Pemuda Wilayah serah memo bantah konsert Avril Lavigne



Nyza Ayob
Fri Aug 08, 08 5:34:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan memorandum bantahan konsert Avril Lavigne kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Abdul Hakim Borhan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Memorandum yang diserahkan oleh Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Dato' Bandar, di ibu pejabatnya diterima pegawai khasnya Shaari Ahmad Junid. Manakala selepas itu, memorandum kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diserahkan di kementerian berkenaan dan diterima oleh Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Shukran Ibrahim.

Dalam pertemuan singkat itu, Shukran menyatakan akan membawa memorandum tersebut kepada pihak jawatankuasa.

Sementara itu, memorandum tersebut mendesak agar Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal) tidak mengeluarkan kelulusan dan permit bagi konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos itu.

Katanya, Pemuda Wilayah memandang serius penganjuran konsert tersebut sempena meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke 51.

"Pemuda Wilayah mendesak agar Puspal menolak permohonan Konsert artis ini walaupun mendapat tajaan dari Syarikat Telekomunikasi, Maxis. Unsur rock dan punk yang ditonjolkan oleh artis ini tidak sesuai ditunjukkan kepada generasi muda.

"Sekiranya konsert ini diteruskan, ia adalah satu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air. Seharusnya bulan kemerdekaan ini diisi dengan program yang lebih bermanfaat seperti pengkisahan tokoh pejuang kemerdekaan tanah air, kempen perpaduan dan pembinaan jati diri, konsert yang lebih patriotik dan bertamadun serta pertandingan penulisan sejarah di samping pameran artifak sejarah ,"katanya.

Jelas Kamaruzzaman, sungguhpun pelbagai program telah dilakukan, remaja juga perlu diajak bagi menyelami kesusahan dan erti kemerdekaan melalui kem bina diri atau seminar.

Beliau juga mengaharapkan kerajaan lebih bersikap realistik dalam membantu menangani masalah sosial remaja.

Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut ialah beberapa orang Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. - mr_


Responses

0 Respones to "Pemuda Wilayah serah memo bantah konsert Avril Lavigne"

For Palestine

Boikot Israel & Amerika

Jawatan Kosong
Iklan

WebTV

WebTV (Auto Channel)

Jika anda tidak dapat menonton siaran ini, sila muat turun & install plug-in P2P TV di sini

P2P TV hanya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer dengan syarat port 3502, 5000 - 6000 dibuka di firewall.

Categories

Mari membaca al-Quran
























Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors