Biro Tata Negara....



al-Bakri fi Muar.
Saya selalu juga mendengar cerita-cerita tentang BTN atau Biro Tata Negara. Namanya pun mula dengan Biro seperti dalam Umno. Ada Biro Pendidikan, Biro itu Biro ini.... Jadi fikirlah sendiri. Dibawah ini diambil dari blog Cina Islam, sila ikuti ulasannya. Juga saya masukkan komen dari pengunjung blog beliau. Blog Cina Islam



Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamudin tidak sama dengan apa yang diucapkannya berkaitan pembaharuan dalam Umno, yang mendakwa ada usaha dan kemahuan politik untuk berubah dikalangan pimpinan Umno.Sebaliknya, beliau sendiri, bukannya mahu menerima kenyataan, malah menyelar dan menuduh mereka yang mengutarakan isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN).Hishamudin berkata, saranan pemimpin Pakatan Rakyat mahu kerajaan memansuhkan program BTN adalah kerana ketandusan isu dan satu percubaan mengalihkan isu-isu dalaman.”



Apa? Saya pun tak faham ! BTN ni dah wujud lama ! Kenapa sekarang baru nak ditimbulkan ? Satu, saya rasa, mungkin mereka ketandusan isu; keduanya, saya percaya mereka nak alih pandangan dari masalah dalaman mereka sendiri,”dan ketiganya, mungkin mereka bimbang bahawa BTN ini dapat betul-betul menekankan perkara yang cukup penting, iaitu dalam kita hendak membina negara bangsa dan dalam konsep satu Malaysia,”katanya.
">


Hishamudin berkata demikian dalam sidang media di Kampung Tok Jembal, dekat sini, (gambar kanan) ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkaitan isu terbabit.Sehubungan itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, isu BTN bukan baru sekarang ditimbulkan dan bukan hanya berlaku dikalangan pembangkang, malah melibatkan pemimpin bukan Melayu dalam pakatan Barisan Nasional (BN).">


Ng turut mempertikaikan kenyataan Hishamudin dan menyatakan pengisian kursus BTN tidak membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional, malah bertentangan dengan konsep 1Malaysia.Beliau mendedahkan, apa yang dialami oleh anak seorang rakannya, seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman (Koleh TAR) yang menghadiri kursus anjuran BTN kira-kira dua bulan lepas.">


Katanya, pelajar berketurunan Cina yang berasal dari Kuala Terengganu itu cukup sedih dan terhina kerana apa yang di ajar dalam kursus BTN adalah mengungkit isu-isu perkauman.”Bukan sahaja mengungkit isu ‘ketuanan Melayu’ malah, pemimpin Pakatan Rakyat (pembangkang) termasuk orang-orang Melayu, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi dianggap oleh penceramah BTN sebagai pengkhianat Negara,”ujar Chai Hing.
">


Kritikan Chai Hing turut disokong dan dikongsi bersama oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@ Ramly.Hanafiah ketika dihubungi berkata, BTN adalah ‘topeng demokrasi’ yang digunakan oleh Umno untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.Menurutnya, BTN bermotifkan politik dan propaganda Umno, bukan program yang menimbulkan semangat patriotisma dan tidak akan membentuk negarawan yang mencintai Negara.
">


Sebaliknya, kata Hanafiah, ia adalah program untuk melahirkan individu yang ‘racist’, sayang kepada Umno dan kepimpinan Umno.”Penceramah mengungkit tentang ketuanan Melayu, membangkitkan semangat kemelayuan, kononnya melayu itu Umno dan hanya Umno yang boleh menjaga Melayu,”jelasnya yang mendedahkan, beliau sendiri hadir dalam kursus BTN tidak berapa lama dulu.
">


Sejak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan menolak kursus BTN yang akan dianjurkan kepada para pegawai negeri, seminggu lalu, isu BTN kini menjadi panas dan menjadi percakapan umum.Semakin ramai yang bekas peserta kursus BTN tampil dan membuat pengakuan bahawa ia satu kursus yang banyak memberikan kesan negatif, namun pemimpin Umno seperti Hishamudin, bukan mahu menerima dan bersikap rasional, malah melemparkan tuduhan pula..buletinonline.net
">


budak kampung online
berkata...
orang cerdik takkan pergi BTN sebab akan dibodohkan oleh fasilitator.
11/30/2009 11:50 PM

matkambing berkata...
sesiapa yang nak disahkan jawatan dalam jabatan kerajaan kena mengikuti kursus btn dahulu. tetapi btn telah disalahguna oleh kerajaan bn untuk kepentingan politik sempit mereka.
12/01/2009 12:24 AM

Tanpa Nama berkata...
Saya dah empat kali ikuti kursus anjuran BTN, memang naik meluat ketika satu sesi dalam kursus berkenaan yang penceramahnya orang kerajaan/UBN. ceramahnya cuma mengampu UMNO dan mengutuk ketua parti-parti pembangkang. Ketika tu lepas sorang-sorang keluar dewan, ada yang ke tandas, merokok dan ada yang bersembang di luar dewan. Yang tinggal orang yang setia aje. Syarikat tempat saya bekerja ada hantar bangsa asing (India dan Cina). Mereka ni diasingkan bilik semasa sesi ceramah hanya bersama semasa aktiviti luar. Kalau bukan kerana perkauman kenapa perlu diasingkan. Di manakah konsep 1 Malaysia Najib.
12/01/2009 1:09 AM

akuumnobangang berkata...
BTN salah satu kompenan bn dan paling malang sekali,,bekas askar pun terlibat sbg fasilitator nya,,,sb dan polis jangan cerita lah,,sape boleh pertikaikan kenyataan ini???sila jawab dan jangan ragu2..korang ingat senang ke nak tanam doktrinasi pada peserta kursus BTN kalau bukan dari sikap KERAS DAN TAHAN LASAK anggota keselamatan diataswell,,lu pikir lah sendiri
12/01/2009 2:42 AM

Tanpa Nama berkata...
silibus BTN mmg OK, tapi fasilitator yang menyampaikan tak profesional..telalu kearah kepartian dan memburukkan DSAI.
12/01/2009 1:55 AM

jiwakacaw berkata...
saya pelajar sebuah intstitusi pendidikan....saya pernah mengikuti program ini....dan sememangnya program ini adalah helah BN....penuh dgn provokasi kaum....membenci pembangkang....dan terdapat pemimpin pembangkang dilabelkan sebagai ANCAMAN NEGARA...
12/01/2009 7:08 AM

Tanpa Nama berkata...
betul, memang ada gambar DSAI dipaparkan, cuma bila sebut bab kelantan, penceramah tak berani sebut nama TGNA. mungkin penceramah tersebut masih ada sisa hormat pada ulama'
12/01/2009 6:43 AM

Tanpa Nama berkata...
BTN ni senang nak cerita lebih kurang macam Klu Klux Klan. Sebab tu tajuknya lagu yang sering didendangkan 'Anak Kecil Main Api', memang memanaskan perpaduan kaum. Selain itu, bukan BTN saja wajar dimansuhkan, PLKN pun patut dibubarkan sahaja.
12/01/2009 5:48 AM

Tanpa Nama berkata...
saya dh 2x dh pegi btn..pengisian'0', zero! langsung xde sumber ilmiah..kami panggil btn sbg program brain wash UMNO..dr dulu smp skang, yg kene hentam, ANwar, nik aziz,lim kit siang, PAS, keadilan, DAP..tu laa isi ceramah nye dr dulu..kluar dr ddewan rs nk muntah..elok laa mansuh je btn tu..lgsg xde smgt kenegeraan
[Read More...]


BTN alat Umno untuk pertahankan kuasa



Suhaimi Taib
Fri Nov 07, 08 10:39:21 am MYT
Dewan Rakyat semalam menyentuh soal perlunya Biro Tata Negara (BTN) dibedah dan dikaji semula kerana modul dan kurikulum yang digunapakai BTN selama ini diperalat oleh parti pemerintah untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.

BTN didakwa digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi.

Ada ahli parlimen pembangkang menjelaskan bahawa terdapat anak mereka balik ke rumah menangis mempercayai apa yang didakwa oleh penceramah dalam progran BTN mengenai dakyah itu.

Ahli-ahli parlimen pembangkang akan membuktikan fakta sekiranya kerajaan mencabar untuk membuktikan dakyah perkauman disebarkan pihak BTN.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa dukacita dengan aktiviti BTN itu kerana membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut.

Antara propapaganda yang dijelaskan ialah orang Melayu tersisih daripada ekonomi, bangsa China dan India monopoli ekonomi negara.

Nama-nama pemimpin-pemimpin pembangkang disebut dan peserta BTN dihasut mengiayakan bahawa pemimpin terbabit sebagai pengkhianat negara.

Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan agar kurikulum dan modul BTN dikaji semula supaya ia bersesuaian dengan semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Penulis melihat BTN memang diperalatkan oleh Umno sebagai teras politik kerajaan hari ini untuk meniupkan semangat perkauman Melayu secara tersembunyi agar orang Melayu tetap melihat Umno sebagai pejuang Melayu tulin bukan parti-parti lain.

Ahli-ahli parlimen pembangkang menegaskan tidak sepatutnya BTN diperalatkan begitu rupa untuk kepentingan Umno kerana peruntukan besar diberikan kepada biro tersebut iaitu lebih RM70 juta dalam bajet 2009 perlu dimanfaatkan untuk kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum bukan meniupkan sentimen perkauman sempit.

Jika BTN gagal berperanan untuk menjaga kedamaian hidup antara kaum, penulis mencadangkan ia dibubarkan sahaja supaya wang lebih RM70 juta itu dapat dimanfaatkan untuk program lain bagi kesejahteraan rakyat.

Dewan Rakyat hari ini juga menyentuh soal perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansukhkan dan digantikan dengan akta lain yang lebih bersifat menegakkan keadilan dengan memberi hak yang dituduh untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah terbuka negara.

Ini kerana setiap individu perlu diberi peluang untuk dibuktikan sama ada bersalah atau sebaliknya di mahkamah sehingga pesalah dibuktikan kesalahannya dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang bukan dikurung tanpa bicara di bawah akta zalim itu.

Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bersedia dan bersikap terbuka untuk berbincang dan mengemukakan cadangan alternatif kepada akta tersebut selagi kerajaan Pusat bersedia memansukhkan akta berkenaan.

Kesediaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu menampakkan keseriusan PAS untuk menyelesaiakan permasalahan keadilan di kalangan rakyat.

PAS tidak mahu melihat undang-undang tidak bertamaddun itu terus bertapak kemas dalam pentadbiran dan sistem undang-undang negara di zaman semua pihak menuntut perubahan berlaku di mana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri.

Akta ISA jelas bertentangan dengan roh undang-undang untuk perlihatkan keadilan itu dinikmati oleh semua lapisan mesyarakat.

Persoalannya ialah Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan ISA yang disifatkan kononyan sebagai satu akta yang boleh menjaga keselamatan negara daripada ancaman anasir yang tidak diingini.

Yang jelas pembangkang menyifatkan akta itu tidak berperikemanusiaan kerana pratikalnya ia anti perbicaraan dan boleh disalahgunakuasa oleh kementerian berkenaan bagi mempastikan Umno terus utuh walaupun umum melihat parti itu tidak 'gentleman' apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.

Setakat ini ahli parlimen kerajaan tidak akan bersedia untuk berdepan dengan keluarga mangsa ISA kerana mereka takut melihat kesengsaraan yang ditanggung akibat kejahatan akta terbabit.

Mereka juga sudah tentu takut dimarahi oleh keluarga mangsa kerana Umno menjadi punca kenapa ketua keluarga masing-masing ditahan di bawah ISA. - mns
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors