PAS KAWASAN BAKRI

0 Selamat Hari Raya Aidil Fitri




PAS Kawasan mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Pandu kenderaan dengan berhati-hati


[Read More...]


0 Pas Ganti Umno



Untuk kesekelian kalinya, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO-BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR). . Bagi PAS, seruan Dat...o'Seri Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO-BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam ?. Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra ?

Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya adalah kerajaan pimpinan UMNO-BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. . Maka, sebaliknya saya menyeru kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. Jika benar UMNO hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada ditangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?

Abdul Hadi Awang 27 J'Awal 1432 / 1 Mei 2011
[Read More...]


0 SELAMAT HARI PEKERJA



[Read More...]


0 Apa BN dah buat: LYNAS



20 Jamadil Awal 1432 H | 23 April 2011

Dalam isu kilang nadir bumi (tanah jarang) Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, sepatutnya sejak awal lagi pandangan rakyat harus didahulukan dan keselamatan mereka diutamakan sebelum kelulusan untuk membina kilang tersebut diberi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ekoran bantahan hebat daripada semua lapisan masyarakat di Kuantan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menukar pendirian sejajar dengan peningkatan bantahan daripada rakyat yang memuncak dari hari ke hari:

Kenyataan MB tidak konsisten
  • Memberi jaminan bahawa kilang Lynas selamat, kemudian
  • Melenting untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi, akhirnya
  • Mengalihkan masalah kepada Putrajaya dengan mengatakan bahawa bukan kerajaan Pahang yang memberikan kelulusan.
‘Silat’ Adnan yang menepis masalah panas ini ke Putrajaya ternyata berhasil apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kelmarin, mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah bersetuju untuk menubuhkan satu panel bebas secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

“Sepatutnya pandangan pakar diminta dari awal lagi, dan bukan setelah rakyat bangun membantah.
PAS cukup kesal dengan sikap dolak dalik antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, sehingga terkini MB Pahang dan Kementerian barulah kata nak meminta pandangan pakar sebelum membuat sesuatu keputusan,” ujar Tuan Ibrahim sebagai respons kepada tindakan kerajaan pusat.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut menyoal maksud di sebalik kenyataan Adnan di sidang Dun Pahang beberapa hari yang lepas, di mana Adnan menyatakan bahawa kalau Lynas ditutup sekalipun, ianya bukan berpunca daripada tekanan pembangkang.


“Jadi kalau bukan kerana tekanan pembangkang, maka atas alasan apa Lynas akan ditutup,” soalnya atas hujah bahawa Lynas sememangnya mendapat lampu hijau untuk beroperasi daripada kerajaan negeri dan kementerian yang berkenaan."


"Dalam keadaan bangunan sedang dalam proses untuk disiapkan, dan Lynas dijangka akan memulakan operasinya hujung tahun ini - kerajaan masih gagal memberi kata putus untuk tutup segera – jadi sekarang kita menunggu samada kerajaan hendak membuat sesuatu berdasarkan kehendak rakyat atau sebaliknya dan menanggung risiko dihukum rakyat pada piliharaya umum ke 13,” tegurnya.


Secara logiknya, tambahnya, rakyat kini sudah matang dan pandai berfikir bahawa mengapa kerajaan Australia hendak menolak projek Lynas yang bakal mendatangkan keuntungan lumayan setahun sekiranya tiada risiko sampingan.


“Takkanlah projek yang berdaya maju begini tiada negara akan sanggup menerimanya, lalu di saat negara lain menolak kerana takut akan risikonya, mengapa pula Pahang terima?” soal beliau lagi.
[Read More...]


0 Apa Umno dah buat:



KUALA LUMPUR, 22 April:

PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Turut dipersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang.

“Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah.

“Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi,” ujarnya.

Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

[Read More...]


0 Apa BN buat:: AP Hulu Selangor.....



HULU SELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan.

Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya.

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.

"Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui.

Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010.

“Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya.

Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan.

"Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya.

Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan (gambar kiri) untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau.

"Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan “reserve” . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat.

"Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000,” jelasnya.

Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan.

"Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010.

"Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat.

"Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.

“Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya”.

Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya.

"Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor.

"Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya.

Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik.

Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya.

"Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah.

"Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya.

Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.
[Read More...]


0 Aurat- Jagalah aurat kita




[Read More...]


0 Meraikan Kejayaan anak Allahyarham Zakaria Nor



Sumbangan YB. Dr.Sheikh Ibrahim Salleh

Sumbangan dari YB. Dr. Mohamed Taslim

Bersama rakan-rakan sekolah
Adik ni bergambar kenangan bersama Ahmad Ibrahim

Petang tadi YB Dr.Sheikh Ibrahim Salleh dan YB Dr. Mohamed Taslim meraikan kejayaan Ahmad Ibrahim Zakaria diatas kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2010.
[Read More...]


0 Saman ekor: Perlukah membayarnya sekarang?



Saman ekor: Ketahui hak anda
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Sumber: Sini
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors