TENTANG ISRA' DAN MI'RAJ



Oleh LangMerah"

ISRA' DAN MI'RAJ bukan sekadar peristiwa biasa atau hanya sekadar untuk peribadi Rasulullah SAW semata-mata, tetapi merupakan suatu perisytiharan bahawa Rasulullah itu adalah semulia-mulia Rasul dan Nabi yang menjadi penghulu untuk seluruh manusia, semua generasi dan di sepanjang zaman. Hubungan di antara Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa yang menjadi qiblat kepada semua penganut agama samawi yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ASWS hendaklah disedari oleh Bani Israil bahawa kerasulan akhir zaman telah berpindah kepada Bani Ismail.
Lantaran kerana Bani Israil tidak lagi layak menjadi pilihan Allah akibat kufur dan keangkuhan mereka, seperti mana yang ditegaskan oleh firman Allah yang bermaksud:

Alangkah buruknya hasil perbuatan mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah. Kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurnia-Nya (mengutus Rasul) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, kerana itu mereka mendapat murka sesudah mendapat kemurkaan. [Surah al-Baqarah : 90].
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian kepada para Nabi, sesungguhnya apa sahaja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya. Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian?" Mereka menjawab: "Kami mengakui." Allah berfirman: "Kalau begitu, saksikanlah wahai para Nabi, dan Aku menjadi saksi pula bersama kamu." [Surah Ali 'Imran : 81]

Isra' dan Mi'raj menjadi titik perbezaan di antara kerasulan yang sebelumnya, yang hanya khusus untuk suatu masa yang terhad dan suatu kaum. Sedang di sana kerasulan Nabi Muhammad SAW adalah untuk seluruh manusia di sepanjang zaman. Betapa perbezaan di antara tokoh biasa yang berkisar di sekitar bumi dengan seorang Rasul yang kerasulannya meliputi tujuh petala langit dan bumi. Bukan sahaja untuk manusia tetapi menjelaskan hubungan manusia dengan Tuhannya, dengan alam yang lain yang mempunyai hubungan dengan peranan manusia di muka bumi, dan hubungan manusia dengan segalanya (bahan yang ada di sekeliling mereka) untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, dengan menegakkan agama Allah dan mentadbir dunia dengan agama Allah.

Kepada orang-orang yang beriman kepada Allah mestilah yakin dan percaya bahawa Isra' dan Mi'raj itu boleh berlaku dengan ruh dan jasad. Masalah masa dan jarak jauh adalah urusan makhluk, tetapi Allah yang melakukan Isra' dan Mi'raj kepada kekasih-Nya Muhammad SAW adalah Maha Berkuasa di atas semua masa dan jarak jauh. Bahkan Maha Berkuasa menghapuskan segala sebab dan musabbab menurut perhitungan manusia. Justeru perhitungan manusia bukannya suatu perkara yang mesti berlaku dan tetap berlaku. Segala-galanya tunduk di bawah penentuan dan ciptaan Allah yang boleh melakukan apa sahaja.

Mereka yang tidak mencapai ma'rifah Allah dalam erti kata yang sebenarnya akan membuat telahan-telahan menurut akalnya yang sempit, lalu meraba-raba di dalam kesesatan, dan menghukum menurut kelemahan. Kemampuan akal adalah terlalu terhad kebolehannya, bukan sahaja terhadap peristiwa Isra' dan Mi'raj tetapi menyatakan keraguan terhadap wahyu yang turun di bumi yang nyata.

[ Petikan dari Fiqh al-Harakah Fi as-Sirah an-Nabawiyyah karangan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang ]


Responses

0 Respones to "TENTANG ISRA' DAN MI'RAJ"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors