Antara Cikgu Ya dan V Arumugam



10 Feb, 2009
TINDAKAN Adun Bukit Selambau, V Arumugam mengosongkan kerusi DUN berkenaan satu tindakan yang berat untuk dilakukannya. Pasti ugutan yang diterimanya sudah tidak tertahan menyebabkan beliau tidak ada pilihan lain, melainkan berbuat keputusan yang menyeksakan itu.Pakatan Rakyat Kedah seharusnya berterima kasih atas pengorbanan V Arumugam itu. Walaupun ianya mungkin berpuca daripada kesilapan dilakukan V Arumugam sendiri yang mendedahkan dirinya kepada timbul masalah yang mengheret beliau mengambil tindakan itu, namun langkah itu patut dipuji.Setidak-tidak V Arumugam tidak tergamak melemparkan tahi kepada orang yang memberinya peluang menduduki jawatan Exco atau mengkhinati rakyat yang menyokognnya dalam pilihan raya umum lalu. Arumugam bukan saja berjiwa besar tetapi seorang yang jujur!Seperti mana dakwa Arumugam beliau pernah ditawarkan wang RM 5 juta supaya meninggalkan PKR dan menyertai BN.
Namun beliau tidak teruja dan terpesona dengan tawaran itu. Wang ternyata tidak bisa menggugah dan merubah sokongan dan keyakinannya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau tidak mahu menjadikan cacian dan cumuhan rakyat sebagai legasi kerjaya politiknya.
Sikap yang diambil Arumugam itu satu langkah terpuji. Begitulah yang patut ada kepada diri setiap pemimpin, waima apa juga bentuk kepimpinan mereka. Apa lagi politik benar-benar memerlukan orang yang berjiwa besar dan tidak bermata keranjang yang mudah terbeliak biji mata apabila melihat wang dan tawaran kebendaaan lain serta seks.
Arumugam rela kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat dan Exco demi kesejahteraan parti dan juga kerajaan yang didokongnya. Seandainya beliau tidak mementingkan perjuangan pasti beliau akan kelabu mata dan bersedia menerima huluran wang RM 5 juta. Dalam keadaan hari ini RM 5 juta mungkin boleh membesarkan kerak nasi keluarga.Hendakanya PKR atau Pakatan Rakyat tidak mengenepikan Arumugam dan membantunya sebagai imbuhan atas sikap gentlemannya mengosongkan kerusi berkenaan daripada bertindak mengkhianatkan kerajaan Pakatan. Pengorbanan besar Arumugam itu patut dihargai walaupun beliau sendiri tidak akan menuntutnya.Apabila saya mengenangkan nasib dan kisah Arumugam ini saya teringat kepada apa yang berlaku di Kelantan sekitar tahun 2006 dulu.
Hal yang hampir sama juga pernah berlaku dan menimpa seorang Adun Pas kawasan Kemuning, Machang, Zakaria Yaacob atau cikgu Ya yang pernah ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan Pas.

Tetapi kerana sayangnya Zakaria kepada Pas beliau tidak menerima wang itu. Zakaria lebih menyanyangi perjuangan dan menjaga selamatan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menjaga kepentingan dirinya.Saya masih ingat kata-kata Zakaria yang dinukilkan dalam laporan muka depan akhbar Siasah keluaran Mac 2006; "Saya tidak akan menukar perjuangan saya. Prinsip saya dan maruah saya. Tidak akan saya gadai dengan wang ringgit. Saya dibesarkan dalam perjuangan Islam, di universiti dulu pun saya terlibat dengan gerakan Islam, jadi tidak mudah untuk memperdayakan saya,”

Itulah sebaris kata-kata yuang menjadi azimat dan benteng menyelamatkan akidah perjuangan Zakaria. Sudah pasti kalau beliau tidak memiliki kekuatan dan keyakinan itu Zakaria juga akan jadi kabur mata dan menerima rasuah sebanyak RM5 juta. Wangt sejumlah itu boleh menghidupkan Zakaria dan seluruh keluarganya untuk bertahun-tahun.

Betapa kalau beliau bersedia mengkhianti parti, dengan meneriam wang sebanyak itu, lari untuk menyertai Umno kerajaan Pas pimpinan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz ketika itu juga turut tumbang bagaimana berlaku di Perak kini. Kelantan juga akan jadi hurhara.Apa yang berlaku itu patut dijadikan iktibar khasnya kepada wakil rakyat dan ahli parlimen semuanya. Walaupun kedua watak itu, V Arumugam dan Zakaria Yaacob bukan personaliti tersohor namun jelas mereka memilih sekeping hati yang ketal dengan keimanan dan mempunyai keyakinan dan prinsip diri yang utuh. Pengorbanan dan jasa mereka akan dikenang selama-lamanya.Mungkin tidak salah kalau baik PKR atau Pas memberi satu anugerah khas kepada mana-mana ahli atau pun penyokong mereka yang memberi jasa besar kepada parti. Anugerah itu bukan apa hanya untuk menandakan bahawa parti itu tetap mengenang kepada mereka yang berjuang dan menjaga nama baik parti
[Read More...]


16 September: Ada Ahli Parlimen mahu umum minggu ini?



Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 05, 08 9:48:07 am MYT
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) - Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menegaskan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September nanti masih berjalan lancar.

Beliau berkata hanya tinggal beberapa aspek seperti soal teknikal dan perundangan yang perlu diselesaikan.

"Pelan sasaran 16 September kekal sebagaimana telah diumumkan dan dalam waktu yang terdekat, sasaran ini akan dicapai," kata beliau.

Dilaporkan hampir 30 wakil rakyat Barisan Nasional akan menganggotai parti-parti komponen secara individu dengan sebahagian besar dalam KeADILan manakala tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) - kesemuanya dari Sabah dan Sarawak - telah menyatakan persetujuan untuk menyertai sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Ketika diminta mengulas mengenai waktu terdekat yang dimaksudkan, beliau berkata, ia akan dicapai dalam beberapa hari lagi.

Beliau tidak menolak desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen yang ingin mengumumkan hasrat mereka sertai Pakatan Rakyat minggu ini.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan mahu pengumuman dibuat serentak, kemungkinan minggu depan.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat KeADILan telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan persekutuan baru akan dibentuk menjelang 16 September ini.
"Banyak pertemuan telah diadakan setakat ini... pertemuan-pertemuan ini juga dikendalikan oleh komponen Pakatan Rakyat yang lain, bukan KeADILan sahaja," katanya.
Difahamkan ahli-ahli Parlimen yang menyatakan keinginan itu termasuklah mereka yang berada dalam Kabinet.

Semalam Pengerusi Perhubungan KeADILan Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan.
"KeADILan Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," kata beliau.

Beliau berkata demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara. - mks. _
[Read More...]


Perangkap: Satu Cubaan Rampas Kuasa Kerajaan Perak



PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 21 OGOS - 08

Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek Rasuah dan Seks sebenarnya telah diperangkap bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar.

Perkara Yang Sebenarnya Berlaku Semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan YB Osman Mohd Jalil sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar. Pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu. Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000.

Setakat ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.

"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua yang turut memberikan kenyataan dalam sidang akhbar pagi tadi. Tuduhan tawaran seks keatas mereka juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej, sumber yang diterima adalah tidak sahih.

Ulasan Kerajaan Negeri Perak dan pemimpin Semalam, Menteri Besar Perak, YAB Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos. Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.

Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan. Sementara itu semalam, Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapa itu berbaur politik di saat-saat pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh. Selain menambah, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan, dan meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional.

[Read More...]


Lokasi Perjumpaan YB-YB Pakatan Rakyat






Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Hotel Muar Trader

Semua rakyat dijemput hadir.


[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors