Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi



Idris Ahmad Thu Jun 18, 09 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_
[Read More...]


Perjuangan bukan dihampari permaidani merah



Ustaz Idris Ahmad
Mon Dec 01, 08 11:32:08 am MYT

'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar ?Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma? dan qias.
PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk
"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.
Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato? Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT
Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.
Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.
Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah
Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)
Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa?ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya?: 105 ?Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.?

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

(Penulis adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat)
[Read More...]


Forum Masuk Islam: Fitnah jangan dikejut



Ustaz Idris Ahmad
Mon Aug 11, 08 2:52:39 pm MYT

Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agama-Nya. Islam bukan ciptaan manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam.

Islam bukan agama yang memaksa orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan melahirkan golongan munafik dalam Islam. Peraturan Islam,? apabila sudah menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami daripada agama lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam? agama kamu menghalang daripada keluar agama kamu.
Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima pakai?Islam sebagai ajaran anak pribumi di negara ini. Dan inilah juga dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur tangan dari kalangan orang? lain.


Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.


Dalam banyak hal ketika negara hendak merdeka beberapa perkara yang menjadi soal fundemantal? telah dimasukkan? dalam perlembagaan. Seolah-olah perkara ini dianggap 'keramat' dan tidak boleh disentuh seperti soal Islam, kedudukan raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu. Walaupun dalam realiti pada hari ini beberapa perkara sudah mula terhakis seperti bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu, ia tidak berapa sensitif kepada orang Melayu-Islam di negara ini.


Tetapi soal Islam jangan siapa untuk menyentuh kerana ia sudah menjadi darah daging kepada orang Melayu-Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi termaktub dalam perlembagaan Malaysia Fasal 160 definisi Melayu adalah seperti berikut; "...seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu dan:


a. Lahirnya sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singgapura atau pada hari merdeka ia adalah berdomisi di Persekutuan atau di Singapura atau,
b. Ia adalah keturunan seorang yang tersebut.


Mengaitkan agama dengan bangsa menunjukkan ia adalah asas kepada fikiran orang Melayu sehingga agama Islam telah menjadi satu unsur yang penting dalam definisi Melayu menurut Perlembagaan Negara.


Bangsa Melayulah satu-satu bangsa yang dikaitkan dengan agama, di mana Melayu adalah sinonim? dengan Islam. Memahami hakikat ini penjajah Inggeris mampu bertapak di Tanah Melayu, serta mengubah struktur kepimpinan di negara ini, berbanding dengan kuasa penjajah Portugis dan Belanda.


Kerana mereka mengetahui psikologi orang Melayu berkenaan dengan agama. Mereka memberi cuti umum pada hari Jumaat, bulan puasa sekolah diberikan cuti kesemua ini untuk meraikan orang melayu yang kuat dengan syiar agama.


Sebab itu? pada awal tahun 2006 apabila tindakan sembilan? menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri, Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama telah menjadi kemarahan orang Islam.


Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Dato' Seri S Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pengangkutan Dato' Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Dato' Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Dato' Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Maximus Ongkili; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Peter Chin Fah Kui. Yang paling sedih tindakan ini dikatakan wajar oleh Tan Sri Rafidah Aziz " (Utusan Malaysia 21.1.06, "Tindakan mereka wajar")


Tindakan yang mereka lakukan amat mengguris perasaan orang Islam di negara ini. Selama ini perkara yang membabitkan masalah agama tidak ada siapa yang berani sentuh termasuk penjajah? yang pernah datang?ke negara ini. Kita ingin mengingatkan bahawa hal ehwal Islam biarlah orang Islam selesaikan. Mereka tidak berhak mencapuri urusan Islam, sebagai mana Islam tidak berhak untuk mencampuri hal ehwal bukan Islam.


Mereka perlu ingat bahawa Orang Melayu-Islam begitu sensitif dengan agamanya apabila diganggu. Banyak perkara lain mereka boleh maaf tetapi tidak pada urusan agama.


Alhamdulillah orang Melayu-Islam masih sensitif dengan agamanya. Selonggar mana pun ikatan orang? Islam dengan agamanya ia tidak tergamak agamanya dihina dan dipermain-mainkan.
Sebab itu apabila isu Artikel 121 (1A) cuba hendak disentuh seluruh rakyat di negara ini yang beragama Islam bangkit menentang, walalupun kita lihat kehidupan mereka yang agak sekular tetapi dalam hal ini mereka tetap tidak bersetuju. Kerana ini mereka anggap suatu hal yang menggugat jati diri mereka sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam


Jangan menyamakan Islam dengan agama mereka. Tuntutan yang melampau terhadap Islam bermakna menguji keimanan orang Islam. Kalau penjajah yang datang ke negara ini memahami tentang isi hati orang Melayu Islam, ini maka mereka juga kena faham apa yang boleh mereka buat dan tidak boleh buat di negara ini.


Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008, Majlis Peguam hendak menganjurkan pula Forum Masuk Islam. Semua pihak marah termasuklah parti PAS melalui kenyataan Dato' Seri Presiden PAS yang menyatakan bahawa ini akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini. Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, PAS menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.


Kita tahu ini adalah agenda mereka yang hendak memperjuangkan?supaya orang bebas untuk murtad. Sedangkan perkara ini sudah jelas, tetapi kenapa mereka masih degil. Apakah mereka hendak menguji tahap kesabaran orang Islam. Selama ini suasana yang harmoni? boleh berjalan dengan baik kenapa isu ini yang dibangkitkan.


Ini juga adalah lanjutan kumpulan Artikel 11 yang hendak menuntut supaya kebebasan untuk beragama dan supaya orang Islam juga bebas untuk murtad.? Sudah dua kali program Artikel 11 berjaya digagalkan oleh umat Islam? iaitu di Pulau Pinang dan di Johor Bahru sehingga Tan Sri Nazri Aziz kata ini tindakan yang bodoh kepada mereka yang tunjuk perasaan.?Suka diingatkan? ini adalah fitnah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya." - lanh _
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors