Apa Umno dah buat: Pindaan Perlembagaan 1993 di Zaman Mahathir






"..............Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari........"
Dulu dia pinda perlembagaan persekutuan tahun 1993 , klausa yang digunapakainya berbunyi

“ 3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:
* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau
* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.


4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari. ………………………………….”

Hari ini UMNO [ dibaca mahathir ] berhadapan dengan cadangan MB Selangor untuk meminda undang – undang tubuh negeri , katanya “Kerajaan Selangor Perlu Dapat Perkenan Sultan Selangor” , ianya sudah menjadi dilema pertama berikutan pindaan Perlembagaan 1993 , hasil buah tangannya.

Pertembungan sudah bermula. Adakah undang – undang yang memusatkan kuasa di tangan Presiden UMNO akan runtuh satu persatu selepas ini. Mungkin kah Mahathir akan dapat melihat sendiri semua [ kalau tidak pun 100% ] kemusnahan apa yang dibinanya selama berkuasa 22 tahun. Kadang kala teringat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden PAS , suatu ketika dulu supaya Allah swt memperlihatkan sebelum Mahathir mati semua kerosakan yang dibuatnya selama ini. Alfatihah buat almarhum.

Begitulah kejayaan yang ‘ditempa’ oleh nya selama bertakhta , apa yang ditanam dikepala nya , apa yang beliau percaya iaitu hanya dia yang cerdik di Malaysia , semua rakyat negara ini bodoh [ bukan bermaksud tidak cerdik ].

Adalah sesuatu yang amat malang , dalam keadaan sedar atau tidak , majoriti rakyat Malaysia menganggap beliau seorang yang cerdik , genius dan terbilang. Kalau setakat untuk membelanjakan kekayaan negara [ tanpa ada pihak yang boleh menghalang dan membangkangnya ] , hampir boleh dikatakan sesuka hati , tidak lah perlu kepada pemimpin yang ‘cerdik’ semacam dia. Pendek kata kalau diberikan kepada TGNA atau pun TGHH untuk mengurus dan menatdbir negara dengan membelanjakan khazanah negara , rasanya Malaysia jauh lebih maju berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.

Selanjutnya kata Mahathir

1. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

2. Perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

3. "Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan denganmendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

4. "Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak,"

5. Beliau juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

6. "Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.

7. "Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian " . KLIK DI SINI

Catatan

Kalau lah MB Selangor nanti hendak membelakangkan DYMM Sultan Selangor pun , dengan mudah beliau boleh meggunapakai klausa di paragraph 3 dan 4 di atas seperti yang terkandung dalam ucapan Mahathir semasa membaca usul Pindaan Perlembagaan 1993.

Tetapi , TS Khalid Ibrahim seperti yang beliau sebut , tiap – tiap minggu beliau berjumpa dengan DYMM Sultan , dan tak kan Sultan tidak berkenaan untuk mendapatkan semula kuasa yang dirampas oleh Mahathir yang telah melantik diri nya yang dikatakan berasal dari wilayah dan benua kecil India bernama Karala , sebagai Ketua kepada Sultan - Sultan di negara ini.


Sumber: Kedahlanie
[Read More...]


Galas: Masa untuk janji ditunai



Gambar berbicara: Entry khas untuk rakyat Galas...sila ambil perhatian..



Oleh: Pria Malaya

'TAHNIAH' kepada pengundi DUN Galas atas keputusan yang telah dibuat pada minggu lalu...penulis percaya pengundi Kelantan bijak bermain 'tawar-menawar' setiap kali musim p/raya..

Percayalah orang Galas bahawa tidak lama lagi Bandar Galas akan menjadi sebuah Bandar maju dalam tempoh terdekat, bahkan mampu mengalahkan Bandar-Bandar besar yang lain seperti Bandar Kota Bharu, Kuala Terengganu, Dan lain2...

Orang asal Galas akan menjadi lebih hebat dari orang asal di tempat lain, malah mampu mengalahkan orang yang 'bukan asal'..orang asal Galas sudah boleh mengaccess Internet dengan adanya perkdimatan wifi percuma Dan sebagainya...

TETAPI dengan syarat, sila TUNTUT semua janji2 ini dari parti Umno Dan BN yang kalian undi baru2 ini..sila tuntut semua projek2 yang telah dijanjikan sepertimana yang terpapar dalam (gambar) banner di atas..fikir2kan
....


Sumber gambar: FB 'Kedah Lanie

[Read More...]


Wang Judi belum dipulangkan ke kerajaan P.Pinang



Kata 1000 orang pulangkan Wang Judi tuu.. Tapi apasal bawak mai RM20k sahaja..Mana pie lagik RM80k..??

Pecah amanah jika tidak pulang wang


GEORGETOWN – UMNO dianggap cuba pecah amanah sekiranya tidak memulangkan wang warga emas seperti yang dikatakan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, beliau mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan yang dianggap hanya bersikap seperti omong kosong dan sehingga kini masih tiada wang yang dipulangkan kepada pihaknya.

“Ke mana wang itu? Dia (Norman) ada kata dalam surat khabar dan mengatakan ada kira-kira 1,000 warga emas yang akan pulangkan wang yang dikatakan mereka adalah wang judi, jika jumlah 1,000 itu didarabkan dengan RM100, pasti menjadi RM100,000.

“Jadi mana duit RM100,000 itu pergi, sekarang dia kata ada RM20,000 dan saya musykil dari mana duit itu datang,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu melalui laporan media, Norman berkata, seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ihsan RM100 yang diterima dari Kerajaan Negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

Menurutnya, kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang yang diperoleh itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini telah menyebabkan lebih ramai lagi warga emas akan berbuat demikian dalam masa yang terdekat kerana mereka tidak sanggup menggunakan wang dari sumber haram.

Norman juga berkata, UMNO tidak memaksa mereka untuk memulangkan wang ihsan tersebut, sebaliknya warga emas berkenaan bertindak atas kerelaan hati.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri akan mengumpulkan semua wang itu dan akan mengembalikannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

Beliau juga semalam cuba menyerahkan wang berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Namun Wei Aik meragui sumber wang berkenaan berikutan tidak disertakan dengan senarai nama pemberi wang.

Wei Aik berkata, sekiranya UMNO masih belum memulangkan wang tersebut beliau menasihatkan supaya semua warga emas yang telah menghantar wang kepada UMNO segera membuat laporan polis.

Menurutnya, ia kerana mereka hanya pandai mengutip wang tetapi tidak memulangkannya kembali.

“Ini adalah di bawah kesalahan pecah amanah dan tidak ada akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata sekiranya masih terdapat warga emas yang mahu memulangkan wang tersebut boleh berbuat demikian secara individu di Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah tanpa didalangi mana-mana pihak.

“Mereka perlu isi borang dan nyatakan sebab kenapa mereka serahkan semula wang berkenaan,” katanya.

Sumber:
http://kedahlanie.blogspot.com/2010/11/kata-1000-orang-pulangkan-wang-judi-tuu.html
[Read More...]


Hiburan Malam, Candu Supaya Rakyat Leka Kegagalan Umno.



Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini.

Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini.

Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.

Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan "candu hiburan" dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56. Buktinya Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 , menggambarkan kegagalan kerajaan umno Bn berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak Kementerian. Walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja. Semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini. Buktinya Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.

[Read More...]


Judi Bola : Di Mana Kamu Sahabat Lamaku?





Oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku???
Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,


Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

http://tuanibrahim.blogspot.com

[Read More...]


Apa itu Umno......: Kenali Umno ...ke-2



Assalaumualaikum,

Hmm... hari ini saya melayari sekali lagi selepas PC diserang virus yang dtg dari komen dalam blog ini. Terjumpa satu blog dari Sabah dan jumpa satu salinan surat. (Lihat dibawah).

Nanti seperti biasalah mereka beri hujah:

"Ini bukan surat kita mungkin dari pembangkang yang sengaja menabur fitnah..."

atau mungkin

".... inilah kerja mereka...,"

dan bermacam-macam lagi dalih untuk menafikannya.

Buat pengunjung, cuba fikir mengapa surau-surau dan masjid-masjid kurang sangat majlis-majlis atau kuliah tafsir.


[Read More...]


Apa itu Umno......: Kenali Umno



[Read More...]


Apa Umno dah buat: Apco....... Zionist Israel



Dikala masyarakat dunia mengecam kerajaan Zionist/Yahudi kerana kezaliman mereka terhadap umat Islam Palestine, kerajaan Malaysia dibawah Umno/BN menggunakan khidmat Apco untuk memulihkan imej dimata dunia.

Takkanlah tiada langsung sifat bersimpati dengan rakyat Palestine hingga sanggup menggunakana syarikat dari Israel?

Tolak Umno tolak ejen Yahudi bertapak di negara ini

ALA TERENGGANU, 17 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, menolak Umno-BN bererti menolak kehadiran ejen-ejen Yahudi dan Israel dari bertapak di negara ini.

Justeru, menurutnya, umat Islam perlu prihatin serta ambil peduli dengan isu semasa yang semakin terancam di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Kita membuat bantahan terhadap APCO Worldwide hari ini kerana bimbang tentang keselamatan negara dan umat Islam akan bocor ke tangan Yahudi-Israel.

“Sejarah Yahudi sememangnya tidak pernah jujur dan ikhlas dengan umat Islam sejak dari zaman Nabi-nabi dan Rasul-Nya,” tegasnya di hadapan hampir 1,000 umat Islam yang menyertai Himpunan Aman Membantah APCO Worldwide di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, semalam.

Beliau mengetuai perhimpunan secara aman bagi membantah penglibatan APCO Worldwide, syarikat yang ada hubung kait dengan agen Yahudi-Israel.

Katanya, perhimpunan seumpama ini turut diadakan serentak di seluruh negara sebagai tanda sepakat membantah kehadiran agensi Israel secara tidak langsung.

Perhimpunan tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dibuat sejurus selesai solat Jumaat sekitar jam 2.30 petang


Sumber: Harakahdaily
[Read More...]


Apa itu Umno......: Kenali Umno




KENAPA JANGAN SOKONG UMNO

1.Islam Tidak Menjadi Dasar
Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal.
2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang pakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang pernah disebut oleh YB Dr Fuad Zarkashi sewaktu menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Johor, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja.

3. Islam hanya kuda tunggangan Umno
Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Mereka akan menggunakan program agama sekiranya suatu kawasan kuat agama contohnya di Pantai Timur, Kedah dan Perlis .Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen di Manik Urai.

4. Akhlak yang tidak senonoh dengan skandal perempuan seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, ahli Parlimen Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu..

5.Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin.
Sikap kebendaan yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan. Pemimpin makan isi pengikut makan tulang.
6.Umno Tidak Membela Agama. Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu.

7. Orang Agama (ulama’) Umno hanya subang tembaga.
Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

8.Dasar Umno putera bukan bumiputera.
Menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Sebab itu DEB gagal mencapai matlamat pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30%. Kenapa gagal walaupun ¾ jamaah menteri Melayu Islam, Pegawai melayu. Jawabnya kerana dasar Umno putera.

9. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kalau kuat Umno maka Melayu akan kuat menjadi realiti?

10. Khianat bahasa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara hangus untuk projek Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Berjuta anak Melayu dan rakyat pendalaman menjadi mangsa.

11.Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas.

12. Umno mengajar rakyat rasuah dalam berpolitik. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama.

12. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit “Ketuaan” ertinya Umno sudah sampai umur nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang.

13. Tun Dr Mahathir mengatakan umno sudah busuk sampai ke usus.

14.Kewujudan PERKASA menunjukkan umno gagal membela melayu.


“DAMAINYA RAKYAT TANPAMU UMNO”
Dikeluarkan Oleh Lajnah Penerangan Pas Pusat Kuala Lumpur
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors