Pemuda PAS tetap bantu jentera kempen KeADILan




Mohd Nor Yahya Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu Aug 14, 08 8:02:18 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Jentera Pemuda PAS negeri-negeri diarahkan bersedia untuk membantu KeADILan di Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, walau pun terdapat ketidakpuasan hati di kalangan perwakilan termasuk dari Selangor dan Pulau Pinang, namun hubungan Pakatan Rakyat tidak terjejas.

"Biasalah dalam rumah tangga ada sedikit sebanyak silap faham dan rasa tidak puas hati, jadi ia perlu dipandang dengan sikap terbuka oleh pemimpin Pakatan Rakyat," ujar beliau ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir petang ini.

Mengenai suasana di Permatang Pauh, beliau yakin apa yang berlaku di muktamar hari ini tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat bagi membantu kempen Anwar.

Beliau juga menjangka senario politik di Malaysia akan berubah selepas pilihan raya kecil tersebut pada 26 Ogos ini

Beliau juga berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu memperbesarkan isu siapa yang akan menerajui Pakatan Rakyat.

"Siapa sahaja boleh dicadangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hakikatnya sekarang KeADILan mendahului jumlah wakil rakyat di Dewan Rakyat," katanya. - mj _


Responses

0 Respones to "Pemuda PAS tetap bantu jentera kempen KeADILan"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors