Warga Felda tuntut janji pilihan raya BN



Salmiyah Harun Thu Apr 03, 08 9:41:16 am MYT


KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Pilihan raya umum ke-12 sudah selesai, BN masih diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir kerajaan bagaimanapun sehingga kini warga Felda terus menanti janji-janji manis BN untuk dikotakan.

Warga Felda sememangnya menjadi pengundi setia BN dan ternyata mereka mendapat habuan yang cukup banyak dan dikatakan 'anak emas' kerajaan semasa berkempen dalam pilihan raya lalu.
Daripada Timbalan Perdana Menteri Dato' Mohd Najib Tun Razak; Pengerusi Kumpulan Felda, Pengarah Besar hinggalah ke Pengurus Felda turun padang mencurahkan habuan dan janji kepada peneroka.


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman, dalam kenyataannya berkata, banyak janji yang belum diselesaikan kerajaan pemerintah ke atas nasib peneroka.
10 janji-janji yang pernah dilontarkan kerajaan kepada peneroka antaranya, penyelesaian pampasan peneroka Felda Cahaya Baru Masai di Johor dan Felda Sungai Buaya di Selangor, pemberian tanah kekal kepada peserta Felda Plantation, mengembalikan caruman Wang Tanam Semula kepada peneroka yang mengusahakan kebun mereka secara persendirian dan menambah kuota pengambilan generasi kedua dalam anak syarikat Felda.



Selain itu peneroka juga menuntut agar, mengkaji semula peranan Techno Plant Sdn Bhd di atas ketidaksempurnaan menyelia kebun peneroka, memastikan pembayaran pampasan yang setimpal ke atas tanah peneroka Felda gugusan kerteh yang diambil kerana pembinaan Lebuh raya Pantai Timur, pembayaran dalam tempoh 48 jam kepada peneroka yang ditimpa musibah di bawah Skim Insurans Berkelompok, dan menyelesaikan isu hak milik tanah bagi peneroka yang telah selesai bayaran kembali.


Mazlan juga mengingatkan kerajaan BN agar menunaikan janjinya, jika tidak mungkin dalam pilihan raya ke-13 nanti mereka tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada BN.



"Generasi kedua Felda sudah terdedah kepada dunia luar yang penuh bermaklumat, kalau mereka hanya disogokkan dengan doktrin hanya BN sahaja yang boleh buat pembangunan tetapi hidup mereka tidak berubah, BN mungkin akan berputih mata pada pilihan raya ke-13 nanti," katanya.


Justeru, beliau turut menasihatkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang ada penempatan Felda seperti Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah supaya tidak meminggirkan peneroka Felda.
"Gunakan kuasa kerajaan negeri untuk jadi contoh yang baik, warga Felda akan menilai prestasi kerajaan yang telah dipilih dalam pilihan raya," katanya. - mr/mks


Responses

0 Respones to "Warga Felda tuntut janji pilihan raya BN"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors