PM mahu pecah belahkan PAS, sokong kenyataan Husam





Saya sangat bersetuju dengan pandagan Naib Presiden PAS bahawa Imam Hadhari Wal Badawi sememangnya mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS dengan membuat kenyataan bahawa ada pimpinan tertinggi PAS yang mengadakan pertemuan dengannya.


Husam dalam kenyataannya disiarkan oleh Malaysiakini menegaskan bahawa Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.


"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?


"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.


Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat."Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Dalam keadaan Umno yang tersepit sekarang ini amat malang jika PAS terperangkap dengan permainan Umno yang sedang cuba mencari dahan untuk berpaut sebelum jatuh kedalam jurang yang lebih dalam setelah tewas teruk pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.PAS dan pimpinannya perlu sedar bahawa Umno tidak pernah ikhlas dalam bab muzakarah ini kerana pada ketika mereka kuat bayang PAS pun mereka tidak pandang, jangankan hendak bermuzakarah.


Kini mereka 'dibuang' oleh rakyat bagaikan kucing kurap pada Pilihanraya lalu, maka sudah tentu mereka ingin mencari ubat mujarab supaya dapat diterima semula oleh rakyat.PAS dan pimpinannya mesti sedar bahawa hanya PAS dan Pakatan Rakyat sahaja yang sekarang yang menjadi tempat berpaut dan mengadu hal bagi rakyat.


Jadi jangan hancurkan harapan rakyat yang ingin mencari tempat berteduh baru. Kita bimbang rakyat akan kecewa dengan sikap PAS yang kelihatan lunak dengan Umno lebih-lebih lagi media massa memainkan peranan untuk yang licik dengan menggambarkan bahawa PAS yang mengajak Umno bermuzakarah. Malah PAS Terengganu kelihatan mendahului negeri lain apabila mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.


Walaupun ia perbincangan dengan kerajaan negeri namun rakyat melihat itu sebagai perbincangan PAS dan Umno di mana ianya tidak pernah diadakan sebelum ini.Bagi saya selagi Umno itu Umno mereka tidak akan berubah. Apakah mereka ikhlas untuk berubah sedangkan pada masa yang sama mereka terus menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan gadaikan cita-cita rakyat untuk mendapat kerajaan baru. Umno menjadi semakin terdesak untuk bertemu PAS sebagai satu usaha untuk melemahkan gagasan Pakatan Rakyat kerana Umno tahu bahawa PKR dan DAP sudah tentu tidak bersetuju dengan muzakarah ini.


Umno memang licik.Umno sebenarnya hanya mencari jalan untuk menangguk di air dengan mendapatkan semula sokongan majoriti orang Melayu dan pada masa yang sama cuba melemahkan PAS. Sudah ada cakapa-cakap di kalangan orang Bukan Melayu bahawa sokongan mereka kepada PAS mulai berkurangan kerana PAS dilihat tidak ikhlas memperjuang kepentingan semua bangsa dan melebihkan orang Melayu sebab itu PAS dilihat beriya-iya benar mahu bermuzakarah dengan Umno. Ini merupakan satu senario negatif sedangkan sebelum ini PAS telah diterima oleh Orang Bukan Melayu.


Saya bukannya mahu meminggirkan kepentingan Melayu tetapi kita mempunyai formula sendiri yang kita yakin lebih baik berbanding cara dan strategi Umno yang jelas gagal menjaga kedaulatan Melayu.Mengapa di saat kita kuat ada dikalangan pemimpin PAS (kalau benar dakwaan Pak Lah) sanggup terhegeh-hegeh bertemu Umno. Apakah pemimpin ini tidak belajar dari kebongkakan dan kebiadapan Umno sejak dulu, kini dan selamanya.


Kita perkuatkan dulu Pakatan Rakyat, kita bina kerajaan kita supaya ianya kukuh dan mampu merealisasikan apa yang kita 'manifesto'kan dan mungkin setelah kita kuat dan hebat, Umno akan dengan sendirinya terhegeh-hegeh ingin menumpang kita kerana Insya Allah ahli mereka sendiri nanti akan berbondong-bondong keluar dari Umno.


Pada masa barulah pemimpin Umno dan bongkak dan sombong ini tahu langit langit tinggi atau rendah.Saya mohon pemimpin tertinggi PAS hentikan sebarang usaha untuk bermuzakarah tumpukan masa kita untuk menguatkan parti; menyediakan parti untuk ahli-ahli baru yang semakin menyertai PAS; perkuatkan Pakatan Rakyat; kukuhkan kerajaan kita di lima negeri; realisasikan semua manifesto yang dijanjikan dan jangan abaikan rakyat.


[Read More...]


Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa



Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon

Jul 21, 08 5:31:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.
Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.
Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.
Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.
"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.
Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.
Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.
"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.
Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mks._
[Read More...]


Muzakarah - Niat UMNO tak Jelas



Oleh CyberTaliban




"Sekali dalam keadaan terdesak UMNO memainkan isu muzakarah. Antara sedar atau tidak PAS sudah banyak kali terperangkap dengan agenda UMNO yang tidak jelas akan tujuan dan matlamat sebenar muzakarah tersebut.
Nampaknya isu ini ditimbulkan apabila keadaan UMNO yang terdesak sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Sebagaimana dizaman Mahathir dulu, kaedah yang dimainkan adalah sama, sekarang dizaman Paklah pula. Adakah PAS sudah bersedia untuk menangkis putarbelit yang akan ditimbulkan oleh UMNO dari agenda tersebut. Ini adalah salah satu cara yang akan digunakan oleh UMNO untuk meporakperandakan Pakatan Rakyat.
Kalau betul dilihat dari persidangan Parlimen baru ini dalam isu pemberian biasiswa contohnya, hanya Ibrahim Ali yang lantang mempertahankan hak orang melayu sebagaiman termaktub didalam perlembagaan. Mana perginya suara orang melayu dari UMNO atau PAS dalam hal ini. UMNO sememangnya telah kita ketahui akan berdiam diri kerana semuanya ”Ya, Tuan...”, PAS pula, adakah kerana isu ini dibangkang oleh wakil DAP. Sebagaimana dulu, ketika MCA status bumiputera di Malaysia, Ibrahim Ali adalah antara yang bangun menentang sentimen yang cuba dipanaskan oleh MCA.
Apabila Paklah menimbulkan isu pertemuan dengan pemimpin PAS untuk membincangkan nasib orang melayu dan Islam, maka telah jelas akan maksud tersirat Paklah. Mengapa pertemuan kali pertama dulu tidak dihebahkan, kenapa kali kertiga baru dihebahkan.
Kenapa? Hati-hati dengan putar pelit dan agenda jahat UMNO dalam menjamin kedudukan politiknya. Masyarakat sudah tau. Adakah telah ada persetujuan atau keputusan yang dipersetujui oleh PAS yang akan diputarbelitkan oleh Sabery yang kalah baru-baru ini di RTM. PAS harus mengkaji semula akan muzakarah ini.
Kalau betul untuk memperjuankan Islam dan orang melayu, keAdilan juga patut serta kerana majoriti ahlinya juga adalah melayu dan Islam. Mengapa hanya PAS. Jelas agenda tersirat UMNO akan merugikan PAS. PAS perlu teguh dalam perinsip perjuangan selama ini. UMNO tidak ikhlas dari awal lagi dan kalau betul UMNO ikhlas, UMNO perlu mengaku apa yang telah dilakukan didalam PRU12 untuk memenangi negeri-negeri yang majoritinya umat Islam dan melayu contohnya di Terengganu. Jangan hanya pendai bermuzakarah tetapi dosa-dosa dulu dilupakan. UMNO perlu iklas dan telus."
[Read More...]


Muzakarah : Umno pipi tersorong-sorong



Oleh penawarrinduku


Terlalu banyak sehari dua ini mengulas isu muzakarah PAS dan Umno, malahan ramai yang nampak seolah-olah ada percanggahan antara Pimpinan tertinggi PAS.
Ada juga yang membuat telahan kononya PAS akan bergabung dengan Umno.Setelah diamati tulisan dan kenyataan tadi, langsung pada saya tiada sedikitpun kenyataan dari pimpinan untuk bergabung dengan Umno, malah Presiden PAS secara jelas menyebutkan bahawa PAS Kekal bersama Pakatan


Isu ini tercetus hasil dari wawancara Presiden PAS bersama Harakah yang menyatakan PAS bersedia untuk menemuai Umno demi kepentingan Islam.

Dalam wawancara tersebut antara lain Presiden PAS menjawab soalan begini:
S ;Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?
J:Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
Disudut ini kita melihat sangat ketara persamaan antara Jawapan Presiden dan kenyataan Mursyidul Am PAS. Tiada sebarang percanggahan pada masa itu.
Suasana menjadi sangat kalut apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 3 kali pertemuan diadakan dengan pimpinan PAS tanpa kehadiran Mursidul Am.
Disini jelas menunjukkan bahawa Abdullah Badawi telah cuba memasang perangkap untuk memecahbelahkan PAS. Kenyataan beliau sangat tidak jujur.Sehinggakan akhbar Berita Harian pada hari ini(21.7.2008) menyatakan antara individu yang membuat pertemuan dengan PM itu dipercayai Presiden PAS sendiri, sedangkan hakikat sebenar Presiden sendiri tidak terlibat dalam pertemuan tersebut.
Pada hari yang sama juga Presiden telah membuat kenyataan Media megesahkan pertemuan tersebut dan menjelaskan individu yang terlibat.

Hari ini juga TV3 melalui Buletin utamanya telah menyiarkan Kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang menegaskan agar isu muzakarah tersebut dihentikan.
Umum mungkin melihat ada percanggah antara Kedua-dua pimpinan PAS ini,namum apabila diamati semula kenyataan tersebut melalui harakahdaily jelas menunjukkan ianya tiada percanggahan, Tuan Guru Mursyidul Am meminta supaya hal ini dibawa berbincang melalui muktamar PAS dan Tuan Guru Presiden Juga melalui akhbar Siasah ( Sabtu 19.7.2008) menjelaskan perkara tersebut mestilah dibincang melalui muktamar.

Ini bermakna amat mustahil Muzakarah ini akan berlaku dalam masa terdekat.Disudut politiknya bagi saya, sekarang PAS berada didalam keadaan yang sangat mahal, pertemuan sebelum ini dan muzakarah yang ditimbulkan oleh PM itu akhirnya terasuk kemuka beliau sendiri, dengan niat untuk memecahkan PAS beliau membuat kenyataan itu, malah kini ayuh kita lihat Umno itu sendiri seolah-olah pipi tersorong-sorong.

Isu Muzakarah tidaklah sebesar mana, namum begitu Abdullah Badawi telah cuba menggunakannya untuk mengalih isu-isu yang lebih besar, termasuk pemiliahan Umno yang akan berlangsung nanti.Bagi PAS sememangnya semenjak dulu lagi sentiasa mengajak Umno bermuzakarah, namum sebelum ini tidak pernah disahut oleh Umno.Malahan sejarah debat Isu kafir-mengkafir 1984 telah dibatalkan oleh umno melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Bagi pengikut PAS marilah kita bertenang, usah terperangkap dalam isu ini, seperti kata Tuan Guru Mursyidul Am PAS" Kalau kita berpecah, umno akan gembira".

Marilah kita bermunajat dan berserah kepada Allah.
Ingatlah Muzakarah(berbincang, berdebat) tidak semestinya PAS menyertai atau bergabung dengan Umno.

Matlamat kita hanya satu menjaga Islam.
Yakinlah dengan kedua-dua pimpinan utama kita, Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.
Marilah sama-sama kita mendengar penjelasan Timbalan Presiden disini dan disini
Ingat-ingatlah
[Read More...]


Perlawanan Badminton Piala Dun Sg. Abong



Peserta bergambar bersama YB Dr. Sheikh Ibrahim Salleh

Johan

Tempat kedua

Tempat ketiga
Tahniah diucapkan kepada pemenang. Peserta yang tidak berjaya cuba lagi pada kejohanan yang akan datang.
[Read More...]


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat





Lanjusoh, Mohd Yusri Amin Mon


Jul 21, 08 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.
Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _
[Read More...]


Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali



Salmah Mat Husain Mon Jul 21, 08 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.
"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.
Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.
Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.
"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.
Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.
"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,"ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.
Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj/mks. _
[Read More...]


Muzakkarah: Kalau Tuan Guru Nik Aziz Tak Berkenaan, Kita Harus Patuh



Oleh BuahBeluluk

Banyak sudah kita baca tentang muzakkarah yang rasanya tak payahlah saya nak ulas panjang. Bagi saya apa jua pendirian kita, kita harus lihat pada pendirian Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Beliau telah 18 tahun memerintah dan tahu sepak terajang UMNO. Beliau merupakan seorang harus dirujuk, kerana cara hidup beliau yang sentiasa bermunajat & memperbaiki hubungan dengan Allah, dan bagi saya beliau sentiasa diilhamkan oleh Allah apa yang baik apa yang buruk.
Kita sendiri sebagai orang yang berfikiran, lebih2x lagi beriman harus tahu buruk baik tindak tanduk kita terutama dalam survival parti. Ada banyak perkara perlu kita teliti tindak tanduk UMNO ini:-
a) Mengapa tidak pernah disebut tentang muzakkarah ini pada pilihanraya 2004 setelah PAS dikatakan kalah teruk, inilah merupakan masa paling sesuai, jika UMNO ikhlas dalam memperjuangkan survival Melayu dan Islam.
b) Mengapa apabila berdepan dengan PAS disebut2x muzakarah (begitu lembut sekali) tetapi apabila berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tahanan ISA, UMNO begitu menggila dan bersifat tidak normal.
Saya umpamakan UMNO sekarang umpama berjiran, sebelah kanan PAS, sebelah kiri Saudara Anwar, didepan Tahanan ISA. Apabila jiran UMNO ini keluar dia akan memandang jiran PAS dengan senyuman kadangkala cuba menghulurkan salam.

Apabila berdepan dengan jiran Anwar, jiran UMNO ini akan menhentam, memaki, memfitnah dan mengelarkan berbagai kata nista. Apabila berdepan dengan jiran Tahanan ISA, mereka akan menyombongkan diri, mengatakan jiran ini jahat tanpa bukti kukuh. Maka kita sebagai orang yang waras harus berfikir tentang jiran UMNO, apakah tangan yang dihulur ini tidak mempunyai makna tersirat, atau mungkin satu hari nanti tangan ini akan ada benda2x kotor yang akan terpalit pada tangan kita.

c) Kita juga jangan lupa betapa double standard yang diamalkan oleh UMNO/BN ini dimana ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak diberi peruntukkan RM500,000 untuk diagihkan pada kawasan parlimen yang diwakili.Untuk kita bertandang ke rumah jiran, harus pastikan perangai hodoh jiran itu elok dahulu sebelum kita mula dekat padanya. Bagi saya PAS telah banyak kali memberitahu UMNO untuk membetulkan perbuatan hodoh mereka, jika mereka tidak berubah, saya rasa kita tidak perlulah layan mereka lagi.

Akhir sekali, janganlah kita berlagak pandai kononnya muzakarah ini sebagai satu Political Strategi, kerana kita harus ingat Rasul s.a.w yang pernah ditawarkan Jawatan, Harta, diawal dakwah baginda tidak pernah menerima ini semua sebagai Political Strategi meskipun beliau pada masa itu berada didalam keadaan belum lagi kuat.

Moga PAS terus diberkati Allah... dan musuh Allah akan hancur Allahuakhbar..
Sekian, Wassalam.
[Read More...]


Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad



Petikan Siasah
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).
Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.
“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid.
Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.
Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.
[Read More...]


Ahmad Shabery patut umum Letak Jawatan, Tewas KO




Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.Anda telah tewas KO, Knock Out. Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya. Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.
Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.
Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.
Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.
Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat. RUMUSAN, hujah DSAI

Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.

Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta

RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.

Maka selesailah masaalah
LAIN – LAIN HAL
Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.

Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?

Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.AHMAD SHABERY
Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakanTAMBAHAN SIKIT

Panel Tan Sri Dr Nordin KardiSoalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

Zukifli SulongSoalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?NOTA
DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
Adakah di Permatang Pauh ?
[Read More...]


Gambar sekitar Muktamar DPP Negeri Johor













Ketua Pemuda Bakri membahaskan ucaptama muktamar



Perwakilan dan pemerhati DPP Kawasan Bakri




Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Johor telah berlangsung di Hotel Garder. Antara jemputan yang hadir datang dari Angkatan Muda Keadilan Johor, Dewan Muslimat Pas Johor dan pemerhati dari kawasan dan BPPNJ sdr. Hj Dzulkifli Ahmad.


Perasmi muktamar ialah Ustaz Idris Ahmad.




[Read More...]


Muktamar DPPNJ 2008




[Read More...]


ISA.... satu kezaliman pemerintah



Assalamualaikum! ISA = Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri), telah digunakan oleh pemerintah untuk menangkap rakyat yang menggnaggu ketenteraman awam (pada asal kewujudan akta ini). Sebagaimana yang diketahui hanya ada 2 buah negara di dunia ini yang menggunakan akta ini iaitu Singapura dan Malaysia. Artikel dari email yg ana terima"











Terdiam seketika. Sejarah memutarkan skripnya dengan lakonan kaum-kaum yang bersilih ganti. Tetapi dek kerana segalanya datang dari akal, hati dan nafsu makhluk yang sama bernama manusia, perbezaan zaman tidak membezakan kelakuan. Hati saya terasa pedih semasa mengulas kisah Yusuf ‘alayhi al-Salam, tatkala tiba ke tafsiran ayat ke-35.


"Kemudian timbullah fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa". [Yusuf 12: 35]

Biar pun telah nyata segala pembuktian, bahawa segala kejadian berpunca dari isteri al-’Aziz dan wanita bangsawan yang bersama, Yusuf jua yang akhirnya dihumban ke penjara. Bahkan Yusuf lebih merelakan dirinya untuk dipenjara bersama kesucian prinsip berbanding hidup bebas tetapi memikul kekotoran nafsu wanita-wanita kelas tinggi itu.

Segalanya ditunjukkan Allah… suami yang menjadi Menteri Utama, bacul dan dayus hingga tiada upaya mengawal kelakuan isteri. Nafsunya pula disokong oleh ‘datin-datin’ yang ber’makar’ untuk menundukkan Yusuf kepada kehendak mereka… segalanya adalah skrip yang sama. Kejelekan golongan bangsawan di sepanjang zaman, hingga akhirnya Yusuf dan figura seperti baginda itu jua yang menelan padah.

Bukanlah penjara itu kemuncak segala derita. Sakitnya hukuman itu ialah pada dua realiti yang ada:
Yusuf tidak bersalah
Pemenjaraannya tanpa had masa.
Dipenjara tanpa kesalahan adalah suatu kezaliman. Ia jadi lebih zalim apabila tiada perbicaraan sempurna yang dijalankan. Pensabitan hanya atas budi bicara manusia pemegang cemeti lagak al-’Aziz dalam kisah Yusuf. Dan segala kezaliman itu disempurnakan dengan hukuman tanpa had masa.

Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan.

Masakan tidak?
Ditahan tanpa bicara.
Ditahan tanpa had masa.
Biar pun pemenjaraan berlangsung dengan ketetapan 30 tahun, sekurang-kurangnya 30 tahun itu boleh dihitung. Setiap satu hari berlalu, memendekkan tempoh 30 tahun yang telah ditentu. Tetapi tatkala penahanan berlaku tanpa had masa, ia membunuh segala harapan.
Tanpa harapan tiada kekuatan.
Tanpa kekuatan, manusia mati sebelum mati.

Perasaan saya yang sungguh berkecamuk tatkala menelaah Surah Yusuf ditimpa lagi oleh rasa sedih, marah, panas dan membara tatkala menatap pemergian al-marhumah Aina Mardiah Shahrial yang kembali ke Rahmatullah semalam (3 Julai 2008). Anak gadis ini koma di Hospital Kajang selepas terjatuh di rumahnya. [BERITA PENUH DI HARAKAHDAILY]
Sungguh memilukan, Aina Mardiah sudah sejak sekian lama tidak menatap wajah ayahnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Kamunting sejak 7 tahun lalu! Beliau kembali kepada Allah dalam kerinduan. Membesar tanpa ayah, yang ditahan, bukan dipenjarakan.
Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) untuk mendapatkan pelepasan Shahrial Sirin berdepan dengan birokrasi Napoleonik yang sungguh luar biasa. Shahrial akhirnya tiba di rumah pada jam 9 malam dan hanya dibenarkan oleh pihak polis bersama jenazah anaknya serta ahli keluarga yang lain selama satu jam! [Laporan di sini]

Sesungguhnya setiap titis air mata yang mengiringi pemergian adik Aina Mardiah Shahrial, adalah minyak yang menyalakan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap kezaliman yang sudah menjadi pakaian al-’Aziz dan regimnya.

Demi Allah, saya tidak dapat melihat di manakah bezanya antara regim yang mempertahankan kem Guantanamo Bay dan kem ISA Kamunting di negara kita. Jika al-’Aziz dan empayar Mesir serta sekalian yang mengikut jejak kezaliman mereka tumbang di dalam sejarah, mengapa harus kezaliman hari ini, rasa aman dan terkecuali dari hukuman-Nya?
Saya tidak berpendapat bahawa kezaliman ini terbit dari apa-apa ideologi yang menjadi pegangan kuasa yang memerintah. Sama ada kezaliman itu datang dari kelakuan seorang yang ‘muslim’ atau pun ‘kristian’, hakikatnya ia hanyalah kehendak hawa nafsu manusia durjana yang sanggup melakukan apa sahaja demi survival dan kelangsungan kuasa mereka.

Dari Abi Dzar al-Ghifari –semoga Allah meredhainya- dari Nabi saw., menyampaikan apa yang diterimanya dari Rabbnya, bersabda,
“Wahai hamba-hamba- Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.” (H.R. Muslim)

Semoga kematian yang menimpa adik Aina Mardiah menjadi kerehatan buat diri al-marhumah daripada kepenatan dunianya yang penuh kesedihan dan penindasan itu.
Kepada pembaca budiman yang sedia menyumbang, silakan hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com56000 Kuala
[Read More...]


Himpunan Aman Protes 50,000 Rakyat Johor





Mula dipamer pada 27 Jun 2008
Adalah dimaklumkan Gabungan MemPROTES Harga Minyak (PROTES) Negeri Johor akan mengadakan satu himpunan aman bagi memprotes kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini.


Peserta himpunan diminta untuk memakai baju t-shirt berwarna merah tanda protes rakyat dengan kenaikan petrol,diesel,tarif elektrik dan barangan keperluan harian yang sudahpun menghimpit hidup rakyat sekian lama sekarang ini.


T-shirt PROTES bolehlah dibeli dengan harga RM 13 dan tuan bolehlah menghubungi Sdr Andre Zulkarnain ~ 012-7208713 selaku jawatankuasa PROTES Negeri Johor.


Sila edarkan hebahan ceramah dan risalah protes yang boleh di muat turun disini




Semua lapisan rakyat diminta hadir:-
Tarikh : 04 Julai 2008

Tempat : Masjid An-Nur, Plaza Kotaraya, Johor Bahru

Masa : Selepas Solat Jumaat 1.45 Petang

KEMBALIKAN HAK RAKYAT"

[Read More...]


Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin



Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin (Probably his last article in Mingguan Malaysia ?)


"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?
Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.
Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun -atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.Dalil-dalil pun akan dibaca.
Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis -seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?". Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa.
Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya):
"Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah?
Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya.
Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada. Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat.
Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.
Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat.
Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan.
Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.Oleh: Dr Mohd Asri Bin Zainal Abidin ( Mufti Perlis)
[Read More...]


WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media



WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/Utusan/BH are these facts....
Malaysian PerCapita Income USD 5000 vs Singaporean Per Capita Income USD 25000
Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia ..
For Thailand it is quoted at RM3.90/liter,....
however are they aware that
- in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000?
- They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that?
- Also that goes for road tax as well?
- And do The Star also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!
Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!
For Singapore how can you quote RM 5.20 ?
Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter.
Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit? In economy, dollar to dollar mu st be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M'sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!! For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:
UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre
MALAYSIA - RM2.70/litre RM 2.70!!!
Ind ividual perspective: As of last month a Toyota Vios would 'cause a damage' of about RM 89,000. In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000 USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30) That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300. This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000. RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.
I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long? Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price. With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.
Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas' (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!! We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening.
Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum 'wells' are getting scarce. Again we go back to numbers to be more straight fwd 1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134 On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel. Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134.
And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil. 1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore 2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel. Financially, Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858 then, Malays ia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!! (USD 260-134 = USD 126 = RM416) So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt????????? Another analysis: 1 barrel crude oil = 159 liters. 46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles. 46% of 159 = 73.14 liters. @ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel). USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well. Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accoun ted for.
So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%? In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations. As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT's TAX. It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.
Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk's children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia...wonder which phD certificate that they bought from... Misleading concept of Subsidy: The word 'subsidy' has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy: Example: Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let's assume that he caught th e fish from the abundance of the sea at little or no cost.
Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5. Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy? Answer: Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad. The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else's property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen!
Article from email
Iklan teks:
[Read More...]


Liputan khas sempena Jambori Amal kali ke 16













Pada 31 Mei 2008 yang lepas, unit amal telah mengadakan Jambori Amal kali ke 16 bertempat di Sayong Lembah, Kuala Kangsar , Perak. Program yang berlansung selama 3 hari tu telah melakar sejarah di atas kejayaanya mengumpulkan seramai hampir 3000 peserta dari seluruh Negara. Kontingen dari negeri Johor telah menghantar seramai 250 peserta termasuk 19 daripadanya dari Kawasan Bakri. Bagi Kawasan Bakri, Alhamdulillah, julung-julung kalinya kami dapat menghantar peserta ke Jambori Amal Pusat. Program perasmian telah di sempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Nasaruddin Tantawi, Timb Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat manakala amanat Ketua DPPP, YB Sallehuddin Bin Ayub telah memberikan amant pada malam kedua program. Pelbagai pengisian program telah dilaksanakan dengan jayanya. Selain program kesukanan yang menguji ketangkasan ahli amal program bersama masyarakat turut di beri perhatian.




Tidak dilupakan, sumbangan kepada Jabatan Kesihatan melalui derma darah juga turut disertai oleh sebilangan besar perserta. Beberapa penghargaan telah diberikan kepada kontigen negeri-negeri yang telah berjaya memenagi acara yang di pertandingkan. Kontigen Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai pemengang hiasan khemah dan gajet manakala Pahang berjaya memenagi penyertaan peserta terbanyak dan lain-lain anugerah dari beberapa negeri.

Diakhir program, Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ir Nizar Bin Jamuluddin telah menyempurnakan majlis persamian penutup. Tahun hadapan panji Jamobri telah di ambil oleh Negeri Selangor. Ini bermakna kita akan bertemu di Selangor pada Jambori tahun 2009 insya’ Allah.

























[Read More...]


Himpunan aman GMI berjalan lancar








KAMUNTING, 7 Jun - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya mengadakan perhimpunan aman di hadapan Kem Tahanan Kamunting pada malam ini dengan dihadiri oleh hampir 1000 orang dari pelbagai pertubuhan diseluruh negara. Himpunan dalam keadaan hujan renyai-renyai itu dimulai dari waktu maghrib dan berakhir sekitar jam 9.30 malam.
Himpunan aman tersebut untuk pertama kalinya dalam sejarah dan sebagai hadiah bagi kemenangan Kerajaan Negeri Perak di bawah pakatan Rakyat telah dibenarkan oleh pihak keselamatan. Semua berarak dari mesjid Kamunting sehingga ke hadapan Kem Tahanan kamunting yang teletak kira-kita 2 Km antaranya.




YB. Dr. Jeyakumar, YB. Chang, YB. Drs. Lim
Peserta demonstrasi dibenarkan berhimpun kira-kira 100 meter dati pintu kemta dan dibenarkan oleh pihak keselamatan untyuk memberikan ucapan selama 15 minit setelah perundingan Exco Kanan Kerajaan Perak yang hadir sama , Dato Ngeh Koo Ham dengan pihak polis.



YB. Chang dan YB. Drs. Lim dengan kawalan Unit amal Perak
Hadir sama ialah Pengerusi BBC Perak yang juga ADUN Titi Serong,,YB. Drs. Khalil Idham Lim, Adun Teja, YB. Chang Lih Kang,Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.,Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj, ADUN Pokok Asam , YB. Yee Seu Kai, ADUN Cangkat Jong, YB. Hj. Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Kuala Kurau, YB. Abdul Yunus Jamahri. Perarakan juga disertai anak mangsa ISA , Sdr. S.Arutchelvan berbaju hitam.
Selain itu hadir sama ialah ramai aktvis GMI seperti S.Arutchelvan dan sdr. Hishamuddin Rais
[Read More...]


Rakyat asing diberi tempoh tapi rakyat sendiri kurang dari 12 jam.




Dalam seminggu dua atau mungkin sebulan dua ini, rakyat akan membincangkan isu kenaikan harga minyak.

Yang menjadi kemuskilan ialah mengapa yang rakyat asing diberi tempoh sehingga 1 June untuk "minikmati" subsidi minyak di Malaysia. Tetapi kepada rakyat Malaysia yang rata-rata membayar cukai diberitahu lewat petang. Tempoh tak sampai 12 jam. Kalau rakyat asing dieri tempoh 1-2 hari dan mereka ini sempat mengisi minyak.

Inilah slogan UMNO/BN "Tradisi membebankan rakyat"

Kemudian menteri yang "cerdik" ini menarik balik larangan mengisi minyak kepada rakyat asing. Sakitnya hati kita rakyat Malaysia.

Mengapa rakya asing diberi kelonggaran meikmati subsidi rakyat Malaysia? Soalan ini menteri berkenaan perlu jawab.
Dahulu semasa naik 30 sen terasa perit, dari menaiki kereta ke tempat kerja tukar menaiki motorsikal dan jarak perjalanan kerja dalam 90 km sehari. Perit rasanya. Takkan nak naik basikal pulak lepas ni .....
Menteri-menteri BN ni mana tahu semua ni, mereka pergi isi minyak ker? Rasanya tak pernah pun nampak. Pulak tu yang bayar duit petrol ialah wang rakyat. Sakit hati...
Hati bertambah sakit bila bacaan berita teks dalam Buletin Utama tadi,"rakyat Thailand dan Singapura mengucapkan terimakasih kerana menarik balik larangan mengisi minyak di Malaysia."
Dah pulau Batu Putih melepas, ini subsidi minyak pun nak ambil. Angin satu badan.

Di Thailand lebuhraya ada tapi tiada tol.
Kita, rakyat Malaysia minta semua menteri-menteri supaya dipotong elaun-elaun, cuti keluar negara dihapuskan. Kalau nak pergi juga guna duit sendiri.
Menteri BN, "PLEASE WALK THE TALK".
Inilah kesan pembaziran projek-projek yang tak berfaedah.
Wang rakyat habis digunakan, tapi hasil tak nampak pun.
Dahulu katanya dengan kenaikan 30sen boleh menjimatkan wang kerajaan dan boleh disalurkan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan. Tapi yang jelas.... janji tinggal janji.

No to UMNO/MCA/Gerakan/MIC and BN alliance.
[Read More...]


Minyak Malaysia 'Termurah' Berbanding Negara Pengeluar Minyak Lain




sumber gambar : chegubard


Kali ini kita mari kita cuba celikkan mata kita. Cuba buka minda kita. Kalau ikut media arus perdana, yang layak kita buat 'comparism' hanyalah Singapura, Indonesia dan Thailand sahaja. Itu negara yang bukan pengeluar minyak dunia, tetapi harga kereta lagi murah dari Malaysia, gaji per kapita yang lagi jauh murah dari kita dan macam-macam benda lagi yang jauh beza dengan kita.


So, kali ini kita buat comparism dengan negara-negara lain yang turut mengeluarkan minyak. Tengok betul-betul, nanti tak pasal-pasal kita kena gelak dengan kawan-kawan kita yang dekat oversea sana. Ada negara lain yang harga minyak dia lebih Rm 2.70 ? Ke kawang salah tengok? Apasal negara-negara ni tak bising-bising pun nak naikkan harga minyak ??


Jawapan yang didapati adalah :-

1. Negara dia orang tak ada kroni

2. Negara dia orang kurang rasuah

3. Negara dia orang kurang pemimpin yang korup

4. Negara dia orang kurang rakyat yang tak pandai berfikir macam dekat negara kita(hahah.. jangan marah, nanti kena jual dengan Pok Leh)




Dari Tranungkite
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors