Penduduk setinggan dilupai oleh pemimpin yang dipilih



Salman Hussin
Wed Aug 06, 08 12:44:56 pm MYT

JOHOR BAHRU, 6 Ogos (Hrkh) - "Setelah pemimpin-pemimpin Umno dan wakil rakyat gagal membela nasib tuan-tuan semua, sebagai langkah terakhir, ayuh kita beramai-ramai berjumpa Menteri Besar (MB) Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi menghalang tindakan meroboh rumah penduduk.

"Ini kerana hanya MB sahaja yang mempunyai kuasa penuh terhadap urusan tanah di negeri ini, oleh kerana itu hanya beliau sahaja yang berkuasa untuk menangguh atau membatalkan tindakan meroboh penempatan tuan-tuan, tegas Pengerusi Lajnah Pembangunan dan Luar Bandar PAS Johor, Syed Othman Abdullah, di sini, semalam.

Beliau juga berkata,"sekiranya MB pun gagal membela nasib tuan-tuan semua dan rumah penduduk dirobohkan juga maka sia-sialah sokongan padu yang telah tuan-tuan semua berikan kepada pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional selama ini kerana mereka semua jelas tidak menyebelahi rakyat sebaliknya memihak kepada pemaju semata-mata."
Syed Othman berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah Masai, yang menerima notis untuk mengosongkan penempatan mereka sebelum 14 Ogos ini, difahamkan tindakan meroboh rumah penduduk akan dilakukan pada tarikh tersebut.

Hadir sama pada pertemuan itu Ketua Umno Cawangan Kampung tersebut, Sahari Mohd Sham; Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk, Haji Jamian Abdullah serta lebih 200 penduduk kampung tersebut.

Menurut Syed Othman, dalam situasi yang sangat kritikal ini penduduk sudah tidak ada pilihan lain kecuali berjumpa terus dengan MB bagi merayu simpati beliau pula.

"Penduduk sudah lebih 20 tahun mendiami penempatan ini, semuanya orang melayu dan penyokong setia Umno pula, bahkan kita difahamkan setiap penduduk juga sudah mengeluarkan wang lebih RM10,000 bagi mendapatkan hak milik tanah ini tetapi segala usaha ini gagal.

"Lebih malang lagi apabila tanah seluas lebih 100 ekar yang diduduki penduduk sejak lebih 20 tahun lalu ini tiba-tiba sahaja menjadi milik pihak lain, ini sesuatu yang amat malang bagi penduduk.

"Oleh kerana itu seluruh penduduk kampung ini hendaklah bersatu hati dan berani memperjuangkanq hak yang sepatutnya dimiliki penduduk," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Permas pada pilihan raya umum lalu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Suhaizan Kaiat, pula berkata, rakyat negara ini perlu sedar hanya ada dua cara bagi mendapatkan hak kita, iaitu melalui mahkamah dan politik.

"Bagaimanapun biasanya apabila proses untuk mendapakan hak oleh rakyat dibuat di mahkamah, ianya jarang sekali memihak kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila pihak yang kita lawan itu berpengaruh dan mempunyai wang, selalunya mereka ini yang akan menang.

"Namun begitu rakyat masih ada satu lagi pilihan, yang mana saluran ini dilihat lebih berkesan, iaitu melalui saluran politik," katanya.

Menurutnya, rakyat perlu berani menggunakan kuasa yang mereka ada iaitu kuasa politik melalui undi setiap lima tahun sekali.

"Rakyat perlu berani memberi kata dua kepada pemimpin, jika kamu tidak membela nasib kami, tunggu pilihanraya nanti, kami akan jatuhkan kamu, ini yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat supaya pemimpin menjalankan tanggungjawabnya untuk membela rakyat, bukan menindas dan menzalimi rakyat,"katanya lagi.

Sebagai contoh katanya, dalam isu babi, orang Cina bersatu hati dan mereka sanggup bermati-matian untuk mempertahankan hak mereka dan kerajaan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak mereka tetapi kenapa orang Melayu tidak mahu mencontohi sikap mereka ini sedangkan apa yang kita tuntut dan pertahankan ini adalah hak kita, kenapa perlu takut.

"Oleh kerana dalam isu ini penduduk sudah gagal mendapatkan hak di mahkamah, kemenangan telah memihak kepada sebelah pihak lagi maka satu-satunya jalan terakhir yang ada hanyalah melalui saluran politik,"katanya.

Apa yang penting katanya, penduduk mestilah bersatu hati dan jangan sekali-kali mendengar hasutan pihak-pihak lain yang cuba melaga-lagakan sesama penduduk yang akhirnya nanti akan menggagalkan segala usaha ini.

"Penduduk hanya boleh mendengar dan bertindak mengikut apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa bertindak yang telah ditubuhkan, hasutan pihak-pihak lain atau orang luar yang tidak diyakini hendaklah dihindari, seringkali berlaku dalam kes-kes begini akan ada individu-individu yang diupah pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama penduduk sehingga akhirnya penduduk akan berpecah dan bercakaran sesama sendiri,jelasnya lagi.

Sementara itu Ketua Umno Cawangan Kampung tersebut, Sahari Mohd Sham, terkilan dengan sikap pimpinan Umno Bahagian Pasir Gudang yang langsung tidak mengambil tahu masalah dihadapi penduduk.

"Dalam keadaan penduduk sedang menghadapi saat-saat yang kritikal ini, tidak ada seorang pun pemimpin Umno Bahagian menjenguk dan bertanya khabar kepada kami walau pun kita memang amat-amat memerlukan campurtangan mereka bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kami bukan penceroboh sebaliknya kami adalah pihak yang pertama membeli tanah ini secara sah daripada pihak-pihak tertentu tetapi penduduk telah ditipu oleh pihak-pihak berkenaan apabila tanah ini dijual kepada pihak lain tanpa pengetahuan kami, akhirnya kami semua menjadi mangsa keadaan,"ulasnya.

Sehubungan itu, beliau yang turut merasa simpati dengan nasib dihadapi penduduk yang rata-ratanya golongan orang susah, berjanji akan bersama penduduk mempertahankan hak mereka.
"Selaku Ketua Umno Cawangan ini, saya berjanji akan bersama dengan penduduk dalam apa keadaan sekali pun dalam usaha untuk mendapatkan hak kita dan saya juga amat mengalu-alukan usaha mana-mana pihak sama ada parti politik atau NGO yang berhasrat untuk membela nasib kami," ujarnya. - mks. _


Responses

0 Respones to "Penduduk setinggan dilupai oleh pemimpin yang dipilih"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors