Dari laman web Saifulislam.com
“Di Masjid South Circular Road, masa Imam sedang menyampaikan khutbah, berlaku pergaduhan di depan minbar.” Bilal memulakan ceritanya.
“Allahu Akbar. Ini sudah mendesak kiamat cepat. Apa isunya?” saya kehairanan.
[Read More...]
“Imam tahu tak apa yang terjadi di Masjid Dublin siang tadi?” Bilal bertanya kepada saya.
“Hah, kenapa? Apa yang berlaku?” saya menyoal.
“Hah, kenapa? Apa yang berlaku?” saya menyoal.
“Di Masjid South Circular Road, masa Imam sedang menyampaikan khutbah, berlaku pergaduhan di depan minbar.” Bilal memulakan ceritanya.
“Astaghfirullah al-Adheem. Tak adakah tempat dan masa yang lain untuk bergaduh? Macam mana boleh jadi begitu?” saya terkejut mendengar cerita Bilal.
“Ya, Imam. Bukan setakat itu, malah pergaduhan itu sebenarnya berlaku antara seorang jemaah dengan Khatib yang sedang berkhutbah!” Bilal bersungguh-sungguh bercerita kepada saya sampai merah mukanya menahan marah.
“Allahu Akbar. Ini sudah mendesak kiamat cepat. Apa isunya?” saya kehairanan.
“Lelaki itu tidak berpuas hati dengan Khatib. Katanya, dia jemu mendengar khutbah tentang Palestin. Asyik-asyik Palestin. Tak ada isu lainkah? Bagaimana dengan Kashmir, Afghanistan dan lain-lain. Itu rungutannya.” jawab Bilal.
“Oh begitu. Kalau tak puas hati sekali pun, tak bolehkah tunggu sampai lepas solat Jumaat. Ini, tengah khutbah pun boleh bergaduh. Melampau betul,” saya masih terkejut dengan cerita itu.
Baca lagi: Sila klik disini