.....tidak bernama.... tidak dikenali.... tapi berjuang tetap berjuang




Jangan lupa pejuang tanpa nama...
Azamin Amin Tue Jun 02, 09 5:17:44 pm MYT
Maneer, 37 hanya bekerja kampung untuk menyara enam anaknya sambil membantu isteri yang menjadi suri. Mereka sekeluarga menumpang teduh di sebuah balai kecil. Rumahnya, baru-baru ini dijilat api. Ketika ditemui lewat malam, dia sedang menyarung baju terang 'highlight' berwarna hijau kekuningan sambil memegang cota berlampu merah.
"Nak kena jaga jalan dan 'parking' kereta. Malam ni ada ceramah," katanya kepada saya dan rakan yang berkunjung ke tempatnya, di sebuah kampung di Pahang.
Dalam sibuk-sibuk itu, dia sempat menjamu kami, yang baru dikenalinya sehari. Biarpun hanya nasi putih, daging masak kicap dan pucuk ubi, kami makan cukup selera sekali.

"Itu daging sembelih minggu lepas untuk rai pemimpin yang datang. Kami kongsi-kongsi satu kampung, beli seekor lembu sebab nak raikan mereka.

"Seronok rasanya. Ada lebih, saya simpan sikit, dapat juga Azamin merasa," katanya membuatkan saya tersentak seketika. Anak-anak kecilnya terintai-intai di balik dapur, membuatkan saya malu dan terasa kenyang secara tiba-tiba.
Itu kisah, dua tahun lalu.

Manakala tahun lepas, Suhaili, 40 berbaju melayu lusuh sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Di sebelah bahunya dikendong sebuah beg buruk, sambil mengelap peluh yang memercik di dahi. Pancaran matahari cukup terik tengahari itu.
"Ana pergi berarak di Parlimen tadi. Selesai semua, nak baliklah, lagipun ana datang seorang je naik bas," katanya ketika saya menyapa.

Lain pula pada 10 November 2007 tika azan subuh menjelma di masjid negara, sekumpulan lebih 100 orang berbaju kuning berkumpul di pekarangan, sementara menanti himpunan besar-besaran itu dilancarkan.

"Kami ni mai dari Kedah. Naik bas takut kena sekat, jadi kami mai naik keretapi. Bertolak malam tadi. Tempah tiket pi balik.

"Sat lagi bertolak balik. Harap-harap tak dak yang kena hambat, esok pagi kami nak pi motong," kata Sayed, 35 seorang penoreh getah di Sik.

Tiga nama di atas hanyalah secebis rakaman nama-nama 'samaran' pejuang yang tidak mungkin dititipkan nama mereka satu persatu.

Mereka ini penyokong, ahli dan peminat PAS yang amat setia. Sering ke mana-mana pun secara rela tanpa dipaksa. Ikhlas tanpa minta apa-apa.
Disuruh mereka datang, diarah mereka pergi.

Siangnya mereka memukat, menuai, menebas lalang. Malamnya mereka di kaki legar bersimpuh dengar ceramah. Adakalanya, keluar seringgit dua, buat tabung amanah demi perjuangan agama Allah.

Jika ceramah, himpunan dan ada peristiwa besar, mereka datang dengan besar hati tanpa peduli cabaran yang menjelma.

Ada yang membonceng menaiki motosikal. Ada yang berberkongsi kereta. Menaiki bas, dari utara mereka turun, dari selatan mereka datang. Tidak lupa, dari Timur Barat mereka muncul.
Adakalanya mereka pulang. Adakala keluarga menanggung resah berpanjangan, menunggu mereka tak kunjung datang.

Ada yang diasak teruk. Sekali, dua libasan cota cukup memedihkan rasa. Malah lebih ramai yang tertusuk perit lantaran semburan gas pemedih mata. Tidak kurang, yang tersiat kulit luka tercedera.

Ada yang meringkuk sehari dua di penjara, manakala selebihnya diusung ke mahkamah keesokan harinya.

Ada yang hilang pekerjaan, tertahan pangkat, ditukar ke sana ke mari dan dikenakan tindakan. Ada yang belum sempat mengucup segulung ijazah lantaran tindakan yang tak berjiwa dan bermata.

Mereka ini ikhlas berjuang. Hujan, ribut, petir, embun dan panas mentari, mereka tetap taat di situ. Apa jua rintangan tidak pernah menyekat hati untuk terus berbakti kepada parti.
Sambil menggulung daun pucuk, mereka ini tersenyum membaca kejayaan PAS, satu demi satu.
Sambil menghirup udara bendang, yang buta huruf, meminta rakan taulan dan anak-anak membaca berita-berita gembira, parti tercinta.

Mereka ini tidak mengerti apa itu label-labelan atau jenama-jenama yang mencucuk mata. Kelas-kelas atau kasta-kasta yang memisahkan mereka. Mereka ini tidak ambil pusing. Mereka tidak pernah bising-bising.

Walaupun kubur mereka kelak tidak bertanda, susuk tubuh mereka tidak pernah ditanya atau disapa, namun yang penting, parti terus dijulang, agama Allah terus bertakhta!
Teringat kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri bahawa para pendukung PAS ini tidak pernah minta dibalas tetapi cukup sekadar sebuah senyuman dan sapaan daripada pimpinan, yang membuat hati mereka berbunga mekar dan semarak semangat juangnya.
Jika ada yang sudi, sisipkanlah cebisan doa buat mereka ini... datang dan pergi tanpa dikenali.
Mereka ini tanpa nama, jauh sekali dapat ke Muktamar...
[Read More...]


Kisah dari Kg Baru Plentong...












Catatan aktivis di Kg BR Pletong Tengah

Dilulus terbit pada Saturday,
October 25 @ 08:34:48
MYT oleh TokPenghulu Oleh saad"

Apa sudah jadi…. ketuanan melayu menjadi saksi.

Aku adalah salah seorang aktivis yang berada dicelah-celah ratusan penduduk kampung yang dihina oleh pihak berkuasa sewaktu mempertahankan kampung halaman mereka semalam.

Biarpun sejarah kehadiran aku untuk sampai ke perkarangan Kg Baru Plentong Tengah amat memeritkan, namun semangat setiakawan dan perikemanusiaaan akhirnya dapat juga aku bersama penduduk kg berhimpun secara aman damai pagi semalam.Kalau korang nak tau, aku, Man dan Nazree terpaksa menyeludup masuk ke kg baru plentong tengah dengan berjalan kaki dicelah-celah belukar awal pagi setelah dihalau oleh pasukan polis yang membuat sekatan jalan raya dipintu masuk kg semanjak 13 Okt lg. Aku sendiri tak famah kenapa “Orang Luar” tidak dibenarkan masuk ke kaw kg baru plentong tengah waktu itu.

Kononnya kg trsebut sedang dalam perhatian dan BAHAYA waktu ini. Apa boleh buat, orang dah halau… kena juagak la aku berpatah balik. Tapi Polis ingat dia bijak… padahal aku, Man dan Nazree lagi bijak. kah! kah! kah!

Rumusan awak aku sepanjang perhimpunan aman pagi semalam terlalu mudah. Amat menjijikkan sikap rakus pasukan polis dan FRU yang langsung tidak berhati perut apabila tergamak merempoh benteng manusia dengan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan rayuan penduduk kampung. Tangisan si ibu tua dan anak-anak langsung tidak dihiraukan oleh pasukan penceroboh ini. Kemeriahan Berhari Raya dikampung halaman bagaikan mimpi ngeri bagi mereka khususnya anak-anak kecil yang belum faham tentang perjuangan dan erti hidup.

Aku rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan Imam masjid yang dipukul oleh FRU hingga rebah menyembah bumi sewaktu rempuhan berlaku. Bayangkan, anak-anak kecil yang seronok memegang kain rentang di bahagian hadapan benteng sambil melaungkan slogan “Selamatkan kampung kami”

[Read More...]


Hebatnya Kuasa niat



Oleh mindataqwa

Seorang perokok menyatakan kehairanannya bahawa bulan puasa boleh pulak dia sehari suntuk tidak merokok meskipun dia seorang kaki rokokIni fenomena yang berlaku setiap kali menjalani ibadah puasa. Kekuatan niat berpuasa kerana Allah dengan semerta telah dapat mengubah tabiat seseorang.

Dalam Islam, niat adalah rukun yang penting dalam menjalani sesuatu ibadah. Tanpa niat ibadah tidak sah . Letak niat adalah di hati. niat mestilah dikaitkan kerana AllahNiat juga adalah syarat amal itu diterima seperti hadis Rasullulah yang bermaksud " sesungguhnya amal itu bermula dengan niat.

Dengan berniat melakukan sesuatu kebaikan telah dikira ganjaran pahala di sisi Allah 1 bahagian manakala sesudah niat itu dipraktikkan maka digandakan amalan itu sehingga 10 kali ganda hingga kepada 700 kali ganda oleh Allah swt melainkan ibadah puasa yang Allah sendiri akan membalas sebanyak-banyak pahala yang tidak diberitahu bilangannya.

Orang Islam melakukan amalan ibadah adalah semata-mata kerana Allah . Di sini terdapat hubungan yang kuat antara makhluk dengan penciptanya.Jadi bagi kita orang Islam untuk melakukan sesuatu perkerjaan baik maka niatkan amalan kita kerana Allah semata-mata. Di sinilah kekuatan dan kehebatan orang Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah di atas kerja buatnya bagi mencapai kejayaan dunia untuk akhiratnya.

Sepertimana janji yang kita lafazkan setiap kali sembahyang " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana Allah tuhan sekalian alam"7 lafaz niat menjadikan anda insan yang luarbiasa dan dan istimewa:

1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.

2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar

3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untuku

4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.

5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram

6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi

7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikkan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.


Lakukan lafaz ini sambil resapkan di dalam hati dengan memahaminya apa yang anda sebut selama 30 hari dan anda akan dapati suatu perubahan yang hebat berlaku pada diri anda kerana anda menjana tenaga getaran emosi positif di dalam dan di luar diri anda.

sumbangan artikel http://mindataqwa.blogspot.com"
[Read More...]


Khutbah Jumaat: Aurat wanita



Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat.
Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.
1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Syahwat Lelaki
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.HENDAK SERIBU DAYA.. TAK NAK SERIBU DALIH..... PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....
Tak takut ker???
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#) wallahua'lam
[Read More...]


Pengalaman berbuka bersama ahli syurga



Oleh rozmal

"Sebentar tadi Selasa 23 September 2008 saya telah berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama “ahli-ahli syurga” di Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan ( Pusat Khidmat Down Syndrome DUN Paroi) di Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut , Senawang.

Terdapat 10 orang anak-anak istimewa di sini yang di bawah penjagaan sepasang suami isteri secara sukarela iaitu Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka telah memulakan pusat ini lebih 5 tahun yang lalu. Penghuni pertama ialah adik Mohd Raziz Shah yang kini berusia 7 tahun. Adik Raziz hanya mampu baring sepanjang masa. Segala makan, minum, pakaian dan keperluan ke bilik air diuruskan oleh pasangan suami isteri tadi.

Bukan mudah untuk memelihara 10 orang anak-anak istimewa ini , tambahan pula mereka ini bukanlah anak-anak Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka dengan rela hati memelihara dan membesarkan semua anak-anak istimewa yang ditempatkan di sini, hasil usaha mereka sendiri dengan bantuan dari masyarakat dan pimpinan setempat.

Tersentuh ucapan yang dibuat oleh YB Tn Hj Taufek , ADUN Paroi memberitahu para hadirin bahawa betapa bertuahnya dapat menghadiri majlis bersama ahli-ahli syurga, kerana anak-anak istimewa ini tidak pernah membuat dosa dari sejak mereka dilahirkan, dan mereka akan ditempatkan di syurga nanti , insyaALLAH.

Antara yang turut hadir serta memberi sumbangan kepada pusat ini dalam majlis tersebut ialah YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Ahli Parlimen Telok Kemang , YB Tn Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi dan Sdr Badrul Hisham Shaharin Ketua Bahagian PKR Rembau.

Memang terasa kelainan berbuka puasa bersama anak-anak istimewa ini di tempat mereka dibesarkan. Tidak seperti membawa mereka ini berbuka puasa di tempat yang eksklusif.

Mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa, majlis sambutan Idil Fitri atau majlis kenduri di rumah anak-anak istimewa ini atau sekadar menziarahi bolehlah menghubungi Encik Azizan di talian 06-6791442 beralamat di No 43, Jalan TTJS ¾ , Taman Tuanku Jaafar, Sg. Gadut, Senawang.

Gambar bersama anak-anak istimewa dan adik Raziz di http://waghih.blogspot.com/2008/09/pengalaman-berbuka-bersama-ahli-syurga.html
[Read More...]


Nik Aziz: PAS untung Dr M masuk semula Umno



Oleh janggut83"

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".


"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik", demikian menurut laporan Bernama. "Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham. "Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan. "Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.

[Read More...]


Bila harga minyak dunia turun, apa tindakan PM...?



Al-Bakri fil Jeram menulis
11 Sept. 2008

Sehingga berita ini di"posting" harga minyak dunia ialah USD102.50 per barrel tetapi kerajaan BN macam tak perasaan pulak harga minya telah turun. Takkan masih nak buat kajian dilu baru nak turun.

Semasa harga minyak meningkat naik, tak pulak buat kajian menyeluruh apa kesan terhadap harga barang pengguna dan kadar inflasi. Naik turunkan harga punyalah payah sangat.


Ikuti artikel dibawah:

Berita Baik dan Berita Tak Baik fasal Minyak
Dilulus terbit pada Wednesday, September 10 @ 17:00:00 MYT oleh reformis

Oleh edyesdotcom"
Di sini terdapat dua berita untuk saya sampaikan kepada anda semua. Satu berita baik manakala satu lagi berita tak baik atau juga dikenali sebagai berita JAHAT.Berita baiknya ialah - Harga minyak dunia telah menurun ke paras $102.51 per barrel iaitu paras harga ketika Najib dan kerajaan BN berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.

Berita tak baiknya atau berita jahat ialah - Paklah tak sedar mengenai penurunan harga minyak global ini. Paklah juga tak sedar bahawa setiap kali beliau menaikkan harga minyak, tiada kajian yang mendalam seraya kenaikkan harga minyak 'glokal' adalah serta merta.

Mengapa penurunan pula tidak boleh secara serta merta?Oleh demikian, saya beranggapan harga minyak glokal ini sepatutnya kembali kepada harga asal. Bagaimana pula dengan rebet yang sudah diberikan? Anggaplah itu satu pemberian ikhlas dari kerajaan setelah menipu rakyat bahawasanya tidak ada kenaikkan selepas PRU-12.Cuba saudara ingat balik debat di antara DSAI dan Shabery pada 15Julai yang lalu. Anwar telah menyatakan bahawa harga minyak dunia telah sampai ke 'breaking point' dan akan menurun.

Berbuih-buih mulut Shabery untuk menafikan kata-kata Anwar kononnya ia retorik semata-mata. Kini, terbukti kata Anwar ada sohihnya. Anwar seolah-olah lebih bijak dari seluruh kabinet paklah.Ingin saya ingatkan kembali, jika kerajaan mengambil jalan sedikit bersabar pada bulan Jun lalu dengan menangguhkan kenaikkan harga minyak ke bulan Ogos, sudah pasti pada hari ini harga minyak kekal pada paras 192sen per liter.

Maka tiada rakyat negara ini yang menderita akibat inflasi segera.Maka tiadalah orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak yang menyebabkan jalan raya jem tak hingat, dan tiada juga pergaduhan-pergaduhan kecil sewaktu rakyat berebut-rebut mengisi minyak pada malam 6 Jun. Ingatkah saudara, saya pasti saudara adalah salah seorang yang terlibat.Harga-harga barang keperluan, makanan dan pelbagai barangan serta perkhidmatan berasaskan logistik masih kekal harga bayarannya ditakuk lama.


Semua ini kekal jika kerajaan mengambil sedikit pendekatan berhemah dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menaikkan harga minyak. Itu pasti.Tetapi segalanya telah terlambat. Kerakusan kerajaan Barisan Nasional telah menyebabkan kerosakkan yang amat teruk kepada ekonomi negara. Menyusahkan rakyat sama sekali. Saya percaya ini semua bukanlah kemahuan rakyat tetapi hanya atas persetujuan menteri kabinet dan ahli parlimen BN sahaja.

Jika saudara mempunyai masa, silalah layari youtube mengenai debat Anwar-Shabery sebagai ulangkaji. Kita akan yakin, apa yang disasarkan oleh DSAI boleh dilakukan dan tidak mustahil harga minyak dalam negara akan berlegar sekitar RM1.50 seliter dalam masa 2-3 tahun lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.Akhir sekali, ingin saya mengingatkan kepada semua bahawa PETRONAS adalah hak negara, hak rakyat ! Jadi, adalah menjadi tanggungjawab syarikat gergasi ini bagi mengurangkan beban rakyat sepertimana penubuhan dan permodalan asalnya ialah dari kerajaan itu sendiri.


RE-FOR-MA-SI !
EDYES
[Read More...]


Mualaf perlu sokongan material, emosi



Oleh AMKNS

SEORANG mualaf berasal dari Australia memilih memeluk Islam pada 1 Ramadan, selepas mengenali dan mengkaji Islam beberapa lama kerana katanya Ramadan adalah bulan penuh rahmat, pengampunan dan janji syurga daripada Allah.

Cerita lanjut di http://jendelahikmah05.blogspot.com/2007/09/mualaf-perlu-sokongan-material-emosi.html

Apakah itu Hidayah Centre? Hidayah Centre yang dikendalikan bersama oleh sukarelawan NGO (JIM) adalah merupakan penempatan sementara saudara baru , pusat perlindungan saudara baru , pusat pendidikan dan bimbingan saudara baru

Setelah 3 tahun beroperasi dan memberikan sokongan kepada saudara baru antara pencapaian Hidayah Centre ialah , beroperasi di 14 lokasi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak , memberikan bimbingan kepada saudara baru , memberikan kaunseling pemulihan dan pemantapan akidah saudara baru

Justeru itu pihak Hidayah Centre sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini menyeru kepada semua umat Islam memberi sokongan moral dan material kepada saudara baru ini dengan menyertai atau membiayai program berikut :

MAJLIS BERBUKA PUASA KALI KE-4 "SAUDARA BARU, SAUDARA KITA"
Tarikh : 20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Masa : 5.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja

Anjuran : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru)

Objektif Program : Mengumpulkan dana demi menjayakan pengoperasian Hidayah Centre di seluruh Malaysia

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)
En. Dhany Sarip (012-930 7522)
Pn. Ummi Roses (019-238 6333)
Ibupejabat JIM (03-4108 9669)

Aturcara Program
5.00 petang: Ketibaan tetamu
5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis
5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia "PanelisTuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)
7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One
8.00 malam: Perasmian
8.20 malam: Solat Isyak dan TarawikhDipimpin oleh Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)9.40 malam: TazkirahDisampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)
10.00 malam: Moreh dan Bersurai


Info Hidayah Centre di http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=28
[Read More...]


Kampungku Oh Kampungku



Oleh arsalan_uzzam"

Alhamdulillah Segala telah kembali kepangkal jalan.... Aku sungguh terharu baru2 ini bila balik ke kampung ku di KG KUALA SLIM, SLIMRIVER PK. Walaupun dalam PRU 12 kg ku kalah ditangan BN tetapi Ramadhan tahun ini amat lain sekali... Mungkin kerana PR telah dapat menawan neger Perak.

Suara2 alunan ALQuran kedengaran tiap2 malam berkat usaha seorang anak jati Kg K.Slim Tn. Hj. Abdul Salam yg telah pulang ke kg beberapa tahun lepas. Bukanlah satu usaha yg mudah untuk beliau menghidupkan masjid yg sebelum ini di imamkan oleh org2 kampung yg tak layak dari segi penguasaan ilmu agama. Berkat kesabaran beliau dan beberapa orang rakan seperti Tn Hj Ahmad atau lebih dikenali dgn nama Hj Namad, dan pemuda2 kg yg lain.

Masjid yg dahulunya hanya tempat unuk menunaikan solat wajib 5 waktu dan juga sebagai kelas agama untuk kanak2, sekarang ini telah berubah. suara2 tadarus kedengaran setiap malam, malahan sudah ramai yg berkiamullai di masjid Kg. K.Slim. Ada juga sesekali dijemput tuan2 guru untuk memberikan tunjuk ajar dan ceramah ringkas mengenai ilmu fardhu ain dan kifayah..Ini lah perubahan yang aku nantikan setelah sekian lama. Allah telahpun memakbulkan permintaan doa penduduk kg yg inginkan perubahan.

Moga suatu hari nanti Tn Guru Nik Aziz akan datang ke Kg ini untuk melihat dan memberikan tunjuk ajar kepada penduduk Kg K.Slim. InsyaAllah sekiranya Tuan Guru Nik Aziz dtg moga insan2 yg masih buta akan celik semula Amin..."
[Read More...]


Pemuda Wilayah turun bantu mangsa ribut



Oleh rusly_islam

Pemuda Wilayah menyertai beratus orang sukarelawan termasuk unit amal untuk turun membantu mangsa ribut di kawasan Selat Klang. Ketua Penerangan Pemuda Wilayah mengetuai kumpulan daripada pemuda Wilayah pada ahad semalam.
Rombongan Pemuda Wilayah bertolak seawal jam 7.45 pagi daripada Masjid Ar-Rahman kemudian sampai kira-kira jam 8.30 di Pejabat Dun Selat Klang. Berpuluh-puluh tentera merah (unit amal) juga sudah kelihatan menunggu di sana. Pasukan RELA dan Pasukan Polis Bantuan turut menyertai misi ini.Pemuda Wilayah ditugaskan membaiki kerosakan rumah Pakcik Ahmad Jais bersama-sama dengan unit amal Perak dan unit amal Shah Alam.
Rumah Pakcik Ahmad Jais rosak teruk akibat ribut tersebut. Banyak bumbung yang tercabut dan rumah di masuki air. Beliau juga rasa terharu dengan kehadiran para petugas, yang sanggup turun membantu beliau dan keluarga.Beberapa hari yang lepas, menjelangnya Ramadhan kira-kira pukul 5.00 petang kawasan DUN Selat Klang tiba-tiba dilanda ribut yang mengakibatkan beberapa buah rumah penduduk di situ mengalami kerosakan teruk.
Tempias ribut itu juga sampai ke DUN Meru.Seawal jam 8.30 pagi peserta sukarelawan berkumpul dan diberikan taklimat mengenai misi ini oleh En Jamaludin, Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Kemudian kumpulan dibahagikan mengikut rumah yg hendak dibaiki.Ketika Pemuda bertungkus-lumus bersama dengan Unit Amal dari Shah Alam dan Perak, Dr. Halimah, ADUN Klang dan Dr. Rani ADUN Meru sempat melawat mangsa dan para petugas.
Kedua-dua Adun ini berterima-kasih kepada para sukarelawan.Kerja-kerja membaik-pulih rumah tersebut habis lebih kurang jam 7.00 petang. Walaupun keletihan kerana berpuasa, itu tidak menghalang Petugas menyiapkan tugas yang diberikan. Kepuasan nyata tergambar di wajah para petugas selepas berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kegembiraan bertambah ketika sama-sama berbuka puasa.Untuk melihat gambar-gambar lain boleh lik di link ini http://www.pas.org.my/galeri/thumbnails.php?album=24
http://dppwp.wordpress.com/
[Read More...]


YB Khir Toyo yang pelik........



YB Khir Toyo suruh jual rumah yang dia sendiri bina

Oleh ikhqoi

Rumah Exco yang dibina oleh YB Datuk Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo dan kini beliau sendiri menyuruh Kerajaan menjual kembali.

Tidak pernah dalam sejarah yang aku dengar dan aku baca"Mak aku buat rumah lawa-lawa, tapi sbb menantu yang duduk rumah nya, Mak aku suruh jual dengan alasan kos penyelenggarannya mahal."

Itulah yang mungkin dapat diibaratkan dengan kenyataan YB Datuk Seri Dr Muhammad Khir Toyo (Bakal Ketua Pemuda UMNO Pusat..heheh) yang menyuruh kerajaan negeri sekarang menjual 10 rumah exco yang beliau sendiri bina.

Apa yang menjelekkan lagi, beliau turut mendedahkan kos penyelenggaran adalah mencecah jutaan ringgit, sebulan..

Disini, aku tertanya-tanya masa beliau meluluskan pembinaan rumah tersebut yang dianggarkan sehingga RM40 juta ringgit, takkanlah beliau tak terfikir bahawa kos penyelenggaran yang bakal ditanggung oleh Kerajaan Negeri juga pasti tinggi.

Adakah sebab beliau skrg bukan Y.A.B Menteri Besar, beliau cuba menyelongkar fail-fail lama yang seolah-olah mendedahkan kebodohan beliau sendiri.

Sila rujuk Sinar Harian, ms2, 07 September 2008
Saya pasti Kerajaan Negeri yang baru ini pasti ada cara untuk menyelenggara, menyewa atau menjual rumah tersebut. Harus diingat, yang hendak dijual atau disewa bukan rumah kos rendah tapi rumah elit yang bernilai hampir puluhan juta ringgit. So kenalah kaji bebetul kepada siapa rumah itu hendak dijualkan atau disewakan.

Kepada Y.B Datuk Seri Muhammad Khir, baik beliau jaga kawasan Dun dia dari sebuk masuk campur hal ehwal Kerajaan Negeri yang sedia ada.

Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS JYSU (Dun Selat Klang)
[Read More...]


Kisah Kota Yang Tertutup Dan Perdana Menteri Yang Pintar



Oleh BekokCobbong

"Baru balik sembahyang Tarawikh. Malam ke 6 Ramadhan. Malam ini setelah habis 4 rakaat, Pak Imam menyampaikan sedikit tazkirah.Sekejap je.Tak sampai pun 10 minit.

Pak Imam bercerita tentang kisah “Kota Yang Tertutup Dan Perdana Menteri Yang Pintar”. Sungguh menarik dan mengesankan. Ingin saya berkongsi kisah ini dengan tuan-tuan sekalian.Kisahnya ringkas tetapi semoga dapat dikutip iktibar.

Pak Imam bercerita; “ Di suatu zaman terdapat sebuah kerajaan yang ganjil di dalam sebuah kota yang tertutup. Di luar kota itu hanyalah kawasan kering kontang dan dipenuhi binatang buas.Tiada siapa berani keluar dan menjengahkan diri daripada kota itu. Jika keluar juga, alamat menempah mautlah jawabnya.Mungkin di baham binatang buas.Mungkin mati kebuluran makanan dan kekeringan air.

Kerajaan ini ganjil kerana mempunyai peraturan yang ganjil.Setiap 5 tahun sekali satu pilihanraya untuk melantik Perdana Menteri di adakan.Yang ganjilnya,apabila tamat tempoh 5 tahun pemerintahan Perdana Menteri tersebut, beliau akan dikeluarkan dari kota itu bagi menunggu kematian akibat dibaham binatang buas atau mati kehausan.Bermakna kota itu hanya dibuka 5 tahun sekali untuk menghumban Perdana Menteri itu ke luar kota.

Justeru tiadalah siapa yang berani menjadi Perdana Menteri mengenangkan nasib yang bakal menimpa mereka setelah habis tempoh pemerintahan 5 tahun. Melainkan seorang pemuda yang bersedia menawarkan diri. Apabila ditanya oleh Ketua Tentera, betulkah keputusannya itu dan sanggupkah dia menerima risikonya, pemuda itu menjawab dengan yakin,’Betullah!”.

Dipendekkan cerita, jadilah pemuda itu Perdana Menteri.Beliau seorang yang pintar.Dikelilingi pula oleh menteri-menteri yang pintar-pintar.Pada setiap malam tanpa disedari oleh penduduk kota itu, mereka membuka pintu kota itu dan membawa keluar segala peralatan dan jentera pertanian. Bermakna mereka menjalankan kerja-kerja pertanian dan perladangan di luar kota itu sebagai sumber makanan.

Apabila tiba tempoh 5 tahun, sekali lagi Ketua Tentera bertanya kepada Perdana Menerti tersebut, “Sekarang sudah sampai tempohnya, sudahkah anda bersedia untuk dihumban keluar dari kota ini”. Jawab pemuda itu dengan yakin dan gembira, “Ya, aku sudah bersedia”.

Kehairananlah Ketua Tentera dan rakyat jelata akan sikap Perdana Menteri itu yang sangat berbeza dari PM-PM yanglama,yang mana akan pucat dan gementarlah mereka apabila tamat tempoh 5 tahun tersebut. Apabila dibuka pintu kota tersebut, terjawablah kemusykilan penduduk kota tersebut apabila dilihat diluar kota tersebut terbentang sebuah taman dan ladang yang indah dan subur.Bermakna tiadalah akan mati bekas Perdana Menteri tersebut diluar sana akibat kehausan dan kebuluran(InsyaAllah!)

“Begitulah Pak Imam mengakhiri kisah tersebut.Saya sebenarnya tak berapa ‘tertangkap’ apa maksud di sebalik cerita tersebut.Kemudian Pak Imam menjelaskan moral atau pengajaran di sebalik cerita ini di mana kota yang tertutup itu ibarat dunia ini dan Perdana Menteri itu adalah diri kita sendiri. Keadaan diluar kota itu adalah ibarat kematian. Tempoh 5 tahun adalah sebagai contoh durasi atau tempoh kita akan menemui kematian. Taman yang indah dan ladang yang subur adalah ibarat bekalan dan persiapan kita. Orang yang bersedia menemui kematain dengan bekalan amalan kebaikan dan kebajikan akan berasa gembira dan seronok untuk bertemu Tuhan. Sementara orang yang tiada bekalan dan hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran, akan takut menghadapi kematian dan tidak bersedia menemui Tuhan. Saya teringat tak silap saya sebuah hadis Nabi S.A.W.,”Orang yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati kematian”. Pak Imam ada membaca sebuah Hadis atau Ayat Quran yang bermaksud lebih kurang “ Orang yang rindu untuk bertemu Allah, Allah akan rindu untuk bertemu dengannya”.

Sudahkah saya dan anda bersedia menghadapi kematian?

P/S : Apa cerita terawikh kat Selangor selepas kerajaan PR memerintah sekarang. Teringat pulak suatu masa dahulu, ada arahan ‘orang tertentu’ yang suruh sembahyang terus 21 rakaat saja dan jangan dibuat 8 rakaat pasal nak elak diadakan tazkirah, yang dikata beliau dipolitikkan. Ermmm..saya kat Terengganu ni. Tazkirah tadi ada ada unsur politik ke?Takder kan. Kenapa prejudis dan takut sangat …."





I`tibar Ramadhan - Raihan
[Read More...]


Sejak Bila Pondok / Sekolah Agama Menjadi Agenda Perjuangan UMNO?



Oleh muhammadhanif

"Membaca serangan UMNO kepada kerajaan pakatan rakyat di Perak sejak akhir-akhir ini membuatkan kita pening dan terpingga-pingga dengan perubahan sikap mendadak UMNO. Apakah perubahan sikap ini menunjukkan keinsafan yang mula bertapak ataukah ia hanya sekadar tanda-tanda sakaratul maut? Kerana kadang-kadang apabila tibanya saat ajal seseorang, boleh jadi dia akan menunjukkan perubahan sikap yang ketara. Kalau dinisbahkan kepada perubahan sikap UMNO sejak kebelakangan ini, adakah ia menunjukkan kepada semakin hampir saat kehancuran parti sekular yang berusia lebih 50 tahun itu?

Isunya apabila kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin membuat keputusan utuk memberikan sejumlah tanah kepada sekolah-sekolah beraliran cina di negeri tersebut dengan harapan agar mereka dapat menjadikan tanah tersebut sebagai punca pendapatan untuk menambahkan dana.

Lantas, gegak gempita kuncu-kuncu UMNO khususnya di Perak kononnya pentadbiran negeri sudah mengenepikan sekolah-sekolah agama dan pondok. Inilah sebenarnya wajah UMNO, jika tidak menggunakan senjata bernama perkauman sempit, maka bukanlah namanya UMNO. Bahkan salah satu rukun wajib UMNO ialah menyerang dengan menggunakan senjata perkauman. Kalau tidak, masakan seorang pemimpin UMNO boleh mengatakan secara terbuka bahawa kaum Cina hanyalah menumpang? Tidakkah ucapan itu persis sahaja dengan tindakan seorang pemimpin UMNO yang seringkali menjulang kerisnya di perhimpunan agung dengan ucapan hidup Melayu…!

Sejak bilakah pula UMNO menjadi pejuang sekolah pondok dan sekolah agama? Tidakkan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dinafikan oleh UMNO di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir dahulu? Ketika itu, di manakah suara perkasa pemuda UMNO Perak?

Kini timbullah cerita kedaifan sekolah-sekolah agama dan pondok khususnya di Perak. Pendedahan ini sepatutnya menyedarkan rakyat bahawa itulah jasa UMNO kepada pendidikan agama. Ingatlah, UMNO telah menjadi kerajaan di Perak selama 50 tahun berbeza dengan Pakatan Rakyat yang hanya baru 5 bulan. 50 tahun dan 5 bulan, dua angka yang benar-benar berbeza. Mana mungkin dalam masa 50 tahun sekolah agama dibela dengan hebatnya oleh UMNO tiba-tiba menjadi dhaif dalam masa 5 bulan? UMNO ooh UMNO.

Justeru itu, kenyataan Menteri Besar Perak untuk mengembalikan semula bantuan perkapita berjumlah RM1.3 juta kepada sekolah-sekolah agama di samping bantuan-bantuan lain sepatutnya menutup mulut UMNO. Tetapi itulah dia UMNO…
Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas
[Read More...]


Semakin Ramai Miskin Tegar Di Malaysia



Saya suka dengan artikel dibawah ini yang telah dialami kebanyakan dari kita malah sahabat saya sendiri. Beliau mencerita tentang betapa sengsaranya pada tahun pertama belajar di IPTA. Wang saku cuma ada dalam kurang dari RM50.00 untuk 1 semester. Bapanya sudah bersara. Terpaksalah beliau dan kawannya mencari kertas-kertas terpakai yang belakangnya masih kosong untuk buat tutorial dan latihan atau nota. Terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan pembelajaran. Mee segera tu macam dah biasa walaupun kurang khasiat.

Cuma seperkara cerita beliau yang harus difikirkan buat pemimpin-pemimpin yang duduk diatas supaya jangan suka-suka menaikkan barang-barang asas.


Sewaktu cuti pertengahan semester semua pelajar perlu balik ke kampung tapi dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk beli tiket bas, tambahan pula masih belum menjamah makanan. Sampai di Puduraya jam 8 pagi, tiket bas waktu itu berharga dalam RM8.50 ke RM 9.00(seingat sayalah). Wang cuma ada RM7.50. Sedih saya dengar cerita beliau.


Rahmat Allah memang tak siapa yang boleh nafikan, dengan kehendakNya ada sebuah syarikat bas sedang buat diskaun harga tiket untuk destinasi yang ingin dituju tapi bertolak sebelah petang. Ppetang pun petanglah janji dapat balik. Lega rasa hatinya. Nasib baik air percuma ( sambil ketawa beliau menyambungkan cerita) sambil-sambil ambil air sembahyang, telan sikit air lega rasa perut yang masih belum disi makanan.


Itu baru di alam pelajar, kalau dialam pekerjaan lebih hebat lagi seperti cerita dibawah. Jadi jangan salahkan pelajar jika mereka menolak kerajaan yang tidak mengambil berat soalan kebajikan.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dilulus terbit pada Sunday, August 31 @ 13:10:00 MYT oleh SongkokPutih

Oleh idrismail"

Daripada peruntukan keseluruhan Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion, sebanyak RM154.2 bilion dikhususkan untuk mengurus manakala baki RM53.7 bilion adalah bagi pembangunan. Nelayan dapat RM 200 sara hidup.


Masalahnya sekarang golongan miskin tegar yang terdiri dari remaja lepasan sekolah, kolej , universiti apa yang mereka dapat.


Untuk pengatahuan umum, purata gaji untuk Fresh Graduate Ijazah pertama lebih kurang RM1200 sebulan untuk kawasan bandaraya , RM 800 untuk kawasan lain, itu pun terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan, Untuk lepasan STPM purata gaji dianggarkan RM 400 ke RM800, bergantung kepada nasib mereka.


Untuk mendapatkan pekerjaan sebagai operator pengeluaran pun terpaksa bersaing dengan Bangla dan Indon.


Bajet seorang Fresh Garduate untuk 3 tahun pertama, di bandar Kuantan, Bergaji RM 800


KWSP RM 91

Bayar PTPTN RM 150

Bayar Ansuran EX5 RM 150

Sewa Rumah RM 200

Bill Api, Air, Telefon RM 200

Minyak Kenderaan RM 150

Makan RM 300

Pakaian RM 50

Keperluan Harian RM 50

Jumlah RM 1342


Ini Bermana beliau mengalami defisit RM 542 sebulan. Pada pendapat anda beliau seorang yang Miskin Tegar
[Read More...]


Rayuan Pengundi di Permatang Pauh




Oleh cacingbiru


"Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh. Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.Saudara/Saudari Sekalian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.


Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar.


Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T. Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya. Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.


Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan. Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008. Wassalam.


DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008. "

[Read More...]


Anwar Persoal kenapa Saiful Tak Didakwa Jika Suka Sama Suka



MYT oleh greenboc

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka."Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil?" katanya kepada pemberita sambil menyifatkan dakwaan liwat terhadapnya hari ini adalah fitnah khianat yang bertujuan mencemar nama baiknya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23 tahun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibela oleh pasukan sembilan peguam diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Mereka yang lain ialah R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd. Razlan Jelaludin.

Pasukan pendakwaan pula diketuai oleh Ketua Pendakwa Pejabat Peguam Negara, Mohd. Yusof Zainal Abiden; Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun; Mohamad Hanafiah Zakaria dan Shamsul Sulaiman.

Anwar mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.
Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik.
Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar.

Beliau juga berkata, Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu.
[Read More...]


UMNO Perak tersepit, ulang tawaran lama.



Oleh cina-islam"

Tersebar berita dalam akhbar arus perdana dan media yang lainnya kononnya pendirian PAS berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini. katanya lagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.
Mengejutkan juga didakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu. Menurut sumber itu , isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’. Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Berita-berita dan khabar angin yang disebutkan diatas hanya ribut dalam "cangkir" UMNO dan BN sahaja. beritanya hebat tapi "menipu".

Saya menafi sekeras-kerasnya akan ada perbincangan dari pimpinan tertinggi PAS mengenai ajakan "orang gila talak" itu.

Sebenarnya tawaran lapuk BN inilah yang telah kami terima seawal mungkin pada malam kemenangan DAP, PKR dan PAS pada 8 Mac 2008. Pada masa itu pimpinan PAS termasuk Ir. Nizar dan saya sendiri tidak putus-putus dihubungi pihak tertentu, tapi kata orang perak "menjeling pun tidak" pada tawaran itu.

Setelah melangkau 100 hari dan kami telah mengenal hati budi antara kami, sudah puluhan program bersama kerajaan kami duduk bersama, sudah puluhan mesyuarat sudah kami lakukan berserta braistromingnya sekali, masakan kami mudah sahaja menerima tawaran itu. Lagi tidak menjeling.

Buktinya bila ditanya kepada MB, dengan tegas beliau mengatakan tidak akan berkerjasama dengan UMNO dan kami akan tetap dalam pakatan Rakyat.

Tidak ada isu sebenarnya melainkan sudah pecah tembelang UMNO dan Tajol Rosli bahawa gimiknya pada 31 0gos Kerajaan Perak berubah adalah bohong sama sekali.

Sayalah orang pertama akan menentang pengabungan dengan UMNO sekiranya dicadangkan sekiranya UMNO masih dengan dasar lama nya. Kalaulah UMNO sudah bubar dan menerima Islam sebagai dasar sebagaimana yang dilakukan PAS, menginsafi segala penyelewengan, penindasan dan kezaliman sebelum ini, lain cerita pula pada masa itu. Tidak ada sebab PAS dan teman dapam PR menolak pelawaan UMNO.


http://idhamlim.blogspot.com/

[Read More...]


Tok Guru Pekena Umno, Karpal Terasa?



Oleh hermansamsudeen
"Bermula dengan kisah muzakarah, Tok Guru Nik Aziz memerangkap pemimpin Umno untuk mempolemikkan isu ini. Mulanya tiada respon, tetapi selepas Dollah mengesahkan bahawa tiga pemimpin Pas ada membuat pertemuan berasingan dengan pemimpin Umno maka jaguh-jaguh kampung Umno naik pundak.Mulalah mereka canangkan Muzakarah Umno-Pas ini menjadi suatu kewajaran untuk masa depan Melayu dan Islam.Belum habis kisah muzakarah, pimpinan Pas bermusyawarah. Keputusannya Pas hanya berminat bermuqabalah. Maka pimpinan Umno yang gelenyai pun mulalah bicara isu muqabalah. Ulama’ Umno dipanggil untuk terangkan maksud muqabalah dan sekonyong-konyongnya mereka menukar lagu dari muzakarah ke muqabalah.


Tok Guru pastinya ketawa geli hati melihat telatah pimpinan Umno yang begitu jakun dengan ungkapan-ungkapan ‘arab’ yang disebutkan oleh beliau. Kesian, tapi tak apalah mereka boleh belajar dan seluruh rakyat sekarang boleh cakap arab sikit-sikit.


Genap seminggu, Tok Guru membuat suatu lagi kenyataan yang mengejutkan semua. Tok Guru cadang parti Umno dan Pas bubar, kemudian bergabung untuk buat satu parti. Tajul Rosli yang gila talak pun setuju. Lantas kenyataan media dibuat untuk pujuk Pas bersatu di Perak. Tapi Ust. Ahmad Awang bijak, pelawaan itu ditolak.


Tajul dan yang lain lupa atau sengaja tak dengar ayat terakhir Tok Guru. Kedua-dua parti kena bubar kalau Umno bersetuju letak Islam sebagai jalan perjuangannya seperti Pas, bukan bubar buta-buta.


Sebelum ini pun, Tok Guru dah sebut bahawa Pas tidak akan tentang Kerajaan termasuklah Umno kalau mereka jadikan Islam sebagai perlembagaan, tapi selagi dasar sekarang tidak diubah maka, pertempuran akan terus berlaku.


Apa yang kelakar sekarang ini, Karpal pula yang terasa. Sebut sahaja Islam dan Melayu maka, melentinglah orang tua ini. Tanpa sedikit pun usul periksa, beliau terus meminta Pas bagi tunjuk sebab pada Pakatan. Bila masa Pas istihar nak masuk Umno atau BN.
Apasal karpal nak gelabah. Beliau tidak berhak untuk minta Pas ikut telunjuknya. Pas hanyalah rakan dalam Pakatan dan organisasi ini hanyalah sekadar kesepaduan politik yang mana setiap anggotanya berhak memimpin dasar parti masing-masing.


Urusan Pas dan Umno adalah urusan peribadi Pas. Pimpinan Pas tahu apa yang sedang dilakukan dan sesekali tidak akan menjual prinsip walaupun ditawarkan dengan jawatan. Pas kenal siapa kawan atau lawan. Semaklah mana-mana buku sejarah, Pas tak pernah tikam belakang atau tinggalkan rakan-rakan yang bergabung bersama Pas.
Apa yang Dap inginkan adalah negara sekular dan idea itu pastilah tidak disukai Pas. Adakah Dap sanggup menghapuskan cita-cita mereka itu untuk bersama dalam Pakatan. Pastilah tidak dan mereka akan gunakan alasan masyarakat majmuk untuk mempertegaskan cita-cita sekular mereka.


Karpal lupa bahawa sejarah Negara Islam tidak pernah menindas orang bukan Islam. Hanya sejarah sekular sahaja yang pernah menghancurkan hubungan bangsa dan agama hingga hilangnya nilai dan akhlak dalam tamadun manusia.


Jadi, dalam soal hubungan Umno dan Pas. Karpal jangan gelojoh dan masuk perangkap Umno yang sengaja mengapi-apikan isu ini bagi menyakitkan hati rakan Pakatan lain. Pimpinan Pas disemua peringkat telah sepakat, Pakatan adalah wadah perjuangan kini dan usaha hubungan dengan Umno akan tetap dilakukan jika memberikan kebaikkan kepada Pas, Pakatan dan rakyat keseluruhannya.
[Read More...]


BN umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?



Oleh dinaremas"

BESUT, 27 Julai - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.

Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala."Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.

"Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan.

Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru."Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Dato� Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya.Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.


[Read More...]


Memang benar ini adalah episod tarbiyah kepada semua ahli PAS



Oleh mazwandi

"Melihat suasana terkini, cuaca seperti sudah reda dari hujan lebat. Maaf, bukan hujan lebat, tetapi dilihat seperti sudah reda dari ribut taufan skala Myanmar. Bising-bising, kutuk mengutuk, berburuk sangka, marah memarahi tanpa adab, sembur-menyembur ungkapan hina-dina dan tohmah mentohmah kepada kepimpinan PAS oleh ahli PAS sendiri seperti sudah hilang dan sayu.

Bukan setakat ahli PAS tahunan RM3.00, tetapi yang seumur hidup RM100, yang memegang jawatan dan juga yang memegang jawatan EXCO negeri pun ada yang terbabas dengan riuh rendah berkata-kata tentang tidak setujunya kepada kepimpinan dengan cara yang agak meresahkan kami yang hanya ahli 'grass root' PAS.

Muzakarah telah bertukar menjadi muqabalah. Perbedaan pendapat rupa-rupanya jika diperhalusi dengan tenang dan iman, sebenarnya adalah persamaan yang tidak ternampak oleh kita kerana kejahilan melihat tindak tanduk seseorang. Tok Guru Nik Aziz yang kami cintai, Tok Guru Abdul Hadi yang kami kagumi, kedua-duanya adalah tokoh besar yang cintakan Islam lebih dari segala-galanya.

Mungkin boleh diperhalusi, sebenarnya perkara ini berlaku adalah kerana sebagai ujian dari Allah SWT kepada ahli PAS. Ujian dari Allah untuk melihat akhlak kita sebagai jemaah Islam terhadap kepimpinan. Ujian dari Allah untuk kita sebagai individu sendiri untuk diperhalusi, adakah kita ini berada di dalam jemaah untuk Islam atau untuk kedudukan atau untuk menunjuk-nunjuk. Adakah untuk akhirat atau untuk dunia.

Adakah mungkin kita telah dikaburi dengan kemenangan dan jawatan sehingga menganggap kedudukan kita yang sudah berjawatan adalah setaraf dengan kepimpinan tertinggi jemaah, Presiden dan Mursyidul Am.

Paling dirasai ialah ahli-ahli 'grass root'. Sifat kurang diajar dan biadap kepada kepimpinan seperti telah diluahkan seluah-luahnya kepada kepimpinan dengan peristiwa ini. Sesiapa ahli yang sudah terlanjur, maka inilah masanya untuk kita untuk bermuhasabah diri, untuk kita menginsafi kepada perlakuan kita, untuk melihat ego kita yang sememangnya ego tidak bertempat, untuk bertaubat agar akhlak Islam di dalam jemaah diperkukuhkan agar tidak mengulangi perkara yang tidak dirancang ini dari berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Semua ahli patut beristighfar banyak-banyak meminta keampunan kepada Allah, agar sifat buruk yang telah ditonjolkan oleh kita dibuang sejauh-jauhnya agar tiada lagi sifat buruk ini terpalit di dalam hati kita.

Bersyukur kita kepada Allah, kerana berlakunya peristiwa muzakarah ini, alhamdulillah, diharap dengan tarbiyah ini, maka jemaah Parti Islam SeMalaysia menjadi lebih kukuh dan kuat kerana kemungkinan, perang yang lebih besar sedang menanti kita di masa mendatang.

Takbir!

[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors