Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



1 Muharram 14312H.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M
[Read More...]


Seorang Menteri Besar




Sepanjang saya layari internet sama ada blog ataupun laman sosial, ada sahaja gambar-gambar TGNA di'superimpose'kan.
Tapi lihatlah betapa sederhananya TGNA, berjawatan menteri besar pulak tu....
[Read More...]


Isu Syurga: Nik Aziz saman tiga media pro Umno



Oleh: Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 23, 09 | 5:39:06 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos: Laporan serangan yang dikiraa fitnah tiga media pro Umno ke atas peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya berhenti, apabila Mursyidul Am PAS itu mengambil tindakan undang-undang ke atas ketiga-tiganya.

Iklan

Penasihat Undang-Undang PAS Mohamed Hanipa Maidin pagi tadi menjelaskan Nik Aziz mahu ketiga-tiga media terbabit menarik semula kenyataan 'isu Surga dan Islam Palestin' serta memohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari kepada anak guamannya itu; sekiranya tidak mahu saman itu diteruskan.

Masa yang diberikan adalah prosedur biasa dalam perundangan dan Hanipa menjelaskan bahawa tuntutan guamannya itu tidak terikat pada masa pilihanraya kecil Permatang Pasir; iaitu sehingga 25 Ogos depan.

Sambil menyifatkan laporan-laporan terbabit berniat jahat (mala fide), Hanipa menjelaskan bahawa ianya berbeza dengan pendedahan yang dilakukan PAS ke atas calon Umno Rohaizat Othman.

"Berbeza dengan pendedahan yang dibuat (ke atas) Rohaizat. Apabila kita mempertikaikan kredibiliti Rohaizat (calon Umno), kita (PAS) mempunyai bukti-bukti dan kita tidak bercakap tanpa bukti-bukti. Bukan kita bercakap dengan ambil kenyataan yang kita reka (manipulasi)."

"Mereka menyerang (peribadi) tanpa mengenal pasti apakah kenyataan sebenar Tuan Guru (Nik Aziz). Itu adalah (laporan) mala fide (berniat jahat) tiga media terbabit."

Tambahnya lagi, Nik Aziz sudah memohon injunksi supaya kenyataan-kenyataan yang memfitnah dirinya tidak lagi disiarkan media-media terbabit.

"Jadi, kita harap dengan pendedahan terbaru Tv3 tentang apakah rakaman sebenar yang dibuat Tok Guru (Nik Aziz), supaya menghentikan segala serangan peribadi ke atas Mursyidul Am PAS."

Hanipa turut menafikan bahawa anak guamannya berkata - ahli-ahli Umno tidak akan pergi syurga ataupun mengatakan Umno melaksanakan 'Islam Palestin'.

"Beliau (Nik Aziz) tahu apa yang beliau cakap. Beliau tidak akan menggunakan perkataan ahli-ahli Umno bila bercakap isu ini," katanya.

Ditanya adakah tindakan saman tersebut strategi PAS untuk menakut-nakutkan media atau lubuk mengumpul kekayaan, Hanipa mengatakan Nik Aziz bukanlah 'mata duitan'.

"Saya berasa dia (Nik Aziz) bukan begitu. Kita (saman) bukan untuk tujuan mencipta kekayaan semata-mata, tapi cukup (sekadar) membersihkan (fitnah) dirinya (Nik Aziz)."

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad waktu mencelah, menjelaskan bahawa pihak media tidak perlu gusar kerana tindakan itu khusus untuk laporan yang tidak bertanggungjawab sahaja.

"Ini (saman) bukan untuk mengancam hak kewartawanan untuk melaporkan berita secara bebas dan adil. Yang mahu kita tangani sekarang adalah suatu 'kewartawanan jahat'."

"Ini pun kita (PAS) beri peluang untuk mereka (Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3) memohon maaf. Jangan salah faham (kononnya) Pakatan (Rakyat) sudah anti media dan sebagainya," jelas Dr Dzul.

Bercakap dalam sidang media sebelumnya, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan amalan fitnah dan pembohongan media-media terbabit sama seperti 'penagih yang kehabisan bekalan dadah untuk terus hidup'

"Ini sudah menjadi makanan harian. Ini adalah dadah yang menjadi ketagihan Umno. Kalau tidak mengfitnah, manipulasi dan berbohong; tidak boleh buat (hidup) seperti penagih yang kehabisan bekalan dadah."

"Apa yang berlaku ini membuktikan fitnah dan pembohongan adalah amalan Umno Barisan Nasional."

Semalam, Buletin TV3 mendedahkan rakaman sebenar kenyataan Nik Aziz.

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik (bukan Palastin). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.�

Sejak seminggu lalu, beberapa media arus perdana melaporkan Nik Aziz - "anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin".

Bagaimapun, Nik Aziz sudah menafikan laporan-laporan itu 2 hari kemudiannya.

Tinjauan rambang yang dibuat mengatakan bahawa dua fitnah yang dikenakan ke atas peribadi Nik Aziz itu adalah suatu teknik pembinaan ikon kebencian (icon of hatred), setelah beberapa pihak terbabit gagal membunuh karektor calo PAS Ustaz Mohd Salleh Man yang dikenali bersih, bercakap benar, amanah, toleransi dan berpegangan agama.

Ada juga mengatakan apa yang berlaku itu, sekadar usaha menyamakan Salleh dan calon kontroversi Umno Rohaizat Othman.
[Read More...]


Kenyataan Tok Guru Nik Aziz - Sila tonton



[Read More...]


Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia



KOTA BHARU, 17 Jun :- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya.Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.

Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno. Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri. Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya."Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. Harakahdaily.
Dirakam dari Klik sini
[Read More...]


Nik Aziz Ingatkan Jangan Suka-Suka Tanding Jawatan



KOTA BAHARU, 7 Mei (Bernama)

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin parti itu yang mengintai jawatan-jawatan dalam parti pada pemilihan Jun ini, supaya tidak sewenang-wenangnya berbuat demikian, dan sentiasa menilai keupayaan diri sendiri terlebih dahulu.

Beliau berkata apa saja jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden parti itu adalah terbuka untuk ditandingi, namun mereka yang berhasrat untuk mencabar jawatan berkenaan perlu memikirkan sama ada mereka mampu memikul amanah besar itu."Tak boleh nak suka-suka bertanding, mana boleh. Ini kerja amanah. Bila bertanding untuk jawatan, kita bertanggungjawab jadi 'signboard Islam'.

Bila orang tengok, orang kata macam inilah Islam, setiap perbuatan, tutur kata dan tingkah laku kita ikut Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Sekolah Pengajian Tafaqquh Fiddin Kali Pertama di Balai Islam di sini, Khamis.

Pemilihan barisan pimpinan baru dalam PAS dijangka menyaksikan saingan sengit terutama untuk jawatan Timbalan Presiden dengan beberapa pemimpin PAS sudah mengesahkan akan mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa ke jawatan itu.

Antara nama yang disebut-sebut akan mencabar Nasharuddin ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.
Sementara itu Nik Aziz berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti.

Mengakui beliau ada menegur Nik Abduh berhubung tulisannya dalam blog, http://nikabduh.wordpress.com yang menyentuh soal parti baru-baru ini, Nik Aziz menegaskan bahawa anaknya itu seorang yang terpelajar dan tahu selok belok PAS kerana terlibat secara langsung dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan."Terpulanglah pada Nik Abduh. Saya tegur dia satu (perkara). Saya beritahu dia, tapi saya tak nak sebut di sini. Pergilah tanya dia. Dia (Nik Abduh) ada ilmu, dia belajar di luar negeri, dia juga terlibat dengan politik, dia jadi Timbalan Ketua Pemuda Negeri, dia ada ilmu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan keras Nik Abduh terhadap beberapa pihak dalam parti termasuk para pembantu bapanya yang didakwa memberikan gambaran dan nasihat yang salah dalam isu politik.Ini termasuk isu cadangan kerajaan perpaduan antara BN dan PAS serta apa yang dianggap sebagai usaha melaga-lagakan Nik Aziz dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Ekoran tulisannya bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS', Nik Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa turut dipanggil ke tribunal Dewan Ulama PAS oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan bagi memberikan penjelasan.-- BERNAMA
[Read More...]


Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak



13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.
Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)Menteri Besar KelantanMerangkapMursyidul Am PAS

Sumber: Blog Tok Guru
[Read More...]


Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz



Mohd Nor Yahya
Thu Dec 11, 08 7:55:24 am MYT

KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) -Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

"Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

"Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

"Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.
[Read More...]


Tazkirah Dato' Nik Aziz



[Read More...]


Majlis Ulama tidak sesuai diwujud dalam Umno - Nik Aziz



Mohd Nor Yahya
Wed Oct 08, 08 3:53:59 pm MYT

KOTA BHARU, 8 Okt (Hrkh) - Umno tidak sesuai mewujudkan majlis ulama seperti disarankan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdin memandangkan parti itu memisahkan agama dalam perjuangan.



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, majlis ulama hanya sesuai dengan gerakan Islam seperti PAS kerana sejak awal lagi konsisten memperjuangkan Islam.

"PAS sejak awal-awal lagi meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan, maka ulama berperanan penting dalam perjuangan PAS," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, hari ini.
Mufti Perlis hari ini dilapor mencadangkan penubuhan Majlis Ulama dalam Umno untuk memastikan ahli-ahli parti tidak lari dari roh Islam dan menerima kuasa dengan penuh tanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS merujuk kepada Dewan Ulamak dalam setiap gerak kerja sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam Umno.
Selain itu PAS juga mempunyai Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS yang memutus hala tuju gerakan Islam tersebut.


Dalam perkembangan lain beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan pada Ramadan lalu.


"Ramadan tidak menjadi penghalang kepada kakitangan kerajaan negeri untuk meneruskan kerja harian. Malah mereka berjaya menyiapkan sebanyak 200 kertas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sehingga dapat dibincangkan pada mesyuarat hari ini.


"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyiapkan kertas-kertas mesyuarat Exco," ujar beliau.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program majlis Hari Raya bersama perantau akan diadakan pada 12 Oktober ini bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Shah Alam Selangor.


Menurutnya majlis tersebut sebagai menghargai perantau yang berada di luar Kelantan dan Menteri Besar bersama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka hadir.


Selain itu, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar di bawah Pakatan Rakyat turut dijemput pada majlis tersebut yang dijangka dihadiri lebih 3,000 anak Kelantan di perantauan. Majlis itu bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang.


"Saya bagi pihak kerajaan negeri menjemput semua warga Kelantan terutamanya di Selangor hadir pada program tersebut untuk beramah mesra dengan pemimpin kerajaan negeri Kelantan." ujar beliau.


Wan Ubaidah juga berkata, juadah yang disediakan pada majlis itu ialah masakan ala Kelantan termasuk kuih dan ketupat.
[Read More...]


ISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz



Muhammad Yusri Amin
Wed Sep 24, 08 3:15:27 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan.

"Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil.

"Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah ISA dan Akta Hasutan.

Mereka yang ditahan iaitu Editor Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin dan anggota Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Raja Petra dilanjutkan tahanan sehingga dua tahun dan dipindah ke Kem Tahanan Kemunting.
Manakala minggu lepas seorang lagi bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdeffela) ditahan di bawah Akta Hasutan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pertukaran jawatan Menteri Kewangan daripada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya baru-baru dilihatnya berlaku dalam keadaan sugul.
[Read More...]


Mustafa Ali akui faham teguran Mursyidul Am



Harakahdaily
Thu Sep 18, 08 3:49:43 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustapa Ali menjelaskan faham segala teguran Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadapnya baru-baru ini.

"Jadi apa sebab Tok Guru tegur saya itu saya fahamlah. Dan selepas itu saya ambil sikap tidak jawab Tok Guru.

Saya sebagai anak, Tok Guru boleh panggil saya pada bila-bila masa sahaja.

"Jadi saya terus terang apabila keluar dalam Harakah kata Tok Guru tegur saya itu sebenarnya saya sudah menghantar mesej kepada Setiausaha Politiknya, Haji Annual Bakri Haron.

"Saya kata sampaikan terima kasih saya kepada Tok Guru. Jadi rasanya ada sesuatu yang Tok Guru tegur saya dan saya sendiri rasa tidak jelas. Jadi hari ini jelaslah," katanya kepada media selepas pertemuan dengan Menteri Kelantan di JKR 10, hari ini.

Baru-baru ini dalam wawancara ekslusif bersama Harakah, Mustafa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa pertukaran kerajaan pada 16 September tidak menjadi kenyataan.
Ekoran itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur kenyataan tersebut kerana dianggap bertentangan dengan keputusan yang dicapai pada muktamar di Ipoh Ogos lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata, beliau tidak boleh hendak cerita apa dimaksudkan jelas itu.
"Sebagai anak saya kena mari. Jadi apa yang diterangkan Tok Guru saya fahamlah. Bagi saya sekarang sudah tidak ada apalah.

"Dan InsyaAllah seterusnya tidak ada apa. Saya puas hati dan faham apa hasil pertemuan tadi," katanya.

Menurutnya beliau dan Tok Guru sebagai ayah dan anak dan hubungan di antara ayah dengan anak.

"Hubungan ayah dengan anak kadang-kadang ada benda-benda kecil, sebab ayah rasa dia hendak tegur dia tegur.

"Dan sebagai anak apabila kena kena tegur kadang-kadang ada rasa hendak cakap atau lagu mana ke... itu sudah menjadi perkara biasa," ujarnya.

Beliau menjelaskan isu itu bermula ada hubung kait interview khasnya yang disiarkan Harakah sebelum ini.
"Jadi tidak berbangkit dengan mana-mana isu lain dan ia hanya ada kaitan dengan interview saya dalam Harakah sahaja. Saya hormat Tok Guru macam ayah saya," katanya.
Oleh itu beliau menolak andaian yang menyebut PAS dilanda krisis.

"Bukan krisis sebagaimana diperkatakan. Kita akui ada perbezaan pendapat itu dan bukan krisis. Tok Guru akan tegur semua," katanya.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, isu itu seumpama kiambang bertaut bagi merapatkan hubungan kepemimpinan PAS.
[Read More...]


Nik Aziz: PAS untung Dr M masuk semula Umno



Oleh janggut83"

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak".


"Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Sambil menyatakan rasa gembiranya kerana Umno akan bergolak, Nik Abdul Aziz berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan "langkah yang terbaik", demikian menurut laporan Bernama. "Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham. "Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertinya dia (Tun Mahathir) masuk ni betul untuk serang secara berdepan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan menyentuh sensitiviti kaum, Nik Abdul Aziz berkata keputusan itu tidak wajar dilakukan oleh Umno sebaliknya ianya perlu diputuskan oleh kerajaan. "Sepatutnya bukan parti bertindak tetapi kerajaan perlu bertindak. Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih," katanya.

[Read More...]


Rayuan Pengundi di Permatang Pauh




Oleh cacingbiru


"Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh. Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.Saudara/Saudari Sekalian, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti.


Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar.


Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T. Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya. Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.


Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan. Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008. Wassalam.


DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MATMursyidul Am PAS Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008. "

[Read More...]


Keikhlasan PAS tidak dihargai orang Melayu



Adnan Ibrahim
Mon Aug 18, 08 2:50:36 pm MYT

"Jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila wartawan bertanyakan pandangannya berhubungan muzakarah PAS dengan Umno.

"Tergamak Nik Aziz berkata begitu!" mungkin itu luahan spontan orang Umno terhadap kenyataan Mursyidul Am tersebut. Apakah Nik Abdul Aziz tidak melihat masjid, bank Islam dan amal makruf yang dijalankan kerajaan Umno?

Sekiranya dilihat sepintas lalu memang ada kebenaran juga hujah Umno tetapi Nik Abdul Aziz bukan orang baru dalam politik. Semasa PAS bersama Perikatan, beliau sudah bergelomang dalam siasah dan sudah masak dengan politik Umno.

Peristiwa yang paling besar dan sukar dilupakan dilakukan pemimpin Umno ialah menghantar surat menghalang Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Surat tersebut ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun dengan kuasa yang ada di Kelantan, Nik Abdul Aziz masih mampu melaksanakan nahi mungkar (mencegah kemungkaran) yang gagal dibuat oleh pemerintah Umno.
Walaupun banyak perkara kebaikan yang dilakukan Nik Abdul Aziz tetapi kerana tidak ada kuasa pencegahan iaitu peraturan yang menghalang berlaku kecurian dan rompakan maka kerugian besar dialami oleh rakyat Kelantan apabila kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn dimasuki pencuri yang menyebabkan kehilangan barang emas bernilai jutaan ringgit.
Kerajaan Kelantan sedia membayar ganti rugi kepada penyimpan dengan nilai bersamaan emas yang disimpan. Kepada mereka yang menyukai bentuk antik barangan emas mereka sudah tentu kehampaan tetapi inilah hakikat yang patut diterima apabila peraturan Islam tidak dapat dilaksanakan.

Pemerintah Umno juga gagal mengharamkan judi dan penjualan arak secara berleluasa. Umno juga meneruskan muamalat riba. Keuntungan yang diperolehi daripada sumber haram itu menyebabkan Umno sanggup menghalalkan yang haram.

Perbuatan pemerintah Umno tersebut akhirnya memberi kesan besar ke atas umat Islam. Walaupun masih ramai yang mempercayai perkara itu haram tetapi mereka memandang mudah malah tanpa sedar berlaku amalan haram yang sebati dalam kehidupan mereka.

Tidak dinafikan Umno meningkatkan syiar Islam dengan pembinaan masjid tetapi Umno tidak ikhlas dalam mengimarahkan rumah Allah itu.

Kata Nik Abdul Aziz, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di masjid negeri itu. Namun apabila beliau sampai di Perak, diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.

"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama. Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama," ujarnya.

Jadi alasan Nik Abdul Aziz bahawa jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS memang sangat sesuai dan kenyataan yang patut menjadi iktibar kepada Umno kerana mereka sebenarnya tidak ikhlas dengan Islam.

Bagaimanapun dalam PAS terdapat dua aliran sama ada pendapat mengatakan tidak bersetuju dengan muzakarah dan yang bersetuju.
Namun begitu kedua pendapat tersebut bukan merupakan satu percanggahan apabila Mursyidul Am PAS, berkata muzakarah boleh dilakukan sekiranya Umno sedia menerima Islam.

Pendapat Nik Abdul Aziz itu tidak bertentangan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain, malah mereka sealiran demi kepentingan Islam, masa depan negara serta dominasi Ahli Parlimen Islam dalam kerajaan.

Mursyidul Am, berkata PAS akan memberitahu pemimpin parti Umno mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.

"Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS.

"Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak," katanya.

Ternyata kedua pemimpin besar PAS begitu ikhlas dengan Islam dan orang Melayu tetapi orang Melayu tidak memahami kerana pemikiran mereka dijajah oleh Umno yang terlalu gila kuasa, pangkat dan harta kekayaan.

Malah penjajahan Umno terhadap pemikiran orang Melayu itu melalui media massa dan kuasa kerajaan memutar belitkan fakta dan propaganda memburukan PAS.

Walaupun begitu, betapa jahatnya Umno lakukan terhadap PAS tetapi PAS tetap tidak berdendam dengan Umno. Dalam hal ini PAS mempunyai pendirian yang konsisten. Umpamanya dalam masalah Iraq, sikap PAS mengecam kekejaman Presiden Iraq, Saddam Hussein terhadap rakyatnya.

PAS melahirkan pemusuhan dengan Saddam kerana pembunuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa malah Saddam tidak bersedia melaksanakan undang-undang Islam.

Sebaliknya pemusuhan PAS boleh berubah malah bersimpati dengan Saddam apabila beliau diserang oleh Amerika Syarikat pada 2003. PAS menyifatkan kekejaman tidak boleh dibalas dengan kekejaman.

Walaupun Saddam kejam tetapi tindakan Amerika itu lebih kejam. Amerika tidak sepatutnya mencampuri urusan dalaman Iraq. Biarkan rakyat Iraq sendiri bertindak terhadap pemimpin mereka dan menentukan hala tuju politik negara itu.

Begitu juga PAS mengecam Umno kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), rasuah, menaikkan harga minyak dan lain-lain tetapi PAS tidak dapat menerima orang bukan Islam mendominasi politik pemerintah negara.

Ia bukan berkauman tetapi keutamaan kepada kepentingan Islam serta melihat peristiwa dan sejarah lalu yang berlaku dalam negara. Dalam keadaan sekarang pun orang bukan Islam sudah berani menginjak dan mempertikaikan Islam apa lagi apabila mereka menguasai negara.

Bagaimanapun sekiranya Umno masih berniat jahat dengan Islam tetapi Allah SWT lebih mengetahui tipu daya mereka. Mungkin sudah masanya Umno akan pupus kerana tidak mustahil sekiranya Ahli Parlimen Umno pun turut berbondong-bondong menyertai PAS atau KeAdilan pada 16 September ini. - mns_
[Read More...]


PAS perlu perkukuh Pakatan Rakyat - Mursyidul Am PAS



Lanjusoh
Foto Nasir Sudin Sun Aug 17, 08 10:51:51 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - PAS perlu memperkukuhkan Pakatan Rakyat memandangkan Umno sudah jelas tidak mahu kepada Islam dan sekiranya dibiarkan Malaysia akan menjadi seperti Turki.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak perlu hendak bermuzakarah dengan Umno memandangkan parti itu sudah jelas tidak mahu menerima Islam.
"Kalau hendak muzakarah juga kita tanya mereka sebab apa tidak mahu menerima Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi dan budaya. Kita kena tanya mereka di mana tidak kena Islam sehingga Umno tidak mahu menerimanya.

"Hanya ini sahaja yang boleh.. kalau kita hendak muzakarah dengan Umno," katanya ketika berucap mengulas usul memperkukuh Pakatan Rakyat yang dibentang wakil Dewan Pemuda pada muktamar hari terakhir pagi ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, ketika beliau hendak datang ke Perak, beliau diminta menyampaikan khutbah di sini.
Namun katanya, setelah sampai di Perak diberitahu pula beliau tidak boleh berkhutbah.
"Saya hendak tanya siapa yang tidak berikan kalau tidak Umno yang sejak dari dahulu lagi tidak mahu orang ramai mendengar ceramah agama.
"Jadi buat apa kita hendak berunding juga dengan mereka yang tidak mahu membenarkan orang ramai mendengar ceramah agama.
"Saya pun hairan, satu pihak hendak berunding dengan Umno dan satu pihak lagi hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat, macam mana boleh berlaku sedemikian. Ini menggelirukan orang ramai," tambahnya.

Beliau juga bimbang sekiranya dibiarkan Umno terus menguasai negara, tidak dapat ditolak kemungkinan pada masa akan datang al Quran juga akan dicetak dalam bahasa Melayu seperti yang dilakukan di Turki semasa di bawah Kamal Antartuk.

Menurutnya, penyakit itu akan berlaku di Malaysia kalau kita biarkan parti itu menguasai pentadbiran negara. Beliau juga berkata, PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan orang Melayu hidup sejahtera di lima negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat.

"Kalau Umno tiada di muka dunia ini.. orang Melayu pun tidak rosak. Di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang orang Melayu pun boleh hidup juga," katanya.

Mursyidul Am juga menegaskan penerimaan orang bukan Islam kepada Islam itu menjadi perkara utama baginya. Kata beliau orang Cina, India dan orang Asli boleh menerima perjuangan PAS sehingga mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum lalu. Oleh beliau sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat mesti diperkukuhkan.

"Kalau kita sayangkan Umno kita keluarkan mereka daripada kegelapan, yang tua-tua itu biarlah.. sudah payah, begitu juga mereka yang mempunyai duit banyak.. biarlah.

"Seperti juga kita payah hendak tebang pokok besar, kecuali dengan cara kita buangkan dahulu ranting, dahannya dan lama-kelamaan pokok besar itu akan mati juga.

"Cuma kita tumpulah kepada golongan muda dengan mengajak mereka kepada Islam," ujarnya.
Sekali lagi beliau menegaskan kalau Umno merasakan mereka cukup kuat sehingga tidak mahu menerima Islam, lebih baik buat bumi sendiri dan jangan tinggal di bumi ciptaan Allah Taala.
Pada kesempatan itu juga beliau memberitahu muktamar PAS kali ini merupakan gerbang kepada kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi. - mj/tmj _
[Read More...]


Nik Aziz iringi Anwar di penamaan calon esok



Mohd Rashidi Hassan
Fri Aug 15, 08 11:10:52 am MYT

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu akan mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh esok.

Kehadiran Ustaz Nik Aziz untuk mengiring Ketua Umum KeADILan itu, disahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron sebentar tadi.

Manakala Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel dekat sini malam tadi memutuskan Husam dan Mohamad sebagai wakil rasmi PAS sebagai sokongan kepada Anwar pada hari penamaan calon esok.

Dalam Pilihan Raya Kecil yang akan bermula esok hingga 26 Ogos depan, Anwar akan berhadapan dengan calon Barisan Nasional, Dato' Ariff Shah Omar Shah.

Sebahagian besar pemimpin utama PAS tidak dapat menghadiri penamaan calon di Permatang Pauh kerana Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-54 sedang berlangsung dekat sini.

Sementara itu Pengarah PAS bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya telah mula mengatur dan menggerakkan jentera bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat.

"Tuan rumah kepada kempen ini adalah KeADILan, kita akan berbincang dengan mereka, bentuk peranan dan bantuan yang diperlukan.

"Jentera kita dari seluruh negara sudah dikerahkan, insya-Allah selepas muktamar berakhir Ahad ini (18 Ogos), mereka akan bertumpu ke Permatang Pauh," katanya. - mks._
[Read More...]


Pengundi Permatang Pauh usah mudah percaya fitnah - Nik Aziz




Atiff Idris
Thu Aug 07, 08 8:13:21 pm MYT
KOTA BHARU, 7 Ogos (Hrkh) - Pengundi di Permatang Pauh diharap tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang sengaja disebarkan pihak lawan bagi memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi di kawasan parlimen itu tidak usah menerima andaian dibuat pihak tertentu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Ini kerana dalam kes tuduhan liwat beliau belum diputus bersalah kerana dakwaan kes itu masih di peringkat awal perbicaraan.

"Ini belum mencalar imejnya hanya dengan dakwaan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini berikutan penyandangnya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Penamaan calon pilihan raya itu akan diadakan pada 16 Ogos. Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pilihan raya itu dianggap berat sebelah memandangkan Umno tiada tokoh untuk berdepan dengan Anwar sekiranya pilihan raya dikendalikan secara adil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kehadiran Anwar ke parlimen cukup penting bagi rakyat Malaysia bagi memulih semula banyak kepincangan yang berlaku sekarang.

"Anwar mempunyai banyak penglaman dalam kerajaan di mana beliau pernah mengetuai Kementerian Kewangan di samping tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Lagi pun hendak cari pemimpin Melayu yang mempunyai ketokohan seperti Anwar begitu sukar terutamanya imej agamanya ketika memimpin Abim," ujarnya.

Sementara itu beliau menyokong saranan pelbagai pihak supaya Forum Memeluk Islam yang akan dianjurkan Majlis Peguam dibatalkan kerana ia tidak mendatangkan banyak manfaat.

Ini kerana kata beliau sehingga sekarang sudah berjuta orang bukan Islam yang menganut agama Islam.

"Daripada mengadakan forum memeluk Islam lebih baik diadakan forum berkaitan perbandingan agama," katanya.

Majlis Peguam dilaporkan akan mengadakan forum awam bertajuk Memeluk Islam yang dijangka menyentuh perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam antaranya mahkamah tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. - mj _
[Read More...]


Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am




KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah)."Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.
Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks
[Read More...]


Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz



Oleh: Lanjusoh
Wed Jul 23, 08 2:55:23 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.

"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.
Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.
Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin.

Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.
"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _
[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors