Pada satu ketika dulu seorang yang bernama Mahathir amat terkenal di seluruh pelusuk dunia, amnya, dan rakyat Malaysia, khasnya. Mereka telah menyaksikan satu aksi penuh keberanian, sombong lagi zalim yang pernah dicipta oleh Mahathir dalam sejarah Malaysia. Siapa tak kenal Mahathir di atas dunia ini? Negara Yahudi, Israel, Nasrani, Indon, Cina, India hingga ke negara Arab Saudi pun nama Mahathir terkenal.
Di Mekah atau Madinah, sebut aje Malaysia, orang2 arab jawab, Mahathir? Begitu terkenal mahathir seluruh dunia.Kerana mahathirlah, istilah2 'tak relevan' amat popular dalam mahkamah yang akhirnya menyumbat Anwar ke dalam penjara. Kerana mahathirlah, insan2 yang melaungkan 'reformasi' dan 'keadilan' disumbatkan ke dalam ISA. Kerana mahathirlah, ibu2 dan bapa2, isteri2 dan anak2 pejuang menderita akibat keluarga mereka dipisahkan dengan kejam.
Kerana Mahathirlah ISA ditubuhkan demi menyimpan orang2 tanpa diadili dalam mahkamah. Kerana mahathirlah, negara kita membangun demi menambahkan kemiskinan kepada golongan bawah. Kerana Mahathirlah, yang kaya jadi kaya raya, yang miskin jatuh papa kedana.
Kerana Mahathirlah, rakyat dicurahkan dengan asid oleh FRU. Kerana Mahathirlah, Rahim Noor jadi polis pengecut. Kerana Mahathirlah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mata lebam. Kerana Mahathirlah, ramai pengundi2 hantu dilahirkan ke dunia Malaysia.
TETAPI..... dunia ini bulat. Macam roda. Ada kala kita di atas, dan adakalanya kita di bawah. Kini nama Anwar Ibrahim menghantui kehidupan Mahathir. Orang inilah yang telah berjaya melenyapkan dunia politik Anwar pada tahun 1998. Dan kini.... tahun 2008, orang yang bernama mahathir yang telah jadi hero (hindustan) dulu, telah mengeluarkan kata, "Kalau dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya (mahathir) nak keluar negara ini".Mengapa? Satu sahaja jawapan yang tepat yang kita boleh buat kesimpulan. Mahathir kini ketakutan dengan kebangkitan Anwar Ibrahim. Mahathir sudah jadi pengecut. Kecut kerana takut gilirannya pula masuk ke penjara. Segala perbuatannya telah dibongkarkan oleh Anwar Ibrahim. Kini hanya menunggu hukuman adil ke atas mahathir. Harta2 mahathir sudah tentu dalam keadaan selamat. mahathir hanya perlu selamatkan dirinya, isterinya dan keluarganya.Tinggallah kroni2nya dan geng2nya yang akan dibawa oleh Anwar Ibrahim ke muka pengadilan di mahkamah sekiranya tidak ada sebarang halangan dari pihak pemerintah sekarang. Mereka yang bertanggung jawab dan yang terlibat dengan perbuatan zalim ke atas Anwar Ibrahim dahulu sudah tentu akan bertungkus lumus untuk menggagalkan kemaraan DSAI menuju ke Putrajaya.Kita berseru kepada mahathir, berani kerna benar, takut kerana salah. Usah putar belit dgn sebab2 lain untuk melarikan diri dari Anwar Ibrahim. Anwar Ibrhaim dan mahathir adalah makhluk Allah.
Yang bezanya hanyalah keimanan masing2. Beranilah menghadap musuhmu, wahai mahathir. Hulurkan lidahmu yang tajam. Tembakkan peluru2mu dengan akal fikiranmu. Berjuanglah satu dengan satu tanpa diikat tangan dan ditutup matamu. Percayalah Anwar Ibrahim tidak akan lebamkan matamu.Sia sia sahaja engkau mengaku mengukir namamu dengan mendirikan bangunan2 yang mengcakar langit, Putrajaya, Cyberjaya dan Twin Tower. Takkanlah engkau nak tinggalkan segala apa yang telah engkau ukirkan?? Atau engkau benar2 ketakutan dan terpaksa mencari jalan yang paling selamat dari kena hukuman di Malaysia? Kata pepatah, hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri?
Lebih baik di negeri sendiri. Atau engkau lebih rela berhujan panas di negara orang kerana takut kepada Anwar Ibrahim?Semoga aku mendoakan kejayaan untuk Anwar Ibrahim dan keberanian untuk mahathir menunggu penentuan nasib depannya.Oh ye...Saya nak selit sikit di sini. Syukur alhamdulillah isteri Pak Lah telah mendapat hidayah dari membaca al-Quran.
Tetapi sebagai seorang islam, membaca al-quran setiap pagi bersama suami dan isteri, tidak perlu diheboh2kan dalam surat khabar. Ditakuti hilang pahala dapat riak.Sesuatu amal atau kebajikan yang kita lakukan, biarlah Allah SWT sahaja yang tahu dan nilaikan. Begitu juga jika kita nak sedekahkan atau mendermakan sekeping cek, tidak perlu diwar2kan dalam surat khabar atau ditontonkan melalui kaca tv dengan cek2 yang sengaja dibesarkan saiznya.
Labels:
Tun Mahathir
Responses
0 Respones to "''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara i"
Catat Ulasan