarnai dengan pelbagai slot-slot kesenian. Tetamu-tetamu istimewa seperti Dinsman dan Zunar juga turut diundang.


Sementara itu, GMI akan membuka kaunternya pada 15 Ogos ini ketika muktamar PAS berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.


Di samping itu katanya, poskad yang ditandatangani oleh rakyat Malaysia pula akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada 22 Ogos ini.


"Sebanyak lima puluh ribu tandatangan rakyat Malaysia bakal dikumpulkan sebagai menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan akta maha zalim itu,"katanya lagi.


Sebelum ini, selain menyerahkan sumbangan kepada wakil GMI, Harakah turut menyumbangkan RM10,000.00 kepada keluarga Allahyarhamah Aina Mardhiah, yang meninggal dunia awal Julai lalu, tanpa sempat bertemu ayahnya yang ditahan di Kamunting. - mks.


(Bagi pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336)_
[Read More...]


Zalim terhadap keluarga Shahrial - GMI tuntut penjelasan Syed Hamid




Nyza Ayob
Fri Jul 25, 08 4:28:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendesak Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar memberi penjelasan kelewatan membawa keluar tahanan ISA, Shahrial Sinin yang tidak sempat menemui anaknya Aina Mardiah, 17, yang sakit tenat sebelum (Aina Mardiah) meninggal pada 3 Julai lalu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata demikian sebagai respons kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Dewan Negara semalam, bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cara terbaik untuk mempercepatkan proses menandatangani borang keluar bagi tahanan ISA yang ingin menziarah keluarga terdekat yang sakit atau meninggal dunia.

Wan Ahmad Farid juga menyatakan, mengikut prosedur ISA, tahanan yang ingin keluar melawat keluarga yang sakit memerlukan tandatangan menteri terlebih dulu.

Isu mengenai kelewatan membawa keluar Shahrial melawat anaknya itu dibangkitkan Senator Zamri Yusuf yang menyatakan Shahrial yang ditahan di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting tidak dibenarkan keluar daripada pusat tahanan itu untuk menemui anaknya walaupun keluarganya membawa dokumen sokongan daripada Hospital Kajang yang mengesahkan anaknya sakit tenat.

Pihak kem tahanan memaklumkan Shahrial dibenar keluar hanya selepas menteri menandatangani borang tertentu.

Sementara itu, Syed Ibrahim juga melahirkan kekesalan dengan jawapan yang diberikan Timbalan Menteri berkenaan.

"Kita sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan. Respons yang diberikan adalah jawapan lazim apabila isu kelewatan membawa keluar tahanan ditimbulkan. Kami mengambil sikap positif apabila beliau menyatakan akan menimbang perkara tersebut

"Bagaimanapun kami membuat keputusan menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri meminta penjelasan daripadanya apakah prosuder bagi membenarkan tahanan keluar untuk melawat keluarga yang dalam kecemasan. Kami tidak pasti dimana kelewatan proses menandatangani borang tersebut sama ada pihak kem tahanan, polis atau menteri sendiri,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

Jelas Syed Ibrahim dalam surat yang dihantar kepada menteri terbabit semalam, beliau turut menyebut kronologi yang berlaku, iaitu makluman mengenai Aina Mardhiah telah diberi 48 jam sebelum beliau meninggal dunia.

"Takkkan mesti menteri kena tanda tangan borang tersebut? Bagaimana jika menteri tersebut berada di luar Kuala Lumpur, menghadiri program atau ke luar negara?
"Oleh kerana kes ini telah berlaku, saya menuntut Syed Hamid membuat penjelasan kepada isteri dan ahli keluarga Shahrial Kami bimbang kes yang sama akan berlaku lagi pada masa akan datang,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Nor Laila Othman menyatakan pihak kem tahanan telah dimaklumkan tentang keadaan kritikal anak Shahrial sejak jam 3 petang pada Rabu 2, Julai.

Katanya walaupun selepas itu ada kiriman faks dari laporan doktor, berita itu langsung tidak disampaikan oleh pengurusan Kemta pada Shahrial.

"Shahrial hanya mengetahui keadaan kritikal anaknya apabila isterinya, PuanFatma memaksa pihak kem tahanan membenarkan beliau bercakap sendiri dengan Shahrial pda hari Khamis 3 Julai jam 10 pagi.

"Walaupun berita itu disampakan,namun, Shahrial masih tidak dapat dibawa keluar dari Kemta lebih awal kerana ada peraturan baru iaitu, pergerakan keluar dari kem tahanan bagi tahanan ISA mesti mendapat surat kebenaran yang ditandatangani dari Menteri Dalam Negeri,"katanya.
Jelas Nor Laila, kesukaran mendapatkan tandatangan Menteri Dalam Negeri diakui oleh tiga orang polis cawangan Khas (SB) yang mana salah seorang darinya bernama Ayub, yang mengesahkan bahawa ketika itu jam 11pagi Khamis 3 Julai, sebaik saja doktor di wad 4 Hospital Kajang itu memberitahu beliau bahawa keadaan Aina Mardhiah sangat kritikal, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pegawai polis tersebut.

Tambahnya, SB bernama Ayub itu berjanji bahawa Shahrial dikatakan akan dibawa ke Kuala Lumpur pada jam 1 tengahari dan dijangka sampai di Hospital Kajang pada jam 5 petang.
Bagaimanapun katanya,Aina Mardhiah telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang. Shahrial hanya tiba di rumah jiran mereka, dimana jenazah ditempatkan, pada jam 9.45 malam. Katanya, Shahrial memberitahu, beliau hanya dibawa keluar dari kemta pada jam 5 petang hari yang sama.
Jelasnya, peraturan baru ( yang memerlukan tandatangan Menteri Dalam Negeri menambah lagi penderaan mental terhadap tahanan ISA dan keluarga .
Dalam pada itu, Norlaila menyangkal kenyataaan Wan Farid bahawa sejumlah 11 daripada 17 permohonan tahanan ISA untuk bantuan kewangan keluarga masing-masing sudah diluluskan dan menerima bantuan kewangan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah serta Baitulmal.

Melalui tinjauan rambang yang diadakan terhadap beberapa orang isteri tahanan ISA, terutamanya mereka yang telah menjadi mangsa lebih dari 6 tahun,semuanya mengesahkan mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Baitulmal.

Berikut adalah sebahagian dari mereka yang di hubungi Nor Laila:

1) Halimah Ishak, isteri kepada tahanan ISA Mohd Khaidir Hadran, yang ditahan sejak tahun 2003. Beliau mempunyai 8 orang anak berumur antara 6 hingga 19 tahun.Pendapatan hariannya adalah dari air soya yang dibuat sendiri dan dijual di pasar tani di Negeri Sembilan. Beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun Baitul Mal.

2) Zulaiha Samsuri,isteri tahanan ISA Abd Murad Sudin, yang ditahan sejak tahun 2003. Beliau tinggal di Perak.Beliau mempunyai 4 orang anak berusia 6 hingga 13 tahun.Beliau tiada pekerjaan tetap, dan mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM300 sebulan.Tetapi beliau tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari Baitul Mal.

3) Zakiah Mat, isteri tahanan ISA Dr Abdullah Daud, yang ditahan sejak Januari 2002. Beliau mempunyai 12 orang anak berusia antara 10 - 23 tahun.Bekerja sebagai "baby-sitter" dan membuat kueh mueh dijual pada jiran-jirannya.Beliau tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana institusi Baitul Mal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.Beliau tinggal di Johor Bharu.

4) Hampir semua isteri Tahanan ISA "JI" yang telah ditahan di Kem Kamunting melebihi 6 tahun, tidak pernah menerima sebarang bantuan dari Baitul Mal mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka ialah Siti Norma Ismail isteri kepada Abdullah Minyak Silam, Jurainah Basari isteri kepada Suhaimi Mokhtar, Fatma Masrum, isteri pada Shahrial Sirin, Fatimah Bt Shamsudin anak kepada tahanan ISA Shamsudin Sulaiman, Sajaratul Dursina isteri kepada Yazid Suffat dan Norlaila Othman isteri kepada Mat Sah Bin Mohd Satray. - mr_
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors