Sekali Lagi UMNO Perak Ikut Pintu Belakang



Oleh welfare"

Penahanan dua Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat sebagai satu lagi percubaan UMNO Perak untuk meragut kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak diketahui apakah peranan BPR Perak sama ada dipergunakan oleh UMNO Perak atau turut memainkan peranan penting. Samsiah Abu Bakar yang menerajui BPR Perak sememangnya mempunyai 'track record' yang meragukan di kalangan pihak-pihak tertentu di negeri itu.
Tuduhan rasuah terhadap seorang hakim Mahkamah Syariah Perak masih lagi menjadi bualan mulut masyarakat negeri ini khususnya, iaitu sejauh mana kebenaran BPR turut terlibat untuk memerangkap hakim tersebut?

Sebelum ini UMNO Perak telah melakukan tawar menawar terhadap PAS Perak untuk menggagalkan pembentukan kerajaan PR sejurus selepas Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu. Bermacam saluran digunakan oleh UMNO Perak bermula dengan meminta Mufti Perak sebagai orang tengah untuk mempelawa PAS bekerjasama dengan UMNO.
Mufti ini dikatakan menghubungi pimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri untuk tujuan tersebut. UMNO Perak juga menggunakan Ziyad menantu Tajul Rosli yang pernah bergiat dengan PAS di luar negara untuk mengemukakan tawaran tersebut.
Tawaran yang cuba diberikan kepada pimpinan PAS Perak bukan 'kecil-kecil anak'.Bagaimanapun PAS menunjukkan kesetiaan yang tinggi bersama PR walaupun tawaran yang dikemukakan oleh UMNO Perak sebenarnya lebih lumayan. Setelah melalui episod tarik menarik yang panjang, akhirnya kerajaan PR di Perak berjaya juga dibentuk dan usaha UMNO Perak untuk masuk melalui pintu belakang gagal. Tindakan UMNO Perak menggunakan saluran Mufti Perak tersebut bukan sahaja memburukkan nama UMNO Perak sebaliknya turut memalit nama Mufti tersebut. Beliau yang pernah mendapat tempat di hati pencinta-pencinta Islam sebelum ini, sekarang tidak lagi boleh dipercayai kerana terlibat dengan satu usaha kotor bersama UMNO Perak.Setelah gagal memancing PAS, UMNO Perak cuba pula memancing ADUN-ADUN dari PKR dan DAP.
Sebagaimana yang di dakwa oleh pimpinan DAP, Perak tawaran yang dikemukakan kepada ADUN-ADUN tersebut cukup besar, berkali ganda lebih besar daripada tawaran kontraktor yang sekadar bernilai lebih sedikit RM 100 ribu. Bagaimanapun ADUN-ADUN tersebut menunjukkan setiakawan yang tinggi dan tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mengundi mereka. Dikhabarkan antara ADUN yang ditawarkan sogokan lumayan itu termasuklah dua Exco yang ditahan oleh BPR. Sekali lagi cubaan UMNO untuk masuk ikut pintu belakang gagal.
Laporan terhadap BPR telah dibuat dengan butiran yang lengkap termasuklah nombor telefon penyogok dan SMS yang terlibat dalam sogokan tersebut. Sehingga hari ini Samsiah Abu Bakar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan aduan rasuah oleh pimpinan PR itu. Kepantasan beliau jauh berbeza dengan apa yang beliau lakukan dalam kes penahanan dua Exco Perak ini. Beliau yang beridolakan Rafidah Aziz turut meneladani idola tersebut yang diragui oleh banyak pihak tentang kesuciannya.
Nama Samsiah Abu Bakar dan BPR Perak kini turut disenarai hitam bersama Mufti Perak oleh pihak-pihak yang mempejuangkan nasib rakyat dan kerajaan yang telus.Penahan dua Exco Perak ini merupakan satu lagi episod UMNO Perak untuk menumbangkan Kerajaan PR melalui pintu belakang. Dikatakan Exco Perak yang merupakan ADUN Changkat Jering ditahan bersama seorang lelaki yang ingin bertemu beliau di sebuah restoran. Lelaki tersebut datang bersama sebuah beg. Baru sahaja dua tiga minit bercakap BPR telah bertindak menahan Exco tersebut dan beg lelaki tersebut telah dirampas.
Menurut satu sumber kesemua wang dalam beg tersebut telahpun siap 'ditanda' untuk dijadikan bahan bukti sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah. Kes seperti mengingatkan kepada perangkap yang dibuat oleh PAS Johor terhadap wakil UMNO yang menyogok calon PAS pada PRU tahun 2004 yang lalu supaya menarik diri. Sampai sekarang kes yang dilaporkan kepada BPR itu senyap sunyi.Manakala Exco Perak yang nerupakan ADUN Behrang pula ditahan di pejabatnya. Tidak diketahui adakah ditahan atas kes yang sama. Sekiranya dilihat kepada maklumat yang dikemukakan oleh BPR kepada Mahkamah bagi tujuan menahan reman beliau, seolah-olah kesnya berlainan. Beliau dikatakan meminta wang sejumlah RM 5000 daripada seorang yang tidak dikenali. Kelihatan kes beliau ini menyamai kes sogokan terhadap Hakim Mahkamah Syariah Perak sekiranya dilihat dari segi modus operandi pihak yang terlibat. Jumlah RM 5000 bukanlah satu jumlah yang besar berbanding sogokan yang pernah ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti.
Isu penahanan Exco Perak ini bersama bekas ADUN Bota dari PKR mungkin bersifat serampang dua mata, iaitu menjatuhkan Kerajaan Perak melalui pintu belakang dan menjejaskan peluang Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Sebab itulah individu PKR yang dilibatkan bukannya DAP. Sekali lagi media cuba memainkan peranannya untuk mencapai maksud ini. Sepatutnya BPR tidak mengheboh-hebohkan penahanan tersebut termasuklah memasukkan unsur-unsur yang belum pasti seperti rasuah seks. Dalam kes binaan runtuh di Gerik akhir tahun lalu, ketika BPR ditanya adakah kemungkinan Tajul Rosli akan turut disiasat, BPR dilihat sangat menjaga kerahsiaan siasatan. Mengapa tidak pada kali ini?
http://telaahpolitik.blogspot.com
[Read More...]


Konspirasi! - Ngeh Koo Ham



Oleh Topeng_Perak"

Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Kanan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pagi tadi menjelaskan bahawa kes penangkapan dua Exco Perak beserta tiga lagi merupakan satu konspirasi Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak menjelang 31 Ogos ini.

Dalam temuramah dengan wartawan selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman selama dua hari terhadap YB Jamaludin sebentar tadi, Ngeh memaklumkan tentang beberapa tindakan BPR yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan kepada media semalam.

Dalam kenyataan kepada media semalam, BPR menyatakan bahawa dua EXCO telah ditangkap, sedangkan YB Jamaludin sedang berada diPermatang Pauh pada masa itu. YB Jamaludin hanya kembali ke Ipoh malam tadi untuk memberikan bantuan tetapi telah ditahan.

Begitu juga dengan kenyataan BPR mengatakan bahawa mereka ditangkap dihotel adalah satu pembohongan, sebaliknya kedua-dua Kapt (B) Usaili Alias dan Kapt (B) Osman ditangkap ketika sedang minum di Kluang Cafe, Ipoh Raya.

Pagi tadi, ketika YB Jamaludin dibawa kemahkamah, BPR mendakwa YB Jamaludin meminta wang suapan berjumlah RM5,000 daripada seorang yang tidak dikenali. Amat jelas, tindakan yang dibuat oleh BPR ini merupakan satu perancangan untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat Perak.

Ngeh juga mempersoalkan tentang mengapa tiada tindakan diambil terhadap laporan yang dibuat terhadap Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, walaupun segala bukti telah diberi. BPR sepatutnya menunjukkan bahawa mereka bebas dari telunjuk BN dalam mengambil sesuatu tindakan.-

[Read More...]


Piawaian BPR berbeza antara PAS dan Umno?



Shirzad Lifeboat
Mon Aug 11, 08 5:54:34 pm MYT

Sekiranya falfasah memulakan penyiasatan penyalahgunaan kuasa seperti digunakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dikongsi oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (Corrupt Practices Investigation Bureau, CPIB) Republik Singapura, nampaknya tentulah Menteri Kanan Lee Kuan Yew ketika menjadi Perdana Menteri telah disiasat oleh badan tersebut kerana melantik anaknya Lee Hsien Long (Perdana Menteri Singapura kini) menjadi menteri kabinet.

Namun amalan seperti itu tidak dilakukan oleh CPIB. Di republik yang taraf hidup rakyatnya jauh lebih rendah dari rakyat Malaysia satu ketika dulu tetapi kini muncul sebagai sebuah negara maju di dunia, amalan dan undang-undang rasuah mempunyai takrif dan hukuman yang berbeza.

Walaupun peruntukan untuk kesalahan rasuah di republik tersebut adalah penjara lima tahun atau denda SGD100,000 (RM237,000) atau kedua-duanya sekali tetapi sekiranya pesalah terbabit melibatkan kontrak kerajaan atau Ahli Parlimen atau anggota badan awam, maka hukuman penjara boleh dikenakan sehingga tujuh tahun.

Selain daripada itu, menerusi sebuah Akta lain yang diluluskan pada tahun 1989, mahkamah juga boleh memerintahkan harta pesalah dirampas.

Namun bagi memulakan sesuatu penyiasatan berkenaan rasuah di Singapura bukti yang kukuh serta prima facie yang boleh diterima diperlukan.

Tentulah tidak profesional bagi badan itu memulakan penyiasatan semata-mata di atas kekuatan surat layang.

Dan barangkali atas dasar inilah banyak aduan-aduan berupa surat layang mengenai penglibatan orang tertentu dalam kerajaan tidak pernah diendahkan walau betapa besar sekali kes yang diadukan dan melibatkan wang awam dalam kiraan bilion ringgit.

Namun piawian yang serupa nampaknya tidak digunapakai dalam proses memulakan penyiasatan ke atas negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS apabila menantu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disiasat kerana telah dilantik selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Apakah BRP sebenarnya mahu memberitahu rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang bahawa kelayakan profesional seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dalam sektor awam dengan sendirinya luput sekiranya bapa, bapa mertua, ibu, datuk, nenek mereka adalah Menteri Besar negeri berkenaan?

Akta yang mana agaknya memperuntukkan larangan sedemikian? Jika akta tersebut memang wujud apakah ada peruntukan yang mengecualikan peruntukan tersebut dipakai terhadap negeri-negeri termasuk kerajaan pusat yang dikuasai Umno-BN.

Lagipun sejarah penyiasatan/tindakan membabitkan apa sahaja mengenai kerajaan Umno-BN menunjukkan BPR tidak memulakan siasatan hanya kerana sekeping surat layang, malah tidak juga setelah prima facie penyalagunaan kuasa dapat dibuktikan oleh pihak lain.

Apakah ada piawaian berbeza di antara amalan memulakan siasatan terhadap kerajaan PAS berbanding kerajaan Umno? - mks. _
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors