PRK N31 Bagan Pinang
al-Bakri fi MuarKali ini Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan calon BN dari Umno. Sebagaimana pilihanraya kecil yang lain, media-media elektronik & cetak terus menerus menyerang dan berkempen untuk BN tanpa memberi ruang untuk Pakatan Rakyat untuk keluar dalam media tersebut.
Bak kata Hj Mat Sabu, "kalau keluar TV pun suara tak dak". Kita berlawan diatas pentas yang tidak seimbang. Hanya medan maya/internet yang dapat digunakan itu pun hanya terhad pada kawasan yang mempunyai kemudahan internet.
Insya-Allah, marilah kita merancang dan berusaha. Selebihnya kita mohon pertolongan kepada yang Esa, Allah Taala.
Facebook palsu YB DS Mohammad Nizar Jamaludin - DS Nizar
Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.
Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.
Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.
Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.
Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!
SUMBANGAN BULAN RAMADAN
Oleh yang demikian, bagi pihak YB Dr.Sheikh Ibrahim, kami memohon sumbangan. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam.
Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No Akaun: 01 023 01 0066 009
Atas Nama : SHEIKH IBRAHIM SALLEH
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas sumbangan tuan/puan.
Bahana arak: wanita mabuk serang polis
Peristiwa ini menunjukkann arak menyusahkan semua orang. Sebab itu arak disebut oleh Rasulullah SAW “Ibu segala kejahatan” kerana
-Pemabuk arak boleh serang siapa sahaja, mereka tidak kenal polis atau orang awam.
-Pemabuk arak memandu kereta dalam keadaan yang merbahayakan orang yang tidak berdosa
-Pemabuk arak punca keruntuhan dalam rumahtangga, kerana balik dalam keadaan mabuk ia akan menendang isteri atau anak.
-Pemabuk arak punca berlaku perzinaan dan jenayah rogol.
-Pemabuk boleh menyebabkan seorang itu menjadi pembunuh.
*Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Himpunan Badar al-Kubra


DLL.. Macam2 ada..
Ketua2 DPPK & Ketua Lajnah Tarbiyyah DPPK perlu ambil perhatian dan tindakan. Sila rancang perjalanan pemuda kawasan anda..
Pastikan anda tidak terkecuali untuk hadir pada program ini.
Article (Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
BOIKOT COCA-COLA, COLGATE, AMBI PUR, RIDSECT
Wartawa
n Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas
yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.
Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/Bubur Lambuk Ramadhan
Dijemput datang untuk mengambil bubur lambuk
Tarikh: 30 Ogos, 2009
Masa :4.00 Petang
Tempat: Pasti Thohiriyah, Pt. Setongkat Darat

Sebelum itu, dijemput sama-sama memeriahkan suasana bergotong royong menyediakan bahan-bahan untuk membuat bubur lambuk disebelah pagi pada pukul 9.00



Gotong royong persediaan bahan-bahan pada sebelah malam selepas terawih oleh pemuda bersama dengan pimpinan kawasan.
Penagih arak di Rusia bayar RM400 untuk dirotan

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini.
Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini.
Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.
http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/penagih-arak-di-rusia-bayar-rm400-untuk.html
Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Beliau kemudiannya berkata :
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/0
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[ 6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Kedua
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
*
Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
*
Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
*
Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
*
Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Keempat
Kelima
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.
DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Jaw: Ya, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Jaw: Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
Jaw: Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan. ? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.
AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.
[1] Sohih Muslim, mp 1706, jil 11, 216
[2] Riwayat Bukhari, no 6391, Jil 6, hlm 2487 ; Sohih Muslim, no 1706, Jil 11, hlm 211
[3] Dalam satu riwayat yang lain, Abd Rahman Auf berkata : "Seringan-ringan hudud adalah lapan puluh sebatan". Abd Rahman Auf mencadangkan agar diikut sebatan hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan bagi pesalah qazf. Lalu cadangan ABd Rahman tersebut, diterima Umar r.a.
[4] Sohih Muslim, no 1706, jil 11, hlm 215 ; Sunan Abu Daud, JIl 2, hlm 472
[5] Sohih Muslim, no 1707, Jil 11, hlm 216
[6] Sunan Al-Kubra, Al-Bayhaqi ; Al-Talkhis al-habir, IBn Hajar, no. 2118, jil 4, hlm 144,
[7] Rujuk hadis sohih riwayat al-Bukhari, no 6395, Jil 6, hlm 2488
[8] Tetapi mestilah pesalah memenuhi syarat-syarat berikut : 1) Islam 2) Sudah baligh dan beraqal 3) buat atas pilihan sendiri dan bukan dipaksa 4) Mengetahui berkenaan haramnya arak. 5) Minum arak dengan jelas sama ada melalui mulut atau suntikan dan sedar. 6) Minuman yang diminum itu memabukkan ( Rujuk MUghni al-Muhtaj, 4/178 ; AL-Muhazzab, As-Syirazi, 5/467 ; Al-Majmu' , An-Nawawi, 22/258)
[9] Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228
[10] Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476
Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.
Semoga beroleh manfaat, sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net
5 Ramadhan 1430 H
26 Ogos 2009
Komentar pengunjung blog-blog
Mencari salah orang lain memang tidak dibenarkan oleh Islam. Tapi kalau kemungkaran di depan mata, islam menyuruh penganutnya mencegahnya. Nabi bersabda, apabila kamu menyaksikan kemungkaran, cegahlah dengan tangan ( di sini ulama mentafsir tangan bermaksud kekuatan yang ada), kalau tidak mampu, cegahlah dengan kata-kata ( di sinilah yang dikatakan demonstrasi, iaitu luahan hati, kata-kata untuk menegur si pembuat maksiat) dan kalau tak mampu, cegahlah dengan hati dan inilah selemah-lemah iman.
Keputusan PRK N11 Permatang Pasir
al-Bakri fi MuarAssalamualaikum buat semua dan selamat menjalani ibadah puasa.
Pada pandangan saya, media-media di Malaysia ini masih lagi tidak boleh atau tidak dibenarkan muncul dikaca TV tanpa.... "tanpa kebenaran".
Kita mengucapkan jutaan tahniah kepada semua petugas-petugas dari Pakatan Rakyat, para bloggers dan penyokong diatas usaha dan tenaga yang dicurahkan. Tahniah juga buat Salehan Man dan teruskan khidmat yang diberi oleh Allahyarham Dato' Hamdan.
Hari ini mari kita komen sedikit tentang ulasan dari TPM.
Beliau berasa kesal kerana pengundi Permatang Pasir tidak mahu pembangunan. Seperti sedia maklum modal pembangunan diulang dan diulang serta dimainkan. Macam mana ni, pembangunan, kenapa selepas 50 tahun memerintah hanya baru sekarang menceritakan tentang pembangunan??
Kita perhatikan pembangunan yang ada di dun-dun yang dimenangi oleh UBN, kita ambil di dun Benta.
Berikut adalah komen dari pengunjung ABO. "Salam Sahabat, pada anon 6.16 sia2 jadi melayu, tak perlu kita tunding kat pembangkang, kalu mata tak buta lg mari kita lawat negeri Pahang dalam dun Benta, aku rasa kat DUN Benta tu lagi daif dr Permatang Pasir. Permatang pasir kira okeylah BN baru jaga berapa tahun, tp kat DUN Benta ni dari merdeka sampai la ni BN perentah apa yg ada. August 25, 2009 7:14 PM "
Kadang kala kita lupa bahawa mungkin kenyataan yang keluar dari seseorang yang bawa petaka. Cuba kita renungkan selain dari masalah calon mereka, TPM juga bawa bersama imej yang berlawanan dengan penduduk dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Siapakah yang mengalunkan Anwar Pengkhianat Melayu ???. - Sekadar pandangan sahaja.
Jadi mungkin dalam analisis TV terlupa agaknya isu pengkhianat Melayu.
Bagi saya dan mungkin kebanyakan golongan muda, banyak perkara yang pihak Umno menyakitkan orang-orang Melayu (saya dulu tak berapa minat dengan politik)
Contoh jelas sperti:
- Biasiswa diganti dengan pinjaman [kemudian pinjaman + 2%], lepas ini tak tahu apa pula.
- Isu tanah rezab Melayu, semakin mengecil - lihat keadaan di Pulau Pinang sekarang
- Geran Sekolah Agama Rakyat ditarik [politik balas dendam]
- Hukum hakam Allah diringan-ringankan
- dan sebagainya....
Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno
Sun | Aug 23, 09 | 5:39:06 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.
Iklan
Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.
Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.
Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.
"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."
"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."
Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.
"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."
Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.
"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.
Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.
"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.
"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."
"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.
Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'
"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."
"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."
Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.
"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�
Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".
Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.
Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.
Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman.
Al-Fatihah: Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani meninggal dunia
Begitulah jika orang baik pergi meninggalkan kita. Sekalipun kebaikannya hanya dapat didengar sesekali namun ketiadaannya tetap terasa.Saya pernah bertemu beliau dalam satu majlis anjuran JAKIM , sejurus selepas menyanyi mereka makan di tempat awam sahaja tidak di tempat khas sebab tu beliau boleh ditegur dan berbual. Memang orangnya sangat sopan santun, mukanya manis suaranya anugerah tuhan.
Bagi mereka yang masih boleh menahan sebak, bolehlah mendengar video ini dan menghayati senikatanya. . yang tinggal hanyalah kenangan.Semuga menjadi bahan keinsafan bagi kita yang sedang menunggu giliran.Saya sudah kirimkan pahala Al-fatihah dan surah yasin untuk beliau. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama roh orang2 soleh.Amin.
Pergi Tak Kembali (pada 13 Ogos 2009 bersamaan 21 sya'ban 1430)
Penyanyi: Allahyarham Mohd Asri Ibrahim
http://liriknasyid. com
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali la
Expedisi Pacuan 4 Roda ke Bekok
Alhamdulillah dengan izin Allah XPDC 4x4 offroad
2009 pemuda bakri & pagoh ke Bekok pada 8.8.09 yang lepas telah berjaya dijalankan. Hasrat ini sudah 3 tahun dibincangkan namun kerap tertunda di atas sebab-sebab yang pelbagai. Bahkan t pada tahun ini sahaja tarikh yang dicadangkan telah 3 kali tertunda. Namun pada 8.8.09 lepas, segalanya terubat. Seramai 7 pickup track menyertai XPDC ini. Kawasan Bakri dengan Ford Hurricane, Ford Ranger, 2 Nissan Frontier dan 1 Mitsubishi STORM manakala Pagoh menampilkan Toyota Hilux dan Ford Extreme.
ini bukannya untuk mengiringi piminan tetapi kibaran bendera itu mendapat sokongan dari pemandu-pemandu jalanraya yang lain. Ini menunjukkan sokongan masyarakat kepada PAS masih tidak luntur bahkan meningkat dari masa ke semasa. Perjalanan sejauh hampir 193km dari Markaz PAS Bakri mengambil masa sekitar 3 jam melalui Pagoh- Lenga-Bukit Kepong-Labis- Bekok. Di Pekan Labis kami berhenti seketika bagi membeli umpan memancing. Aku yang tidak biasa memancing ni carilah sauk kecik. Kata kawan-kawan mana boleh dapat ikan dengan sauk tu. Tak pelah, tak dapat ikan dapat udang pun ok. Selepas itu perjalanan di teruskan. Cabaran 4x4 bermula apabila merentasi perkampungan pertama orang asli.
bantuan kawan-kawan. Dapat juga pahala kebajikan mengalihkan pokok di tengah jalan. Kalaupun orang tak lalu, mudahlah Gajah nak berjalan. 
dan STORM senyum aje melepasai anak sungai itu. Hilux terpaksa di tolak dengan kawan2. Macam tak percaya Hilux kena tolak. Tahanan ISA paling lama - Kamarulzaman Teh

Kamarulzaman Teh (15 Januari 1920 - 5 November 2002) yang ditahan di penjara Persekutuan Tanah Melayu selama 22 tahun ialah orang tahanan politik yang paling lama di Malaysia
Gaya bahasa web/blog penyokong Umno/BN
Posting kali ini sebenar dah lama nak siarkan. Baru sekarang saya siarkan supaya kita tahu apakah tahap SQ mereka.

Perkembangan Gerakan Mansuh ISA

Tun Razak beri jaminanISA hanya untuk komunis
0oleh Ahmad TajdidGERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960:
"Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.
Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu. Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.
Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.
Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif. "- http://www.lanailestari.blogspot.com/
Adun Permatang Pasir Meninggal Dunia - al-Fatihah
Ustaz Hamdan Abdul Rahman telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.Gambar seribu makna
Alahai....Please comment....!!!!
Pepatah ada mengata " Kuman seberang laut boleh nampak, gajah depan mata tak nampak"
Di palang ini - akan ku humban ke neraka kamu !
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan. Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
[..] Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam. (*)kredit kepada merdekareview
For Palestine
WebTV
| WebTV (Auto Channel) |
|
|||||







Previous Article

