Nelayan tidak puas hati dengan pampasan



Zaili Muhammad
Thu Jul 31, 08 2:28:47 pm MYT

MELAKA, 31 Julai (Hrkh) - Pemberian pampasan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, kepada nelayan yang terlibat dengan projek penambakan laut di Auditorium Seri Negeri, di sini, baru-baru ini, menjadi kecoh kerana nelayan tidak berpuas hati dengan pemberian tersebut.

Seramai 259 nelayan di Klebang Kecil, Klebang Besar, Batang Tiga dan Kampung Pinang hanya menerima bayaran pampasan daripada kerajaan negeri berjumlah RM414,400 iaitu sebanyak RM1,600 setiap seorang.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Nelayan Pantai Klebang, Ismail Sameon, nelayan tidak berpuas hati dengan cara pampasan itu diagihkan dan juga nilai pampasan yang rendah.

"Kami tidak puas hati dengan pemberian itu kerana ada nelayan yang tidak dapat pampasan dan ada orang yang bukan nelayan tetapi kroni kepada pihak yang terlibat menguruskan pemberian pula yang dapat.

"Pampasan cuma sekadar RM1,600 tetapi penambakan laut masih terus dijalankan sehingga hampir menutup pantai Klebang, bagaimana kami boleh ke laut," kata beliau.

Difahamkan, pemberian pampasan oleh kerajaan negeri kepada para nelayan itu tidak sama di antara mereka sebagai contoh nelayan di Limbongan menerima sebanyak RM8,000 setiap seorang, di Klebang ada yang menerima RM3,200 dan ada menerima RM1,600 manakala nelayan di perkampungan Portugis menerima pampasan yang lebih tinggi lagi.

Sebelum ini, pelbagai media arus perdana dan alternatif telah menyiarkan keluhan dan rintihan nelayan yang kini kehilangan punca pendapatan disebabkan projek penambakan laut yang dilakukan di sepanjang pantai Melaka bermula dari Bandar Hilir hingga ke Klebang.

Projek itu juga menyebabkan kerosakan sistem ekologi pantai yang teruk, memusnahkan kawasan pembiakan ikan dan udang, pemendapan lumpur di muara sungai Melaka dan seterusnya melenyapkan kawasan pelancongan di pantai Klebang yang kerap dikunjungi pelancong dari dalam serta luar negeri Melaka. - mns_


Responses

0 Respones to "Nelayan tidak puas hati dengan pampasan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors