Malaysian inflation falls to 7.6% in October on lower fuel prices



KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia's inflation fell to 7.6 percent in October on lower petrol and diesel prices as global energy costs eased, government data showed Friday.

The Department of Statistics said the consumer price index was down from 8.2 percent in September after the government cut retail fuel prices, which also helped the monthly transportation index down.

"The decreases were shown in mainly two groups, namely transport and alcoholic beverages and tobacco," it said in a statement.
Inflation for the ten months to October averaged 5.5 percent, the department said.

more click here

Source: Yahoo News (AFP - Saturday, November 22)
[Read More...]


"Duit raya sekupang", inflasi naik 8.5 peratus





Abdul Aziz Mustafa Wed Sep 24, 08 9:10:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah





Dianggap sebagai "hadiah" kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga makanan dan bahan api.

"Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan 10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.

"Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?

"Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada rakyat," kata Mahfuz dengan sinis.

Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.

"Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan," katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada 8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

"Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol," katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori, termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel yang meningkat 6.5 peratus.
Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun, sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

Inflasi kekal tinggi
Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

"Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin tidak lebih rendah.

"Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam," kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.

Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan ke bulan hanya 0.2 peratus.

Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun ini dijangka di sekitar 4.8 peratus._
[Read More...]


Kesan kenaikan minyak kian parah....




Al-Bakrie wal Jeram
5 Sept 2008

Walaupun penurunan harga minyak sebanyak 15sen, harga keperluan asas seperti beras, tepung, ayam, telur ayam dan lain-lain masih kekal mahal. Kemudian ditambah lagi keperitan dengan peningkatan tarif bekalan elektrik sehingga ~18%. Kehidupan rakyat makin terhimpit.

Sepanjang kenaikan minyak dibawah Pak Lah jumlah keseluruhan sebanyak RM1.08 iaitu 30sen + 78 sen tetapi penurunan amatlah perlahan berbanding dengan kenaikan pertama. (Rujuk kepada harga petrol).

Pada masa penulis menulis harga minyak di dunia telah turun ke USD106.70 sebarrel.

Apa yang saya nak ceritakan ialah kesan kenaikan harga minyak yang mendadak meningkatkan kadar inflasi. Rakyat akan cuba mengurangkan perbelanjaan dan berjimat yang mana perlu. Kesannya mungkin aktiviti ekonomi menjadi lembab seterusnya memarahkan lagi ekonomi domestik.

Saya bukanlah pakar ekonomi, namun bagi rakyat biasa peningkatan harga barang keperluan membuatkan kurang daya beli (purchasing power).

Bagi penulis, beban walaupun sederhana tetapi terpaksa berjimat cermat kerana saya bukan kakikatangan kerajaan iaitu bila bersara nanti tiada pendapatan.

Cuba bayangkan rakyat yang berpendapatan didawah RM1000.00 (malah ada yang lebih rendah dari itu).

Kepada siapakah hendak kami mengadu.....?


Mac 2006 RM0.30

Jun 2008 RM0.78

================

Jumlah RM1.08

================


Ogos 2008 -RM0.15


Anda fikir sendiri berapa kadar kenaikan....


Lebih memeritkan bila pengumuman kenaikan minyak dibuat sebelah petang hari yang sama berbanding dengan pengguna asing (Singapura & Thailand) diberi tempoh.










Ulasan yang diambil dari youtube

skooldesauza (2 months ago) : all this sudden price by BN govt is some kind we can say govt no think wisely..they only put this burden to people..
or great leader Iranian President said,today oil price only a fake one..becoz they never slow oil producing..oil price is increased by USA because their dollar falling down..
so...pak lah shudn't do sumting immediate which effect 100% to people..pak lah promised oil price only increasing oil price after august..but,as we thought,pak lah is a crap liar..


marudu2 (2 months ago): siapa kata hg naik x penting,mcm mana nak menabung kalo prbelanjaan lebi tinggi dari pendapatan..cuba kite lihat skrang ni blnje lebi tinggi dri pendaptn,kalo org kaya tak pe tpi kalo golongn berpndapatn rendah mcm mana? ini la namanya driskrminasi,demokrasi spatutnya bukan seperti ini,langsung tidak memikirkan kesan lain,hg mnyak naik smua barang naik,sungguh mendukacitakan..undilah kerajaan seperti ini,semoga hg naik lagi RM4.00/liter..bolehlah kita berjimat cermat,makan ubi kayu jgn mkn nasi!

[Read More...]


Mengingati semula keperitan rakyat dengan kenaikan......



[Read More...]


7.7% kadar Inflasi: Krisis Penjernihan Iklim Politik dan Ekonomi Negara



Oleh nusa"Bloomberg

Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.Sedangkan pihak umum mengetahui kadar faedah pembelian kereta telah pun dinaikkan oleh pihak bank-bank tertentu mulai bulan Jun baru-baru ini. Berdasarkan maklumat sumber dalaman bank, CIMB Bank dikenalpasti mendahului bank-bank di Malaysia.

Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”

Komentar:
Tahniah Pak Lah kerana menyebabkan Masyarakat Malaysia menghadapi krisis ekonomi yg buruk sejak 26 tahun dan dijangka paling buruk dlm 2/3 bulan yg mendatang sekiranya tiada tindakan yg komprehensif dilakukan terhadap pengurusan ekonomi dan politik Negara
Tahniah Bank adik beradik Pak Jib mendahului bank2 lain dlm “menaikkan taraf hidup” rakyat jelata dgn cekap, efisyen dan cepat.



Tahniah Pak Shahrir pendokong kuat Pak Lah yang juga “bijak bestari” dlm menguruskan hal ehwal rakyat jelata dgn ide2 yg flip flop.

Tahniah yg paling besar ialah kpd Tun M yg mengekalkan tradisi bijaksana menyerahkan kepimpinan yg “meNAIKkan” segala kemajuan utk rakyat sambil sempat menikmatinya diakhir titi usia remajanya kini.

Tahniah kepada rakyat Malaysia yg mengundi Be End dgn penuh bangganya hari ini, esok dan kekal abadi

Apakah tiada tindakan yang boleh dilakukan oleh Pak Lah sebagai pemimpin yang pernah hidup bersama rakyat jelata. Adakah boleh “lena” melihat penderitaan rakyat melalui Istana Putrajaya dgn segala kemewahan anak menantu. Tidak terhimbaukah akan keperitan dan kesengsaraan rakyat dgn KENAIKKAN yg mendadak? Apa lagi yg nak dicari dlm kehidupan sementara ini. Segala nikmat dlm kehidupan dunia ini hanya sekelumit cuma. Tiada yg kekal.

Apa tindakan segera?

Istighfar banyak2. Hidup ini hanya sementara. Esok Lusa ke alam barzakh. Tiada bekalan melainkan amalan soleh di mukabumi ini.

Review semula pengurusan ekonomi dgn dimulai penurunan harga minyak agar kadar inflasi tidak mencanak NAIK menggila dlm bulan2 yg mendatang.

Kurangkan 10-20% harga minyak awal Ogos ini.

Tarik pelabur2 asing ke Malaysia dgn pengurusan Negara yg telus dari sudut politik, ekonomi dan sosialnya

Jangan serah kepimpinan & alih kuasa kpd mereka yang sudah tampak boros dlm pengurusan ekonomi dan bobrok politik mrk yg khayal dgn kemewahan dewasa ini.

Pastikan tiada campurtangan kuasa dlm pelaksanaan system kehakiman Negara
Biarkan Pihak BPR menjalankan siasatan yg telus tanpa mengira kasta
Panggil pakar-pakar ekonomi tanpa mengira partai utk berbincang dan mengemukakn pelan tindakan komprehensif negara dan LAKSANA SEGERA

Kalau tak boleh buat… letakLAH jawatan dgn buat Pilihanraya agar rakyat buat pilihan.

[Read More...]


For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors