Ucapan Dr. Sheikh Ibrahim



Ucapan ketika usrah gabungan tempoh hari.

Kita (ahli dan pendokong Pas) perlu berubah dengan kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah. Tiada siapa yang menyangka kemenangan Pas di Dun Sg. Abong dengan majoriti melebihi 1000 undi tetapi Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Jika orang Melayu Islam tidak mahu memenangkan Islam, Allah buka pintu hati golongan bukan Islam untuk mengundi parti Islam. Banyak contoh-contoh yang boleh dibawa ikhtibar untuk golongan Islam.

Sesungguhnya Allah telah menguji Pas dengan berbagai-bagai ujian kekalahan demi kekalahan. Sekarang Pas telah diuji dengan kemenangan. Sesungguhnya ini adalah ujian yang paling hebat bagi Pas Bakri khas buat dun Sg. Abong.

Melayan aduan-aduan rakyat hinggakan orang yang nak bercerai pun merujuk pada Dr. Sheikh dan PA beliau.

Untuk makluman, parit dan longkang akan diuruskan oleh pihak majlis (MPM) dan Jabatan Parit & Saliran (JPS) untuk diluar kawasan pentadbiran MPM.

Sampah, satu isu yang telah lama wujud sebelum Pas menang. Masyarakat perlu mengamalkan sikap tidak membuang sampah dibahu-bahu jalan jika tidak masalah ini tidak akan selesai.

Akhir kata, sesungguhnya kemenangan Pas adalah anugerah dari Allah. Kami ahli Pas dan pendokongnya bersyukur kehadrat Allah s.w.t.

Ulasan admin:

Sewaktu puak Monggol menyerang Baghdad yang ketika itu telah jauh tersasar dan lalai mengamalkan Islam maka bala telah diturunkan, sebagaimana ucapan pemimpin tentera Monggol, " Aku adalah bala yang diturun untuk kamu (kaum muslimin Baghdad)".





Masjid Cordoba Sepanyol


Sejarah adalah pengajaran buat semua pemimpin dan orang Islam.
1. Kejatuhan kerajaan Islan di Andalus

2. Kejatuhan kerajaan Uthmaniah

3. Kejatuhan kerajaan Abbasiyah

4. Kejatuhan kerajaan Umaiyah

5. Kejatuhan kerajan Melaka



Alhambra Sepanyol

dan banyak lagi kejatuhan kerajaan Islam yang lain adalah berpunca dari sikap pemimpin Islam dan orang Islam itu sendiri.


Responses

2 Respones to "Ucapan Dr. Sheikh Ibrahim"

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas kemenangan doktor. Saya tumpang gembira walaupun dr bukan di kawasan undi saya. Namun, sahabat dr di bandar maharani juga menang dan saya salah seorg pengundinye.

Saya rasa tiada yg paling gembira selain dapat tahu pas menang dua kerusi adun. Bila saya tau Pakatan Rakyat menang di byk negeri, saya tidakla melompat kecuali hanya bila saya tahu dua doktor menang di sini...lucu kan.

teruskan perjuangan dr. Saya ni memang org muar, cuma tinggal di shah alam, sebulan sekali menjenguk kg halaman saya di parit setongkat. rasanya dr tau org tua saya iaitu cikgu arbak...

harap dr bersabar dgn kejayaan kerana memang betulla, sabar dalam nikmat memang sgt susah....saya percaya dr boleh laksanakan tugas dgn baik....


7 Mei 2008 pada 4:45 PTG
Pas Bakri berkata...

Terimakasih buat sdr Eizam.
Perjuangan menegakkan agama Allah sememangnya sentiasa mendapat halangan.
Kami di sini, sedang mengumpulkan dana untuk dun Sg. Abong utk bantu rakyat semampu yg mungkin krn tiada peruntukaan diberi kpd wakil rakyat Pas. Peruntukan mengikut pengalaman di Dun Senggarang, diserah pada Ketua UMNO Bhg. Wallahualam.


7 Mei 2008 pada 11:43 PTG

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors