Ceramah Umum Dato' Nizar Jamaluddin
Kerajaan Umno/BN beri tanah kepada Jean Todt?
Sumber: Klik sini
Bukan Islam menghadiri usrah
Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam.
Sumber: Klik disini
Peruntukan Wakil Rakyat dinafikan
Sudah diketahui umum bagaimana peruntukan untuk wakil rakyat selain Umno/BN disekat malah dilantik pula wakil khas MB dan wakil khas ini dibayar pula gaji. Sudahlah cuba menidakkan hak rakyat untuk memilih malah membazir pula.
Contoh matematik mudah, jika gaji yang dibayar RM3000.00 sebulan
Sebulan : RM3000.00
Setahun: RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
5 Tahun: RM36,000.00 x 5 = RM180,000.00
RM180,000.00
baca dibawah
Hak wakil rakyat dinafi untuk bantu rakyat - Dr Lo' Lo'
Wan Nordin Wan Yaacob
Mencelah semasa perbahasan Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) berhubung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Dewan Rakyat, beliau menyatakan tindakan itu sama sekali menafikan hak rakyat mendapat bantuan dari wakil rakyat.
Dr Lo' Lo' berkata, bukan sahaja wakil rakyat dinafikan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan kerana masalah politik, malah wakil-wakil rakyat juga dinafikan hak untuk menyelesaikan masalah rakyat melalui saluran mereka.
Walhal hasil-hasil cukai telah dikutip bukan sahaja membabitkan negeri BN atau penyokong BN sahaja, sebaliknya juga membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat dan penyokong mereka, katanya.
"Sebanyak RM1 juta misalnya pada tahun 2008 diperuntuk kepada setiap wakil rakyat, tetapi ke mana perginya peruntukan itu? Kita sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen yang dilantik secara sah melalui pilihan raya dinafikan langsung.
"Malah di Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Menteri Wilayah dengan secara terbukamenyatakan hanya tandatangan daripada Ketua Bahagian Umno sahaja yang laku ataupun diterima di peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan di DBKL," ujarnya.
Bagi beliau tindakan itu sebenarnya hanya menafikan hak rakyat yang menyebabkan rakyat terus berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi hari ini semakin menurun.
Beliau seterusnya bersetuju dengan bantahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung pindaan yang dilakukan dalam Rang Undang-Undang LHDN 2008 yang hanya mementingkan soal mengenai kedudukan tujuh ahli Lembaga LHDN.
Bantahan ini turut dilaungkan Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menyatakan pindaan Rang Undang-undang LHDN hanya bermotifkan menyerahkan kuasa besar kepada Menteri Kewangan sahaja.
Sebaliknya perihal semangat atau memperkasakan LHDN dalam kontaks pelaksanaan gerak kerja badan itu selain pemantauan hasil mashyulnya lansung tidak dititikberatkan kerajaan, katanya.
Ini menyebabkan hasil sebenar negara yang seharusnya diagihkan semula kepada rakyat bagi membantu pembangunan rakyat akhirnya tidak akan turun sepertimana yang diharapkan rakyat, ujarnya.
Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi
SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.
Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_
Penindasan UMNO/BN
Assalamualaikum!
Buat sekian kalinya saya rasa seolah terpanggil untuk membicarakan cerita panas UG ini tapi sebelum dari itu marilah kita renungi apa UMNO dah buat kepada orang Melayu, ahli Pas dan rakyat Malaysia.
Suka saya merujuk kepada video klip bertajuk "10 Tahun sebelum merdeka", yang membuka kisah asal perjuangan Umno dari mulut perjuang yang betul-betul berjuang untuk kemerdekaan sehingga mereka ini dipenjara antara 4 - 6 tahun.
"Umno bukan berjuang untuk merdeka tapi slogan hidup Melayu", antara ucapan dalam video klip tersebut.
Apabila telah merdeka dari British (selepas berbincang dengan Umno dengan syarat yang ditetapkan oleh British), Umno meneruskan tradisi pemerintahan ala British. Dah 50 Tahun bang, Islam dimana...?
Balik kepada kisah ahli Pas, saya rasa ramai antara ahli-ahli Pas yang sentiasa ditindas diugut terutama kakitangan kerajaan khas guru-guru. Mereka diugut akan dipindahkan tempat kerja ke pendalaman, ke Sabah lah... ke Sarawak lah.... tapi bukan ke Langkawi :-)
Saya tabik spring kepada cikgu-cikgu yang mempunyai semangat jati hingga pihak kementerian pun tak berani untuk menukarkan atau posting mereka ini.
"Jika hendak posting saya, hantarlah saya tak kisah tapi saya akan pastikan akan wujud cawangan Pas ditempat saya ditukar...", kata-kata seorang guru yang saya pernah dengar. Hebat... akhir tak jadi tukar...
Apa yang hendak diutarakan ialah Umno/BN sentiasa cuba untuk menindas kakitangan kerajaan yang berlambangkan bulan. Mengapa...? Jawapan anda boleh agak sendiri....
Kalau bab projek atau tender kerajaan tu jangan haraplah orang Pas boleh dapat....
Cerita pula negeri Perak, bagaimana Umno memporakperandakan kerajaan negeri? Takkan tak faham lagi kot..?
Tok Guru Nik Aziz sendiri telah melalui sepak teranjang ketika negeri Kelantan dibawah BN dan kisah Pas disepak keluar dari kerajaan pada waktu itu.
Islam, dimana pemimpin Umno ketika Islam diperkotak-katikkan, kes murtad, masalah gejala sosial yang teruk dan banyak lagi..... Semua ini berlaku kerana tak nak Islam lah... itulah Umno.
Kes sekat peruntukan YB Pas dan Pakatan Rakyat, semua orang tahu hinggakan YB PR terpaksa menggunakan wang sendiri untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan. Wang elaun mana cukup terpaksa memohon derma atau sumbangan ahli Pas. Tanyalah kepada mana-mana YB Pakatan, peruntukan wajib yang sepatutnya diterima disekat. Siap melantik wakil khas MB untuk mengelolakan dun yang mereka kalah. Kenapa? Tujuan supaya mereka hendak tunjuk kepada rakyat YB PR tak boleh buat apa-apa pembaharuan selepas menang PRU.
Umno ni bukan berjuang untuk rakyat tapi berjuang untuk "perut".
Umno/BN - golongan penindas rakyat. Mereka guna ISA, guna SB, guna media dan lain-lainya. Siapa yang nak bela nasib keluarga Memali? Siapa punya angkara?
Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
Artikel Pendek: Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan
.....tidak bernama.... tidak dikenali.... tapi berjuang tetap berjuang
Jangan lupa pejuang tanpa nama...
Azamin Amin Tue Jun 02, 09 5:17:44 pm MYT
Maneer, 37 hanya bekerja kampung untuk menyara enam anaknya sambil membantu isteri yang menjadi suri. Mereka sekeluarga menumpang teduh di sebuah balai kecil. Rumahnya, baru-baru ini dijilat api. Ketika ditemui lewat malam, dia sedang menyarung baju terang 'highlight' berwarna hijau kekuningan sambil memegang cota berlampu merah.
Dalam sibuk-sibuk itu, dia sempat menjamu kami, yang baru dikenalinya sehari. Biarpun hanya nasi putih, daging masak kicap dan pucuk ubi, kami makan cukup selera sekali.
"Itu daging sembelih minggu lepas untuk rai pemimpin yang datang. Kami kongsi-kongsi satu kampung, beli seekor lembu sebab nak raikan mereka.
"Seronok rasanya. Ada lebih, saya simpan sikit, dapat juga Azamin merasa," katanya membuatkan saya tersentak seketika. Anak-anak kecilnya terintai-intai di balik dapur, membuatkan saya malu dan terasa kenyang secara tiba-tiba.
Itu kisah, dua tahun lalu.
Manakala tahun lepas, Suhaili, 40 berbaju melayu lusuh sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Di sebelah bahunya dikendong sebuah beg buruk, sambil mengelap peluh yang memercik di dahi. Pancaran matahari cukup terik tengahari itu.
"Ana pergi berarak di Parlimen tadi. Selesai semua, nak baliklah, lagipun ana datang seorang je naik bas," katanya ketika saya menyapa.
Lain pula pada 10 November 2007 tika azan subuh menjelma di masjid negara, sekumpulan lebih 100 orang berbaju kuning berkumpul di pekarangan, sementara menanti himpunan besar-besaran itu dilancarkan.
"Kami ni mai dari Kedah. Naik bas takut kena sekat, jadi kami mai naik keretapi. Bertolak malam tadi. Tempah tiket pi balik.
"Sat lagi bertolak balik. Harap-harap tak dak yang kena hambat, esok pagi kami nak pi motong," kata Sayed, 35 seorang penoreh getah di Sik.
Tiga nama di atas hanyalah secebis rakaman nama-nama 'samaran' pejuang yang tidak mungkin dititipkan nama mereka satu persatu.
Mereka ini penyokong, ahli dan peminat PAS yang amat setia. Sering ke mana-mana pun secara rela tanpa dipaksa. Ikhlas tanpa minta apa-apa.
Disuruh mereka datang, diarah mereka pergi.
Siangnya mereka memukat, menuai, menebas lalang. Malamnya mereka di kaki legar bersimpuh dengar ceramah. Adakalanya, keluar seringgit dua, buat tabung amanah demi perjuangan agama Allah.
Jika ceramah, himpunan dan ada peristiwa besar, mereka datang dengan besar hati tanpa peduli cabaran yang menjelma.
Ada yang membonceng menaiki motosikal. Ada yang berberkongsi kereta. Menaiki bas, dari utara mereka turun, dari selatan mereka datang. Tidak lupa, dari Timur Barat mereka muncul.
Adakalanya mereka pulang. Adakala keluarga menanggung resah berpanjangan, menunggu mereka tak kunjung datang.
Ada yang diasak teruk. Sekali, dua libasan cota cukup memedihkan rasa. Malah lebih ramai yang tertusuk perit lantaran semburan gas pemedih mata. Tidak kurang, yang tersiat kulit luka tercedera.
Ada yang meringkuk sehari dua di penjara, manakala selebihnya diusung ke mahkamah keesokan harinya.
Ada yang hilang pekerjaan, tertahan pangkat, ditukar ke sana ke mari dan dikenakan tindakan. Ada yang belum sempat mengucup segulung ijazah lantaran tindakan yang tak berjiwa dan bermata.
Mereka ini ikhlas berjuang. Hujan, ribut, petir, embun dan panas mentari, mereka tetap taat di situ. Apa jua rintangan tidak pernah menyekat hati untuk terus berbakti kepada parti.
Sambil menggulung daun pucuk, mereka ini tersenyum membaca kejayaan PAS, satu demi satu.
Sambil menghirup udara bendang, yang buta huruf, meminta rakan taulan dan anak-anak membaca berita-berita gembira, parti tercinta.
Mereka ini tidak mengerti apa itu label-labelan atau jenama-jenama yang mencucuk mata. Kelas-kelas atau kasta-kasta yang memisahkan mereka. Mereka ini tidak ambil pusing. Mereka tidak pernah bising-bising.
Walaupun kubur mereka kelak tidak bertanda, susuk tubuh mereka tidak pernah ditanya atau disapa, namun yang penting, parti terus dijulang, agama Allah terus bertakhta!
Teringat kata-kata bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Hassan Shukri bahawa para pendukung PAS ini tidak pernah minta dibalas tetapi cukup sekadar sebuah senyuman dan sapaan daripada pimpinan, yang membuat hati mereka berbunga mekar dan semarak semangat juangnya.
Jika ada yang sudi, sisipkanlah cebisan doa buat mereka ini... datang dan pergi tanpa dikenali.
Mereka ini tanpa nama, jauh sekali dapat ke Muktamar...
Kisah diakhir zaman
Assalamualaikum!
SLAM SEDANG MEMANGGIL
Benar apa yang dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna itu.
Membina generasi rabbani tidak mengambil masa yang sedikit. Setelah kejatuhan khilafah Islam yang terakhir dan umat Islam pula telah dirosakkan dengan pelbagai bentuk ideolagi yang menyeleweng seperti kapitalis, komunis, sekular dan sebagainya, ia memerlukan generasi demi generasi untuk kembali melahirkan sebuah umat terbaik yang diimpi-impikan.
Di kalangan umat Islam yang ada, lebih ramai yang jahil terhadap agamanya sendiri daripada bilangan mereka yang faham. Mereka memandang yang baik itu pada kaca mata Barat yang menjadi kiblat dan tempat mereka bersujud, bukan lagi Islam. Yang baik pada Islam dikesampingkan, tetapi mereka tidak sedar betapa nilai-nilai moral yang dianjurkan Barat itu sebenarnya berasal daripada Islam.
Hidup bersama Islam itu bererti hidup untuk Allah. Namun mengenal Allah itu bukanlah dengan jalan melihat kerana kita tidak bisa melihat Allah .. bukan juga dengan jalan mendengar kerana kita tidak bisa mendengar kata-kata Allah. Tetapi untuk mengenal Allah, kita memerlukan ilmu dan ma'rifah. Mengenal Allah dengan ilmu saja tidak mencukupi, tetapi kita perlu mengenal Allah dengan faham ... faham mengapa hanya Allah saja yang layak disembah, faham mengapa hanya agama Allah saja yang layak dituruti dan faham mengapa hanya keadilan Allah saja yang layak diteladani.
Maka di sinilah peranan dakwah.
Akan tetapi, dakwah memerlukan pengorbanan besar dari seluruh umat Islam. Ia bukan hanya kerja para ulama, tetapi semua umat Islam yang memahami perkara ini perlu memainkan peranannya untuk Islam.
Apakah kalian seorang doktor. Apakah kalian seorang jurutera. Apakah kalian seorang peguam. Kalian semua adalah Rijal ad-din yang memikul tanggungjawab besar ini. Kalian perlu merasa sakit dengan wabak yang datang menyerang Islam. Sedih demi Islam.
Saya menyeru kalian semua bukan di atas pakaian saya sebagai seorang da'ie, bahkan saya tidak layak untuk memakai gelaran itu. Saya hanyalah seekor semut kecil dari jutaan semut-semut besar yang sedang mencari manisan keredhaan Allah.
Namun begitu, janganlah mengharapkan suatu keajaiban di esok hari untuk Islam. Tetapi yakinlah ! cahaya kegemilangan itu pasti akan muncul kembali di suatu hari.
"Islam ini pasti akan sampai ke tempat yang sampainya siang dan malam. Allah tidak akan meninggalkan rumah yang di bandar atau di desa melainkan Allah pasti akan memasukkan agama ini. Yang mulia dengan kemuliaannya atau yang hina dengan kehinaannya. Mereka yang mulia akan Allah muliakan dengan Islam dan yang hina akan Allah hinakan dengan kekufurannya" ((Hadis sahih riwayat Ahmad dalam Musnadnya (4/103) dan Al-Haithami dalam al-Mujamma') )
Akan tetapi, untuk mencapai matlamat ini, Islam memerlukan umat yang sanggup :~
Berfikir untuk Islam,
Bekerja untuk Islam dan,
MENGHABISKAN MASA UMURNYA UNTUK ISLAM ...
............ ......... ......... ......... ......... .
~ Semoga Allah mencerahkan jalan itu untuk kits. Ameen
Tazkirah: Cara Nabi berdakwah
Persoalan tentang babi
7 Jun 2009
Kartun dibawah saya dapat melalui email yang dihantar. Ringkas dan mudah untuk dibaca.
2 Adun BN akui buat silap besar fitnah Husam Musa
Mohd Nor Yahya Foto Rizal Tahir Wed Jun 03, 09 3:06:32 pm MYT
KOTA BHARU, 3 Jun (Hrkh) - Sejak menerajui Kelantan hampir 20 tahun lalu, pemimpin kerajaan PAS ternyata bebas daripada segala unsur rasuah dan penyelewengan kuasa.
Malah segala dakwaan yang dilemparkan pihak lawan tidak lebih sekadar gimik politik yang gagal dibuktikan di mahkamah.
Ekoran itu, hari ini seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Husam.
Semalam, Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah lebih awal menarik balik segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anggota Exco terbabit dua tahun lalu.
Pada 27 November 2007 Adun terbabit membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dengan menyerahkan dokumen yang diperolehi dari sumber yang tidak pasti kononnya penyelewengan dilakukan Husam.
Dakwaan mereka sebelum ini membabitkan sembilan isu termasuk salah guna kuasa, penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd, isu kedai Majlis Daerah Machang dan kambing jamnapari.
For Palestine
WebTV
WebTV (Auto Channel) |
|