Ceramah Umum Dato' Nizar Jamaluddin



al-Bakri fi Muar,
29 Jun 2009


Malam ini ceramah umum dengan jemputan khas MB PR Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Kehadiran yang luar jangkaan dari semua golongan masyarakat sama ada Melayu, Cina dan India malah ada juga ahli Umno yang turut datang untuk mendengar dengan mata sendiri cerita-cerita di dun Perak.

Peristiwa di parlimen juga disentuh bagaimana beliau diarahkan keluar sidang parlimen di hari pertama.
Insya-Allah jika tidak ada rintangan, saya akan masukkan ceramah beliau dalam mp3.

[Read More...]


Kerajaan Umno/BN beri tanah kepada Jean Todt?



Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.
Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.
Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau. Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.
“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.“Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.



Sumber: Klik sini

[Read More...]


Bukan Islam menghadiri usrah



al-Bakri fi Muar,

Sekadar untuk renungan buat semua jamaah gerakan Islam. Usrah merupakan satu program penting untuk merapatkan hubungan semasa ahli dan masyarakat. Apa yang berlaku di Perak satu program usrah yang melangkaui kotak minda kita/paradigm. Satu contoh yang baik untuk berdakwah dan menerangkan Islam kepada bukan Islam.

Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.

Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah. -misbahulmunir

Sumber: Klik disini
[Read More...]


Peruntukan Wakil Rakyat dinafikan



al-Bakri fi Muar,

Sudah diketahui umum bagaimana peruntukan untuk wakil rakyat selain Umno/BN disekat malah dilantik pula wakil khas MB dan wakil khas ini dibayar pula gaji. Sudahlah cuba menidakkan hak rakyat untuk memilih malah membazir pula.

Contoh matematik mudah, jika gaji yang dibayar RM3000.00 sebulan

Sebulan : RM3000.00
Setahun: RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
5 Tahun: RM36,000.00 x 5 = RM180,000.00

Satu penggal kerajaan Umno/BN dah bazir wang cukai rakyat sebanyak
RM180,000.00

Itu kalau seorang, kita buat andaian jika 5 orang dilantik kos akan menjadi
RM900,000.00

baca dibawah

Hak wakil rakyat dinafi untuk bantu rakyat - Dr Lo' Lo'
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali membidas sikap kerajaan pusat terutamanya Kementerian Wilayah Persekutuan yang menafikan hak wakil rakyat Pakatan Rakyat berhubung peruntukan membantu pengundi di kawasan yang dimenangi mereka.

Mencelah semasa perbahasan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) berhubung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Dewan Rakyat, beliau menyatakan tindakan itu sama sekali menafikan hak rakyat mendapat bantuan dari wakil rakyat.

Dr Lo' Lo' berkata, bukan sahaja wakil rakyat dinafikan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan kerana masalah politik, malah wakil-wakil rakyat juga dinafikan hak untuk menyelesaikan masalah rakyat melalui saluran mereka.

Walhal hasil-hasil cukai telah dikutip bukan sahaja membabitkan negeri BN atau penyokong BN sahaja, sebaliknya juga membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, katanya.

"Sebanyak RM1 juta misalnya pada tahun 2008 diperuntuk kepada setiap wakil rakyat, tetapi ke mana perginya peruntukan itu? Kita sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen yang dilantik secara sah melalui pilihan raya dinafikan langsung.

"Malah di Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Menteri Wilayah dengan secara terbukamenyatakan hanya tandatangan daripada Ketua Bahagian Umno sahaja yang laku ataupun diterima di peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan di DBKL," ujarnya.

Bagi beliau tindakan itu sebenarnya hanya menafikan hak rakyat yang menyebabkan rakyat terus berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi hari ini semakin menurun.

Beliau seterusnya bersetuju dengan bantahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung pindaan yang dilakukan dalam Rang Undang-Undang LHDN 2008 yang hanya mementingkan soal mengenai kedudukan tujuh ahli Lembaga LHDN.

Bantahan ini turut dilaungkan Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menyatakan pindaan Rang Undang-undang LHDN hanya bermotifkan menyerahkan kuasa besar kepada Menteri Kewangan sahaja.

Sebaliknya perihal semangat atau memperkasakan LHDN dalam kontaks pelaksanaan gerak kerja badan itu selain pemantauan hasil mashyulnya lansung tidak dititikberatkan kerajaan, katanya.

Ini menyebabkan hasil sebenar negara yang seharusnya diagihkan semula kepada rakyat bagi membantu pembangunan rakyat akhirnya tidak akan turun sepertimana yang diharapkan rakyat, ujarnya.

[Read More...]


Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi



Idris Ahmad Thu Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_
[Read More...]


Penindasan UMNO/BN



al-Bakri fil Muar

Assalamualaikum!

Buat sekian kalinya saya rasa seolah terpanggil untuk membicarakan cerita panas UG ini tapi sebelum dari itu marilah kita renungi apa UMNO dah buat kepada orang Melayu, ahli Pas dan rakyat Malaysia.

Suka saya merujuk kepada video klip bertajuk "10 Tahun sebelum merdeka", yang membuka kisah asal perjuangan Umno dari mulut perjuang yang betul-betul berjuang untuk kemerdekaan sehingga mereka ini dipenjara antara 4 - 6 tahun.

"Umno bukan berjuang untuk merdeka tapi slogan hidup Melayu", antara ucapan dalam video klip tersebut.

Apabila telah merdeka dari British (selepas berbincang dengan Umno dengan syarat yang ditetapkan oleh British), Umno meneruskan tradisi pemerintahan ala British. Dah 50 Tahun bang, Islam dimana...?

Balik kepada kisah ahli Pas, saya rasa ramai antara ahli-ahli Pas yang sentiasa ditindas diugut terutama kakitangan kerajaan khas guru-guru. Mereka diugut akan dipindahkan tempat kerja ke pendalaman, ke Sabah lah... ke Sarawak lah.... tapi bukan ke Langkawi :-)

Saya tabik spring kepada cikgu-cikgu yang mempunyai semangat jati hingga pihak kementerian pun tak berani untuk menukarkan atau posting mereka ini.

"Jika hendak posting saya, hantarlah saya tak kisah tapi saya akan pastikan akan wujud cawangan Pas ditempat saya ditukar...", kata-kata seorang guru yang saya pernah dengar. Hebat... akhir tak jadi tukar...

Apa yang hendak diutarakan ialah Umno/BN sentiasa cuba untuk menindas kakitangan kerajaan yang berlambangkan bulan. Mengapa...? Jawapan anda boleh agak sendiri....

Kalau bab projek atau tender kerajaan tu jangan haraplah orang Pas boleh dapat....

Cerita pula negeri Perak, bagaimana Umno memporakperandakan kerajaan negeri? Takkan tak faham lagi kot..?

Tok Guru Nik Aziz sendiri telah melalui sepak teranjang ketika negeri Kelantan dibawah BN dan kisah Pas disepak keluar dari kerajaan pada waktu itu.

Islam, dimana pemimpin Umno ketika Islam diperkotak-katikkan, kes murtad, masalah gejala sosial yang teruk dan banyak lagi..... Semua ini berlaku kerana tak nak Islam lah... itulah Umno.

Kes sekat peruntukan YB Pas dan Pakatan Rakyat, semua orang tahu hinggakan YB PR terpaksa menggunakan wang sendiri untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan. Wang elaun mana cukup terpaksa memohon derma atau sumbangan ahli Pas. Tanyalah kepada mana-mana YB Pakatan, peruntukan wajib yang sepatutnya diterima disekat. Siap melantik wakil khas MB untuk mengelolakan dun yang mereka kalah. Kenapa? Tujuan supaya mereka hendak tunjuk kepada rakyat YB PR tak boleh buat apa-apa pembaharuan selepas menang PRU.

Umno ni bukan berjuang untuk rakyat tapi berjuang untuk "perut".

Umno/BN - golongan penindas rakyat. Mereka guna ISA, guna SB, guna media dan lain-lainya. Siapa yang nak bela nasib keluarga Memali? Siapa punya angkara?

No to UG
[Read More...]


Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia



KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno. Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri. Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya."Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.
Dirakam dari Klik sini
[Read More...]


Artikel Pendek: Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan



Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.
Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.
Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.
Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.
Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.
Sumber: Klik sini
[Read More...]


.....tidak bernama.... tidak dikenali.... tapi berjuang tetap berjuang




Jangan lupa pejuang tanpa nama...
Azamin Amin Tue Jun 02, 09 5:17:44 pm MYT
Maneer, 37 hanya bekerja kampung untuk menyara enam anaknya sambil membantu isteri yang menjadi suri. Mereka sekeluarga menumpang teduh di sebuah balai kecil. Rumahnya, baru-baru ini dijilat api. Ketika ditemui lewat malam, dia sedang menyarung baju terang 'highlight' berwarna hijau kekuningan sambil memegang cota berlampu merah.
"Nak kena jaga jalan dan 'parking' kereta. Malam ni ada ceramah," katanya kepada saya dan rakan yang berkunjung ke tempatnya, di sebuah kampung di Pahang.
Dalam sibuk-sibuk itu, dia sempat menjamu kami, yang baru dikenalinya sehari. Biarpun hanya nasi putih, daging masak kicap dan pucuk ubi, kami makan cukup selera sekali.

"Itu daging sembelih minggu lepas untuk rai pemimpin yang datang. Kami kongsi-kongsi satu kampung, beli seekor lembu sebab nak raikan mereka.

"Seronok rasanya. Ada lebih, saya simpan sikit, dapat juga Azamin merasa," katanya membuatkan saya tersentak seketika. Anak-anak kecilnya terintai-intai di balik dapur, membuatkan saya malu dan terasa kenyang secara tiba-tiba.
Itu kisah, dua tahun lalu.

Manakala tahun lepas, Suhaili, 40 berbaju melayu lusuh sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Di sebelah bahunya dikendong sebuah beg buruk, sambil mengelap peluh yang memercik di dahi. Pancaran matahari cukup terik tengahari itu.
"Ana pergi berarak di Parlimen tadi. Selesai semua, nak baliklah, lagipun ana datang seorang je naik bas," katanya ketika saya menyapa.

Lain pula pada 10 November 2007 tika azan subuh menjelma di masjid negara, sekumpulan lebih 100 orang berbaju kuning berkumpul di pekarangan, sementara menanti himpunan besar-besaran itu dilancarkan.

"Kami ni mai dari Kedah. Naik bas takut kena sekat, jadi kami mai naik keretapi. Bertolak malam tadi. Tempah tiket pi balik.

"Sat lagi bertolak balik. Harap-harap tak dak yang kena hambat, esok pagi kami nak pi motong," kata Sayed, 35 seorang penoreh getah di Sik.

Tiga nama di atas hanyalah secebis rakaman nama-nama 'samaran' pejuang yang tidak mungkin dititipkan nama mereka satu persatu.

Mereka ini penyokong, ahli dan peminat PAS yang amat setia. Sering ke mana-mana pun secara rela tanpa dipaksa. Ikhlas tanpa minta apa-apa.
Disuruh mereka datang, diarah mereka pergi.

Siangnya mereka memukat, menuai, menebas lalang. Malamnya mereka di kaki legar bersimpuh dengar ceramah. Adakalanya, keluar seringgit dua, buat tabung amanah demi perjuangan agama Allah.

Jika ceramah, himpunan dan ada peristiwa besar, mereka datang dengan besar hati tanpa peduli cabaran yang menjelma.

Ada yang membonceng menaiki motosikal. Ada yang berberkongsi kereta. Menaiki bas, dari utara mereka turun, dari selatan mereka datang. Tidak lupa, dari Timur Barat mereka muncul.
Adakalanya mereka pulang. Adakala keluarga menanggung resah berpanjangan, menunggu mereka tak kunjung datang.

Ada yang diasak teruk. Sekali, dua libasan cota cukup memedihkan rasa. Malah lebih ramai yang tertusuk perit lantaran semburan gas pemedih mata. Tidak kurang, yang tersiat kulit luka tercedera.

Ada yang meringkuk sehari dua di penjara, manakala selebihnya diusung ke mahkamah keesokan harinya.

Ada yang hilang pekerjaan, tertahan pangkat, ditukar ke sana ke mari dan dikenakan tindakan. Ada yang belum sempat mengucup segulung ijazah lantaran tindakan yang tak berjiwa dan bermata.

Mereka ini ikhlas berjuang. Hujan, ribut, petir, embun dan panas mentari, mereka tetap taat di situ. Apa jua rintangan tidak pernah menyekat hati untuk terus berbakti kepada parti.
Sambil menggulung daun pucuk, mereka ini tersenyum membaca kejayaan PAS, satu demi satu.
Sambil menghirup udara bendang, yang buta huruf, meminta rakan taulan dan anak-anak membaca berita-berita gembira, parti tercinta.

Mereka ini tidak mengerti apa itu label-labelan atau jenama-jenama yang mencucuk mata. Kelas-kelas atau kasta-kasta yang memisahkan mereka. Mereka ini tidak ambil pusing. Mereka tidak pernah bising-bising.

Walaupun kubur mereka kelak tidak bertanda, susuk tubuh mereka tidak pernah ditanya atau disapa, namun yang penting, parti terus dijulang, agama Allah terus bertakhta!
Teringat kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri bahawa para pendukung PAS ini tidak pernah minta dibalas tetapi cukup sekadar sebuah senyuman dan sapaan daripada pimpinan, yang membuat hati mereka berbunga mekar dan semarak semangat juangnya.
Jika ada yang sudi, sisipkanlah cebisan doa buat mereka ini... datang dan pergi tanpa dikenali.
Mereka ini tanpa nama, jauh sekali dapat ke Muktamar...
[Read More...]


Kisah diakhir zaman



al-Bakri fi Muar

Assalamualaikum!

Sedang melayari internet, searching punya searching jumpalah klip video malah sudah ada link dalam beberapa blog. Setelah melihat klip video tersebut, wajah lelaki tersebut saya kenal semasa saya bekerja di Shah Alam.

Sahabat satu pejabat beritahu saya yang dia (lelaki dalam video klip) itu adalah adik kepada isteri DS Najib. Saya pun terkejut, "wah macam itu boleh senang..." , tapi adik dia masih kerja macam kebanyakan pekerja lain. Masuk kerja punch card, balik kerja punch out.... tidak nampak seperti adik kepada seorang yang berpengaruh.
Umur kita hanya seketika sahaja bila-bila masa sahaja "dijemput pulang". Namun itulah manusia yang mungkin tidak mahu kisah-kisah lama diceritakan dan mungkin.....
Sesungguhnya, syaitan pun takut kepada Allah tetapi manusia bukan sahaja tidak takut dengan Allah malah lawan kekuasaanNya dan mengaku tuhan seperti Firaun dan di negara kita sendiri ayah pin.
Semoga kita semua diberi hidayah dan bertaubat seperti insan bernama Malek Noor.
[Read More...]


SLAM SEDANG MEMANGGIL



al-Bakri fi Muar


Dakwah kita memerlukan masa yang lebih dari umur-umur kita"~
Imam Hassan al-Banna

Benar apa yang dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna itu.
Membina generasi rabbani tidak mengambil masa yang sedikit. Setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir dan umat Islam pula telah dirosakkan dengan pelbagai bentuk ideolagi yang menyeleweng seperti kapitalis, komunis, sekular dan sebagainya, ia memerlukan generasi demi generasi untuk kembali melahirkan sebuah umat terbaik yang diimpi-impikan.

Di kalangan umat Islam yang ada, lebih ramai yang jahil terhadap agamanya sendiri daripada bilangan mereka yang faham. Mereka memandang yang baik itu pada kaca mata Barat yang menjadi kiblat dan tempat mereka bersujud, bukan lagi Islam. Yang baik pada Islam dikesampingkan, tetapi mereka tidak sedar betapa nilai-nilai moral yang dianjurkan Barat itu sebenarnya berasal daripada Islam.

Hidup bersama Islam itu bererti hidup untuk Allah. Namun mengenal Allah itu bukanlah dengan jalan melihat kerana kita tidak bisa melihat Allah .. bukan juga dengan jalan mendengar kerana kita tidak bisa mendengar kata-kata Allah. Tetapi untuk mengenal Allah, kita memerlukan ilmu dan ma'rifah. Mengenal Allah dengan ilmu saja tidak mencukupi, tetapi kita perlu mengenal Allah dengan faham ... faham mengapa hanya Allah saja yang layak disembah, faham mengapa hanya agama Allah saja yang layak dituruti dan faham mengapa hanya keadilan Allah saja yang layak diteladani.

Maka di sinilah peranan dakwah.
Akan tetapi, dakwah memerlukan pengorbanan besar dari seluruh umat Islam. Ia bukan hanya kerja para ulama, tetapi semua umat Islam yang memahami perkara ini perlu memainkan peranannya untuk Islam.

Apakah kalian seorang doktor. Apakah kalian seorang jurutera. Apakah kalian seorang peguam. Kalian semua adalah Rijal ad-din yang memikul tanggungjawab besar ini. Kalian perlu merasa sakit dengan wabak yang datang menyerang Islam. Sedih demi Islam.

Saya menyeru kalian semua bukan di atas pakaian saya sebagai seorang da'ie, bahkan saya tidak layak untuk memakai gelaran itu. Saya hanyalah seekor semut kecil dari jutaan semut-semut besar yang sedang mencari manisan keredhaan Allah.

Namun begitu, janganlah mengharapkan suatu keajaiban di esok hari untuk Islam. Tetapi yakinlah ! cahaya kegemilangan itu pasti akan muncul kembali di suatu hari.
Kata nabi SAW :
"Islam ini pasti akan sampai ke tempat yang sampainya siang dan malam. Allah tidak akan meninggalkan rumah yang di bandar atau di desa melainkan Allah pasti akan memasukkan agama ini. Yang mulia dengan kemuliaannya atau yang hina dengan kehinaannya. Mereka yang mulia akan Allah muliakan dengan Islam dan yang hina akan Allah hinakan dengan kekufurannya" ((Hadis sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya (4/103) dan Al-Haithami dalam al-Mujamma') )

Akan tetapi, untuk mencapai matlamat ini, Islam memerlukan umat yang sanggup :~
Berfikir untuk Islam,
Bekerja untuk Islam dan,
MENGHABISKAN MASA UMURNYA UNTUK ISLAM ...
............ ......... ......... ......... ......... .
~ Semoga Allah mencerahkan jalan itu untuk kits. Ameen
[Read More...]


Tazkirah: Cara Nabi berdakwah



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?
Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ... Sadaqah
Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi....jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..
2. Sumbangkan kursi roda ke Rumah Sakit dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Bantu pendidikan seorang anak.
4..... Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
5. Bagi CD Quran atau Do'a.
6. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
7. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
8. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah
[Read More...]


Persoalan tentang babi



al-Bakri fi Muar
7 Jun 2009

Kartun dibawah saya dapat melalui email yang dihantar. Ringkas dan mudah untuk dibaca.





[Read More...]


Kenyataan mohon maaf



[Read More...]


2 Adun BN akui buat silap besar fitnah Husam Musa



Dari Harakahdaily

Mohd Nor Yahya Foto Rizal Tahir Wed Jun 03, 09 3:06:32 pm MYT
KOTA BHARU, 3 Jun (Hrkh) - Sejak menerajui Kelantan hampir 20 tahun lalu, pemimpin kerajaan PAS ternyata bebas daripada segala unsur rasuah dan penyelewengan kuasa.

Malah segala dakwaan yang dilemparkan pihak lawan tidak lebih sekadar gimik politik yang gagal dibuktikan di mahkamah.

Inilah juga yang berlaku terhadap anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa apabila difitnah dengan dakwaan melakukan penyelewangan, namun tiada sebarang bukti.

Ekoran itu, hari ini seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Husam.

Semalam, Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah lebih awal menarik balik segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anggota Exco terbabit dua tahun lalu.

Pada 27 November 2007 Adun terbabit membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dengan menyerahkan dokumen yang diperolehi dari sumber yang tidak pasti kononnya penyelewengan dilakukan Husam.

Dakwaan mereka sebelum ini membabitkan sembilan isu termasuk salah guna kuasa, penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd, isu kedai Majlis Daerah Machang dan kambing jamnapari.

Sumber: Baca lagi
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors