Muslimat PAS Permatang Pauh raikan ibu tunggal



Mohd Sabri Said Thu
Sep 18, 08 3:26:32 pm MYT

PERMATANG PAUH, 18 Sept (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh meraikan ibu tunggal di majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri di perkarangan Dewan Haji Zabidi Ali pada hari Sabtu 20 September jam 5.00 petang.

Ketuanya, Puan Suraya Saat berkata, program yang diberi nama "Tautan Kasih Ramadan" bertujuan mendekatkan lagi kasih sayang antara Dewan Muslimat dengan masyarakat terutamanya kalangan ibu tunggal yang rata-ratanya dalam kedaifan.

24 orang ibu tunggal yang dipilih akan dibawa oleh petugas yang diamanahkan membawa golongan itu ke dewan berkenaan seawal jam 4.00 petang bersama anak-anak mereka.

"Itulah antara yang Dewan Muslimat PAS Permatang Pauh boleh lakukan demi merapatkan silatulrahim dengan golongan terbabit. Bila mereka datang kita akan berikan sumbangan wang ringgit serta barangan hamper berupa barangan keperluan seharian," tambahnya lagi.

Program tersebut ujar Suraya, adalah program tahunan di mana Dewan Muslimat merupakan perantaraan antara penyumbang dan golongan sasar. - mns
[Read More...]


Iklan ada arak: Muslimat mahu kerajaan bertindak



Saidah Hairan
Fri Aug 22, 08 4:35:09 pm MYT
SHAH ALAM, 22 Ogos (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap akhbar Berita Harian kerana menyiarkan iklan yang tidak bermoral dan menjatuhkan imej umat Islam.
Desakan itu dibuat oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berikutan akhbar tersebut menyiarkan iklan wanita yang didakwa sedang minum minuman keras di sebuah restoran Melayu di Kuala Lumpur.

Iklan tersebut tercatat; `Berbuka puasa dalam suasana hutan semula jadi' di restoran mandi-mandi, Ampang, Selangor.

Menurut beliau, iklan tersebut secara jelas menghina umat Islam kerana di sebelah meja terhidang botol arak dan terpapar perkataan berbuka puasa.

Beliau mempersoalkan pihak akhbar Berita Harian langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

"Kita tahu bahawa minuman keras itu haram bagi umat Islam, mengapa pihak akhbar tidak sensitif dalam hal ini," katanya.

Beliau berharap kerajaan wajar mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara yang sama berulang.?- lanh _
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors