Tokoh Anti-Islam Dunia Berkumpul di Israel



Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.

Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.

Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.

Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.

"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.

Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.

Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.

"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.

Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.

Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.

Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian.

"Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi.
"Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan. Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.

Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)
[Read More...]


Islam di negara Jepun



Dikala umat Islam di Malaysia lalai terhadap agamanya, maka Allah telah bukan hati-hati mereka untuk memeluk Islam.

Marilah kita kembali kepada Islam dan Allah Rabbu Jalil


[Read More...]


I was Catholic Christian and after watching this video i became muslim and converted in islam after one week !







Source:
http://video.google.com/videosearch?q=tv9+malaysia&emb=0&aq=4&oq=tv9#q=convert%20to%20islam&emb=0&start=110
[Read More...]


Tolonglah masyarakat Islam Volgograd, Russia



Dilulus terbit pada Saturday,
October 25 @ 11:38:33 MYT oleh TokPenghulu

Assalamualaikum saudara2 ku.. aku melihat sendiri depan mata ku bagaimane sshnye masyarakat islam disini. aku melihat sendiri perkembangan islam di sini. tapi yang sedihnya,mereka masuk islam,tapi tak ade tempat utk belajar islam.
Mereka minat dgn islam,terima islam. tapi nak belaja tentang islam, tak kesampaian kerana masjid berjauhan..sekarang ni,masyarakat di sini sedang berusaha mendapatkan sumbangan utk membina sebuah masjid lagi.

Masjid yang sedia ade di tempat pembinaan tu boleh memuatkan hanye 30 jemaah saje..aku pernah ke masjid tu,seperti biasa bile memasuki masjid,sebelum khutbah jumaat aku akan bace quran. tapi hari tu aku tergaman,bile aku buke quran utk bace,ahli2 jemaah mengerumuni aku..aku merasa pelik. mereka meminta aku utk kuatkan bacaan ku. mereka cakap mereka tak reti baca quran,jadi mereka hanye boleh dgr. kat masjid tu takde mikrofon..lepas aku baca,dieorg peluk aku dan mengucapkan terima kasih byk2..sekarang ni,tapak masjid tersebut diluluskan utk diperluaskan..tu pun mengambil mase yang lame.

Kite tak ade peruntukan,jadi terpaksa kutip derma. utk pengetahuan seme,setiap kali masuk duit biasiswa,kite akan buat kutipan derma. dan derma juga kite mintak dari ibu bapa..sekarang ni,hampir 3 ratus ribu hasil kutipan derma dari duit biasiswa kami dan ibu bapa. 1 lagi,tahun lepas seorang wakil rakyat dari kelantan mendermakan sepuluh ribu. tu pun atas dasar percayakan seorg pelajar kat sini yang pergi mintak derma dgn dia..jadi aku merayu pade sahabat2 di malaysia..tolonglah masyarakat disini..mereka memerlukan masjid. aku dah jalankan tanggungjawabku sebagai islam utk menghebahkan berita ni. sila layari laman web ni.


[Read More...]


Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam



Ustaz Zainudin Hashim
Fri Oct 10, 08 2:55:51 pm MYT
Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.
Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara.

Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram.

Perkara di atas pernah disebut oelh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Maza 'An as-Sohwat al-Islamiyyah fi 'Asr al-Hadis', di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba'ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musuh Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat - Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan Muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram - Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji di Makkah dan Madinah, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu.
[Read More...]


Teras gesa pemimpin BN kembali kepada prinsip Islam



Mohd Azmi Abdul Hamid

Thu Sep 11, 08 1:08:46 pm MYT
Pertembungan dan percakaran antara pemimpin-pemimpin BN dalam suasana poltik sempit berasaskan sentimen dan kepentingan peribadi tidak akan mampu menyelesaikan masalah untuk membendung konflik antara kaum dalam negara.

Setiap pemimpin BN yang sarat dengan amalan politik berkepentingan kaum secara chauvinis akan akhirnya menemui jalan buntu.
Malah dengan ketiadaan niat yang lebih murni dan tinggi serta dasar yang merentas kepentingan kaum untuk mengujudkan masyarakat yang adil, beradab dan saling menghormati antara satu sama lain sudah tentu akan menyebabkan keharmonian antara kaum dan agama akan menjadi mangsa kepada sentimen sempit pemimpin-pemimpin yang tiada diikat dengan nilai yang lebih murni..
Teras mengamati kecaluruan dan suasana saling menekan dan menuntut antara satu komponen dengan komponan yang lain dalam BN kini membayangkan bahawa segala prnsip perkongsian yang didakwa selama ini sebagai asas penubuhan BN akhirnya semakin tidak mampu bertahan.
Dengan yang demikian perkara yang paling wajar diberi fokus kini ialah bagaimana prinsip dan konsep keharmonian yang di tunjukkan oleh Islam dapat mengganti landasan liberal-sekular yang diamalkan selama ini oleh BN.
Bagi orang Melayu, hanya peterjemahan Islam dalam realiti kehidupan sepenuhnya sahaja yang akan dapat mengundang penghormatan dari orang lain. Jika pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN hanya sekadar melaungkan hak dan keistimewaan bumiputera dan saling memberi reaksi bila menghadapi kritikan antara pemimpin Melayu dengan bukan Melayu , Teras percaya penyelesaian dan keharmonian sejati tidak akan tercapai.
Dengan ada kerapuhan nilai dan falsafah yang lebih tinggi dan hanya bergantung kepada perkongsian kuasa politik semata-mata , BN lambat laung akan berdepan dengan keadaan dimana setiap komponen yang mewakili kaum masing-masing akan berseliseh.
Inilah yang terjadi dalam isu kenyataan Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera kini. Apa yang Teras perhatikan kini bukan soal mencari prinsip kebenaran yang sepatutnya menjadi fokus tetapi ialah isu saling menuntut dan saling mencabar kekuatan antara satu sama lain.
Pada hakikatnya suara-suara senyap yang sedia menunggu masa untuk diungkap secara langtang oleh pemimpin-pemimpin dalam BN memangnya telah ujud. Ia hanya menunggu kesempatan dan detik untuk meledak.
Bagi Teras puncanya bukan kerana kenyataan Ahmad Ismail semata-mata tetapi adalah dari suatu kesan dari retetan isu-isu yang diledakkan sepanjang bebebarapa tahun kebelakangan ini. Isu mencabar kuasa Raja , isu bahasa ibubunda, isu tuntutan Hindraf, isu IFC, isu Perkara 11 dan 121 Perlembagaan Persekutuan, isu pengagihan dan persempadanan PR serta calon-calon, isu DEB, isu royalti minyak, isu layanan kepada Sabah dan Sarawak, isu ekonomi Negara, isu kenaikan kos sara hidup, isu ketelusan dalam pembidaan projek-projek kerajaan, isu penagihan jawatan, isu ketelusan dan intergriti polis dan kehakiman, isu rasuah dan salahguna kuasa serta politik wang, isu akauntabiliti BPR dan isu ISA .
Jika digabungkan seluruh isu-isu ini suhu pertelingkahan dan saling menuding akan berpotensi untuk meningkat dan akhirnya meletup sememangnya sentiasa ada.
Oleh itu Teras berkeyakinan hanya dengan pendekatan semua kepimpinan Negara menginsafi bahawa segala formula lain daripada prinsip dan dasar Islam tidak akan bertahan , yang akan menyelamatkan Negara dari kehancuran
Suara lantang orang Melayu tidak akan bermakna jika mereka tidak terlebih dahulu menunjukan penghayatan yang total terhadap Islam..
Ketika pemimpin-pemimpin Melayu masih memperlihatkan akhlaq, watak, perangai dan budaya hidup yang bercanggah dengan Islam , Teras yakin teguran dan kenyataan-kenayataan pemimpin-pemimpin Melayu akan dipandang sepi malah tidak dipedulikan oleh masyarakat bukan Islam.
Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Teras
Kenyataan Media Teras.
[Read More...]


Islam Sebagai Cara Hidup



Oleh selancar2"Saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-fadhil
Ustaz Ismail Kamus. Saya mendengarnya daripada kaset yang saya beli lama dulu. Sudah acap kali saya mendengarnya tetapi tidak jemu2 untuk mendengar lagi.
Di dalam tazkirah tersebut, Ustaz menerangkan tentang Islam ini sebagai cara hidup.Menurut ustaz, jika diibaratkan Islam ini sebagai pokok durian, sudah tentulah dari akar, batang, dahan, daun & buahnya adalah durian. Jika akar durian, batang manggis, dahan ciku, daun langsat & buah pula rambutan, ianya tidak boleh dipanggil pokok durian tetapi lebih sesuai dipanggil pokok'gila babi'.
Begitulah juga dengan Islam. Kita tidak boleh mengambil sebahagian & menolak yang sebahagian lagi.Sebagai contoh, dari sudut nikah kahwin, solat & puasa, kita mengikut ajaran Islam. Tetapi mengapa dari sudut perundangan negara kita menolak Islam? Hukum hudud & qisas bukannya hukum ciptaan PAS tetapi hukum yang datang dari Allah. Mengapa tidak dilaksanakan?Begitu juga dalam memilih imam (pemimpin) solat. Solat yang cuma lebih kurang 5 minit itu bukan main kita memilih imam yang baik tajwidnya, betul bacaannya & mulia akhlaknya. Tetapi mengapa ketika memilih imam untuk lebih kurang 5 tahun (pilihanraya), kebanyakan kita hanya sambil lewa. Kenapa tak pilih yang mulia akhlaknya, bersih dari sebarang masalah & ikhlas memimpin.Kesimpulannya, Islam itu mestilah diamalkan atau diambil semuanya.
Dari bab nikah, puasa, solat, zakat hinggalah berpolitik & memimpin negara. Tidak boleh ambil sebahagian sahaja yang kita suka & menolak sebahagian lain yang kita tidak suka. Bukan hak kita untuk menolak. Segala ajaran dalam Islam wajib dilaksanakan kerana ianya datang dari Allah bukan dari PAS.Sabda nabi ' tidak sempurna iman seseorang itu jika di dalam hatinya langsung tiada niat/minat untuk menegakkan syiar Islam'. Fikirkanlah. Jika iman tidak sempurna, bagaimana mungkin kita hendak memasuki syurga Allah nanti. Wallahu a'lam."
[Read More...]


Forum Masuk Islam: Fitnah jangan dikejut



Ustaz Idris Ahmad
Mon Aug 11, 08 2:52:39 pm MYT

Islam agama Allah, maka Allah akan pelihara agama-Nya. Islam bukan ciptaan manusia atau mana-mana pemimpin tetapi ia adalah agama yang datang daripada Allah SWT. Ajaran Islam pula ajaran yang menyeru kepada perdamaian bukan pemusuhan. Islam mampu buktikan ia boleh tinggal dengan aman walaupun berlainan agama. Tidak ada dalam sejarah Islam membuat kezaliman kepada orang bukan Islam walaupun mereka minoriti berada di dalam negara Islam.

Islam bukan agama yang memaksa orang memeluknya. Kalau dipaksa maka ia akan melahirkan golongan munafik dalam Islam. Peraturan Islam,? apabila sudah menganut Islam maka ia tidak boleh keluar dari agama. Selalu mereka persoal balik kenapa hanya orang Islam tidak boleh murtad, kenapa kami daripada agama lain boleh keluar agama asal dan memeluk Islam. Jawapannya adakah dalam? agama kamu menghalang daripada keluar agama kamu.
Alhamdulillah negara kita yang penduduk peribuminya Islam dan menerima pakai?Islam sebagai ajaran anak pribumi di negara ini. Dan inilah juga dihormati oleh penjajah ketika mereka datang ke negara kita. Penjajah Inggeris tahu, soal agama adalah merupakan perkara yang sensitif dan tidak boleh campur tangan dari kalangan orang? lain.


Perjanjian Pangkor 1874 sebagai titik mula dilihat bagaimana Inggeris menghormati Islam dan tahu mana kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam. Mereka tahu batasan orang Melayu iaitu Islam. Inggeris memutuskan bahawa soal agama diurus oleh sultan dan soal pentadbiran dikendalikan oleh Residen Inggeris. Kenapa ini berlaku kerana Inggeris tahu bahawa orang melayu sensitif terhadap agama mereka.


Dalam banyak hal ketika negara hendak merdeka beberapa perkara yang menjadi soal fundemantal? telah dimasukkan? dalam perlembagaan. Seolah-olah perkara ini dianggap 'keramat' dan tidak boleh disentuh seperti soal Islam, kedudukan raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu. Walaupun dalam realiti pada hari ini beberapa perkara sudah mula terhakis seperti bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu, ia tidak berapa sensitif kepada orang Melayu-Islam di negara ini.


Tetapi soal Islam jangan siapa untuk menyentuh kerana ia sudah menjadi darah daging kepada orang Melayu-Islam di negara ini. Lebih-lebih lagi termaktub dalam perlembagaan Malaysia Fasal 160 definisi Melayu adalah seperti berikut; "...seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu menurut adat istiadat Melayu dan:


a. Lahirnya sebelum hari merdeka di Persekutuan atau Singgapura atau pada hari merdeka ia adalah berdomisi di Persekutuan atau di Singapura atau,
b. Ia adalah keturunan seorang yang tersebut.


Mengaitkan agama dengan bangsa menunjukkan ia adalah asas kepada fikiran orang Melayu sehingga agama Islam telah menjadi satu unsur yang penting dalam definisi Melayu menurut Perlembagaan Negara.


Bangsa Melayulah satu-satu bangsa yang dikaitkan dengan agama, di mana Melayu adalah sinonim? dengan Islam. Memahami hakikat ini penjajah Inggeris mampu bertapak di Tanah Melayu, serta mengubah struktur kepimpinan di negara ini, berbanding dengan kuasa penjajah Portugis dan Belanda.


Kerana mereka mengetahui psikologi orang Melayu berkenaan dengan agama. Mereka memberi cuti umum pada hari Jumaat, bulan puasa sekolah diberikan cuti kesemua ini untuk meraikan orang melayu yang kuat dengan syiar agama.


Sebab itu? pada awal tahun 2006 apabila tindakan sembilan? menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum bersama kepada Perdana Menteri, Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama telah menjadi kemarahan orang Islam.


Memorandum itu, yang membutirkan undang-undang berkaitan dan beberapa perakuan, ditandatangani oleh semua menteri itu, termasuk Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Ong Ka Ting; Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik; Menteri Kerja Raya Dato' Seri S Samy Vellu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Pengangkutan Dato' Seri Chan Kong Choy; Menteri Sumber Manusia Dato' Seri Dr Fong Chan Onn; Menteri Kesihatan Dato' Dr Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Maximus Ongkili; dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato' Peter Chin Fah Kui. Yang paling sedih tindakan ini dikatakan wajar oleh Tan Sri Rafidah Aziz " (Utusan Malaysia 21.1.06, "Tindakan mereka wajar")


Tindakan yang mereka lakukan amat mengguris perasaan orang Islam di negara ini. Selama ini perkara yang membabitkan masalah agama tidak ada siapa yang berani sentuh termasuk penjajah? yang pernah datang?ke negara ini. Kita ingin mengingatkan bahawa hal ehwal Islam biarlah orang Islam selesaikan. Mereka tidak berhak mencapuri urusan Islam, sebagai mana Islam tidak berhak untuk mencampuri hal ehwal bukan Islam.


Mereka perlu ingat bahawa Orang Melayu-Islam begitu sensitif dengan agamanya apabila diganggu. Banyak perkara lain mereka boleh maaf tetapi tidak pada urusan agama.


Alhamdulillah orang Melayu-Islam masih sensitif dengan agamanya. Selonggar mana pun ikatan orang? Islam dengan agamanya ia tidak tergamak agamanya dihina dan dipermain-mainkan.
Sebab itu apabila isu Artikel 121 (1A) cuba hendak disentuh seluruh rakyat di negara ini yang beragama Islam bangkit menentang, walalupun kita lihat kehidupan mereka yang agak sekular tetapi dalam hal ini mereka tetap tidak bersetuju. Kerana ini mereka anggap suatu hal yang menggugat jati diri mereka sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam


Jangan menyamakan Islam dengan agama mereka. Tuntutan yang melampau terhadap Islam bermakna menguji keimanan orang Islam. Kalau penjajah yang datang ke negara ini memahami tentang isi hati orang Melayu Islam, ini maka mereka juga kena faham apa yang boleh mereka buat dan tidak boleh buat di negara ini.


Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2008, Majlis Peguam hendak menganjurkan pula Forum Masuk Islam. Semua pihak marah termasuklah parti PAS melalui kenyataan Dato' Seri Presiden PAS yang menyatakan bahawa ini akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini. Keadaan tersebut jika dibiarkan, katanya, akan merugikan negara dan oleh itu demi kestabilan hubungan agama serta kaum, PAS menggesa pihak Majlis Peguam membatalkan forum berkenaan.


Kita tahu ini adalah agenda mereka yang hendak memperjuangkan?supaya orang bebas untuk murtad. Sedangkan perkara ini sudah jelas, tetapi kenapa mereka masih degil. Apakah mereka hendak menguji tahap kesabaran orang Islam. Selama ini suasana yang harmoni? boleh berjalan dengan baik kenapa isu ini yang dibangkitkan.


Ini juga adalah lanjutan kumpulan Artikel 11 yang hendak menuntut supaya kebebasan untuk beragama dan supaya orang Islam juga bebas untuk murtad.? Sudah dua kali program Artikel 11 berjaya digagalkan oleh umat Islam? iaitu di Pulau Pinang dan di Johor Bahru sehingga Tan Sri Nazri Aziz kata ini tindakan yang bodoh kepada mereka yang tunjuk perasaan.?Suka diingatkan? ini adalah fitnah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "Fitnah itu tidur, celakalah mereka yang mengejutkannya." - lanh _
[Read More...]


Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin



Harakahdaily

Sat Aug 09, 08 5:38:00 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam.

Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.

Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam.

"Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya.

Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

Seramai 500 orang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi, sambil melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Zulkifli berkata, forum anjuran Majlis Peguam hari ini sebenarnya bukan dialog tetapi sebaliknya, satu program untuk memprovokasi terhadap umat Islam.

"Semasa saya berunding dengan presiden dan timbalan presiden Majlis Peguam, saya katakan kepada mereka bahawa forum ini tidak wajar diadakan.

"Saya katakan forum ini menguji kesabaran orang Islam," katanya yang gembira kerana umat Islam bersatu menyatakan suara mempertahankan hak mereka.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu, Jais Abdul Karim berkata, beliau mendapat tahu 110 peserta telah menghadiri forum tersebut.

Katanya, 95 peratus daripada mereka adalah terdiri daripada orang bukan Islam.

"Semasa kami naik ke tempat forum, saya mendapati ia sedang berjalan dan kami memaksa mereka memberhentikannya. "Ketika itu ada peserta mengeluarkan perkataan yang menghina kami," katanya sambil menambah "inilah perjuangan yang terpaksa kami lalui untuk menegakkan Islam".

Jais berkata, beliau berharap program seperti ini tidak lagi diadakan pada masa depan.

Katanya, sebanyak 29 penyokong NGO Islam datang untuk menyatakan sokongan membantah forum tersebut. - mks._
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors